Showing posts with label #Family. Show all posts
Showing posts with label #Family. Show all posts

Thursday, August 17, 2017

♥ME TIME♥

::17.08.17-4:09ptg::
::Khamis::

Assallamualaikum 

::Hari ni Sis shared di Facebook mengenai 'ME TIME'.Ramai yang tertarik dengan perkongsian Sis terutama para isteri tak kira lah yang fulltime housewife ataupun bekerja.Dalam perkongsian artikel tu adalah mengenai pentingnya 'ME TIME' pada  seorang ibu@isteri. Alhamduillah selama hampir 7 tahun berkahwin Sis ada ruang masa untuk diri sendiri.Ini bukan bersifat pentingkan diri sendiri tapi ini seperti reward dari Encik Suami pada para isteri.Ini bukan bermaksud Encik Suami kita ni tak pandai jaga bini yer bagi kebebasan kepada para isteri untuk berhibur atau menenangkan diri.Pada para Encik Suami yang memahami akan cuba cari masa untuk berikan kepada isteri mereka ruang waktu untuk berehat.Ok Sis nak cerita panjang takut salah fakta so Sis shared salah satu petikan dalam article tu.


Apakah itu “Me Time”?
Daripada awal pagi, sebaik sahaja bangun, anda pasti sudah memulakan tugas sebagai seorang ibu. Mengejutkan anak, menyiapkannya pakaian, sarapan, dan membawanya pergi ke sekolah.

–– ADVERTISEMENT ––

Kemudian, mulalah rutin mengemas rumah, membasuh baju, dan masak tengah hari. Seterusnya, anda perlu pula mengambil anak dari sekolah, menghantar ke kelas tuisyen, menyediakan makan malam….mendengar senarai ini sahaja sudah membuatkan kita penat, kan?

Source: Amomsjourney81.wordpress.com
Jadi, percayalah wahai ibu-ibu sekalian, anda memerlukan “me time”. Ia adalah masa berehat dan masa bersendirian – bebas daripada anak-anak dan suami – yang anda patut nikmati dari masa ke semasa untuk seketika.
Tidak kiralah sama ada anda mengambil sesi “me time” di luar rumah atau di dalam rumah sekalipun, asalkan ia memberikan sedikit waktu rehat, bebas dari bebanan kerja rumah dan tugas menjaga anak, ia sudah mencukupi!

Apa Pentingnya Mengambil Masa Bersendirian dan Berehat?

Sebenarnya, apabila anda mengambil masa untuk memanjakan diri sendiri, ia memberikan banyak kebaikan kepada anda dan juga orang di sekeliling.
  • Ia bagus untuk mengurangkan tekanan – Menjadi ibu itu memang seronok, tetapi ada masa-masanya kita juga tertekan dengan segala bebanan dan isu dalam urusan rumah tangga. Ambillah masa untuk berehat, anda pasti akan berasa segar apabila kembali ke tugas seorang ibu nanti!
  • Berjauhan dapat mengeratkan kasih sayang – Orang tua-tua kata, jauh di mata tetapi dekat di hati. Katakanlah anda bercuti seketika secara bersendirian atau dengan rakan rapat, anda pasti akan berasa rindu. Anak-anak dan suami juga berasa yang sama. Apabila kembali, pasti lebih mesra dan erat kasih sayang!
  • Anda dapat mencari diri sendiri – Apabila kita berada di tempat yang menyeronokkan, sudah pasti anda dapat menenangkan fikiran. Anda dapat berhubung semula dengan diri sendiri, setelah sekian lama mengabdikan diri sebagai seorang ibu atau isteri.
  • Anda akan menjadi lebih gembira – Anda pernah tak mendengar kata-kata yang menyebut “kamu tidak dapat memberikan kebahagiaan jika kamu sendiri tidak bahagia.” Apabila anda berasa tertekan dan tidak lagi gembira di rumah, ambillah sedikit masa untuk berehat dan bersendirian. Anda pasti akan pulang sebagai seorang isteri dan ibu yang lebih tenang dan gembira!

Cadangan “Me Time” yang Boleh Anda Cuba

Jadi, setelah anda yakin bahawa sesi bersendirian dan berehat itu penting untuk anda sebagai seorang ibu, jom kita tengok beberapa cadangan aktiviti “me time” yang boleh anda cuba.

