Showing posts with label #MiaQibKitchen. Show all posts
Showing posts with label #MiaQibKitchen. Show all posts

Thursday, May 16, 2019

Cumi Pedas!

:16.05.19 - 2:30ptg::
::Khamis::

♥Assallamualaikum ♥

Kadang bila dah tak ada idea nak masak mula lah duk ngadap mr.Google & mr.Youtube 😅 .Kali ni mula terpengaruh dengan makanan yang paling famous di Indonesia. Cumi pedas ala kalau kat Malaysia ni Sotong masak pedas. Cumi tu sotong yer uolls. Sis memula tak tahu gak..hahha. Beza sikit or aku jer yang cakap beza kalau kat Malaysia ni Sotong sinonim dengan masak Sambal Sotong or Tomyam Seafood kan tapi lain sikit resepi kali ni. Mereka banyak menggunakan cili besar dan cili padi , cili kering sikit sahaja tapi rasa feel ok!

So ni resepi untuk uolls follow!

Menu: #cumiasinpedas  #cumipedas

Bahan:

Sotong (Elok yang size kecil dan sederhana)
Cili Besar @ Cili Hidup 
Cili Padi
Cili Kering
Bawang Merah
Bawang Putih
Garam 
Gula
Air Limau 

Cara2:

1.Cuci bersih sotong.
2.Gorengkan semua cili dan bawang sampai sedikit garing dn layu.
3.Angkat cili dan bawang yang telah di goreng untuk di tumbuk. Kat sini sis tak guna blender yer sebab rasa cili yang di tumbuk dengan lesung lagi sedap ok!
4.Setelah di tumbuk kasar jangan sampai hancur sangat yer uolls masukkan dalam kuali masakkan menggunakan minyak kuantiti yang sederhana.
5.Tumis bahan sampai naik bau.Masukkan garam dan gula ikut selera.Jangan lupa masukkan juga sedikit air limau.
6.Masukkan pula sotong tadi kedalam kuali dan gaul mesra.Kalau rasa kering tambahkan sedikit air.
7.Lepas tu angkat!Dah siap untuk di makan dengan nasi panas!!Yummy!

p/s: ada bahan yang sis olah sendiri dan tambah ikut selera.So apa lagi cubalah resepi sis ni k!



#indonesiafood #dapurkecilsis

Roti Santan

::16.05.19 - 10:30pg::
::Khamis::

♥Assallamualaikum ♥

Ramai pula yang tanya resepi Roti Santan ni. Actually ini dessert favorite arwah ayah sis. Orang dedulu kreatif nak abiskan roti. Kalau kita dah nak abis tarikh luput nak buat puding roti bagai renyah so ni resepi paling mudah! Ha siapa yang berminat cepat salin resepi!😉😁


Roti Santan

Bahan:
Roti 
Santan Kelapa ( Paling sedap pakai yang santan parut dari santan kotak)
Gula & Garam

Cara:
1. Campurkan santan dengan air suam.(Santan tak perlu di masak)
2.Masukkan gula ikut selera macam sis dalam 3 sudu besar.
3.Masukkan secubit garam.
4.Potong roti ikut kreativiti dan bekas. 
5.Masukkan roti dalam bekas santan tadi.
6.Rendam dan masukkan dalam peti sejuk.

p/s:

1.Roti tu boleh banyak pilihan.Selain roti empat segi ni boleh pakai roti beggali keras yang orang dedulu suka cicah kopi.

2.Jangan pelik kenapa sis punya tak bekuah sebab sis letak kat sejuk beku.Memadai letak kat bawah.






Selamat Mencuba!

#rotisantan #roti #resepiberbuka#berbukapuasa #dessert

Friday, June 2, 2017

Jom Masak!

::1.06.17-11:40malam::
::Khamis::

::Hari ni masak lauk kesukkan Mydear. Dah berapa hari duk request 'Udang Masak Sambal + PETAI'..Hahahha..Saja jer highlight PETAI tu..Sedap wei makan..Yerlah dah lama tak makan time puasa ni teringin lain macam sikit!Kalau nak sesuatu tu mesti kena cari kalau tak dia punya ngidam tu lain macam..hahhaha..

