Thursday, May 16, 2019

Roti Santan

::16.05.19 - 10:30pg::
::Khamis::

Assallamualaikum 

Ramai pula yang tanya resepi Roti Santan ni. Actually ini dessert favorite arwah ayah sis. Orang dedulu kreatif nak abiskan roti. Kalau kita dah nak abis tarikh luput nak buat puding roti bagai renyah so ni resepi paling mudah! Ha siapa yang berminat cepat salin resepi!😉😁


Roti Santan

Bahan:
Roti 
Santan Kelapa ( Paling sedap pakai yang santan parut dari santan kotak)
Gula & Garam

Cara:
1. Campurkan santan dengan air suam.(Santan tak perlu di masak)
2.Masukkan gula ikut selera macam sis dalam 3 sudu besar.
3.Masukkan secubit garam.
4.Potong roti ikut kreativiti dan bekas. 
5.Masukkan roti dalam bekas santan tadi.
6.Rendam dan masukkan dalam peti sejuk.

p/s:

1.Roti tu boleh banyak pilihan.Selain roti empat segi ni boleh pakai roti beggali keras yang orang dedulu suka cicah kopi.

2.Jangan pelik kenapa sis punya tak bekuah sebab sis letak kat sejuk beku.Memadai letak kat bawah.






Selamat Mencuba!

#rotisantan #roti #resepiberbuka#berbukapuasa #dessert

No comments:

Post a Comment

::come to comment my blog::