1.     Sesi Melakukan Hobi di Rumah Sendiri

Jika anda sememangnya tidak sanggup langsung untuk berjauhan dengan suami dan anak-anak, anda masih mengambil masa untuk berehat dan bersendiri di ruang rumah anda. Luangkan masa untuk hobi anda.
Contohnya, beritahu kepada ahli keluarga anda yang setiap pagi sabtu, anda mahu meluangkan masa membaca buku, berkebun, menonton TV atau keluar minum pagi di kafe tanpa sebarang gangguan – sokongan suami amat diperlukan di sini!

2.     Percutian Bersama Rakan-Rakan Wanita


Source: Lynnlly.com
Jika dahulu anda mempunyai ‘girl group’ atau rakan wanita yang rapat, ambil masa untuk pergi bercuti, mungkin beberapa kali setahun.
Pastikan anda tidak membawa anak atau suami untuk percutian khas ini. Hati anda pasti rindu tetapi percayalah, ia bagus untuk dilakukan sekali sekala.
Apabila kembali, pasti berlari-lari si anak untuk mendakap anda. Pada waktu itu, anda juga sudah bersedia sepenuhnya untuk kembali menjadi seorang supermom!

3.     Sesi Gim atau Kelas Meningkatkan Kemahiran Diri

Walaupun kita boleh dikatakan sudah bersenam atau meningkatkan kemahiran diri apabila mengemas rumah dan mendidik anak, namun mempunyai sesi khas untuk bersenam dan mengikuti kelas secara formal juga ada banyak kebaikannya.
Ambil beberapa jam dalam seminggu dengan meluangkan masa untuk diri sendiri. Jika anda suka bersenam, jangan rasa bersalah untuk bersenam selama sejam atau dua jam di gim tanpa membawa anak-anak.
Luangkan juga masa untuk meningkatkan potensi diri dengan menyertai sebarang kelas mengikut minat anda. Mungkin anda boleh mengikuti kelas masakan yang anda sudah lama teringin itu. Ataupun, daftar kelas fardhu ‘ain atau kelas perniagaan yang anda inginkan.
Ingat bahawa selain daripada mendidik anak dengan ilmu bermanfaat, anda juga perlu melakukan perkara yang sama untuk diri sendiri. Orang bijak pandai ada berkata, menuntut ilmu itu kan sehingga ke liang lahat?

Jadi, jom ambil sedikit waktu untuk “me time”!

Sebenarnya, waktu “me time” bukan bermaksud yang anda melarikan diri daripada menggalas tugas atau bermalas-malasan.
Cumanya, anda hanya mengambil sedikit masa untuk bernafas, berehat, berfikir, dan memperbaharui diri sendiri sebelum kembali berjuang dan menghayati watak seorang ibu!
Jadi, jangan rasa bersalah untuk melakukannya, terutama jika suami anda turut menyokong dan membantu pada waktu “me time” ini. Percayalah, ia baik untuk anda dan keluarga!


Faham ke idak apa yang Sis cuba sampaikan?Mungkin agak melampau kalau kita nak buka langkah pertama untuk diri sendir terus ker perancangan yang besar.Bagi Sis cukup kalau di mulakan dengan spend time dengan memanjakan diri kita dan dari situ kita akan dapat rasa 'ME TIME' tu sangat penting.So far Sis sangat bersyukur Mydear sangat memahami.Kadang-kadang Sis yang malas nak ada diri sendiri kerana lebih suka di kelilingi anak2.Hahahha..So pada yang masih rasa para Encik Suami masih tak memhamai perlunya ada 'ME TIME' suruh baca blog sis!xoxo..!





Monday, April 10, 2017

Chef Wan vs Chef Tipah

:: 10 April 2017 - 8:40 malam::
::Isnin::
::Jarang sis update blog memalam ni tapi sebab lama dah peram citer ni kang nanti basi plak!hahha.. Berangan ramai yang baca kan!Ok back to topic..Hot kan topic sis?hahha..By the way mcm mana nak mula yer?Sebenarnya mak sis berpeluang masak dengan chef selebriti terkenal dunia ni bermula di sebabkan oleh seorang kenalan sis kat facebook up status mencari ibu tunggal yang berjaya membesarkan anak sehingga berjaya.Masa tu sis pun saja kongsi kisah mak dan pada yang sama sis tak tahu pun siapa yang terpilih akan memasak dengan Chef Wan!

