Monday, August 30, 2010

::Dia Kah Jodoh Kamu?::

::30 Ogos 2010-1.00 ptg::
::Isnin::

Salam RAMADHAN..sekejap jer kita dah 20 hari berpuasa..insyallah minggu depan kita akan berhari raya..ok kali ni aku nak share ngan korang pasal Jodoh..korang rasa jodoh korang sekarang ni adalah yang terbaik?selesa ke korang bila di samping beliau?org yang kau terlalu sayang tapi akhirnya...setelah cinta disemai..ikatan mula di ikat kemas..tetiba di akhirnya sepatut ke arah kebahgiaan tapi terputus di tengah jalan dengan alasan..TIADA JODOH..pedih jer aku tgok ayat tu..siapa yang sanggup hadapi semua tu..lagi2 bila kata sepakat telah dia buat..kaum keluarga merai bersama..tapi akhirnya hanya perpisahan yang tercipta..sedih!ok2 aku x nak melalut banyak..bagi yang baru nak cipta hubungan ni tips aku dapat dr mr google..yg dah lama pun boleh practise kan..lihat ini sebagai motivated dalam hubungan korang..perbaiki mana yang kurang..yg penting KOMUNIKASI..please..jangan amik mudah untuk semua ni k..

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)



Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?





Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.



1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.



2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.



3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.



4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.



5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.





6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?



7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.



8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.



9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.



10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


So guys..amik ni sebagai tips k..xoxo..muaaaaah::



Thursday, August 26, 2010

::Masih Mencari Door Gift??::

::26 Ogos 2010-9:55pagi::
::Khamis::

::Salam RAMADHAN..ari ni dah masuk 16 hari kita berpuasa..alhamdulillah aku masih lagi dapat menunaikan kewajipan aku sebagai umat islam..Minggu ni aku sangat ke sibukkan..wah ayat aku sangat bersopan kan?kakakka..actually seram wei..tgok ticker sebelah tu dah nak ilang dah angka 30..mean another a month ok..sabar nasya..ok2 btw bukan pasal masa aku nak citer k..kang korang jemu..asyik2 baca entry si nasya ni duk citer pasal takut..huhu..

OK aku nak sharring kat korang pasal satu laman web ni...korang dah cr Door Gift?ha blum?ok2 aku share ngan korang laman sesawang ni..(hahha..skema giller ayat aku)..laman web ni nama Durian Kahwin  ...bukan jual Durian ok!!Unik kan nama diorg..and barang2 yang diorg jual pun sgt unik n exclusive ..Aku suka sangat..sbb aku suka Door Gift yang simple n unik..k mesti korang kata aku ni lebih2 plak promote..of coz lah..sbb aku amik Door Gift kat website ni..harga sgt reasonable ok..worth it with   the gift we buy..so untuk korang x jemu baca karangan pendek aku ni..ni aku tunjuk kan Door Gift yang mereka jual..:)..so enjoy..xoxo..muaaaah::





P/S : Sebarang pertanyaan sila hubungi owner website ni..dan jangan risau mereka sangat peramah ok..:)..ha kalau korang call atau tanya sila bg tahu dapat info dr blog aku..insyallah dapat special price..kakkakakaka::

Puan Nurul : 016-2149995


Email :  duriankahwin@gmail.com

Wednesday, August 25, 2010

::LAGI SEBULAN....::

::25 Ogos 2010-6:20 pagi::
::Rabu::

:Salam RAMADHAN ..pergh tak pernah aku buat entry di subuh hari..rajin x aku?hahhaha..haruslah tidak kan namanya..sowylah..agak ke sibukkan skrang ni..ampun kemaafan..wah sekejap jer dah 14 RAMADHAN..sekejap jer wei..macam-macam perasaan bercampur baur.. gementar+seram+penat..ntahlah..takutnya..nak citer panjang pun aku agak blur lepas sahur ni..so hayati nombor ni..hahha ceh jgn ingat aku ajak tikam no..cuma nak ingatkan diri sendiri aku nikah bila..ayark..k lah nak bersiap g kojer!!xoxo..muaaaaah..::


Thursday, August 19, 2010

Kekanda Adinda...


