Showing posts with label #SmallKitchen. Show all posts
Showing posts with label #SmallKitchen. Show all posts

Thursday, May 16, 2019

Roti Santan

::16.05.19 - 10:30pg::
::Khamis::

Assallamualaikum 

Ramai pula yang tanya resepi Roti Santan ni. Actually ini dessert favorite arwah ayah sis. Orang dedulu kreatif nak abiskan roti. Kalau kita dah nak abis tarikh luput nak buat puding roti bagai renyah so ni resepi paling mudah! Ha siapa yang berminat cepat salin resepi!😉😁


Roti Santan

Bahan:
Roti 
Santan Kelapa ( Paling sedap pakai yang santan parut dari santan kotak)
Gula & Garam

Cara:
1. Campurkan santan dengan air suam.(Santan tak perlu di masak)
2.Masukkan gula ikut selera macam sis dalam 3 sudu besar.
3.Masukkan secubit garam.
4.Potong roti ikut kreativiti dan bekas. 
5.Masukkan roti dalam bekas santan tadi.
6.Rendam dan masukkan dalam peti sejuk.

p/s:

1.Roti tu boleh banyak pilihan.Selain roti empat segi ni boleh pakai roti beggali keras yang orang dedulu suka cicah kopi.

2.Jangan pelik kenapa sis punya tak bekuah sebab sis letak kat sejuk beku.Memadai letak kat bawah.






Selamat Mencuba!

#rotisantan #roti #resepiberbuka#berbukapuasa #dessert

Wednesday, May 31, 2017

Biskut Raya MIAQIBKITCHEN

::31.05.2017-1:40ptg::
::Rabu::

::Hari ni dah masuk 5 Ramadhan.Sekejap jer rasanya dah nak masuk seminggu. Macam mana puasa uolls semua?Sis ok jer tapi dah mula tak menang tangan terima tempahan kuih raya.Tahun ni Sis amik dua jenis kuih raya Semperit dan Kuih Siput.Alhamdulillah dari last year dapat good respond dari pembeli dan kebetulan tahun ni Sis raya Klang so memang buka tempahan sehingga seminggu nak raya. Meh Sis share gambar bagi yang tak familiar dengan kuih raya ni:


Kuih Siput
1kg - RM35


Biskut Semperit
50biji-RM25

So pada yang teringin dan tercari-cari dari dulu dua kuih tradisi kita ni Wassap / Weechat 
011 1030 5252( PuanNasya) dan boleh singgah instagram MIAQIBKITCHEN.




Thursday, July 3, 2014

MIAQIB KITCHEN RAYA COOKIES!LET'S ORDER...

:: 03 Julai 2014 - 12 : 36 tgh hari ::
:: Khamis ::

:: Alhamdulillah sekejap jer dah masuk 4 Ramadhan..Macam mana puasa korang?OK dok?hihi..OK kan hari tu aku ada bagi tahu nak update pasal MIAQIB KITCHEN RAYA COOKIES! kan?hihih..so this is the right time!Dah nak masuk seminggu raya kan..Ramai tanya kenapa baru nak update..by the way aku buat tempahan depends on order..kira ala-ala pre order la..so pada sesiapa yang berminat boleh wassap aku ok!


 
 
https://www.facebook.com/miaqibkitchen
:: Sudi-sudikanlah order yer..pada yang pernah cuba tahun lepas boleh order lagi..hihih::
 
 
 
 
P/S : Closed order akan di beritahu kelak..so jangan risau pada sesiapa yang masih mencari biskut raya warisan kita ni yer..Tempahan masih di buka! Selamat Meng 'Order' ! ::


Monday, June 30, 2014

Salam Ramadhan

:: 30 Jun 2014 - 1:50ptg ::
:: Isnin ::

:: Salam ramadhan..rasa beza tahun ni..sebab dah lama tak berkerja di bulan puasa..so badan ni tengah nak suaikan diri dengan keadaan sekeliling dan cuaca..Alhamdulillah syukur pada-Nya sebab masih di beri kesempatan berpuasa..Hari ni masuk hari kedua berpuasa..dan yang paling happy tahun ni makin meriah adanya Naqib..dan kakak Mia yang dah banyak mulut..semalam nak berbuka pun dah buat drama..hahahha..tergelak aku di buatnya..macam-macam ragam.
Bila di ingatkan baru jer rasanya menyambut Ramadhan tahun lepas..dah muncul kembali tahun ni..Tahun lepas tengah mengandungkan Naqib..rasanya dah 7 bulan macam tu tapi gagahkan diri kesana kesini..buat tempahan kuih..kira larat gak lah aku dengan berbadan dua..tu tak kira lagi aku gagahkan diri puasa walaupun boleh excuse skip puasa..hihi..kenangan..tapi tahun ni..even duk opis..perah otak jer..penat lain macam..dengan cuaca panas..lemah jer rasanya..siap ada yang tanya kat aku "tahun ni buka tempahan semperit tak?"..insyallah kengkawan semua..dalam minggu ni saya akan buka order..pada yang minta sample semperit tu..insyallah kalau sempat yer..sebab dengan cuaca panas ni..Naqib dan Mia kerap tak sihat so tak menang tangan aku nak uruskan banyak perkara..takper esok atau lusa aku akan cuba update tempahan Damia Semprit ..So pada sesiapa yang dah follow MIAQIBKITCHEN tu tq for support so just wait for update k.. ok lah nak sambung kerja yang melambak ni..Insyallah nantikan esok ok.xoxo..muaaah..btw SALAM RAMADHAN dari kami sekeluarga! ::


