Showing posts with label ::my baby::. Show all posts
Showing posts with label ::my baby::. Show all posts

Tuesday, December 17, 2013

Wardrobe Baru Untuk Mia & Naqib!

:: 17 Disember 2013 - 3:30ptg ::
:: Selasa ::

:: Salam semua..ha kalau dah rajin update setiap hari akan ada entry baru kat blog aku ni..kalau tak bersawang lah gamaknya..hihi..ok hari ini aku nak share Wardrobe Baru Untuk Mia & Naqib!Dah lama sebenarnya plan nak beli almari untuk mereka ni..dari time Mia seorang lagi..ni dah sampai ada Naqib masih tercari-cari almari untuk simpan baju..Aku ni cerewet sikit bab beli barang macam aku survey nak cari barang-barang untuk dapur tu..Sekali baru ni aku pergi TESCO offer apa lagi bila dah bincang dengan mydear terus kami plan nak beli..ok meh aku share keadaan tempat aku simpan baju anak-anak aku tu..

Adoii kesian kan..setiap kali habuk banyak kot..huhuhu..

Akhirnya berjaya kami beli untuk Mia & Naqib !

Papa dan Pokde gigih pasang untuk Mia & Naqib!
TQ Papa & Pokde!



Tadaaaaa!Pinky n Greeny! Kami memang cari yang plain sebab senang nak match dengan mana-mana perabot dan boleh guna sampai besar..Kalau ada kartun-kartun payah nak match..huhu..

Dah kata anak dua kena beli dua..yerlah kalau sama jantina ok sikit boleh sharing dah kalau sorang perempuan sorang lelaki tak ke pening gak bila tengok budget! Masa beli ni memang kami pikir habis sebab harga asal satu almari RM129.00 so kalau dua mau dekat RM260.00 tapi TESCO buat diskaun satu jatuh sampai dapat harga RM69.00 beza RM60.00 tu..Memula nak amik untuk Mia jer sebab budget kan tapi bila pikir balik amik jer dua-dua yerlah takut lepas ni tak dapat harga yang sama macam ni..So semestinya Pink untuk Mia dan hijau untuk Naqib..Budget dalam RM140.00..Huhuh demi mu anak..Tapi orang kata nak rezeki kan..Masa nak bayar yang hijau tu harga offer jatuh sampai RM22.00..uit terkejut gak aku dan mydear masa nak bayar..siap tanya banyak kali tapi yerlah dah kata rezeki anak kan..So total dua ni tak sampai pun seratus..Papa senang hati bayar..Yeay!Rasanya masih ada lagi offer untuk almari ni..so pada sesiapa yang masih pening nak cari almari untuk anak rerajinlah pergi TESCO..hihihi..xoxo..muaaah!

Tuesday, September 17, 2013

Mia turn 2!

:: 17 September 2013 - 4:30 ptg ::
:: Selasa ::

:: Salam blogger..mesti uolls ingat aku nak update pasal pengalaman bersalin kan..yerlah setelah sekian lama tak update blog..mestilah kalau muncul-muncul entry baru adalah cerita baru kan?Maaf yer kali ni aku nak share story yang dah agak basi..huhuh..yerlah tak sempat babe nak update story ni sebelum bersalin..bila nak update jer ada jer hal..kena pergi check up lah..itu lah..ini lah..ternyata aku ibu yang sangat busy sebelum bersalin..dan juga sesudah bersalin..tu yang baru sempat nak update ni....huhu..amboi panjang lebarkan explanation aku?ahahhah..lantak rr dah kata diary aku kan..hihih..ok2 tengok title dah tahu aku nak update kisah siapa kan?Yerlah bagi can My princess mia nyer cerita masuk..nanti bila dah bercerita pasal adik dia..langsung takder peluang My princess mia nak menyelit...tak caya tengok facebook dan instagram aku sekarang semuanya pasala adik dia..ahhahah...sian My princess mia...nak mula dari mana yer?Ok kita mula first small celebration untuk My princess mia .Just a small dinner..buy a slice of cake and dinner at Papa Johns!So layan gambar k!

'Kami di sini!'

'Bufday girl tido ok so kena tunggu dia bangun dulu..huhuh'

'Ibu & Papa pose dulu sebelum bufday girl bangun!ahhaha '

'Dah bangun! Anak Papa!'



