My Instagram

Thursday, August 17, 2017

♥ME TIME♥

::17.08.17-4:09ptg::
::Khamis::

Assallamualaikum 

::Hari ni Sis shared di Facebook mengenai 'ME TIME'.Ramai yang tertarik dengan perkongsian Sis terutama para isteri tak kira lah yang fulltime housewife ataupun bekerja.Dalam perkongsian artikel tu adalah mengenai pentingnya 'ME TIME' pada  seorang ibu@isteri. Alhamduillah selama hampir 7 tahun berkahwin Sis ada ruang masa untuk diri sendiri.Ini bukan bersifat pentingkan diri sendiri tapi ini seperti reward dari Encik Suami pada para isteri.Ini bukan bermaksud Encik Suami kita ni tak pandai jaga bini yer bagi kebebasan kepada para isteri untuk berhibur atau menenangkan diri.Pada para Encik Suami yang memahami akan cuba cari masa untuk berikan kepada isteri mereka ruang waktu untuk berehat.Ok Sis nak cerita panjang takut salah fakta so Sis shared salah satu petikan dalam article tu.


Apakah itu “Me Time”?
Daripada awal pagi, sebaik sahaja bangun, anda pasti sudah memulakan tugas sebagai seorang ibu. Mengejutkan anak, menyiapkannya pakaian, sarapan, dan membawanya pergi ke sekolah.

–– ADVERTISEMENT ––

Kemudian, mulalah rutin mengemas rumah, membasuh baju, dan masak tengah hari. Seterusnya, anda perlu pula mengambil anak dari sekolah, menghantar ke kelas tuisyen, menyediakan makan malam….mendengar senarai ini sahaja sudah membuatkan kita penat, kan?

Source: Amomsjourney81.wordpress.com
Jadi, percayalah wahai ibu-ibu sekalian, anda memerlukan “me time”. Ia adalah masa berehat dan masa bersendirian – bebas daripada anak-anak dan suami – yang anda patut nikmati dari masa ke semasa untuk seketika.
Tidak kiralah sama ada anda mengambil sesi “me time” di luar rumah atau di dalam rumah sekalipun, asalkan ia memberikan sedikit waktu rehat, bebas dari bebanan kerja rumah dan tugas menjaga anak, ia sudah mencukupi!

Apa Pentingnya Mengambil Masa Bersendirian dan Berehat?

Sebenarnya, apabila anda mengambil masa untuk memanjakan diri sendiri, ia memberikan banyak kebaikan kepada anda dan juga orang di sekeliling.
  • Ia bagus untuk mengurangkan tekanan – Menjadi ibu itu memang seronok, tetapi ada masa-masanya kita juga tertekan dengan segala bebanan dan isu dalam urusan rumah tangga. Ambillah masa untuk berehat, anda pasti akan berasa segar apabila kembali ke tugas seorang ibu nanti!
  • Berjauhan dapat mengeratkan kasih sayang – Orang tua-tua kata, jauh di mata tetapi dekat di hati. Katakanlah anda bercuti seketika secara bersendirian atau dengan rakan rapat, anda pasti akan berasa rindu. Anak-anak dan suami juga berasa yang sama. Apabila kembali, pasti lebih mesra dan erat kasih sayang!
  • Anda dapat mencari diri sendiri – Apabila kita berada di tempat yang menyeronokkan, sudah pasti anda dapat menenangkan fikiran. Anda dapat berhubung semula dengan diri sendiri, setelah sekian lama mengabdikan diri sebagai seorang ibu atau isteri.
  • Anda akan menjadi lebih gembira – Anda pernah tak mendengar kata-kata yang menyebut “kamu tidak dapat memberikan kebahagiaan jika kamu sendiri tidak bahagia.” Apabila anda berasa tertekan dan tidak lagi gembira di rumah, ambillah sedikit masa untuk berehat dan bersendirian. Anda pasti akan pulang sebagai seorang isteri dan ibu yang lebih tenang dan gembira!

Cadangan “Me Time” yang Boleh Anda Cuba

Jadi, setelah anda yakin bahawa sesi bersendirian dan berehat itu penting untuk anda sebagai seorang ibu, jom kita tengok beberapa cadangan aktiviti “me time” yang boleh anda cuba.

