Showing posts with label #Sharing. Show all posts
Showing posts with label #Sharing. Show all posts

Monday, October 1, 2018

SMEG Brand

::1.10.18 - 9:30pg::
::Isnin::

Assallamualaikum 


:: Hi readers! Korang pernah pasang impian?Kalau tanya Sis banyak sangat impian.Kdang rasanya macam tak mungkin nak capai tapi tak salah kan kalau kita pasang impian dan berangan!Mana tau Allah izinkan apa yang kita impikan tu tercapai.Impian paing besar yang Sis nak sangat capai adalah membeli sebuah rumah yang selesa.Kenapa rumah?Yerlah mostly perempuan ni tak lari dengan impian berkaitan kecantikan , penampilan , kereta maybe or else.Tapi mungkin ikut minat masing - masing.Kalau Sis more to dream house yang selesa..yang boleh deco interior dalaman rumah yang cantik - cantik.Beli barangan perabot , eletrik and all deco item.So selalunya kalau buka instagram suka tengok orang renovation rumah , deco rumah dan beli barang kelengkapan rumah.The latest barangan rumah yang Sis berkenan habis adalah brand SMEG! Sis tak check lagi brand ni dah ada kat Malaysia ke belum sebab bila search di Instagram takder pula yang #SMEGMalaysia mostly oversea.Brand ni punya design so vintage and classy.Warna setiap barang macam match jer kalau korang letak di rumah.Nak cerita banyak pun Sis tak reti sangat sebab baru berjinak-jinak dengan produk ni.Mungkin kalau aada yang baca blog Sis boleh share macam mana nak dapatkan setiap barang yang di keluarkan oleh SMEG! Bagi Sis pada sesiapa yang suka decoration rumah akan suka apa yang Sis share ni sebab sangat cute , elegance , vintage and classy setiap item. Yang Sis tahu setakat ni item keluaran SMEG ni ada blender , toaster bread , fridge , mixing and etc. Actually brand ni dah lama cuma Sis yang baru sangat tahu.So ini pun salah satu dalam list Sis.Doakan setiap list yang Sis impikan tercapai!So meh Sis bagi korang cuci mata apa yang ada dengan SMEG brand ni. Hope one day Sis dapat miliki setiap barang dari SMEG!





p/s: Pic credit to google!


xoxo!!
Thank you readers!

Thursday, August 16, 2018

Setahun

::16.08.18 - 2:40ptg::
::Khamis::

Assallamualaikum 

Setahun sudah blog ni sepi tanpa cerita..Tak tahu kenapa hari ni terdetik nak menulis lagi.Rasa dah berkarat idea nak menulis tapi tulah ayat yang sama Sis akan share adalah sayang!Sayang nak tutup blog ni walaupun takde pembaca..hahahhaha!Rindunya masa memula berblog.Masa tu aktif sangat dan dari situlah dapat ramai kawan.Tapi masa tu kebanyakkan reader Sis semuanya bride to be sebab banyak share bout wedding.Yerlaha masa tu medium blog nilah yang boleh kita dapat info segala mak nenek selain facebook.Tapi sekarang dah banyak sangat medium yang boleh cari dan share especially INSTAGRAM!

Oklah tak nak repeat story ni banyak kali.Now pun tengah takder idea sangat nak menulis.Cuma update terbaru dari Sis adalah bertambah lagi seorang ahli keluarga Sis.Alhamdulillah 24.04.18 Sis selamat melahirkan anak ketiga setelah 5 tahun berehat.Gementar sebenarnya sebab lama sangat berehat kan?Dah lupa macam mana nak meneran.hahhahah!Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dengan adanya En Suami di sisi. Mungkin agak lapuk untuk kenalkan anak teruna baru Sis dalam blog sbb nowdays orang dah guna Instagram..hahhaha..Tapi tu lah jiwa Sis ni agak kekunoan.Nak gak share kat dalam ni sebab dah nama pun nama blog Sis Dear Diary Nasyrah Naim so angaplah korang tengah curi-curi baca diari orang lama ni..hahhahah..


Cute kan?Syukur dengan pemberian dari Nya.Oklah untuk sekian kali nya Sis hope korang doakan Sis kerap-keraplah menulis ok!xoxo muah!

Thursday, August 17, 2017

♥ME TIME♥

::17.08.17-4:09ptg::
::Khamis::

Assallamualaikum 

::Hari ni Sis shared di Facebook mengenai 'ME TIME'.Ramai yang tertarik dengan perkongsian Sis terutama para isteri tak kira lah yang fulltime housewife ataupun bekerja.Dalam perkongsian artikel tu adalah mengenai pentingnya 'ME TIME' pada  seorang ibu@isteri. Alhamduillah selama hampir 7 tahun berkahwin Sis ada ruang masa untuk diri sendiri.Ini bukan bersifat pentingkan diri sendiri tapi ini seperti reward dari Encik Suami pada para isteri.Ini bukan bermaksud Encik Suami kita ni tak pandai jaga bini yer bagi kebebasan kepada para isteri untuk berhibur atau menenangkan diri.Pada para Encik Suami yang memahami akan cuba cari masa untuk berikan kepada isteri mereka ruang waktu untuk berehat.Ok Sis nak cerita panjang takut salah fakta so Sis shared salah satu petikan dalam article tu.