'Happy birthday My princess mia ...next year kita sambut berempat plak yer..hihihi '


By the way kami bukan sambut bertiga..ada angah n bonda tapi diorg tak nak gambar ada dalam ni huhuh..next time katanya..ahhaha...ok kali ni aku nak share another picture My princess mia dapat hadiah dari makcik n pakcik dia time aku buat makan-makan kecil-kecilan time hari raya ari tu..hihh..layyann...

'Yeay mia dapat hadiah motor! TQ cik La & cik Da'

'Lepas tu tukar baju sebab cik Wa belikan '

'Last harus ada gambar My princess mia dengan ibu & papa..eh tu kasut cik Kina bagi..'

Ha ok abis sudah cerita pasal My princess mia 2 tahun..Alhamdulillah My princess mia sihat dan semakin bijak..lagi-lagi bila dah jadi kakak ni..huhuh..so kalau korang sudi tunggulah next entry aku yer..xoxo..muaaah!




Tuesday, August 13, 2013

SYAWAL 2013


::13 Ogos 2013 - 9:30 pagi::
:: Selasa ::

:: Salam Syawal blogger! Lama tak update..Ramadhan hingga Syawal memang busy lah untuk aku tahun ni..dengan rezeki pertama tempahan biskut Damia Semprit lagi..Persiapan untuk hari raya lagi..adoi tak menang tangan ok! Dengan persiapan untuk our second 'bubble' lagi..berdebar rasanya!
Sebenarnya tak tahu nak share apa lagi..yang pasti just nak kongsi gambar-gambar My princess mia beraya sakan tahun ni..dan kebetulan hari lahir My princess mia kena pada bulan Syawal..So excited sikit lah si kechik ni kan..Ok lah Me just nak wish Selamat Hari Raya pada semua sahabat blogger di alam maya ku ini!Mohon maaf di pinta jika ada bahasa yang kurang enak takkala aku coretkan sesuatu kat setiap kali post! Part sedih tahun ni sebab tak dapat raya ' Terengganu ' sebab dah sarat..ok lah..xoxo..muaah!

                                       
Selamat Hari Raya!
                           












Selamat Hari Lahir Safiyyah Nurdamia Bt Syarafi ....Papa & Ibu love u!


p/s : Insyallah will update the simple birthday celebration!

Wednesday, July 10, 2013

Bersyukur Untuk Peluang Kedua....

:: 10 Julai 2013 - 1:30 tgh hari ::
:: Rabu ::




:: Salam Ramadhan semua..Alhamdulillah aku berkesempatan merasai berpuasa pada kali ini ..dah lama nak kongsi dengan sahabat alam maya terutamanya sahabat 'blogger'! Jeng2! Nak share apa yer?! Ahahhahah..alhamdulillah aku di beri peluang kali kedua merasai pengalaman mengandung di bulan puasa!hihihih..Mungkin ada yang dah tahu aku sedang mengandung dan mungkin juga ada yang tak tahu..Aku di sahkan mengandung awal tahun hari tu..Alhamdulillah doa aku dan mydear termakbul..kami memang inginkan seorang lagi anak memandangkan My princess mia dah nak masuk 2 tahun..Now kandungan aku dah masuk usia 8 bulan / 32 week ! huhuhu..berdebar rasanya..Sekali lagi aku berpuasa di bulan Ramadhan...Time My princess mia dulu dapat rasa 10 hari puasa jer lepas tu bersalin  My princess mia .hihi..penat gak mengganti..Kebetulan peluang kedua kali ini pun aku berpuasa ketika mengandung..Untuk hari pertama hari ini..alhamdulillah aku masih bertahan walaupun cuaca panas..Insyallah..
Pengalaman mengandung kali kedua ni memang sangat berlainan..seawal kandungan 3 bulan memang aku lemah lah..firstime merasa muntah-muntah ketika mengandung..muntah yang sangat teruk..sampai berat aku turun mendadak..lepas 4 bulan kandungan selera aku kembali normal..tu pun berat kali ni mengandung tak naik banyak..Sepanjang tempoh nak ke 8 bulan memang aku makan pun biasa-biasa jer berbanding My princess mia dulu..tengah-tengah malam aku ajak mydear pergi mamak makan roti nan!Kali ni last makan malam dah tak rasa nak makan yang berat-berat..Percaya atau tak now berat aku baru 75kg di usia kandungan 8 bulan..time My princess mia dulu 82kg ok..ahahha..penat gak time My princess mia aku ber diet!hihihih..Mesti ada yang nak tahu gender baby aku kali ni kan?(ada ker?ahahhahah)... Alhamdulillah the latest aku check up kelmarin doktor sahkan 'my second bubble' kali ni is a boy ..alhamdulillah..syukur..Cuma aku dan mydear tak nak excited sangat dan kami syukur apa jantina pun asalkan 'our second bubble' sihat..Oklah rasanya panjang dah aku membebel kat sini..Nanti korang malas plak nak membaca dah lah puasa pertama kan..So doakan yang terbaik yer untuk aku sekeluarga..Aku doakan semoga Ramadhan kali ini memberi seribu keberkatan dan sama-sama kita kumpul amal ibadah..xoxo..muaah!