1.     Sesi Melakukan Hobi di Rumah Sendiri

Jika anda sememangnya tidak sanggup langsung untuk berjauhan dengan suami dan anak-anak, anda masih mengambil masa untuk berehat dan bersendiri di ruang rumah anda. Luangkan masa untuk hobi anda.
Contohnya, beritahu kepada ahli keluarga anda yang setiap pagi sabtu, anda mahu meluangkan masa membaca buku, berkebun, menonton TV atau keluar minum pagi di kafe tanpa sebarang gangguan – sokongan suami amat diperlukan di sini!

2.     Percutian Bersama Rakan-Rakan Wanita


Source: Lynnlly.com
Jika dahulu anda mempunyai ‘girl group’ atau rakan wanita yang rapat, ambil masa untuk pergi bercuti, mungkin beberapa kali setahun.
Pastikan anda tidak membawa anak atau suami untuk percutian khas ini. Hati anda pasti rindu tetapi percayalah, ia bagus untuk dilakukan sekali sekala.
Apabila kembali, pasti berlari-lari si anak untuk mendakap anda. Pada waktu itu, anda juga sudah bersedia sepenuhnya untuk kembali menjadi seorang supermom!

3.     Sesi Gim atau Kelas Meningkatkan Kemahiran Diri

Walaupun kita boleh dikatakan sudah bersenam atau meningkatkan kemahiran diri apabila mengemas rumah dan mendidik anak, namun mempunyai sesi khas untuk bersenam dan mengikuti kelas secara formal juga ada banyak kebaikannya.
Ambil beberapa jam dalam seminggu dengan meluangkan masa untuk diri sendiri. Jika anda suka bersenam, jangan rasa bersalah untuk bersenam selama sejam atau dua jam di gim tanpa membawa anak-anak.
Luangkan juga masa untuk meningkatkan potensi diri dengan menyertai sebarang kelas mengikut minat anda. Mungkin anda boleh mengikuti kelas masakan yang anda sudah lama teringin itu. Ataupun, daftar kelas fardhu ‘ain atau kelas perniagaan yang anda inginkan.
Ingat bahawa selain daripada mendidik anak dengan ilmu bermanfaat, anda juga perlu melakukan perkara yang sama untuk diri sendiri. Orang bijak pandai ada berkata, menuntut ilmu itu kan sehingga ke liang lahat?

Jadi, jom ambil sedikit waktu untuk “me time”!

Sebenarnya, waktu “me time” bukan bermaksud yang anda melarikan diri daripada menggalas tugas atau bermalas-malasan.
Cumanya, anda hanya mengambil sedikit masa untuk bernafas, berehat, berfikir, dan memperbaharui diri sendiri sebelum kembali berjuang dan menghayati watak seorang ibu!
Jadi, jangan rasa bersalah untuk melakukannya, terutama jika suami anda turut menyokong dan membantu pada waktu “me time” ini. Percayalah, ia baik untuk anda dan keluarga!


Faham ke idak apa yang Sis cuba sampaikan?Mungkin agak melampau kalau kita nak buka langkah pertama untuk diri sendir terus ker perancangan yang besar.Bagi Sis cukup kalau di mulakan dengan spend time dengan memanjakan diri kita dan dari situ kita akan dapat rasa 'ME TIME' tu sangat penting.So far Sis sangat bersyukur Mydear sangat memahami.Kadang-kadang Sis yang malas nak ada diri sendiri kerana lebih suka di kelilingi anak2.Hahahha..So pada yang masih rasa para Encik Suami masih tak memhamai perlunya ada 'ME TIME' suruh baca blog sis!xoxo..!





Tuesday, June 6, 2017

Color Match!

::6 June 2017 - 8:30pagi::
::Selasa::

::Hi korang!Dah ready nak raya?Ada dua minggu lagi nak prepared segalanya untuk raya. Ok kali ni Sis update entry about 'COLOR MATCH'!Info ni Sis dapat dari pakar imej Puan Mary di Facebook. Kalau korang google nama kat Facebook mesti jumpa.Sis suka apa yang Puan Mary kongsikan. Daripada pilihan pakaian ikut majlis,penggunaan warna untuk sesetengah majlis. So kali ni Sis nak share yang sangat dekat degan wanita. Kita ni selalu takde idea kan time nak match kan warna baju dan tudung kan?So dengan apa yang Sis kongsikan ini dapat membantu ladies luar sana di pagi hari raya or maybe paling sesuai pakaian seharian kita.









So hope korang semua tak pening lagi lah kan especially pagi raya nanti!::

Friday, June 2, 2017

Jom Masak!

