:16.05.19 - 2:30ptg::
::Khamis::
♥Assallamualaikum ♥
Kadang bila dah tak ada idea nak masak mula lah duk ngadap mr.Google & mr.Youtube 😅 .Kali ni mula terpengaruh dengan makanan yang paling famous di Indonesia. Cumi pedas ala kalau kat Malaysia ni Sotong masak pedas. Cumi tu sotong yer uolls. Sis memula tak tahu gak..hahha. Beza sikit or aku jer yang cakap beza kalau kat Malaysia ni Sotong sinonim dengan masak Sambal Sotong or Tomyam Seafood kan tapi lain sikit resepi kali ni. Mereka banyak menggunakan cili besar dan cili padi , cili kering sikit sahaja tapi rasa feel ok!
So ni resepi untuk uolls follow!
Menu: #cumiasinpedas #cumipedas
Bahan:
Sotong (Elok yang size kecil dan sederhana)
Cili Besar @ Cili Hidup
Cili Padi
Cili Kering
Bawang Merah
Bawang Putih
Garam
Gula
Air Limau
Cara2:
1.Cuci bersih sotong.
2.Gorengkan semua cili dan bawang sampai sedikit garing dn layu.
3.Angkat cili dan bawang yang telah di goreng untuk di tumbuk. Kat sini sis tak guna blender yer sebab rasa cili yang di tumbuk dengan lesung lagi sedap ok!
4.Setelah di tumbuk kasar jangan sampai hancur sangat yer uolls masukkan dalam kuali masakkan menggunakan minyak kuantiti yang sederhana.
5.Tumis bahan sampai naik bau.Masukkan garam dan gula ikut selera.Jangan lupa masukkan juga sedikit air limau.
6.Masukkan pula sotong tadi kedalam kuali dan gaul mesra.Kalau rasa kering tambahkan sedikit air.
7.Lepas tu angkat!Dah siap untuk di makan dengan nasi panas!!Yummy!
p/s: ada bahan yang sis olah sendiri dan tambah ikut selera.So apa lagi cubalah resepi sis ni k!
#indonesiafood #dapurkecilsis
Showing posts with label #dapurkecilsis. Show all posts
Showing posts with label #dapurkecilsis. Show all posts
Thursday, May 16, 2019
Friday, June 2, 2017
Jom Masak!
::1.06.17-11:40malam::
::Khamis::
::Khamis::
::Hari ni masak lauk kesukkan Mydear. Dah berapa hari duk request 'Udang Masak Sambal + PETAI'..Hahahha..Saja jer highlight PETAI tu..Sedap wei makan..Yerlah dah lama tak makan time puasa ni teringin lain macam sikit!Kalau nak sesuatu tu mesti kena cari kalau tak dia punya ngidam tu lain macam..hahhaha..
Mesti ada yang sudi baca blog ni rasa pelik kenapa Sis nak share semua ni kat blog sedangkan banyak lagi social media yang leh share..Memang Sis ada share tapi mungkin Sis ni masih ada sifat old school..Suka sangat ber 'blogging'.Bagi Sis ni salah satu sentimental moment yang tak dapat di lupakan.Dari blog lah Sis kenal ramai kawan dan banyak perkara belajar.Mungkin dua tahun kebelakangan ni kurang masa or senang citer takder masa langsung untuk blog ni tapi insyallah lepas ni akan lebih rajin but maybe a bit slow sebab nak dapatkan tempo menaip dan mengarang tu..hahahha!Berangan lah sangat ramai yang baca!
Ok back to topic 'JOM MASAK'! Actually pagi tadi Sis ada update status kat Facebook minta idea nak masak apa untuk berbuka dan alhamdulillah ramai yang sudi share.Mostly suka masak yang ringkas yerlah time weekdays ni memang tak mampulah nak tunjuk kehandalan.Mana nak kejar masa nak balik dari opis, redah jem!Dah ada niat nak masak untuk family pun dah kira ok kan?Sis faham sebab pernah alami.Nasib dulu mak yang jaga anak-anak so alang-alang amik anak dapat lauk sekali..hahhahha.Oklah malas dah nak taip panjang-panjang..Meh Sis share gambar dan menu yang Sis masak untuk berbuka tadi.
::Sayur Campur + Tempe + Soon::
::Ikang Goreng + Tempe Goreng + Udang Goreng::
::Sambal Udang + PETAI::
::Pengat Pisang::
:: Yang ni buka Sis masak..ni Bonda yang masak..hihihi::
Oklah dah masuk 2 Jun..Esok MEEYA.CO akan keluarkan koleksi raya..Zalleha Peplum..tak sabar rasanya..nanti Sis update kat blog yer..xoxo..::
Monday, May 8, 2017
Kisah Maggi Tomyam
::08.05.2017-12:15pagi::
::Isnin::
::Saja update tengah malam ni..Baru lepas tengok Mentor tadi.So far bagi sis semua finalis the best dan tahun ni takde favourite pun layan jer.Rezeki kat luar tu lagi penting.Ok stop story pasal Mentor.Tengah sedap layan Mentor mydear mengadu lapar.Adoii lah memang bercinta lah kan nak bangun masak mujur lah tengah hari tadi sis ada masak tomyam.Apa lagi rendam me maggi lepas tu panaskan tomyam..Mudah..semudah ABC!😎
Tadaaaaa..siap dengan air sirap lagi..nyummy..jemput makan 😋
Sis memang suka buat tomyam..sebab kalau tak nak makan dengan nasi sis suka makan dengan bihun atau mee..Jangan tanya resepi sebab sis rasa ramai yang diluar sana pandai masak tomyam.Ok selamat menjamu selera 😘::
Subscribe to:
Posts (Atom)