Mesti ada yang sudi baca blog ni rasa pelik kenapa Sis nak share semua ni kat blog sedangkan banyak lagi social media yang leh share..Memang Sis ada share tapi mungkin Sis ni masih ada sifat old school..Suka sangat ber 'blogging'.Bagi Sis ni salah satu sentimental moment yang tak dapat di lupakan.Dari blog lah Sis kenal ramai kawan dan banyak perkara belajar.Mungkin dua tahun kebelakangan ni kurang masa or senang citer takder masa langsung untuk blog ni tapi insyallah lepas ni akan lebih rajin but maybe a bit slow sebab nak dapatkan tempo menaip dan mengarang tu..hahahha!Berangan lah sangat ramai yang baca!

Ok back to topic 'JOM MASAK'! Actually pagi tadi Sis ada update status kat Facebook minta idea nak masak apa untuk berbuka  dan alhamdulillah ramai yang sudi share.Mostly suka masak yang ringkas yerlah time weekdays ni memang tak mampulah nak tunjuk kehandalan.Mana nak kejar masa nak balik dari opis, redah jem!Dah ada niat nak masak untuk family pun dah kira ok kan?Sis faham sebab pernah alami.Nasib dulu mak yang jaga anak-anak so alang-alang amik anak dapat lauk sekali..hahhahha.Oklah malas dah nak taip panjang-panjang..Meh Sis share gambar dan menu yang Sis masak untuk berbuka tadi.

::Sayur Campur + Tempe + Soon::
::Ikang Goreng + Tempe Goreng + Udang Goreng::
::Sambal Udang + PETAI::

::Pengat Pisang::
:: Yang ni buka Sis masak..ni Bonda yang masak..hihihi::

Oklah dah masuk 2 Jun..Esok MEEYA.CO akan keluarkan koleksi raya..Zalleha Peplum..tak sabar rasanya..nanti Sis update kat blog yer..xoxo..::




Wednesday, May 31, 2017

Biskut Raya MIAQIBKITCHEN

::31.05.2017-1:40ptg::
::Rabu::

::Hari ni dah masuk 5 Ramadhan.Sekejap jer rasanya dah nak masuk seminggu. Macam mana puasa uolls semua?Sis ok jer tapi dah mula tak menang tangan terima tempahan kuih raya.Tahun ni Sis amik dua jenis kuih raya Semperit dan Kuih Siput.Alhamdulillah dari last year dapat good respond dari pembeli dan kebetulan tahun ni Sis raya Klang so memang buka tempahan sehingga seminggu nak raya. Meh Sis share gambar bagi yang tak familiar dengan kuih raya ni:


Kuih Siput
1kg - RM35


Biskut Semperit
50biji-RM25

So pada yang teringin dan tercari-cari dari dulu dua kuih tradisi kita ni Wassap / Weechat 
011 1030 5252( PuanNasya) dan boleh singgah instagram MIAQIBKITCHEN.




Monday, May 8, 2017

Kisah Maggi Tomyam

::08.05.2017-12:15pagi::
::Isnin::

::Saja update tengah malam ni..Baru lepas tengok Mentor tadi.So far bagi sis semua finalis the best dan tahun ni takde favourite pun layan jer.Rezeki kat luar tu lagi penting.Ok stop story pasal Mentor.Tengah sedap layan Mentor mydear mengadu lapar.Adoii lah memang bercinta lah kan nak bangun masak mujur lah tengah hari tadi sis ada masak tomyam.Apa lagi rendam me maggi lepas tu panaskan tomyam..Mudah..semudah ABC!😎

 
Tadaaaaa..siap dengan air sirap lagi..nyummy..jemput makan 😋

Sis memang suka buat tomyam..sebab kalau tak nak makan dengan nasi sis suka makan dengan bihun atau mee..Jangan tanya resepi sebab sis rasa ramai yang diluar sana pandai masak tomyam.Ok selamat menjamu selera 😘::


Friday, May 13, 2016

Half Year Journey MEEYA & MIAQIBKITHCHEN ...

:: 13.05.16/12:01pagi::
::Jumaat::



::CHAPTER I::

::Salam Jumaat semua, separuh tahun sudah berlalu dan alhamdulillah aku dapat lalui dengan tenang meskipun tahun ni agak sibuk dengan segala perancangan. Permulaan tahun untuk MEEYA dan MIAQIBKITCHEN . Banyak yang perlu di baiki dari segala macam terutamanya akaun. Uuuwaaaaaaa..rasa nak nangis bila nak merangkak buat keduadua akaun bisnes kecilku. Alhamdulillah ada sahabat yang sudi membantu. Thank you izma for your help babe!Now dah ok sikit walaupun kadang aku duk pening bila belek akaun..hihihi..takper  semua orang perlubelajar so aku masih lagi belajar. Merangkak dalam dunia bisnes yang terlalu banyak saingan.Aku bersyukur walaupun agak slow permulaan kedua bisnes aku ni tapi still lagi maintain.Hope by next year dah dapat rentak sikit.Banyak planning dalam kepala, bagaimana nak kembangkan kedua bisnes ni.Aku dah niat, insyallah kalau diizinkan lagi dua tahun aku nak buat part time bisnes aku ni jadi fulltime bisnes.Masa tu MyMia dah darjah satu so perlukan perhatian secukupnya.