'Our seocnd bubble' 8 bulan / 32 week ! 

:: Insyallah ::


:: My princess mia dah ready jadi kakak..hihihi ::

:: Us yang tak sabar..amik mood pegang baby lagi..teringat time My princess mia dulu..hihih ::





Friday, May 10, 2013

Day without PAPA - Part II...

:: 10 Mei 2013 - 10:15pagi::
:: Jumaat ::

:: Salam Jumaat semua..ok let's continue Day without PAPA - Part II plak..hihihi..bersambung-sambung plak..ok hari kedua tak banyak aktiviti kami kecuali pepagi dah kena bangun nak jalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia..call mydear pepagi..macam waktu bercinta plak..ingat nak kejutkan mydear pergi mengundi tapi mydear sekeluarga pakat pergi tengah hari..aku ni sebab ada aktiviti lain so kena pergi awal pagi..Sampai tempat mengundi Ya Ampun!Ramai kot...nasiblah aku ada 'keistimewaan'...hihihi..so dapat potong line...ahahahaha..By the way au tak amik pun gambar jari jemari yang dah kena dakwat tu..tapi kalau aku letak jari orang lain pun bukan korang tahu pun kan??ahahhahah..jeng!So meh layan gambar...


:: Aku takder gambar jari berdakwat.tapi ada gambar kenangan sebarisan saudara mara yang kebetulan datang serentak time mengundi ari tu...hihihi ::

Lepas mengundi aku dan mysis a.k.a Zera aku pergi cari makan.amik My princess mia kat rumah then Jalan-Jalan Cari Makan! Kebetulan cousin ku dan makcik ku join..tapi tak amik gambar..segan...ahahha..lepas makan aku dan mysis a.k.a Zera aku cuci mata kat Giant..cari barang dapur sikit..lepas dah settle semua teringin nak minum Cool Blog! Jom layan....


:: Aksi My princess mia menunggu..adoilah..sejak akhir-akhir ni manja sikit..nak berdukung jer ::

:: Sementara menunggu jom amik gambar dengan Duta Cool Blog! Tapi dengan patung je rr..jadilah...ahahhahaha ::

:: Yeay dah dapat! Kami order perisa baru Teh Tarik dan Markisa!..Nyummmy!!! ::


:: Gelagat My princess mia yang dah pandai minum ice!huhuh ::

So aktiviti hari tu banyak abiskan masa dengan melayan karenah My princess mia .kebetulan hujan..balik jer rumah..semua tumbang..tak larat beratur time mengundi tadi..huhuhu..ok lah..nanti kalau aku rajin sambung untuk part III plak...xoxo..muaaah ::







Tuesday, April 16, 2013

Happy Face!