Alhamdulillah mak sis terpilih!Punya lah excited plus berdebar ok!Masak dengan Chef Wan kot!Memula masa mak sis terpilih rasa takut pun ada gak..Yeelaaa ni kali pertama deal dengan prosuction tv mana la tahu betul ker idak kan!Punya lah sis stalker Chef Wan nak tahu betul ker tak beliau tengah buat rancangan terbitan tv1 ni kan dan alhamdulillah lega sis bila nampak beliau up kat instagram tak pasal jugak lah sis follow Chef Wan...Hahhaah!

Ok sis macam banyak bebel kan!Hari di janjikan pun tiba!Ayat novel sangat kan!Mak sis punya siri yang paling akhir so bila di tayangkan kat tv nanti kami last episod..Meh lah layan gambar masa shooting tu ok!!Seharian ok!Dari pagi sampai petang punya lah penat oi!Hahaha macam mana nak jadi Fazura ni!Hhaha..mood berangan!!

                      
::Tepat pukul 10 team production set up set!Punctual diorg ni..Kagum!::


::Masa ni Chef Wan baru sampai..sesi perkenalan sambil
 tunggu set siap::

::Rancak berborak..Alhamdulillah Chef Wan sangat friendly so reda sikit
 rasa debar..hihi::

::Ok Chef Tipah in action!Hihi::

::Sesi pengambaran untuk tahu sejarah mak membesarkan kami::

::Lepas tu shoot kat meja makan!Nervous sis duk sebelah
 Chef selebriti ok!::

::Hamper Gift for humble chef from miaqibkitchen!ni pun excited 
nak cerita dengan uolls!another special project for miaqibkitchen!::

::Muka mak happy hantar Chef Wan balik!::

::Last scene!!Meriahkan!Tapi sedih gak sebab mydear tak dapat join
 sebab ada biz matter..huhu::

Dalam pukul 5 selesai shooting.Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar..Cuaca pun ok..Dalam sejarah bak kata Mak sis ok!Yerlah tak pernah kami bayangkan dapat masuk tv dan Mak dapat masak dengan chef terkenal!Ni kira hadiah teristimewa untuk mak jadikan kenangan kami sekeluarga!!Kadang kita selalu pikir apa hadiah terbaik kita nak buat ibu kita gembira kan!Hope mak sis gembira untuk semua kenangan ni!xoxo::

Wednesday, February 15, 2017

My Brother Nikah Day

::15 Februari 2017 - 9:30pagi::
::Rabu::

::Assallammualaikum..minggu ni sis bz sikit..bz adik lelaki kahwin..lama tak buat kerja kawen..macam-macam lah nak kena readykan..sejak jadi surirumah ni sis jer lah yang bonda sis harapkan..teman pergi sana sini..minggu ni majlis belah family kami..lagi banyak nak kena readykan..huhu..cayok2..ok ni sis share gambar sepanjang nikah dan majlis side perempuan..

NIKAH DAY

:: steady bro a.k.a uncle::

::Family kecil sis::

::Welcome to our family sis::

::Lovely couple..Congrate both of u::


SANDING DAY

:: Sibling::

::Pengantin::

::Gambar last saja jer nak share famiy kecik sis::

Rasanya dah tak ramai nak share macam nibkat blog sebab dah banyak medium internet tapi sis jiwa klasik..kalau ada yang sudi baca welcome to my simple blog..tapi kalau ada yang rasa sis dah out of date takperlah sis ok..janji semua bahagia..xoxo..muaah..



Wednesday, June 3, 2015

KIDZ PARADISE

:: 03 Jun 2015 -11:30pagi ::
:: Rabu ::
 