::1.06.17-11:40malam::
::Khamis::

::Hari ni masak lauk kesukkan Mydear. Dah berapa hari duk request 'Udang Masak Sambal + PETAI'..Hahahha..Saja jer highlight PETAI tu..Sedap wei makan..Yerlah dah lama tak makan time puasa ni teringin lain macam sikit!Kalau nak sesuatu tu mesti kena cari kalau tak dia punya ngidam tu lain macam..hahhaha..

Mesti ada yang sudi baca blog ni rasa pelik kenapa Sis nak share semua ni kat blog sedangkan banyak lagi social media yang leh share..Memang Sis ada share tapi mungkin Sis ni masih ada sifat old school..Suka sangat ber 'blogging'.Bagi Sis ni salah satu sentimental moment yang tak dapat di lupakan.Dari blog lah Sis kenal ramai kawan dan banyak perkara belajar.Mungkin dua tahun kebelakangan ni kurang masa or senang citer takder masa langsung untuk blog ni tapi insyallah lepas ni akan lebih rajin but maybe a bit slow sebab nak dapatkan tempo menaip dan mengarang tu..hahahha!Berangan lah sangat ramai yang baca!

Ok back to topic 'JOM MASAK'! Actually pagi tadi Sis ada update status kat Facebook minta idea nak masak apa untuk berbuka  dan alhamdulillah ramai yang sudi share.Mostly suka masak yang ringkas yerlah time weekdays ni memang tak mampulah nak tunjuk kehandalan.Mana nak kejar masa nak balik dari opis, redah jem!Dah ada niat nak masak untuk family pun dah kira ok kan?Sis faham sebab pernah alami.Nasib dulu mak yang jaga anak-anak so alang-alang amik anak dapat lauk sekali..hahhahha.Oklah malas dah nak taip panjang-panjang..Meh Sis share gambar dan menu yang Sis masak untuk berbuka tadi.

::Sayur Campur + Tempe + Soon::
::Ikang Goreng + Tempe Goreng + Udang Goreng::
::Sambal Udang + PETAI::

::Pengat Pisang::
:: Yang ni buka Sis masak..ni Bonda yang masak..hihihi::

Oklah dah masuk 2 Jun..Esok MEEYA.CO akan keluarkan koleksi raya..Zalleha Peplum..tak sabar rasanya..nanti Sis update kat blog yer..xoxo..::




Wednesday, May 31, 2017

Biskut Raya MIAQIBKITCHEN

::31.05.2017-1:40ptg::
::Rabu::

::Hari ni dah masuk 5 Ramadhan.Sekejap jer rasanya dah nak masuk seminggu. Macam mana puasa uolls semua?Sis ok jer tapi dah mula tak menang tangan terima tempahan kuih raya.Tahun ni Sis amik dua jenis kuih raya Semperit dan Kuih Siput.Alhamdulillah dari last year dapat good respond dari pembeli dan kebetulan tahun ni Sis raya Klang so memang buka tempahan sehingga seminggu nak raya. Meh Sis share gambar bagi yang tak familiar dengan kuih raya ni:


Kuih Siput
1kg - RM35


Biskut Semperit
50biji-RM25

So pada yang teringin dan tercari-cari dari dulu dua kuih tradisi kita ni Wassap / Weechat 
011 1030 5252( PuanNasya) dan boleh singgah instagram MIAQIBKITCHEN.




Monday, May 8, 2017

Kisah Maggi Tomyam

::08.05.2017-12:15pagi::
::Isnin::

::Saja update tengah malam ni..Baru lepas tengok Mentor tadi.So far bagi sis semua finalis the best dan tahun ni takde favourite pun layan jer.Rezeki kat luar tu lagi penting.Ok stop story pasal Mentor.Tengah sedap layan Mentor mydear mengadu lapar.Adoii lah memang bercinta lah kan nak bangun masak mujur lah tengah hari tadi sis ada masak tomyam.Apa lagi rendam me maggi lepas tu panaskan tomyam..Mudah..semudah ABC!😎

 
Tadaaaaa..siap dengan air sirap lagi..nyummy..jemput makan 😋

Sis memang suka buat tomyam..sebab kalau tak nak makan dengan nasi sis suka makan dengan bihun atau mee..Jangan tanya resepi sebab sis rasa ramai yang diluar sana pandai masak tomyam.Ok selamat menjamu selera 😘::


