Showing posts with label #2017. Show all posts
Showing posts with label #2017. Show all posts

Tuesday, June 6, 2017

Color Match!

::6 June 2017 - 8:30pagi::
::Selasa::

::Hi korang!Dah ready nak raya?Ada dua minggu lagi nak prepared segalanya untuk raya. Ok kali ni Sis update entry about 'COLOR MATCH'!Info ni Sis dapat dari pakar imej Puan Mary di Facebook. Kalau korang google nama kat Facebook mesti jumpa.Sis suka apa yang Puan Mary kongsikan. Daripada pilihan pakaian ikut majlis,penggunaan warna untuk sesetengah majlis. So kali ni Sis nak share yang sangat dekat degan wanita. Kita ni selalu takde idea kan time nak match kan warna baju dan tudung kan?So dengan apa yang Sis kongsikan ini dapat membantu ladies luar sana di pagi hari raya or maybe paling sesuai pakaian seharian kita.









So hope korang semua tak pening lagi lah kan especially pagi raya nanti!::

Friday, June 2, 2017

Jom Masak!

::1.06.17-11:40malam::
::Khamis::

::Hari ni masak lauk kesukkan Mydear. Dah berapa hari duk request 'Udang Masak Sambal + PETAI'..Hahahha..Saja jer highlight PETAI tu..Sedap wei makan..Yerlah dah lama tak makan time puasa ni teringin lain macam sikit!Kalau nak sesuatu tu mesti kena cari kalau tak dia punya ngidam tu lain macam..hahhaha..

Mesti ada yang sudi baca blog ni rasa pelik kenapa Sis nak share semua ni kat blog sedangkan banyak lagi social media yang leh share..Memang Sis ada share tapi mungkin Sis ni masih ada sifat old school..Suka sangat ber 'blogging'.Bagi Sis ni salah satu sentimental moment yang tak dapat di lupakan.Dari blog lah Sis kenal ramai kawan dan banyak perkara belajar.Mungkin dua tahun kebelakangan ni kurang masa or senang citer takder masa langsung untuk blog ni tapi insyallah lepas ni akan lebih rajin but maybe a bit slow sebab nak dapatkan tempo menaip dan mengarang tu..hahahha!Berangan lah sangat ramai yang baca!

Ok back to topic 'JOM MASAK'! Actually pagi tadi Sis ada update status kat Facebook minta idea nak masak apa untuk berbuka  dan alhamdulillah ramai yang sudi share.Mostly suka masak yang ringkas yerlah time weekdays ni memang tak mampulah nak tunjuk kehandalan.Mana nak kejar masa nak balik dari opis, redah jem!Dah ada niat nak masak untuk family pun dah kira ok kan?Sis faham sebab pernah alami.Nasib dulu mak yang jaga anak-anak so alang-alang amik anak dapat lauk sekali..hahhahha.Oklah malas dah nak taip panjang-panjang..Meh Sis share gambar dan menu yang Sis masak untuk berbuka tadi.

::Sayur Campur + Tempe + Soon::
::Ikang Goreng + Tempe Goreng + Udang Goreng::
::Sambal Udang + PETAI::

::Pengat Pisang::
:: Yang ni buka Sis masak..ni Bonda yang masak..hihihi::

Oklah dah masuk 2 Jun..Esok MEEYA.CO akan keluarkan koleksi raya..Zalleha Peplum..tak sabar rasanya..nanti Sis update kat blog yer..xoxo..::




Monday, May 8, 2017

Kisah Maggi Tomyam

::08.05.2017-12:15pagi::
::Isnin::

::Saja update tengah malam ni..Baru lepas tengok Mentor tadi.So far bagi sis semua finalis the best dan tahun ni takde favourite pun layan jer.Rezeki kat luar tu lagi penting.Ok stop story pasal Mentor.Tengah sedap layan Mentor mydear mengadu lapar.Adoii lah memang bercinta lah kan nak bangun masak mujur lah tengah hari tadi sis ada masak tomyam.Apa lagi rendam me maggi lepas tu panaskan tomyam..Mudah..semudah ABC!😎

 
Tadaaaaa..siap dengan air sirap lagi..nyummy..jemput makan 😋

Sis memang suka buat tomyam..sebab kalau tak nak makan dengan nasi sis suka makan dengan bihun atau mee..Jangan tanya resepi sebab sis rasa ramai yang diluar sana pandai masak tomyam.Ok selamat menjamu selera 😘::