MEEYA dah mula mendapat perhatian. Setelah re branding nama baru ni 
penerimaan orang ramai sangat positive. Kami lebih fokus pada permintaan 
orang ramai terutamanya yang bersaiz sederhana hinggalah saiz besar.Kami
akan cuba memenuhi permintaan pembeli dan cuba memberi koleksi yang 
exclusive. So pada yang masih belum menjadi sebahagian dari kami jom follow:

Instagram : MEEYA_CO

Facebook : meeya_cloth


:: Do visit us::


                       Meh aku share sebahagian gambar koleksi kami.

:: Blouse Collection ::

:: Meeya Shawl::

Bagaimana?Cantikkan?Hahahhaha..kalau bukan aku yang puji siapa lagi kan!

Meh aku share sebahagian customer review:



Ok lah next aku akan cerita pasal MIAQIBKITCHEN.Tak mo citer sekali dekat sininanti korang tak fokus nak add MEEYA kat instagram dan facebook..So stay tuned for next chapter ok!xoxo..muaaaah!!!

Thursday, January 28, 2016

2016 Began...

:: 28.01.16 - 4:55 am::
:: Khamis::

::Assallammualaikum..lamanya tak menaip..kekangan kerja yang amat sangat.Rindu nak menaip dan berkongsi pengalaman dalam blog yang tak seberapa ni..Skema kan ayat?hahaha..Aku tengah nak warm up balik ni..nak menaip apa pun aku tak tahu..Dekat tiga bulan gak lah blog ni bersawang dan aku tak pasti lepas entry ni brapa lama lagi pulak akan bersawang balik..hahahha..Tapi hanya tuhan jer yang tahu bertapa rindunya aku dengan blog ni..sepanjang aku tak menulis dalam blog ni..aku hanya mampu singgah dan jenguk jer..lepas tu baca blog rakan alam maya aku..So kalau korang masih rindu dengan penulisan pengalaman aku dalam blog ni..Doa-doakan lah aku akan kerap menulis!Amin..

Oklah..2016 dah bermula..Permulaan yang amat mecabar bagi aku..dari segi pekerjaan..hanya tuhan jer yang tahu..betapa penatnya nak layan karenah dan permintaan manusia yang hanya tahu memberi arahan tanpa rasa simpati..Kadang aku terpikir bagaimana aku masih boleh mampu bertahan..Hampir dua tahun gak!Hurmm..Oklah tak mo cerita sedih-sedih..Dugaan hidup perlu dilalui juga..Aku selalu berdoa dengan segala apa yang aku lalui sekarang ada sinar baru untuk kami sekeluarga..Amin..

Hahha..Nampak tak permulaan 2016 penulisan aku macam orang banyak baca puisi..baik-baik jer..hahhah..Mesti korang busan kan??Bak kata aku tadi tengah warm up ni..hihih..ibarat bermulanya perjalanan 2016 aku..Alhamdulillah banyak perancangan yang bakal di buat..Tahun ni agak busy sikit untuk aku dan family..Dengan wedding dua adik ipar aku..Perancangan untuk MEEYA ..comeback untuk MIAQIBKITCHEN ..dan banyak lagi. Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga tak pernah putus..Syukur sangat..Dengan bisnes kecil-kecil untuk aku dan juga mydear..alhamdulillah..Bisnes mydear pun dah mula nampak hasil..Ha pasal bisnes mydear nanti kalau ada entry lagi aku cerita..hahhaha!!