Apakah itu “Me Time”?
Daripada awal pagi, sebaik sahaja bangun, anda pasti sudah memulakan tugas sebagai seorang ibu. Mengejutkan anak, menyiapkannya pakaian, sarapan, dan membawanya pergi ke sekolah.

–– ADVERTISEMENT ––

Kemudian, mulalah rutin mengemas rumah, membasuh baju, dan masak tengah hari. Seterusnya, anda perlu pula mengambil anak dari sekolah, menghantar ke kelas tuisyen, menyediakan makan malam….mendengar senarai ini sahaja sudah membuatkan kita penat, kan?

Source: Amomsjourney81.wordpress.com
Jadi, percayalah wahai ibu-ibu sekalian, anda memerlukan “me time”. Ia adalah masa berehat dan masa bersendirian – bebas daripada anak-anak dan suami – yang anda patut nikmati dari masa ke semasa untuk seketika.
Tidak kiralah sama ada anda mengambil sesi “me time” di luar rumah atau di dalam rumah sekalipun, asalkan ia memberikan sedikit waktu rehat, bebas dari bebanan kerja rumah dan tugas menjaga anak, ia sudah mencukupi!

Apa Pentingnya Mengambil Masa Bersendirian dan Berehat?

Sebenarnya, apabila anda mengambil masa untuk memanjakan diri sendiri, ia memberikan banyak kebaikan kepada anda dan juga orang di sekeliling.
  • Ia bagus untuk mengurangkan tekanan – Menjadi ibu itu memang seronok, tetapi ada masa-masanya kita juga tertekan dengan segala bebanan dan isu dalam urusan rumah tangga. Ambillah masa untuk berehat, anda pasti akan berasa segar apabila kembali ke tugas seorang ibu nanti!
  • Berjauhan dapat mengeratkan kasih sayang – Orang tua-tua kata, jauh di mata tetapi dekat di hati. Katakanlah anda bercuti seketika secara bersendirian atau dengan rakan rapat, anda pasti akan berasa rindu. Anak-anak dan suami juga berasa yang sama. Apabila kembali, pasti lebih mesra dan erat kasih sayang!
  • Anda dapat mencari diri sendiri – Apabila kita berada di tempat yang menyeronokkan, sudah pasti anda dapat menenangkan fikiran. Anda dapat berhubung semula dengan diri sendiri, setelah sekian lama mengabdikan diri sebagai seorang ibu atau isteri.
  • Anda akan menjadi lebih gembira – Anda pernah tak mendengar kata-kata yang menyebut “kamu tidak dapat memberikan kebahagiaan jika kamu sendiri tidak bahagia.” Apabila anda berasa tertekan dan tidak lagi gembira di rumah, ambillah sedikit masa untuk berehat dan bersendirian. Anda pasti akan pulang sebagai seorang isteri dan ibu yang lebih tenang dan gembira!

Cadangan “Me Time” yang Boleh Anda Cuba

Jadi, setelah anda yakin bahawa sesi bersendirian dan berehat itu penting untuk anda sebagai seorang ibu, jom kita tengok beberapa cadangan aktiviti “me time” yang boleh anda cuba.

1.     Sesi Melakukan Hobi di Rumah Sendiri

Jika anda sememangnya tidak sanggup langsung untuk berjauhan dengan suami dan anak-anak, anda masih mengambil masa untuk berehat dan bersendiri di ruang rumah anda. Luangkan masa untuk hobi anda.
Contohnya, beritahu kepada ahli keluarga anda yang setiap pagi sabtu, anda mahu meluangkan masa membaca buku, berkebun, menonton TV atau keluar minum pagi di kafe tanpa sebarang gangguan – sokongan suami amat diperlukan di sini!

2.     Percutian Bersama Rakan-Rakan Wanita


Source: Lynnlly.com
Jika dahulu anda mempunyai ‘girl group’ atau rakan wanita yang rapat, ambil masa untuk pergi bercuti, mungkin beberapa kali setahun.
Pastikan anda tidak membawa anak atau suami untuk percutian khas ini. Hati anda pasti rindu tetapi percayalah, ia bagus untuk dilakukan sekali sekala.
Apabila kembali, pasti berlari-lari si anak untuk mendakap anda. Pada waktu itu, anda juga sudah bersedia sepenuhnya untuk kembali menjadi seorang supermom!