:: My design - Kira e-card ni wakil aku and family lah..hiihi ::


Thursday, January 16, 2014

My Mia Cook For Lunch!

:: 16 January 2014 - 10 : 30pagi ::
:: Khamis ::

:: Salam Maulidul Rasul..rasanya tak terlambat aku nak ucapkan pada semua sahabat alam maya yang sudi baca blog aku ni..Hari ni nak share aktiviti anak dara aku sorang ni..yolah dengan status ku 'housewife' ni jangan ingat hanya menjalankan tugas sebagai isteri jer..melayan karenah anak dah sememangnya akan masuk dalam skop job aku selain tugasan harian di rumah..hihihi..so kebetulan hari tu aku ada masa layan mymia main masak-masak..apa lagi seronok lah dia.beria bermain..dahlah kalau main masak-masak dapur tu aku dengar 24 jam lah berbunyi..bila di jenguk dia duk main benda lain dapur duk terpasang jer..busan lah tu main sorang....so now time for 'My Mia Cook For Lunch!'..Jom layan gambar : -

Chef Mia mula beraksi..siap ada apron ok!
Pada sesiapa nak belikan anak dara korang apron ni ada kat DAISO -RM5..saja bagi semangat kat diorang masuk dapur..hahha..tq for makngah ZERA for this apron!


Ok dah mula beraksi..hihihi

Busy masak ok!

Lastly posing!Hahhahah...










Tuesday, December 24, 2013

MiaQibKitchen Caramel Pudding

:: 24 Disember 2013 - 2:00ptg ::
:: Selasa ::

:: Happy 4 month my boy! Ha nampak intro aku yang takder kena mengena dengan tajuk di atas?hahhah..by the way hari ni cukup 4 bulan My Prince Naqib..sekejap jer rasanya..so sempena anak ibu dah makin besar ni dengan rajinnya ibu buat puding untuk minum petang semalam..hihih..actually sejak akhir-akhir ni memang aku memang rajin mencuba dan memasak..kiranya half of my time banyak habiskan kat dapur..kebetulan mertua ku ada kat sini nak bagi rasa air tangan aku yang tak seberapa ni..so decide buat Caramel Pudding! Ha perasan tak kenapa ada MiaQibKitchen sebelum nama puding tu?hihih..that my next project for 2014..insyallah sampai masa aku akan reveal now still in progress with logo and else..so meh aku share resepi :-

Sila ikut semua langkah-langkah di bawah ok :-

Bahan A:
  • 1/2 cawan gula atau terpulang pada kita kalau tidak suka manis sangat kurangkan kuantiti gula itu   
  • -> gula akan dicairkan dalam loyang kukus (cara cairkan gula adalah dengan panaskan pada api sederhana sehingga keperangan,campurkan 2@3 sudu air bagi mengelakan gula keras, pastikan jangan sampai hangus sebab nanti rasa boleh jadi pahit)
Bahan B:   
  • 5 keping roti (etc:gardenia)
  • 1/2 tin susu cair
  • 3 biji telur
  • 3@4 sudu gula (kalau suka manis tambah)
  • 2 cawan air
  • 1 sudu teh esen vanila (ni option kalau tak letak sedap je)
  • 1 sudu besar tepung kastard (ni option sebab akan bagi warna kekuningan pada puding roti itu nanti)

cara-cara:
  • mesin semua bahan B di dalam blender (dalam 5 saat je)
  • masukkan bancuhan ke dalam loyang kukus yang berisi gula cair tadi
  • tutup loyang
  • kukus selama 30 minit (jikalau dalam oven letak loyang diatas dulang yang telang berisi dengan air panas terlebih dahulu)
  • sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan hidangan   

Senang kan?Alhamdulillah..semalam hanya nak kongsi menu minum petang sekali ada yang berminat..Terima kasih @ruszalina87 sebab membeli..Pada sesiapa yang berminat boleh wassap or weechat saya di 019-2294252 #MiaQibKitchen #Dessert