::19 Ogos 2010-10.20pagi::
::Khamis::
::Salam RAMADHAN..dengan rasa happynya aku nak share ngan korang one of my short list song for wedding day..cewah..TAPI SANGAT BERHARAP SOMEONE NYANYIKAN LAGU NI DI HARI BAHAGIA KU..ha kan aku dah highlight..plzzz sahabat2 ku yg hebat2 main muzik ni..or my lil bro nazri..adik..nyanyikan lagu ni untuk along plz!!find ur partner n practice now..:P...suka lagu ni..chomel sgt..first suka lirik dia..so now mydear..kalau kita nak berdebat guna ayat2 mcm ni ok..hahhaha...:P..lirik sungguh puitis n give motivated for new marriage n long marriage..jangan cepat naik angin..bnyak dah kisah aku baca lately ni..especially kes dera suami kepada isteri..haish..kaum adam..sila hargai sang hawa..mereka anugerah terindah yang harus di jaga..bukan nak membebel pagi2 ni..dan aku pun x nak spoil mood ceria aku pagi ni.. cuma peringatan untuk kita semua terutama to my luvly bride to be frens..kita yg akan mengalami fasa baru ni..amik semua jadikan pengajaran..punya la susah nak dirikan masjid untuk sepanjang hayat..tapi dek kerana amarah yang x dapat di kawal..dek cemburu buta yang x leh nak di celikkan..masjid terbina musnah mcm tu..bak kata lirik lagu ni..
"Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransiKekanda Adinda"
cubalah wahai sahabat2 ku semua..comunicattion its important..aku x ckp aku the perfect couple..sometimes dtg angin nya..ribut taufan skali dtg bantu..tapi for a while kita org pikir balik..should us destroy everything we build together..so mydear mr syarafi..kita sama2 hayati lirik ni k.. cuma kita perlu tukar lirk ni jer..part ni..
"Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan"
kena tukar
"Kanda polar kutub timur

Dinda kutub barat"..:P
hahha..sebab mydear org timur..syg barat..kakkaka..so my luvly reader..enjoy my entry..xoxo..muaah::
Oh Kekanda
Jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda
Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata
Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi
Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya
Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Oh bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?
Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi
Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya
P/S : SILA KLIK NEXT PADA SONG LIST AKU KAT TEPI TU KALAU NAK DENGAR LAGU NI..:p

Tuesday, August 17, 2010

::Nak Post Apa??::

::17 Ogos 2010-11:30 pagi::
::Selasa::

::Salam RAMADHAN..Pelikkan tajuk aku?ha aku lg pelik..axtually aku tahu nak tulis entry apa..hahha boleh mcm tu?aku kalau tgok list B2B(bride to be) yang lain..ha setiap sejam ader jer yg bertukar post..kadang2 aku sanggup baca dr menulis..hahha..sbb B2B yang lain dah bg info yg berguna..tapi nanti bersawang plak blog aku ni..haish..

Ni dah separuh menaip aku dah blank..nak citer apa?nak citer buke apa smlm?hahha..gerenti korang busan..nak update pasal preparation..minggu depan br fitiing n cr brg segala..hahha..gilo x aku..org yg seminggu awal dr tarikh aku semua dah setel..siap tunggu masa jer..aku?mau terkejar-kejar..ngan masa yg suntuk..keje opis lg..ayark..bnyak penat...tapi aku masih bersyukur mempunyai family yg sgt memahami..so diorg bnyak bantu aku ok..kalau aku sorang..confirm korang dtg wedding aku nanti(korang dtg ker?) carca merba jadinya..hahhaha..

Ok aku xnak korang jd giller baca entry aku kali ni..nanti jap2 lg kalau ader y menarik..aku share ngan korang k..xoxo..muaaaah..::

Monday, August 16, 2010

::Angka 40 akan hilang..Erk!!::

::16 Ogos 2010-10:37pagi::
::Isnin::

::Salam RAMADHAN..short entry from me..aku dok belek aku nyer blog aku ni..skali aku tgok ticker kat sbalah ni dah mem perlihat kan ini..:-


weiiiiiiiiii..dah nak tinggalkan angka 40 tu..makin berdebar ni..makin hampir..uwaaaaaa persiapan x cbrapa nak complete ni..rileks nasya..tenang..hadapi dengan senyuman..hhahaha..ok tu jer entry aku kali ni..kang aku rajin up entry baru..xoxo..muaaaa..:P..::

Sunday, August 15, 2010

::BUnga PahaR::

::15 Ogos 2010-11:00 pagi::
::Ahad::

