Showing posts with label #BermulaDisini. Show all posts
Showing posts with label #BermulaDisini. Show all posts

Thursday, August 17, 2017

♥ME TIME♥

::17.08.17-4:09ptg::
::Khamis::

Assallamualaikum 

::Hari ni Sis shared di Facebook mengenai 'ME TIME'.Ramai yang tertarik dengan perkongsian Sis terutama para isteri tak kira lah yang fulltime housewife ataupun bekerja.Dalam perkongsian artikel tu adalah mengenai pentingnya 'ME TIME' pada  seorang ibu@isteri. Alhamduillah selama hampir 7 tahun berkahwin Sis ada ruang masa untuk diri sendiri.Ini bukan bersifat pentingkan diri sendiri tapi ini seperti reward dari Encik Suami pada para isteri.Ini bukan bermaksud Encik Suami kita ni tak pandai jaga bini yer bagi kebebasan kepada para isteri untuk berhibur atau menenangkan diri.Pada para Encik Suami yang memahami akan cuba cari masa untuk berikan kepada isteri mereka ruang waktu untuk berehat.Ok Sis nak cerita panjang takut salah fakta so Sis shared salah satu petikan dalam article tu.


Apakah itu “Me Time”?
Daripada awal pagi, sebaik sahaja bangun, anda pasti sudah memulakan tugas sebagai seorang ibu. Mengejutkan anak, menyiapkannya pakaian, sarapan, dan membawanya pergi ke sekolah.

–– ADVERTISEMENT ––

Kemudian, mulalah rutin mengemas rumah, membasuh baju, dan masak tengah hari. Seterusnya, anda perlu pula mengambil anak dari sekolah, menghantar ke kelas tuisyen, menyediakan makan malam….mendengar senarai ini sahaja sudah membuatkan kita penat, kan?

Source: Amomsjourney81.wordpress.com
Jadi, percayalah wahai ibu-ibu sekalian, anda memerlukan “me time”. Ia adalah masa berehat dan masa bersendirian – bebas daripada anak-anak dan suami – yang anda patut nikmati dari masa ke semasa untuk seketika.
Tidak kiralah sama ada anda mengambil sesi “me time” di luar rumah atau di dalam rumah sekalipun, asalkan ia memberikan sedikit waktu rehat, bebas dari bebanan kerja rumah dan tugas menjaga anak, ia sudah mencukupi!

Apa Pentingnya Mengambil Masa Bersendirian dan Berehat?

Sebenarnya, apabila anda mengambil masa untuk memanjakan diri sendiri, ia memberikan banyak kebaikan kepada anda dan juga orang di sekeliling.
  • Ia bagus untuk mengurangkan tekanan – Menjadi ibu itu memang seronok, tetapi ada masa-masanya kita juga tertekan dengan segala bebanan dan isu dalam urusan rumah tangga. Ambillah masa untuk berehat, anda pasti akan berasa segar apabila kembali ke tugas seorang ibu nanti!
  • Berjauhan dapat mengeratkan kasih sayang – Orang tua-tua kata, jauh di mata tetapi dekat di hati. Katakanlah anda bercuti seketika secara bersendirian atau dengan rakan rapat, anda pasti akan berasa rindu. Anak-anak dan suami juga berasa yang sama. Apabila kembali, pasti lebih mesra dan erat kasih sayang!
  • Anda dapat mencari diri sendiri – Apabila kita berada di tempat yang menyeronokkan, sudah pasti anda dapat menenangkan fikiran. Anda dapat berhubung semula dengan diri sendiri, setelah sekian lama mengabdikan diri sebagai seorang ibu atau isteri.
  • Anda akan menjadi lebih gembira – Anda pernah tak mendengar kata-kata yang menyebut “kamu tidak dapat memberikan kebahagiaan jika kamu sendiri tidak bahagia.” Apabila anda berasa tertekan dan tidak lagi gembira di rumah, ambillah sedikit masa untuk berehat dan bersendirian. Anda pasti akan pulang sebagai seorang isteri dan ibu yang lebih tenang dan gembira!