:: Assallamualaikum dunia..Korang kalau aktiviti weekend bawa anak pergi mana?Aku and Mydear selalu terpikir-pikir mana nak bawa Mia dan Naqib.Nanti aku bawa pergi mall window shopping aku jer yang happy dak dua tu termasuk Papa nyer muka monyok jer..hahahaha..kadang tu aku buat dek jer..tapi kesian pulak yer lah..paksa bebudak tu ikut aku duk belek barang..haruslah tak suka kan!
So aku and Mydear plan bawa Mia dan Naqib pergi tempat yang sedang famous tu.. 'Kids Paradise'..Tempat ala- ala playground tapi dalam shopping mall..Actually dah berapa kali kami lalu bila datang Klang Parade..Mia dan Naqib excited betul..Lalu jer dedua pergi kat cermin duk tengok kawan-kawan main pasir..main bola..main macam-macam lagi lah..Sian plak tengok..aku ni bab anak memang payah sikit..Even ada orang kata aku dan Mydear rajin manjakan anak tapi kami tak kisah pun..Memasing ada cara tersendiri untuk didik anak bukan?Bukan kerap kali mewahkan mereka cuma penat lelah kami bekerja memang untuk mengembirakan mereka..Kalau Mia dan Naqib happy aku dan Mydear rasa bersyukur sangat..Ok dah meh layan sekeping dua gambar..
 
:: Seronok sangat Mia ::
 

:: Mia paling suka main ni.::
 
:: bersungguh mengisis pasir ::

:: naqib layankan jer..::
  
:: so pada korang yang terpikir-pikir nak bawa anak-anak pergi mana time cuti sekolah ni ha bawalah tempat ni..weekend mahal sikit lah..tapi sesekali untuk anak-anak apasalahnya kan..Mydear amik pakage kira tiga kali masuk lah murah sikit..

7 Voucher = RM 150.00

So korang yang nak tahu info dan alamat meh aku share :
 




 
 
Ha cukup tak maklumat yang aku bagi ni.So ada lah idea nak bawa anak pergi mana kan..hihih..ok lah xoxo..::
 
 
 


 
 

 
 

Wednesday, May 20, 2015

Jom Belajar Berenang!

:: 20 Mei 2015 - 2:40 petang ::
:: Rabu ::

:: Mia and Naqib memang suka main air..pantang nampak kolam mau terjerit-jerit..kat rumah tu memang ada kolam kecik belikan untuk dak dua ni..sesekali layan dak dua mandi dalam kolam..suka tak ingat kadang yang tak leh kalah tu Naqib la..tak ingat kecik lagi tapi mandi macam orang besar..kena perhatikan selalu..
Ada sekali tu bawa mandi kat pool rumah adik mydear kat Gombak..suka sesangat..nasib aku tak bawa baju mandi kalau tak mau aku pun join..hahah..meh layan gambar sekeping dua..

 



 



Nasiblah adik ipar aku duk condo..boleh lah bawa dak dua ni swimming..mydear lah yang paling rajin melayan..bab melayan anak memang mydear paling hebat..tahap kesabaran pun aku tak boleh nak menang..respect!! Kasih seorang Papa! K lah next activities nanti aku share dengan korang yer..xoxo ::

Monday, April 27, 2015

Sharing being a wife and mother ...

:: 27 April 2015 / 11:30 Pagi ::
:: Isnin ::

:: Monday bluess...Tajuk orang putih sangat!!..hahah..Umur dah mencecah 31 tahun..makin banyak umur makin mencabar laluan kehidupan aku..Perancangan demi perancangan aku dan Mydear buat untuk family kami.Kadang jadi panic sebab banyak lagi yang belum kami kecapi..yerlah Mia dan Naqib makin besar.Perlukan perhatian dan perancangan secukupnya.So aku sebagai ibu dan isteri kena banyak membantu Mydear dari segala aspek..Ishk panic-panic...Dulu-dulu tengok mak aku uruskan family..nak besarkan aku dan adik-adik..now my turn..Mana nak pikir kewangan keluarga..mana duit mengalir..apa yang perlu di beli dulu..apa yang perlu di simpan..Untuk masa depan lagi...Tapi aku bersyukur Mydear banyak membantu..boleh di katakan setiap hari aku dan Mydear akan berbincang walhal dah banyak kali bincang..hahhaha..

Ok cukup bebelan aku..pagi ni nak minta pendapat uolls..bagaimana uolls sebagai seorang isteri membantu para suami..dari segala aspek..mehlah share mana tahu uolls punya pendapat dan pengalaman boleh membantu..hihih..

xoxo..wasallam.



Wednesday, August 13, 2014

Selamat Ulang Tahun MyMia!