:: 16 April 2013 - 9:30 pagi ::
:: Selasa ::

:: Geram bila tengok My princess mia ni buat memek muka..ni snap time dia makan aiskrim..Bonda belanja makan kat McDonald lunch..so seperti biasa ending beli aiskrim..memula offer kat My princess mia makan aiskrim tak nak..jual mahal..tapi bila dah masuk kete dia plak yang over...hihih..xoxo..muaaah ::

:: My princess mia tengah bersantap ::

:: Cer tengok mulut berlemuih dengan aiskrim..adoilah ::

:: Happy face My princess mia dan Ibu ::



Thursday, March 28, 2013

Anak Manja Papa

:: 28 Mac 2013 - 12:00 tgh hari ::
:: Khamis ::

:: Bila dah kata anak Papa so memang melekatlah bila Papa ada kat rumah...Apa segala aktiviti Papa semua dia nak buat sama..adoilah anak..aku ni selaku Ibu hanya mampu melihat..yerlah anak perempuan selalunya memang rapat dengan Papa .Kalau nak ikutkan pun mestilah My princess mia busan dengan aku..24 Hour duduk dengan Ibu..so bila ada Papa ha apa lagi..Papa jer lah.. meh aku share hari ni gelagat My princess mia bila dengan Papa...

:: Papa nak basuh kereta pun dia nak tolong..hihih..anak Papa ::

:: Semua nak sama gaya..huhuh ::

Boleh di katakan nak tido pun dengan Papa .bangun cari Papa .manja ni..hihih..ok lah..jap-jap lagi aku update aktiviti My princess mia cuti sekolah...ahahha..cuti sekolah sangat..xoxo..muaaah::


Friday, March 22, 2013

HaPpYBuFdAyToMe

:: 22 Mac 2013 - 3:45 ptg ::
:: Jumaat ::

:: Nampak tajuk gedik di situ...hahhaha..Detik 10 Mac 2013 yang lalu usia aku berganjak 29 tahun..Mak ai..tak lama lagi nak masuk 30 series...Oh My!!Dah tua aku ni.Oklah citer pasal usia ni memang tak kan abis..Nanti aku buka sejarah apa yang belum di hajati sehingga umur aku 29 memang nangis lah nak baca.So aku pendekkan cerita melalui gambar-gambar ni ok.Untuk tahun ni alhamdulillah aku bersyukur masih lagi di beri peluang bersama-sama insan tersayang meraikan hari istimewa ku..Ewah ayat nak best jer...hihih..

:: Bersama My princess mia potong kek batik..homemade from  my sis Zera Naim..terharu..hihih ::
:: Thank you my lovely sis for cake and Gorgeous Handbag!Love it..Eh tak lupa gak Bonda! ::

Paling terharu bila adik bradik mydear blanja dinner bufday!Hihihihi....Kak Sya sayang korang semua!!Nampak tak gedik di situ...hihih..bukan slalo kan..Dinner di Flamming Steamboat Setapak.. Alhamdulillah rezeki bufday tahun ni...hihih..Dalam aku loya-loya tu banyak gak aku hirup kuah tomyam nak bagi hilang loya.Siap ada yang nyanyikan lagu bufday..Tak sempat nak amik video..Lagi pun handphone meragam so redha..huhuh..Dan oleh kerana aku malas nak menaip meh aku copy paste jer apa aku dah wish kat status facebook aku..hihih :-

"Alhamdulillah..berakhir sudah 10 march 2013 hari yang cukup bermakna untuk saya..terima kasih tak terucap kepada semua insan di keliling saya a.k.a family , bff , frens ,fb frens & blogger..setiap ucapan dan doa amat saya hargai..terima kasih menjadi yang cukup istimewa dari mydear Syarafi Sulaiman n princess Mia ...Kepada ahli keluarga terima kasih semuanya terasa diri ini di sayangi dan di hargai...LOve n hugs!"


Hihihi..so meh layan gambar yang tak seberapa..maaf sebab ni jer yang ada dalam simpananku...hihih


:: My Nyawa...mydear...My princess mia & me ::


:: Posing sebelum makan...hihih ::

:: Dan bila dah makan..pelbagai aksi...maaf kan suami saya...huhuh ::


:: My princess mia selera tak ingat..hihih ::


:: Sebahagian...luv them..maaf Kak Sya ada gambar ni jer..huhuh ::

Oklah....dah ribuan terima kasih aku ucap..bersyukur dengan rahmatnya..Alhamdulillah...xoxo..muaaah::

p/s : tq my mum in law for lovely call and wish..love u!..:)



Tuesday, March 19, 2013

Mia with her Secret Recipes

:: 4 Mac 2013 - 11:00pagi ::
:: Isnin ::

:: I'm back!hihihi..Lama ta update..ok malas nak taip panjang-panjang..kang korang nyampah dengan susunan ayat aku yang ikut sedap jer..so meh layan gambar aku bawa My princess mia jalan-jalan sambil mengapow nenek dia Mr Dibo!hihihi..So seprti biasa kalau bonda dan adik aku a.k.a Zera Naim cuti ada jer aktiviti kami..yerlah kadang-kadang diorang ni suka  cuti hari bekerja so di sebabkan tak nak aku n My princess mia busan duk seharian di rumah..aktiviti paling senang cuci mata kat mall..cuci mata jer mampu ko!ahahhaha..Tapi aktiviti utama adalah makan dan ativeti kegemaran My princess mia gak!jom layan gambar...