Cadangan “Me Time” yang Boleh Anda Cuba

Jadi, setelah anda yakin bahawa sesi bersendirian dan berehat itu penting untuk anda sebagai seorang ibu, jom kita tengok beberapa cadangan aktiviti “me time” yang boleh anda cuba.

1.     Sesi Melakukan Hobi di Rumah Sendiri

Jika anda sememangnya tidak sanggup langsung untuk berjauhan dengan suami dan anak-anak, anda masih mengambil masa untuk berehat dan bersendiri di ruang rumah anda. Luangkan masa untuk hobi anda.
Contohnya, beritahu kepada ahli keluarga anda yang setiap pagi sabtu, anda mahu meluangkan masa membaca buku, berkebun, menonton TV atau keluar minum pagi di kafe tanpa sebarang gangguan – sokongan suami amat diperlukan di sini!

2.     Percutian Bersama Rakan-Rakan Wanita


Source: Lynnlly.com
Jika dahulu anda mempunyai ‘girl group’ atau rakan wanita yang rapat, ambil masa untuk pergi bercuti, mungkin beberapa kali setahun.
Pastikan anda tidak membawa anak atau suami untuk percutian khas ini. Hati anda pasti rindu tetapi percayalah, ia bagus untuk dilakukan sekali sekala.
Apabila kembali, pasti berlari-lari si anak untuk mendakap anda. Pada waktu itu, anda juga sudah bersedia sepenuhnya untuk kembali menjadi seorang supermom!

3.     Sesi Gim atau Kelas Meningkatkan Kemahiran Diri

Walaupun kita boleh dikatakan sudah bersenam atau meningkatkan kemahiran diri apabila mengemas rumah dan mendidik anak, namun mempunyai sesi khas untuk bersenam dan mengikuti kelas secara formal juga ada banyak kebaikannya.
Ambil beberapa jam dalam seminggu dengan meluangkan masa untuk diri sendiri. Jika anda suka bersenam, jangan rasa bersalah untuk bersenam selama sejam atau dua jam di gim tanpa membawa anak-anak.
Luangkan juga masa untuk meningkatkan potensi diri dengan menyertai sebarang kelas mengikut minat anda. Mungkin anda boleh mengikuti kelas masakan yang anda sudah lama teringin itu. Ataupun, daftar kelas fardhu ‘ain atau kelas perniagaan yang anda inginkan.
Ingat bahawa selain daripada mendidik anak dengan ilmu bermanfaat, anda juga perlu melakukan perkara yang sama untuk diri sendiri. Orang bijak pandai ada berkata, menuntut ilmu itu kan sehingga ke liang lahat?

Jadi, jom ambil sedikit waktu untuk “me time”!

Sebenarnya, waktu “me time” bukan bermaksud yang anda melarikan diri daripada menggalas tugas atau bermalas-malasan.
Cumanya, anda hanya mengambil sedikit masa untuk bernafas, berehat, berfikir, dan memperbaharui diri sendiri sebelum kembali berjuang dan menghayati watak seorang ibu!
Jadi, jangan rasa bersalah untuk melakukannya, terutama jika suami anda turut menyokong dan membantu pada waktu “me time” ini. Percayalah, ia baik untuk anda dan keluarga!


Faham ke idak apa yang Sis cuba sampaikan?Mungkin agak melampau kalau kita nak buka langkah pertama untuk diri sendir terus ker perancangan yang besar.Bagi Sis cukup kalau di mulakan dengan spend time dengan memanjakan diri kita dan dari situ kita akan dapat rasa 'ME TIME' tu sangat penting.So far Sis sangat bersyukur Mydear sangat memahami.Kadang-kadang Sis yang malas nak ada diri sendiri kerana lebih suka di kelilingi anak2.Hahahha..So pada yang masih rasa para Encik Suami masih tak memhamai perlunya ada 'ME TIME' suruh baca blog sis!xoxo..!





