Tuesday, December 24, 2013

MiaQibKitchen Caramel Pudding

:: 24 Disember 2013 - 2:00ptg ::
:: Selasa ::

:: Happy 4 month my boy! Ha nampak intro aku yang takder kena mengena dengan tajuk di atas?hahhah..by the way hari ni cukup 4 bulan My Prince Naqib..sekejap jer rasanya..so sempena anak ibu dah makin besar ni dengan rajinnya ibu buat puding untuk minum petang semalam..hihih..actually sejak akhir-akhir ni memang aku memang rajin mencuba dan memasak..kiranya half of my time banyak habiskan kat dapur..kebetulan mertua ku ada kat sini nak bagi rasa air tangan aku yang tak seberapa ni..so decide buat Caramel Pudding! Ha perasan tak kenapa ada MiaQibKitchen sebelum nama puding tu?hihih..that my next project for 2014..insyallah sampai masa aku akan reveal now still in progress with logo and else..so meh aku share resepi :-

Sila ikut semua langkah-langkah di bawah ok :-

Bahan A:
  • 1/2 cawan gula atau terpulang pada kita kalau tidak suka manis sangat kurangkan kuantiti gula itu   
  • -> gula akan dicairkan dalam loyang kukus (cara cairkan gula adalah dengan panaskan pada api sederhana sehingga keperangan,campurkan 2@3 sudu air bagi mengelakan gula keras, pastikan jangan sampai hangus sebab nanti rasa boleh jadi pahit)
Bahan B:   
  • 5 keping roti (etc:gardenia)
  • 1/2 tin susu cair
  • 3 biji telur
  • 3@4 sudu gula (kalau suka manis tambah)
  • 2 cawan air
  • 1 sudu teh esen vanila (ni option kalau tak letak sedap je)
  • 1 sudu besar tepung kastard (ni option sebab akan bagi warna kekuningan pada puding roti itu nanti)

cara-cara:
  • mesin semua bahan B di dalam blender (dalam 5 saat je)
  • masukkan bancuhan ke dalam loyang kukus yang berisi gula cair tadi
  • tutup loyang
  • kukus selama 30 minit (jikalau dalam oven letak loyang diatas dulang yang telang berisi dengan air panas terlebih dahulu)
  • sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan hidangan   

Senang kan?Alhamdulillah..semalam hanya nak kongsi menu minum petang sekali ada yang berminat..Terima kasih @ruszalina87 sebab membeli..Pada sesiapa yang berminat boleh wassap or weechat saya di 019-2294252 #MiaQibKitchen #Dessert






No comments:

Post a Comment

::come to comment my blog::