:: My princess mia tengah kebosanan tunggu makanan..hihih..macam orang besar! ::

:: Haruslah ada gambar ibu kan!hihihi...eh Ibu nampak kurus..i wish!hihih ::

:: My princess mia dah tak sabar makanan nak sampai!..Dah sampai senyum lebar..::


:: All the food ::

:: Then My princess mia jumpa kawan-kawan..hihihi..senyum sampai ke telinga! ::

:: Part paling best My princess mia dapat bawa balik seorang kawan Mr.Dibo! ::

Hihihihi..ok dah habis semua gambar..maaflah kualiti gambar yang tak cantik sangat..yerlah masih tak mampu nak beli camera idaman!please make my wish come true this year!hihihih..ok lah..nanti aku rajin aku update satu hari dua entry..pray for me..hihi..xoxo..muaaaaaah::



Wednesday, February 20, 2013

Terpaksa Pisahkan..Sedihnya...

:: 20 Februari 2013 - 9:15pagi ::
:: Rabu ::

:: Salam semua..Rabu tanpa kata-kata..dah lama tak update..nak cerita apa pun tak tahu nak mula dari mana..keadaan kesihatan yang sangat teruk membuatkan aku malas nak update story..Yerlah bila nak mengadap blog jer..nak menaip jer mata terus berpinar..pening...zzzzzzzzzzz...penat rasanya..Ok meh aku cerita tajuk kat atas tu...'Terpaksa Pisahkan..Sedihnya...'...hihihhi..tajuk bukan main kan..Sebenarnya tajuk tu untuk My princess mia yang terpaksa pisahkan dengan susu badan..Genap 1 tahun 5 bulan My princess mia menyusu badan sepenuhnya...Masa awal-awal nak pisahkan tu..Ya Allah tuhan jer tahu betapa aku kena kuatkan semangat..yerlah kesian tengok My princess mia bila haus nak susukan sampai demam sekejap My princess mia di buatnya..cuak gak rr aku dan mydear nak handle tapi di sebabkan keadaan memaksa aku kuatkan semangat..Nak mencari susu yang sesuai plak satu halnya.Yerlah kalau boleh aku and mydear nak gantikan susu yang terbaik untuk My princess mia tapi bila cuba yang version susu-susu mahal(mahai) semua dia tak nak..adoii..terpaksa lah bila siang aku bagi My princess mia minum susu kotak 'Dutch Lady'..bila tengok respon..alhamdulillah My princess mia terima..tapi yerlah bila dah practise siang dah ok mestilah nak malam pun ok kan..waktu yang paling getir time nak tidokan kan My princess mia .yerlah selalu nak tido mesti menyusu badan sambil tertido tapi now tak boleh..ha ko menggagau aku dan mydear nak tidokan..kadang-kadang aku terpaksa curi-curi bagi gak susu badan masa nak tido sebab kesian kat My princess mia .tapi yerlah di sebabkan keadaan yang memaksa aku terpaksa gak cari susu yang boleh buat My princess mia kenyang dan tido..
Disebabkan My princess mia serasi sangat dengan brand susu 'Dutch Lady' so aku dan mydear sepakat belikan susu tepung untuk My princess mia .dan Alhamdulillah..berjaya!Yeay!!Now dekat seminggu My princess mia tak minta susu badan tapi kadang-kadang datang ngadanya saja minta..adoii...hihihh..oklah kepala aku dah berpinar balik ni..next entry aku citer kenapa boleh jadi tajuk 'Terpaksa Pisahkan..Sedihnya...' ni ok!hihihih...xoxo...muaaaaaaah!

:: My princess mia minum perisa coklat!::

:: anak ibu dan papa dah besar..luv u!::