Thursday, January 28, 2016

2016 Began...

:: 28.01.16 - 4:55 am::
:: Khamis::

::Assallammualaikum..lamanya tak menaip..kekangan kerja yang amat sangat.Rindu nak menaip dan berkongsi pengalaman dalam blog yang tak seberapa ni..Skema kan ayat?hahaha..Aku tengah nak warm up balik ni..nak menaip apa pun aku tak tahu..Dekat tiga bulan gak lah blog ni bersawang dan aku tak pasti lepas entry ni brapa lama lagi pulak akan bersawang balik..hahahha..Tapi hanya tuhan jer yang tahu bertapa rindunya aku dengan blog ni..sepanjang aku tak menulis dalam blog ni..aku hanya mampu singgah dan jenguk jer..lepas tu baca blog rakan alam maya aku..So kalau korang masih rindu dengan penulisan pengalaman aku dalam blog ni..Doa-doakan lah aku akan kerap menulis!Amin..

Oklah..2016 dah bermula..Permulaan yang amat mecabar bagi aku..dari segi pekerjaan..hanya tuhan jer yang tahu..betapa penatnya nak layan karenah dan permintaan manusia yang hanya tahu memberi arahan tanpa rasa simpati..Kadang aku terpikir bagaimana aku masih boleh mampu bertahan..Hampir dua tahun gak!Hurmm..Oklah tak mo cerita sedih-sedih..Dugaan hidup perlu dilalui juga..Aku selalu berdoa dengan segala apa yang aku lalui sekarang ada sinar baru untuk kami sekeluarga..Amin..

Hahha..Nampak tak permulaan 2016 penulisan aku macam orang banyak baca puisi..baik-baik jer..hahhah..Mesti korang busan kan??Bak kata aku tadi tengah warm up ni..hihih..ibarat bermulanya perjalanan 2016 aku..Alhamdulillah banyak perancangan yang bakal di buat..Tahun ni agak busy sikit untuk aku dan family..Dengan wedding dua adik ipar aku..Perancangan untuk MEEYA ..comeback untuk MIAQIBKITCHEN ..dan banyak lagi. Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga tak pernah putus..Syukur sangat..Dengan bisnes kecil-kecil untuk aku dan juga mydear..alhamdulillah..Bisnes mydear pun dah mula nampak hasil..Ha pasal bisnes mydear nanti kalau ada entry lagi aku cerita..hahhaha!!

For my adorable Princes Mia.. Tahun ni dah masuk 5 tahun..Semakin bijak dan makin banyak permintaan. Nak jadi princess la..nak bergaya ala2 korea la...Ha lately ni dah suka hindustan..Haish..Diwalle punya pasal la ni..Mia masih tak sekolah lagi..Kenapa?Nanti aku cerita next entry..hihih

For my chubby Prince Naqib..Tahun ni dah masuk 3 tahun..makin banyak akal..banyak benda dia nak explore..Peminat tegar Ultraman.Macam-macam aksi dia akan tunjuk!Fast leaner macam kakak dia juga.Suka gelak..Kalau cakap jer nak senyum..Tunjuk gigi..hihihi

Eh banyak plak aku ngomel...dah lama tak menaip kan..ni pun aku tetiba terjaga..lepas tu nak tido balik payah..so daripada aku terkulat-kulat tak buat apa..baik aku warm up balik penulisan aku dalam blog ni..hope masih ada yang sudi membaca..Ok lah korang..nak kena end off ..Esok nak kerja cari rezeki..Doakan yang terbaik ok sebab aku akan selalu doakan yang terbaik untuk korang semua dan orang sekeliling aku..Tak percaya??Cer senyum lepas baca blog aku ni..Ha!itu la doa aku..Semoga orang yang baca blog aku sentiaasa tersenyum..hihih..last but not least..aku kasi share gambar kami sekeluarga yang suka selfie!hahha..TIPU!!! bukan sekeluarga tapi aku jer yang suka selfie!!..xoxo..::