:: 13 Ogos 2014 - 4:11ptg ::
:: Rabu ::

:: Selamat ulang tahun MyMia...She turn 3 today!! kawan bebel..kawan tolong ibu lipat baju..kemas rumah..masak jer blum lagi...hihi...Semoga anak ibu sentiasa sihat..dengar kata ibu and papa..nak bagi ucapan memacam kang bukan MyMia faham pun kan..huhuhuh..Sentiasa menjadi kakak yang penyayang untuk MyNaqib...Last but not least..Kami semua sayang Mia..


#MyNyawa #AnakIbu #Love
(credit to cik da for the picture)
 
 
 
p/s : Kek dan hadiah postponed yer KakMia..LOVE U!!!MUAAH!!

 
 
 
 
 
 



Monday, August 11, 2014

1 Syawal

:: 11 Ogos 2014 - 11:00pagi ::
:: Isnin ::

:: Alkisah hari raya pertama..Ni tahun kedua aku beraya side mydear..bila dah tahun kedua..anak pun dah dua..so kalau tahun ketiga?anak tiga?..hihih..By the way agak lewat aku update entry sekarang ni..busy keje babe..tu nasib lately ni aku dah mula rajin..kalau dak! berbulan lah bersarang..hihihih..ok2 back to topic..Pagi raya macam biasa duk siapkan mydear , mymia and mynaqib..dan selalulah aku yang paling last siap!huhuh..Pepagi gak dah tolong apa yang patut kat dapur sebab mak mertuaku tak berapa sihat so kena lagi rajin lah kat dapur..hihi..this year pagi raya kami jamu orang datang dengan Soto and the best dish i ever had 'Kuzi Ayam'...Kuzi ni orang pantai timur yang tahu..ia macam gulai lah..ke kari?hahha..maaf aku ni jenis tak dapat bezakan kari dengan gulai..bagi aku kalau dah guna serbu kari tu aku panggil kari jer....Tapi memang sedap lah..favourite kot!setiap kali masak mak mertua aku mesti ajar dan setiap kali tu lah aku akan lupa..hahha..sebenarnya nak minta manja mak mertua aku masakkan..lain rasanya kalau sendiri masak..hihi..ok aku tahu korang yang baca blos aku ni jenis malas nak membaca kan so meh aku blanja gambar kami pagi raya yang happening!

:: MyNaqib & Mydear ::

:: MySis In Law ::

:: Ibu and MyNaqib ::




 
:: Crazzyyy!!..hihihi ::

:: #MyNyawa #Mylove ::


:: Kami...abaikan MyNaqib...ni jer gambar yang close up ok sikit..hahhah::
 
 
:: #MyLove ::
 

 Ha skali skala aku update banyak giller aku blanja korang gambar..hihihih..so dari aku sekeluarga pada semua sahabat alam maya aku yang sudi baca blog aku yang serba sederhana ni..Sempena Hari Raya kali ni mungkin tak terlewat aku nak minta maaf dari segi pengkosian aku dan cara penulisan aku dalam blog ni..maaf jika ada yang tidak senang atau tidak suka cara aku ber blogging..Pada yang sudi lagi follow apa yang aku kongsi kan selama ni dan akan datang terima kasih..hope kita masih kekal bersahabat dan berkongsi...SALAM SYAWAL!

 
Ha Pada siapa yang suka tengok gambar meh visit my IG :
 
 
http://instagram.com/p/rUcXyGyUtV/#




Wednesday, August 6, 2014

Salam Syawal 2014

:: 6 Ogos 2014 - 9:15 pagi::
:: Rabu ::

:: Masih berkesempatan menyambut syawal tahun ni..alhamdulillah dapat berkumpul reramai..tahun ni turn raya di Kuala Terengganu..Ramai yang tertanya bagaimana perjalanan pulang kami sekeluarga time raya hari tu..Alhamdulillah perjalan kami lancar dan selamat..We are so lucky coz gerak awal sejam awal kalau tidak sama-sama duk beratur dalam jem..huhuhu..Tahun meriah sikit sebab Naqib dah ada dan pandai jalan so segaklah sikit berbaju melayu..hihih..tema tahun ni mydear yang pilih.. 'hitam'..dah rasa berkabung pulak tapi ok gak..menghormati #MH307 #MH17 ...Ok lah tak nak sedih-sedih..ada masa aku update pasal raya kami..meh aku blanja gambar paling happening dari family mertua aku..so sporting!! xoxo..muaaaah.. ::