For my adorable Princes Mia.. Tahun ni dah masuk 5 tahun..Semakin bijak dan makin banyak permintaan. Nak jadi princess la..nak bergaya ala2 korea la...Ha lately ni dah suka hindustan..Haish..Diwalle punya pasal la ni..Mia masih tak sekolah lagi..Kenapa?Nanti aku cerita next entry..hihih

For my chubby Prince Naqib..Tahun ni dah masuk 3 tahun..makin banyak akal..banyak benda dia nak explore..Peminat tegar Ultraman.Macam-macam aksi dia akan tunjuk!Fast leaner macam kakak dia juga.Suka gelak..Kalau cakap jer nak senyum..Tunjuk gigi..hihihi

Eh banyak plak aku ngomel...dah lama tak menaip kan..ni pun aku tetiba terjaga..lepas tu nak tido balik payah..so daripada aku terkulat-kulat tak buat apa..baik aku warm up balik penulisan aku dalam blog ni..hope masih ada yang sudi membaca..Ok lah korang..nak kena end off ..Esok nak kerja cari rezeki..Doakan yang terbaik ok sebab aku akan selalu doakan yang terbaik untuk korang semua dan orang sekeliling aku..Tak percaya??Cer senyum lepas baca blog aku ni..Ha!itu la doa aku..Semoga orang yang baca blog aku sentiaasa tersenyum..hihih..last but not least..aku kasi share gambar kami sekeluarga yang suka selfie!hahha..TIPU!!! bukan sekeluarga tapi aku jer yang suka selfie!!..xoxo..::


:: keluarga kecilku::








Thursday, July 3, 2014

MIAQIB KITCHEN RAYA COOKIES!LET'S ORDER...

:: 03 Julai 2014 - 12 : 36 tgh hari ::
:: Khamis ::

:: Alhamdulillah sekejap jer dah masuk 4 Ramadhan..Macam mana puasa korang?OK dok?hihi..OK kan hari tu aku ada bagi tahu nak update pasal MIAQIB KITCHEN RAYA COOKIES! kan?hihih..so this is the right time!Dah nak masuk seminggu raya kan..Ramai tanya kenapa baru nak update..by the way aku buat tempahan depends on order..kira ala-ala pre order la..so pada sesiapa yang berminat boleh wassap aku ok!


 
 
https://www.facebook.com/miaqibkitchen
:: Sudi-sudikanlah order yer..pada yang pernah cuba tahun lepas boleh order lagi..hihih::
 
 
 
 
P/S : Closed order akan di beritahu kelak..so jangan risau pada sesiapa yang masih mencari biskut raya warisan kita ni yer..Tempahan masih di buka! Selamat Meng 'Order' ! ::


Monday, June 30, 2014

Salam Ramadhan

:: 30 Jun 2014 - 1:50ptg ::
:: Isnin ::

:: Salam ramadhan..rasa beza tahun ni..sebab dah lama tak berkerja di bulan puasa..so badan ni tengah nak suaikan diri dengan keadaan sekeliling dan cuaca..Alhamdulillah syukur pada-Nya sebab masih di beri kesempatan berpuasa..Hari ni masuk hari kedua berpuasa..dan yang paling happy tahun ni makin meriah adanya Naqib..dan kakak Mia yang dah banyak mulut..semalam nak berbuka pun dah buat drama..hahahha..tergelak aku di buatnya..macam-macam ragam.
Bila di ingatkan baru jer rasanya menyambut Ramadhan tahun lepas..dah muncul kembali tahun ni..Tahun lepas tengah mengandungkan Naqib..rasanya dah 7 bulan macam tu tapi gagahkan diri kesana kesini..buat tempahan kuih..kira larat gak lah aku dengan berbadan dua..tu tak kira lagi aku gagahkan diri puasa walaupun boleh excuse skip puasa..hihi..kenangan..tapi tahun ni..even duk opis..perah otak jer..penat lain macam..dengan cuaca panas..lemah jer rasanya..siap ada yang tanya kat aku "tahun ni buka tempahan semperit tak?"..insyallah kengkawan semua..dalam minggu ni saya akan buka order..pada yang minta sample semperit tu..insyallah kalau sempat yer..sebab dengan cuaca panas ni..Naqib dan Mia kerap tak sihat so tak menang tangan aku nak uruskan banyak perkara..takper esok atau lusa aku akan cuba update tempahan Damia Semprit ..So pada sesiapa yang dah follow MIAQIBKITCHEN tu tq for support so just wait for update k.. ok lah nak sambung kerja yang melambak ni..Insyallah nantikan esok ok.xoxo..muaaah..btw SALAM RAMADHAN dari kami sekeluarga! ::


:: My design - Kira e-card ni wakil aku and family lah..hiihi ::


Thursday, January 16, 2014

My Mia Cook For Lunch!