:: keluarga kecilku::








Friday, August 28, 2015

MISI SEPTEMBER

:: 28 Ogos 2015 - 4:00 ptg::
::Jumaat:

Salam Jumaat sahabat alam maya.Pejam celik 7 tahun aku dah menjadi seorang blogger.Cuma setahun dua ni makin tak aktif plak..Rindunya nak aktif macam dulu lagi.Ada jer cerita nak kongsi dengan rakan blogger yang lain.Bertukar pendapat dak info lagi - lagi masa persediaan nak kahwin dulu sampai ada yang dah jadi kawan.Tapi sekarang ni baru nak mula menaip sikit dah simpan dalam draft.Kang berbulan lah bersarang dalam draft tu.Otak jadi beku.Kat opis ni kang ada masa sikit nak taip tertiba jadi terbantut..Yerlah suasana opis ni lain sikit..pantang buat keje lain sikit ada jer mata-mata.Lagi lah keje macam aku ni..Macam aku pernah bagi tahu dulu lah..keje designer tapi kang dengar aku menaip bagai nak rak lain pulak isu nya..hurmm....abaikanla...........

Ok now back on topic!Aku nak share sikit MISI SEPTEMBER aku dan angah.Permulaan yang lama sangat tertangguh..Nanti dah aktif sekejap lepas tu sunyi balik sebab memasing tak ada masa.Aku rasa korang yang pernah baca tahu aku ada online bisnes..dan banyak kali gak lah aku ngomel asyik tertangguh jer misi kami ni..But now we want to back on track even look slow..ha ko speaking sudah.Now for a start kami tengah cuba rebranding balik "ALMARICHANTEKCHOMELL" punya nama dan logo.Persaingan makin kuat..Online bisnes sekarang lebih demand tak macam dulu.Now berlambak online bisnes so kena pasang strategi.Banyak kami kena pikirkan..adoii.....Eh tak baik mengeluh.huhu..Dek kerana dedua kerja yang sangat busy so kami kena cepat cari masa dan bisnes plan kena bagus..Kang datang penat bekerja mau berbulan kami tangguhkan..Kali ni kena nekad!!

Oklah hope korang doakan MISI SEPTEMBER aku ni dipermudahkan..Sebelum tu aku nak wish SALAM MERDEKA!!! xoxo..muaaaah!!




Friday, May 22, 2015

Almarichantekchomell Kembali!!

:: 22 Mei 2015 - 12:00 tgh hari ::
:: Jumaat ::

:: Jumaat yang tenang..Hari ni aku nak promote kembali online bisnes yang dah lama aku tinggalkan.Hampir satu tahu setengah aku tak aktif dengan ALMARICHANTEKCHOMELL ..
Sayang rasanya kalau biarkan terkubur..Ialah ini ada bisnes online pertama aku ceburi..susah senang aku bawa nama ALMARICHANTEKCHOMELL ni..Duk usung pergi bazar..Haish..So berhenti mengeluh!Now time to coming back on track!

STAY TUNED!!!

Monday, April 27, 2015

Sharing being a wife and mother ...