Thursday, April 27, 2017

Haramain Backpackers

::27.04.2017-11:00pagi::
::Khamis::

::Short entry dari sis!Sejak jadi housewife ni rajin juga sis layan tv sambil2 layan pm customer MEEYA & MIAQIBKITCHEN..Ada satu to show terbitan Astro ni bertajuk "Haramain Backpackers".Memula ingat program ni sama dengan to show yang lain..pergi tempat orang dan cari tempat makan yang best..So layan kan jet lah..Tapi bila follow program show ni..Menarik!Bercerita mengenai sejarah Islam.Tempat dimana berlaku perperangan seperti Bosnia dan  lain2.Sis tak boleh nak cerita banyak sebab sis pun baru follow tapi sis nak sangat uolls luar sana sama2 tonton program TVs show ni OK!







 p/s: Program ni dah ditayangkan do Astro tapi masih ada ulangan.Tapi dunia kan dah canggih boleh tengok balik kat YouTube 😄😄


Monday, April 10, 2017

Chef Wan vs Chef Tipah

:: 10 April 2017 - 8:40 malam::
::Isnin::
::Jarang sis update blog memalam ni tapi sebab lama dah peram citer ni kang nanti basi plak!hahha.. Berangan ramai yang baca kan!Ok back to topic..Hot kan topic sis?hahha..By the way mcm mana nak mula yer?Sebenarnya mak sis berpeluang masak dengan chef selebriti terkenal dunia ni bermula di sebabkan oleh seorang kenalan sis kat facebook up status mencari ibu tunggal yang berjaya membesarkan anak sehingga berjaya.Masa tu sis pun saja kongsi kisah mak dan pada yang sama sis tak tahu pun siapa yang terpilih akan memasak dengan Chef Wan!

Alhamdulillah mak sis terpilih!Punya lah excited plus berdebar ok!Masak dengan Chef Wan kot!Memula masa mak sis terpilih rasa takut pun ada gak..Yeelaaa ni kali pertama deal dengan prosuction tv mana la tahu betul ker idak kan!Punya lah sis stalker Chef Wan nak tahu betul ker tak beliau tengah buat rancangan terbitan tv1 ni kan dan alhamdulillah lega sis bila nampak beliau up kat instagram tak pasal jugak lah sis follow Chef Wan...Hahhaah!

Ok sis macam banyak bebel kan!Hari di janjikan pun tiba!Ayat novel sangat kan!Mak sis punya siri yang paling akhir so bila di tayangkan kat tv nanti kami last episod..Meh lah layan gambar masa shooting tu ok!!Seharian ok!Dari pagi sampai petang punya lah penat oi!Hahaha macam mana nak jadi Fazura ni!Hhaha..mood berangan!!

                      
::Tepat pukul 10 team production set up set!Punctual diorg ni..Kagum!::


::Masa ni Chef Wan baru sampai..sesi perkenalan sambil
 tunggu set siap::

::Rancak berborak..Alhamdulillah Chef Wan sangat friendly so reda sikit
 rasa debar..hihi::

::Ok Chef Tipah in action!Hihi::

::Sesi pengambaran untuk tahu sejarah mak membesarkan kami::

::Lepas tu shoot kat meja makan!Nervous sis duk sebelah
 Chef selebriti ok!::

::Hamper Gift for humble chef from miaqibkitchen!ni pun excited 
nak cerita dengan uolls!another special project for miaqibkitchen!::

::Muka mak happy hantar Chef Wan balik!::

::Last scene!!Meriahkan!Tapi sedih gak sebab mydear tak dapat join
 sebab ada biz matter..huhu::

Dalam pukul 5 selesai shooting.Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar..Cuaca pun ok..Dalam sejarah bak kata Mak sis ok!Yerlah tak pernah kami bayangkan dapat masuk tv dan Mak dapat masak dengan chef terkenal!Ni kira hadiah teristimewa untuk mak jadikan kenangan kami sekeluarga!!Kadang kita selalu pikir apa hadiah terbaik kita nak buat ibu kita gembira kan!Hope mak sis gembira untuk semua kenangan ni!xoxo::

Tuesday, March 28, 2017

SALAM REJAB

MALAM INI MALAM MUSTAJAB DOA
Ahlan Wa Sahlan Bulan Rejab! 
InsyaAllah malam ini adalah malam yang pertama bulan Rejab.