:: 16 January 2014 - 10 : 30pagi ::
:: Khamis ::

:: Salam Maulidul Rasul..rasanya tak terlambat aku nak ucapkan pada semua sahabat alam maya yang sudi baca blog aku ni..Hari ni nak share aktiviti anak dara aku sorang ni..yolah dengan status ku 'housewife' ni jangan ingat hanya menjalankan tugas sebagai isteri jer..melayan karenah anak dah sememangnya akan masuk dalam skop job aku selain tugasan harian di rumah..hihihi..so kebetulan hari tu aku ada masa layan mymia main masak-masak..apa lagi seronok lah dia.beria bermain..dahlah kalau main masak-masak dapur tu aku dengar 24 jam lah berbunyi..bila di jenguk dia duk main benda lain dapur duk terpasang jer..busan lah tu main sorang....so now time for 'My Mia Cook For Lunch!'..Jom layan gambar : -

Chef Mia mula beraksi..siap ada apron ok!
Pada sesiapa nak belikan anak dara korang apron ni ada kat DAISO -RM5..saja bagi semangat kat diorang masuk dapur..hahha..tq for makngah ZERA for this apron!


Ok dah mula beraksi..hihihi

Busy masak ok!

Lastly posing!Hahhahah...










Thursday, January 9, 2014

MIAQIB KITCHEN

:: 9 Januari 2013 - 1:30ptg ::
:: Khamis ::

::Salam semua..short entry dari aku..rasanya ada yang tahu aku ada jalankan lagi satu bisnes selain Almarichantekchomell dan Myartbubble..MIAQIB KITCHEN..another baby bizz!Kali ni bisnes makanan..ni desebabkan good feedback masa aku buat time hari raya ari tu..so peluang dah ada baik teruskan..tak salah mnecuba kan..lagi pun aku memang suka buat banyak benda..terutama berkaitan dengan bisnes..tak kira lah dalam bidang fashion , seni ataupun makanan..so pada sesiapa yang sudi nak order meh like page MIAQIB KITCHEN kat Facebook dan juga Instagram! :-





We are happy to take your orders.

Please Whatsapp/SMS :0192294252 or email:miaqibkitchen@gmail.com

Menu :-




p/s : Penghantaran sekitar Klang tidak akan di kenakan charge! Jom order!!



Tuesday, December 24, 2013

MiaQibKitchen Caramel Pudding

:: 24 Disember 2013 - 2:00ptg ::
:: Selasa ::

:: Happy 4 month my boy! Ha nampak intro aku yang takder kena mengena dengan tajuk di atas?hahhah..by the way hari ni cukup 4 bulan My Prince Naqib..sekejap jer rasanya..so sempena anak ibu dah makin besar ni dengan rajinnya ibu buat puding untuk minum petang semalam..hihih..actually sejak akhir-akhir ni memang aku memang rajin mencuba dan memasak..kiranya half of my time banyak habiskan kat dapur..kebetulan mertua ku ada kat sini nak bagi rasa air tangan aku yang tak seberapa ni..so decide buat Caramel Pudding! Ha perasan tak kenapa ada MiaQibKitchen sebelum nama puding tu?hihih..that my next project for 2014..insyallah sampai masa aku akan reveal now still in progress with logo and else..so meh aku share resepi :-

Sila ikut semua langkah-langkah di bawah ok :-

Bahan A:
  • 1/2 cawan gula atau terpulang pada kita kalau tidak suka manis sangat kurangkan kuantiti gula itu   
  • -> gula akan dicairkan dalam loyang kukus (cara cairkan gula adalah dengan panaskan pada api sederhana sehingga keperangan,campurkan 2@3 sudu air bagi mengelakan gula keras, pastikan jangan sampai hangus sebab nanti rasa boleh jadi pahit)
Bahan B:   
  • 5 keping roti (etc:gardenia)
  • 1/2 tin susu cair
  • 3 biji telur
  • 3@4 sudu gula (kalau suka manis tambah)
  • 2 cawan air
  • 1 sudu teh esen vanila (ni option kalau tak letak sedap je)
  • 1 sudu besar tepung kastard (ni option sebab akan bagi warna kekuningan pada puding roti itu nanti)

cara-cara:
  • mesin semua bahan B di dalam blender (dalam 5 saat je)
  • masukkan bancuhan ke dalam loyang kukus yang berisi gula cair tadi
  • tutup loyang
  • kukus selama 30 minit (jikalau dalam oven letak loyang diatas dulang yang telang berisi dengan air panas terlebih dahulu)
  • sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan hidangan   

Senang kan?Alhamdulillah..semalam hanya nak kongsi menu minum petang sekali ada yang berminat..Terima kasih @ruszalina87 sebab membeli..Pada sesiapa yang berminat boleh wassap or weechat saya di 019-2294252 #MiaQibKitchen #Dessert