::Salam RAMADHAN..cewah..mentang2 bulan RAMADHAN ..pembuka kata semua kena ada ayat RAMADHAN..hihih..ok2..kali ni back to track..aku ngah cr bunga  untuk BUnga Pahar aku ni..knapa x D.I.Y?haha..cukuplah beberapa barang aku D.I.Y..a larat babe..keje opis yang berlambak..ngan kesuntukkan masa..ayark..kalau leh mmg aku nak sgt D.I.Y so boleh ader kenangan kan..tapi dek kan masa terpaksa beli..so aku sgt berminat bunga kat SSF HOME DECO..last year aku g..ntah ader lg ker x..cantik sgt..plan nak g next week ngan bonda..nak g nilai jauh bebenor..kang dtg2 xder yang berkenan..dapat penat aderlah..so nak minta tlg pada sahabat2 blogger ku skalian..korang rasa mana tempat2 yang ader jual bunga2 pahar yg cantik..korang mesti hebat google dr aku sbb korang lg bnyak entry B2B dr aku.hihih..so sahabat handai tolonglah yer..xoxo..muaaaah::




::Sweet kan dua2 gambar atas ni..thnkz mr google::

Friday, August 13, 2010

SAYA NAK ALAMAT!!! (version 11)

::13 Ogos 2010-11:00pagi::
::Jumaat::

SAYA NAK ALAMAT!!!
::Kepada semua teman blog ku sekalian..mcm nampak tajuk ni dua kali kan..hahha..maaf berjuta kali maaf..ntah apa bengong nyer blog aku..dr malam td buat hal..tetiba kuar website bodoh mana ntah..urgh!!geram ok..bkn aku sorang jer kena..blogger nawal pun kene..so untuk kembalikan mood semua..sila rujuk entry di bwh ni k..xoxo..muaaaaaaah!!..::

::Salam semua wahai kawan2 blog ku tersayang..hahhah..gila tajuk aku membunuh..btw dengan rasa penuh rendah diri..sudi2kanlah wahai semua rakan2 blog ku memberikan alamat sempena hari bahagia ku nanti..insyallah anda semua di jemput meraikan hari bahagia ku nanti..cewaaaah..ok yang sudi sila2 lah tinggalkan alamat k..atau email kat syanaim@gmail.com...kesudian anda semua amat di hargai..:)

p/s:mungkin ader yang nak ketuk kepala aku sebab lagi 43 hari baru nak minta alamat....:P....minta ampun wahai sahabat kalian..bukan di sengajakan..terlalu bnyak urusan yang perlu aku lakukan..harap di maafkan..:)..xoxo..muaaaaah.::


Wednesday, August 11, 2010

::RAMADHAN BULAN MU SERING DI NANTI..::

::11 Ogos 2010-10:30::
::Rabu::

::Assallammualaikum w.b.t...dengan sopan aku mulakan bicara dalam entry kali ni..penuh dengan rasa rendah diri..ari ni aku berjaya merasai nikmat bulan ramadhan..alhamdulillah..bila baca semua blog..semua dah buat entry pasal bulan RAMADHAN yang suci ni..aku pun x nak ketinggalan..ingin mengucapkan selamat BERPUASA wahai sekalian umat Nabi Muhammad dan juga teman dan sahabat blogger ku..cewaaaaah..sopan kan aku..plzzzzz ckp sopan..penat aku berlatih mencari ayat yang sesuai untuk entry bulan RAMADHAN ni..hihi.. nak aku bg kad di alam maya ni..menunjukkan kita dah melewati bulan suci ini..RAMADHAN...


Entry kali ni agak panjang wahai sahabat kalian..kalau ader yang jemu dengan penulisan aku..aku mohon kemaafan..bila tiba RAMADHAN..paling aku rindu nak buat ialah solat terawikh..sangat rindu..sebab bagi aku saat ini lah aku rasa lagi dekat dengan-Nya..untuk berkongsi nikmat berterawikh..aku kongsi dengan sahabat ku semua yer..xoxo..muaaaaah::


Tuesday, August 10, 2010

::My Special Wedding::

::10 Ogos 2010-3:00ptg::
::Selasa::

::Mesti korang ingat aku buat entry untuk salam ramadhan kan?blum lg babe..sabar erk..ni entry terakhir wedding yang aku g sebelum ramadhan..sebenarnya bnyak wedding aku g tp yg kali ni sangat istimewa..salah satu sbb its my special frens wedding..dan satu lg first wedding aku g ala2 bollywood..hahha..mesti korang kata aku ni gilo..iyer..serius..dah mcm tgok movie dah aku rasa..aku pun nak ikut joget..hahha..ok2 aku terus tunjuk gambar2 yang aku capture k..n sorry sebahagian gambar quality x brapa ok..