:: 27 April 2015 / 11:30 Pagi ::
:: Isnin ::

:: Monday bluess...Tajuk orang putih sangat!!..hahah..Umur dah mencecah 31 tahun..makin banyak umur makin mencabar laluan kehidupan aku..Perancangan demi perancangan aku dan Mydear buat untuk family kami.Kadang jadi panic sebab banyak lagi yang belum kami kecapi..yerlah Mia dan Naqib makin besar.Perlukan perhatian dan perancangan secukupnya.So aku sebagai ibu dan isteri kena banyak membantu Mydear dari segala aspek..Ishk panic-panic...Dulu-dulu tengok mak aku uruskan family..nak besarkan aku dan adik-adik..now my turn..Mana nak pikir kewangan keluarga..mana duit mengalir..apa yang perlu di beli dulu..apa yang perlu di simpan..Untuk masa depan lagi...Tapi aku bersyukur Mydear banyak membantu..boleh di katakan setiap hari aku dan Mydear akan berbincang walhal dah banyak kali bincang..hahhaha..

Ok cukup bebelan aku..pagi ni nak minta pendapat uolls..bagaimana uolls sebagai seorang isteri membantu para suami..dari segala aspek..mehlah share mana tahu uolls punya pendapat dan pengalaman boleh membantu..hihih..

xoxo..wasallam.



Wednesday, April 15, 2015

Tranformasi 2014/2015!

:: 15 April 2015 / 4:55 pm ::
:: Rabu ::

:: Assallamualaikum DUNIA!...Lama tak update blog..rindunyaaaaaaa..kekangan kerja weiii..Alhamdulillah pejam celik sudah setahun aku bergelar ibu berkerjaya ni..Dan selama hampir setahun ni lah aku dah tinggalkan blog kesayangan..Masa tengah taip ni terpikir gak masih ada lagi ker follower blog aku yang tak seberapa ni..Entah-entah nama link aku pun diorg dah lupa..hahha..Yerla kalau dulu rajin berblog sebab nak share anything yang kita suka dengan kawan blog yang lain..bertukar pendapat..tapi sekarang dah banyak media..TWITTER , INSTAGRAM , FACEBOOK dll.Tu belum masuk komunikasi Wassap , WeeChat , Line , Telegram..bla..bla...

Kat twitter kalau kita tanya kan sesuatu atau kongsi seusatu jer cepat dapat respon.Kalau blog sekarang mungkin orang hanya baca.Nak komen mungkin tidak..(Aku cakap mungkin yer) Pada yang rajin komen..aku suka ok..sebab menambah kenalan dan pengalaman...hahha ayat!!

Kalau dulu orang baca blog mesti nak suruh tempek skali gambar sambil bercerita itu ini pasal gambar tu..tapi now dah ada Instagram..boleh membebel panjang kat caption untuk gambar tu..so apa fungsi blog?Hurmm

Tapi aku sayang blog ni..nak tutup pikir banyak kali gak..kalau tak tutup masih ada pembaca ker?So korang rasa bagaimana?hahahhah..Korang peduli apa kan..sob..sob..

Kenangan..kongsi suka duka..yang paling best tentang blog ni..esok kalau aku dah takder..Mia dan Naqib boleh baca apa yang Ibu dia duk bercerita dalam blog.Bercerita dari dak dua ni lahir sampai lah satu tahap aku tak larat nak menaip pasal mereka berdua..Pasal Papa mereka..Bagaimana dari aku mula kenal sampai lah dah ada kehidupan bersama.Ha ko!

BANYAK KENANGAN!!

akan bersambung....



Monday, June 30, 2014

Salam Ramadhan

:: 30 Jun 2014 - 1:50ptg ::
:: Isnin ::

