:16.05.19 - 2:30ptg::
::Khamis::
♥Assallamualaikum ♥
Kadang bila dah tak ada idea nak masak mula lah duk ngadap mr.Google & mr.Youtube 😅 .Kali ni mula terpengaruh dengan makanan yang paling famous di Indonesia. Cumi pedas ala kalau kat Malaysia ni Sotong masak pedas. Cumi tu sotong yer uolls. Sis memula tak tahu gak..hahha. Beza sikit or aku jer yang cakap beza kalau kat Malaysia ni Sotong sinonim dengan masak Sambal Sotong or Tomyam Seafood kan tapi lain sikit resepi kali ni. Mereka banyak menggunakan cili besar dan cili padi , cili kering sikit sahaja tapi rasa feel ok!
So ni resepi untuk uolls follow!
Menu: #cumiasinpedas #cumipedas
Bahan:
Sotong (Elok yang size kecil dan sederhana)
Cili Besar @ Cili Hidup
Cili Padi
Cili Kering
Bawang Merah
Bawang Putih
Garam
Gula
Air Limau
Cara2:
1.Cuci bersih sotong.
2.Gorengkan semua cili dan bawang sampai sedikit garing dn layu.
3.Angkat cili dan bawang yang telah di goreng untuk di tumbuk. Kat sini sis tak guna blender yer sebab rasa cili yang di tumbuk dengan lesung lagi sedap ok!
4.Setelah di tumbuk kasar jangan sampai hancur sangat yer uolls masukkan dalam kuali masakkan menggunakan minyak kuantiti yang sederhana.
5.Tumis bahan sampai naik bau.Masukkan garam dan gula ikut selera.Jangan lupa masukkan juga sedikit air limau.
6.Masukkan pula sotong tadi kedalam kuali dan gaul mesra.Kalau rasa kering tambahkan sedikit air.
7.Lepas tu angkat!Dah siap untuk di makan dengan nasi panas!!Yummy!
p/s: ada bahan yang sis olah sendiri dan tambah ikut selera.So apa lagi cubalah resepi sis ni k!
#indonesiafood #dapurkecilsis
No comments:
Post a Comment
::come to comment my blog::