Di antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah malam yang diistimewakan untuk di qobulkan doa.
Sabda Rasulullah s.a.w.: 
“ Lima malam doanya tidak di tolak, malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jum’at, malam Hari Raya Eidul Fitri, malam Hari Raya Eidul Adha." 
(Al Baihaqi).

Marilah kita memanfaatkan peluang dan kesempatan yang ada di hadapan kita dengan amalan-amalan saleh untuk meraih rahmat Allah SWT, semoga Allah memberi taufik kepada kita untuk beramal demi meraih rahmat-Nya.
Amin.

Tuesday, March 7, 2017

MEEYA 2017

::07 Mac 2017 - 8:00pagi::
::Selasa::

::Finally we are launced our new collection for 2017!Asyik tertangguh jer sampai ramai tanya bila MEEYA nak kuarkan 2017 punya koleksi..Maaf yer terlalu banyak agenda sampai kami tak sempat nak reveal koleksi baju terbaru dari kami.Kali ni kebanyakkan koleksi lebih nampak elegan dan selesa.More loose shirt for muslimah.Semalam dah bagi sikit teaser.Insyallah dalam minggu ni semua koleksi kami akan kuarkan!So stay tuned ladies!!

video

Monday, March 6, 2017

Kerja Kahwin

::23 Feb 2017 - 10:05 pagi::
::Khamis::

::Penat tak habis lagi..Dah lama tak buat kerja kahwin..Dari pagi sampai petang duk layan tetamu..habis cramp kaki sis!!Tapi dalam masa yang sama happy lah..time ni semua berkumpul..walaupun tak sempat nak borak panjang tapi bila reramai tu feeling lain macam..big happy family..Bagi bonda sis seronok sangat lah dapat menantu perempuan..ada geng baru untuk sembang..hihi..meh sis share sekitar majlis adik lelaki sis:-

::Homemade Mini Choc Moist::

::Second time deco candy bar for wedding..first dulu untuk adik ipar..ok ker idak?::

:: Close up view::


::Ni salah satu benda sis tak jangka.. D.I.Y pelamin mini untuk si pengantin..actually kami plan nak buat untuk photo booth tapi ntah mcm mana leh jadi mini pelamin..semua buat sendiri..Thankz to all helper..kalau takder mereka kurang seri pelamin mini ni..hihi..::

Punya dah lama tak buat kerja kahwin penat dia lain macam..nak bergambar pun takde masa duk layan orang-orang datang..geram gak lah baju lawa-lawa tapi tak dapat nak gambar sakan..takper raya ada...hahha..so meh layan gambar yang ada kat sis..Tak banyak pun sikit jer..

::Kena siapkan dak kecik ni dulu..boyfriend ibu ni..hihi::

::mynyawa::

::Rasa ni jer gambar reramai yg sis ada..Gambar satu family kena tunggi officially photographer..huhu::

::Pengantin kena dera nyanyi tapi macam suka kena nyanyi jer?hihi::

::ha ada pun gambar mak pengantin..hihi::

Oklah sis tak banyak gambar tapi kalau sesiapa follow sis kat facebook & instagram boleh layan gambar sekitar majlis..Ok last but not least terima kasih pada semua yang hadir..Sis wakil mak memohon maaf sekiranya ada salah dan silap serta kekurangan pada majlis kami..xoxo::













Wednesday, February 15, 2017

My Brother Nikah Day

::15 Februari 2017 - 9:30pagi::
::Rabu::

::Assallammualaikum..minggu ni sis bz sikit..bz adik lelaki kahwin..lama tak buat kerja kawen..macam-macam lah nak kena readykan..sejak jadi surirumah ni sis jer lah yang bonda sis harapkan..teman pergi sana sini..minggu ni majlis belah family kami..lagi banyak nak kena readykan..huhu..cayok2..ok ni sis share gambar sepanjang nikah dan majlis side perempuan..

NIKAH DAY

:: steady bro a.k.a uncle::

::Family kecil sis::

::Welcome to our family sis::

::Lovely couple..Congrate both of u::


SANDING DAY

:: Sibling::

::Pengantin::

::Gambar last saja jer nak share famiy kecik sis::

Rasanya dah tak ramai nak share macam nibkat blog sebab dah banyak medium internet tapi sis jiwa klasik..kalau ada yang sudi baca welcome to my simple blog..tapi kalau ada yang rasa sis dah out of date takperlah sis ok..janji semua bahagia..xoxo..muaah..