:: Salam ramadhan..rasa beza tahun ni..sebab dah lama tak berkerja di bulan puasa..so badan ni tengah nak suaikan diri dengan keadaan sekeliling dan cuaca..Alhamdulillah syukur pada-Nya sebab masih di beri kesempatan berpuasa..Hari ni masuk hari kedua berpuasa..dan yang paling happy tahun ni makin meriah adanya Naqib..dan kakak Mia yang dah banyak mulut..semalam nak berbuka pun dah buat drama..hahahha..tergelak aku di buatnya..macam-macam ragam.
Bila di ingatkan baru jer rasanya menyambut Ramadhan tahun lepas..dah muncul kembali tahun ni..Tahun lepas tengah mengandungkan Naqib..rasanya dah 7 bulan macam tu tapi gagahkan diri kesana kesini..buat tempahan kuih..kira larat gak lah aku dengan berbadan dua..tu tak kira lagi aku gagahkan diri puasa walaupun boleh excuse skip puasa..hihi..kenangan..tapi tahun ni..even duk opis..perah otak jer..penat lain macam..dengan cuaca panas..lemah jer rasanya..siap ada yang tanya kat aku "tahun ni buka tempahan semperit tak?"..insyallah kengkawan semua..dalam minggu ni saya akan buka order..pada yang minta sample semperit tu..insyallah kalau sempat yer..sebab dengan cuaca panas ni..Naqib dan Mia kerap tak sihat so tak menang tangan aku nak uruskan banyak perkara..takper esok atau lusa aku akan cuba update tempahan Damia Semprit ..So pada sesiapa yang dah follow MIAQIBKITCHEN tu tq for support so just wait for update k.. ok lah nak sambung kerja yang melambak ni..Insyallah nantikan esok ok.xoxo..muaaah..btw SALAM RAMADHAN dari kami sekeluarga! ::


:: My design - Kira e-card ni wakil aku and family lah..hiihi ::


Monday, June 16, 2014

Kekok

:: 16 Jun 2014 - 1:00tgh ::
:: Isnin ::

:: Kekok rasnya..dah lama aku tak menaip..Kesibukkan melanda..niat nak berhenti jer menulis tapi bila tengok graph kat Nuffnang rupanya masih ada yang sudi jenguk blog aku yang tak seberapa ni..tq uolls!hihihi..lagi dua minggu kita semua dah nak mula berpuasa..aku kat ops ni tengah busy buat design E-card untuk Ramadhan..tu yang boleh ingat bila nak puasa..kalau tak..mau aku pun lupa ok...hahhaha...korang dah ganti ker?Aku alhamdulillah time pregnant kan MyNaqib tiga hari jer tak dapat puasa..so sudah selamat ganti..
By the way ada yang mula tanya..tahun ni aku ada buka tempahan biskut Semprit a.k.a Damia Semprit ker?Insyallah tempahan akan mula di buka minggu hadapan..Sabar yer kengkawan...Eh ok lah..aku rasa enjin aku tak panas lagi..menulis pun ayat ntah apa-apa..yang paham tu ok lah..yang tak paham tu buat-buatlah paham yer...hihihi..ok lah tunggu next entry..xoxo..muaaaah::








Wednesday, April 9, 2014

Rezeki Menulis...

:: 9 April 2014 - 11:05pagi ::
:: Rabu ::

::Wordless Wednesday::
 



:: Sejak bekerjaya ni..tuntutan kerja yang banyak membataskan untuk aku menulis tapi alhamdulillah rezeki..Terima kasih pada yang selalu sudi baca blog aku yang tak seberapa ni..Insyallah aku takkan berhenti menulis..Amin ::

Monday, March 31, 2014

Your children is your best friend?

:: 31 March 2014 - 2:30ptg ::
:: Isnin ::

