Wednesday, April 13, 2011

::ANDA HAMIL?::

::13 April 2011-12:00 tgh hari::
::Rabu::

::Assallammualaikum..korang dah kuar lunch?mesti ngah pikir nak makan apa kan..samalah..asyik pikir makan jer ni..hihi..semalam aku g check up...seperti biasa rutin masa check up..amik air kencing..amik darah..check kesihatan aku..but the special moment semalam iyerlah..aku dah dapat dengar jantung 'mybubble'..wah..nak nangis babe..perasaan yang baru dalam hidup aku..kuat ok degupan jantung 'mybubble'...tapi iyerlah g check kat klinik kerajaan kan..hanya aku jer yang dapat dengar..mydear tak dapat..+_+...ok tak mo sedih-sedih..aku ada buat entry pasal puasa kan?alhamdulillah ada yang respon suka apa yang aku kongsikan..dan ada plak yang mintak aku share masa aku dapat tahu aku awal2 hamil..

Ok..memang dari awal aku n mydear plan nak kawen..kami tak pernah plan nak rancang2 anak..kalau boleh aku memang nak awal..memandangkan melihat rakan2 seusia ku pun dah ada anak dua tiga..so perasaan tak sabar tu sangat lah tinggi..so dua bulan selepas berkahwin..period ku mula tak menentu..ada sekali dekat seminggu lewat..aku dah mula excited..yerlah harapan jadi kenyataan..so dengan excited aku beli pregnancy test..aku ada tunjukkan pregnancy test aku kat entry ni..(orang baru)..aku ingat lagi 4 December 2010..masa tu aku balik kampung mydear..aku beli tanpa pengetahuan mydear..so pagi2 tu aku dah mula excited..yerlah..perutku mula meragam..keras..aku ingat dah mula ada tanda aku hamil..tapi tinggal harapan.masa test tu negative..aku mula tak sedap hati..period ku lewat..tapi nak menjaga kesihatan ku..mydear bawa aku ke klinik..ujian yang sama..negative..doc cakap mungkin aku gastrik...hampa ok..mydear pun terkejut aku buat test tanpa pengetahuan dia..yerlah niat hati nak buat suprise tapi lain jadi nya..

Tiga minggu lepas tu(21 December 2010)..aku mula tak sedap badan..sengal2 badan..kejap2 rasa badan panas..selera pun macam memilih..mula2 aku malas nak pikir sangat..yerlah tak nak ada harapan sangat..tapi kali ni aku tak berahsia ngan mydear..aku citer yang period ku mula tak datang seminggu..badan jadi lemah..so mydear n aku beli kat farmasi area umah beli pregnancy test..lepas dinner malam tu..aku test..mula2 aku tak yakin gak..tapi mydear excited nak tahu result..and ya..the result make us happy positive!!happy ok..sangat..terus kami share ngan semua ahli keluarga..esoknya mydear bawa aku jumpa doctor..and ya aku pregnant..love that moment..so pada Nadz yang nak tahu tanda-tanda awal me tahu pregnant..just simple tanda..mungkin ada yang lebih menarik dari cerita aku..tapi untuk tak menghampakan Nadz kat sini aku share 10 Tanda Hamil...:)

10 Tanda Hamil



1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...

...Tahniah!

::'mybubble' 21 weeks now!!alhamdulillah::

15 comments:

  1. tahniah=) bestnya jadi mummy.

    ReplyDelete
  2. thanx sis :D suka entry nie...erm maybe buat test kena bgtahu hubby supaya test itu adalah berjaya :) coz sembunyi2 cam xder restu jer..huhuhuhuu neway thanx sis appreciate sgt2 permintaan dilayan coz nad going through dis process macam sis jugak dh test but -ve and cam takut nak test kali ke2 and 1st time test pun sorok2 cam sis gak..congrate sis..best kan nak jd ibu dah :)ada tips nnt share2 yer :)

    ReplyDelete
  3. bestkn ble dh taw kte preggy..1stly i wat test mcm x prcaya sgt,bnda klu x plan mmg akn jd,pe pn smua kuasa dr Allah...tke cre urself!!

    ReplyDelete
  4. ::nurul-thnkz babe..

    nur easy-thnkz also nur

    nadz-sharing is caring..:)

    missB-congrate for u too babe and take care!!

    mrs.deayana-thnkz babe..amin..::

    ReplyDelete
  5. pernah merase dulu semua keadaan ni walau pon hanye 3 bulan... [keguguran]... tapi.. tetap pernah merase..:)neway..walaupon serik sikit..tapi tetap tak sabar nak rase lagi sekali..[huhu]

    ReplyDelete
  6. ::aty-baru tahu u gugur..sedihnya..coz bfore this ada baca entry u dah pregnant..tp lately ni baca mcm takder..x brani nak tanya..sorry to heard that dear..

    nurul-insyallah dear..thnkz..muaah::

    ReplyDelete
  7. @I'mNor:
    kiranya lepas 3 minggu baru positif ker? saya sekrang da lewat smggu tapi negatif.
    hampa and telah menghampakan suami pun ade huhu

    ReplyDelete
  8. :: hi nor..masa first check up pun saya negatif..cuba tgok for next month period mcm mana..insyallah kalau ada rezeki..:)::

    ReplyDelete
  9. SALAM...BEST CITER NI..SUKA SGT2..SYA DA LMBAT SBULAN TAPI MASIH NEGATIF...SEDIH JGK LA...AGK2 KNAPE EA.??

    ReplyDelete
  10. :: Insyallah ada rezeki awak nanti..banyakkan berdoa k..:) ::

    ReplyDelete

::come to comment my blog::