::ni wedding kawan aku dilla-axtually my junior masa kat UiTM..cantikkan dia..dua kali dah aku tgok org pakai songket then letak benda atas kepala tu..nampak pelik..tp cantik gak..mula2 pikir beratlah benda tu..rupanya ringan jer..pilihan songket yang jarang org pakai..congrate dear!!..::

::muka kami haruslah ader kan..mydear botak..hope time majlis dah tumbuh rambut..:P..::

Wedding seterusnya adalah kwn bonda..aku n mydear kena lah temankan..bonda kata kena rajin g kang xder org nak dtg majlis kami..(yang menjemput tp aku x dpt hadir seribu kemaafan ku pinta..bkn sengaja..jangan x dtg masa kami yer..;)..) so dengan excited nya aku ikut bonda..bonda kata ader majlis tari menari kat wedding ni..dlm hati rasa pelik lah kot..rasa citer hindustan jer ader..sini mana ader budaya tari menar tu kan..tp anggapan ku silap..pergh mmg dah mcm dalam citer hindustan..ni aku selitakan gamba2 masa majlis tu..di ulangi kualiti gambar yang sangat teruk..:P..

::ni anak kawn bonda..pergh muka dah mcm shah rukh khan::

::ni pengantin..cantikkan..pakai purple..mcm tema i jer..:P..::

::ha ni aku dah rangkumkan semua gambar..kalau ikutkan bnyak tp semua kualiti x brapa ok..::

Serius meriah wedding ni..sampai aku n mydear x nak balik..tp sebab dah lewat..terpaksa gerak balik..for this lovely wedding..congrate from me..its the best culture yang aku rasa harus di teruskan..x kisah kita di mana..budaya dan adat harus di junjung..k lah hope korang puas hati..entry seterusnya akan aku buat mlm ni..insyallah..xoxo..muaaaaaah::

Monday, August 9, 2010

::D.A.M.A.I LAUT HERE WE COME..::

::09 Ogos 2010-3:20 ptg::
::Isnin::

::Dah lama kiranya aku x update blog..lately ni sangat bz..bz ngan keje..bz ngan preparation wedding lagi..ayo leh pecah kepala..takpe nasya releks2..dan aku masih mampu ter senyum..lagi sehari dah nak puasa..supposed aku buat entry ucapan kedatangan bulan suci..tp takper sok aku buat erk..korang tunggu ker?:P

Ok aku nak citer sepanjang 3 minggu aku sebelum puasa..bnyak aktiviti aku buat  g umah org kawen,g kenduri nak puasa and yang paling best company trip ku ker D.A.M.A.I LAUT ...ha ko..untuk pertama kali bersama company yang aku berkhidmat x sampai setahun ni..aku g trip..jauh x jauh pun aku g D.A.M.A.I LAUT dekat Lumut Perak..Jauh tuuuuuuuu..hahhaha..mula2 rasa x best lah..sbb dlm company ni aku dua org jer melayu(but now masa entry ni di buat dah tambah sorang melayu..:P)..mati kutu gak..tp nak x nak kena g gak kan..pagi nak ber tolak tu mmg aku xder mood..packing pun ala kadar..lagi2 bila diorg bg schedule ader team building..mak ai..dah lama kot aku tinggal kan..time kat UiTM pun aku skip aktiviti ni masa KESATRIA..hahha..rajin x rajinlah aku ni kan..pagi tu mydear antar..mmg aku xder mood sampai nak drive g opis pun mydear kena antar..hahha..manja giller...:P..

K aku citer sebahagian aktiviti aku kat sana..ari pertama seperti yg di jadualkan Pukul 9 gerak dr opis naik van persiaran bw kami ker D.A.M.A.I LAUT..huhu..penat tul..yer lah dah lama x jalan jauh..padahal 3 tahun blajar dulu ke sini gak aku rempuh..UITM PERAK di HATIKU!!..hahha..selingan..ok2..sampai sana area pukul 2..mkn2..then rest..lps tu kita org buat lah aktiviti apa yg ader..Wei aku terasa buat laporan sekolah plak!!mcm ni korang lyn jer gambar..mesti korang phm..penat kot aku mengedit bg tatapan korang..:P..yang pasti..bila dah lama kat sana ..syoklah plak..tenang n damai..sedamai namanya D.A.M.A.I LAUT..suggestion for honeymoon maybe ya..its good place..sesiapa yang suka kan ketenangan..yang bkn dtg bercuti untuk shopping..this its the best place..so untuk korang x borring ngan penulisan aku..enjoy the pic..:)..abaikan muka aku yg makin tembam tu..uwaaaaaaaaaaaaaaa..xoxo..muaaaaaah!!::


::day one::

::day one-nite::

::day two-flying forks::

::day two-team building::



::day two-nite::


::balikkkkkkkkk::