:: Bagaimana hubungan korang dengan anak-anak?ok?ker ada gap antara korang?yerlah korang dah buat border hubungan korang dengan anak sendiri..Kalau tanya aku? aku selalu mengharapkan ada hubungan positif antara aku dan anak-anak..begitu juga dengan mydear..setiap kali ada perubahan  kepada anak-anak mesti kami berbincang dan mencari apa puncanya..lagi-lagi nak membesarkan anak di zaman yang penuh dengan IT..Macam MyMia , tahun ni masuk 3tahun MyNaqib pula nak masuk 1tahun so satu cabaran bagi aku dan mydear..MyMia dah mula belajar erti memberontak..dari seorang kanak-kanak yang tak banyak karenah tetiba menjadi seorang yang mesti dipenuhi kehendaknya..Bayangkan bagaimana kami nak menghadapi..Kadangkala kesabaran aku dan mydear teruji juga..tapi bila berbalik pada asal..kami buat kajian..So kami berpendapat..rapatkan diri korang dengan anak-anak..Jadikan mereka teman paling rapat..bagi nasihat bukan memarahi..kerana bila korang dengan sahabat korang..takkala korang marah..korang tak mungkin tengking dan memarahi meraka kan?sebab korang sayangkan sahabat korang kan?..Mesti korang akan berjaga-jaga dengan kata-kata untuk disampaikan kan?Supaya sahabat anda menerima teguran dari korang dengan ikhlas dan gembira..Begitu juga dengan anak-anak korang..Cuba pratikkan ini semua dengan anak-anak korang..Jadikan mereka sahabat korang..Selalu ajak mereka berborak apa saja topik yang korang rasa sesuai..Aku juga masih belajar..belajar menjadi Ibu yang baik dari sebelumnya..Insyallah..segala yang aku kongsikan sikit ni boleh membuka minda kita bersama...

:: #Selfreminder ::


Monday, March 3, 2014

Arjuna Beta

:: 03 Mac 2014 - 5:15ptg ::
:: Isnin ::
 
 
:: Gloomy Monday....hari ni minggu kedua bergelar ibu bekerjaya..dan hari ini hari pertama my mia dan my naqib hantar ker nursery..Adoii jangan tanyalah apa perasaan aku masa hantar mereka pagi tadi..sampai tak lalu aku nak lunch hari ni..tak sabar nak amik dak dua orang tu jap lagi..k lah layan lagu ni..rasa nak nangis dengar lagu ni...uwaa..rindu mereka berdua ni! ::
 
 
 
Lirik Lagu Arjuna Beta - Fynn Jamal

Verse 1

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

verse 2

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

chorus

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
 




Monday, February 17, 2014

Mommy Help ME!

:: 17 Februari 2014 - 10:00 pagi ::
:: Isnin ::

:: Sunny Monday!Morning blogger..short entry from me!Nak minta tolong korang semua sharing tips bagaimana persediaan antar anak kat nursery dan apa yang korang sediakan untuk anak korang yer..please I have 2 week to prepare all this..feel nervous!Setelah dua tahun tak pernah berenggang dengan dak dua ni..adoii..lagi-lagi MyMia..Naqib dah masuk 6 bulan..so nak kena readykan makanan uintuk dia skali..huhuh..macam mana yer korang rwadykan bab makanan dan pakaian..arghhh..lagi senang share lah apa yang korang sediakan dari semua aspek..please share mommy out there!tq..xoxo..muaaaaaah..::







Friday, January 17, 2014

Rindu Sahabat!

:: 17 Januari 2014 - 1:30ptg ::
:: Jumaat ::

:: Salam Jumaat..hari ni cuti..mesti ramai plan pergi sana sini sebab cuti panjang kan..aku?tak plan pergi mana lagi tak tahu lah esok lusa..by the way tetiba teringat semua sahabat handai...dari zaman sekolah,universiti hinggalah ker hari ini..pada semua sahabat yang anggap aku sahabat gak..meh renungan kita bersama :-


Thursday, January 16, 2014

My Mia Cook For Lunch!

:: 16 January 2014 - 10 : 30pagi ::
:: Khamis ::

:: Salam Maulidul Rasul..rasanya tak terlambat aku nak ucapkan pada semua sahabat alam maya yang sudi baca blog aku ni..Hari ni nak share aktiviti anak dara aku sorang ni..yolah dengan status ku 'housewife' ni jangan ingat hanya menjalankan tugas sebagai isteri jer..melayan karenah anak dah sememangnya akan masuk dalam skop job aku selain tugasan harian di rumah..hihihi..so kebetulan hari tu aku ada masa layan mymia main masak-masak..apa lagi seronok lah dia.beria bermain..dahlah kalau main masak-masak dapur tu aku dengar 24 jam lah berbunyi..bila di jenguk dia duk main benda lain dapur duk terpasang jer..busan lah tu main sorang....so now time for 'My Mia Cook For Lunch!'..Jom layan gambar : -

Chef Mia mula beraksi..siap ada apron ok!
Pada sesiapa nak belikan anak dara korang apron ni ada kat DAISO -RM5..saja bagi semangat kat diorang masuk dapur..hahha..tq for makngah ZERA for this apron!


Ok dah mula beraksi..hihihi

Busy masak ok!

Lastly posing!Hahhahah...










Tuesday, January 7, 2014

Baru Nak Cash Out Duit Dari Nuffnang!!

:: 7Januari 2014 - 8:30 pagi ::
:: Selasa ::

:: Morning!Selama aku ber blogging hampir 6 tahun ni..ini lah kali pertama aku cash out duit dari Nuffnang..Alhamdulillah rezeki tahun baru..pembukaan rezeki 2014!Actually duit dalam Nuffnang ni dah terkumpul lama..cuma aku jer malas nak cash out..yerlah aku benda rumit-rumit ni malas nak pikir tapi sebenarnya tu yang buat aku rugi for a many years..duk borak ngan schoolmate aku Lynda yang juga blogger..dia advise better aku cash out so orang Nuffnang ni nampakalah kewujuddan aku nyer blog ni..yolah even blog ko ramai orang baca tapi kalau site diorang tak perasan pun rugi gak yer!hahha..so setelah di beri nasihat..aku pun cash out lah!

Ha nampak gambar di atas tu?hahhah..akhirnya aku berjaya cash out!Tak susah rupanya..now just tunggu cek jer dari pihak mereka..mesti korang ingat duit aku dah beribu kan..yolah dah 6 tahun baru nak cash out..aku amin kan jer pada yang bersangka macam tu..hihih..tapi kalau korang rajin lagi baca blog aku dan klik iklan kat sebelah ni.. 



 Lepas korang klik..insyallah rezeki anak-anak aku bertambah..so rerajin lah singgah dan klik yer..mana tahu lepas korang buat amal jariah ni..rezeki 2014 ni bertambah dan bagi aku menjana pendapatan sebagai suri rumah sepenuh masa ni..hihih..oklah..jap2 lagi aku update entry new bisness planning for 2014!so tungguuuuu!..

p/s : JANGAN LUPA KLIK IKLAN TAU.. (mana tau rezeki anak-anak..tq korang..muaah)


Thursday, January 2, 2014

The End Of 2013...Beginning Of 2014..

:: 2 Januari 2014 - 8:30pagi ::
:: Khamis ::

:: Alhamdulillah berakhirnya 2013 yang memberi seribu kenangan..nak catit satu persatu memang tak terkira lah..tapi akan ingat satu persatu kenangan pahit dan manis..bersyukur masih boleh mencatat sesuatu pada tahun 2014..harapan permulaan 2014 memberikan titik permulaan dalam rezeki kami sekeluarga..life aku tak lah happening sangat tapi aku bersyukur..Nak list azam baru kat entry baru ni pun terlalu banyak nak di catit..almaklumlah banyak lagi yang belum tercapai..Tapi yang pasti bermulalah episod angka bermula dengan 3 series!Uwaa..tua rasanya...Alhamdulillah penghujung 2013 memberi ruang rezeki yang indah untuk kami sekeluarga..Harapan seterusnya 2014 ini memberikan perubahan yang baik untuk kami sekeluarga dari segi kerjaya..bisnes kecilku..anak-anak..cerita pasal bisnes kecilku..insyallah tak lama lagi aku nak reveal another small busisness dari ku..tunggu yer..ha ok lah malas nak taip panjang-panjang insyallah permulaan yang akan di mula menjadi rutin 2014..