3.     Sesi Gim atau Kelas Meningkatkan Kemahiran Diri

Walaupun kita boleh dikatakan sudah bersenam atau meningkatkan kemahiran diri apabila mengemas rumah dan mendidik anak, namun mempunyai sesi khas untuk bersenam dan mengikuti kelas secara formal juga ada banyak kebaikannya.
Ambil beberapa jam dalam seminggu dengan meluangkan masa untuk diri sendiri. Jika anda suka bersenam, jangan rasa bersalah untuk bersenam selama sejam atau dua jam di gim tanpa membawa anak-anak.
Luangkan juga masa untuk meningkatkan potensi diri dengan menyertai sebarang kelas mengikut minat anda. Mungkin anda boleh mengikuti kelas masakan yang anda sudah lama teringin itu. Ataupun, daftar kelas fardhu ‘ain atau kelas perniagaan yang anda inginkan.
Ingat bahawa selain daripada mendidik anak dengan ilmu bermanfaat, anda juga perlu melakukan perkara yang sama untuk diri sendiri. Orang bijak pandai ada berkata, menuntut ilmu itu kan sehingga ke liang lahat?

Jadi, jom ambil sedikit waktu untuk “me time”!

Sebenarnya, waktu “me time” bukan bermaksud yang anda melarikan diri daripada menggalas tugas atau bermalas-malasan.
Cumanya, anda hanya mengambil sedikit masa untuk bernafas, berehat, berfikir, dan memperbaharui diri sendiri sebelum kembali berjuang dan menghayati watak seorang ibu!
Jadi, jangan rasa bersalah untuk melakukannya, terutama jika suami anda turut menyokong dan membantu pada waktu “me time” ini. Percayalah, ia baik untuk anda dan keluarga!


Faham ke idak apa yang Sis cuba sampaikan?Mungkin agak melampau kalau kita nak buka langkah pertama untuk diri sendir terus ker perancangan yang besar.Bagi Sis cukup kalau di mulakan dengan spend time dengan memanjakan diri kita dan dari situ kita akan dapat rasa 'ME TIME' tu sangat penting.So far Sis sangat bersyukur Mydear sangat memahami.Kadang-kadang Sis yang malas nak ada diri sendiri kerana lebih suka di kelilingi anak2.Hahahha..So pada yang masih rasa para Encik Suami masih tak memhamai perlunya ada 'ME TIME' suruh baca blog sis!xoxo..!





Tuesday, June 6, 2017

Color Match!

::6 June 2017 - 8:30pagi::
::Selasa::

::Hi korang!Dah ready nak raya?Ada dua minggu lagi nak prepared segalanya untuk raya. Ok kali ni Sis update entry about 'COLOR MATCH'!Info ni Sis dapat dari pakar imej Puan Mary di Facebook. Kalau korang google nama kat Facebook mesti jumpa.Sis suka apa yang Puan Mary kongsikan. Daripada pilihan pakaian ikut majlis,penggunaan warna untuk sesetengah majlis. So kali ni Sis nak share yang sangat dekat degan wanita. Kita ni selalu takde idea kan time nak match kan warna baju dan tudung kan?So dengan apa yang Sis kongsikan ini dapat membantu ladies luar sana di pagi hari raya or maybe paling sesuai pakaian seharian kita.









So hope korang semua tak pening lagi lah kan especially pagi raya nanti!::

Wednesday, May 31, 2017

Biskut Raya MIAQIBKITCHEN

::31.05.2017-1:40ptg::
::Rabu::

::Hari ni dah masuk 5 Ramadhan.Sekejap jer rasanya dah nak masuk seminggu. Macam mana puasa uolls semua?Sis ok jer tapi dah mula tak menang tangan terima tempahan kuih raya.Tahun ni Sis amik dua jenis kuih raya Semperit dan Kuih Siput.Alhamdulillah dari last year dapat good respond dari pembeli dan kebetulan tahun ni Sis raya Klang so memang buka tempahan sehingga seminggu nak raya. Meh Sis share gambar bagi yang tak familiar dengan kuih raya ni:


Kuih Siput
1kg - RM35


Biskut Semperit
50biji-RM25

So pada yang teringin dan tercari-cari dari dulu dua kuih tradisi kita ni Wassap / Weechat 
011 1030 5252( PuanNasya) dan boleh singgah instagram MIAQIBKITCHEN.




Tuesday, March 28, 2017

SALAM REJAB

MALAM INI MALAM MUSTAJAB DOA
Ahlan Wa Sahlan Bulan Rejab! 
InsyaAllah malam ini adalah malam yang pertama bulan Rejab.

Di antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah malam yang diistimewakan untuk di qobulkan doa.
Sabda Rasulullah s.a.w.: 
“ Lima malam doanya tidak di tolak, malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jum’at, malam Hari Raya Eidul Fitri, malam Hari Raya Eidul Adha." 
(Al Baihaqi).

Marilah kita memanfaatkan peluang dan kesempatan yang ada di hadapan kita dengan amalan-amalan saleh untuk meraih rahmat Allah SWT, semoga Allah memberi taufik kepada kita untuk beramal demi meraih rahmat-Nya.
Amin.

Tuesday, August 16, 2016

Half Year..

::16.08.16::
::3.34pm::
::Selasa::

:: Salam semua..nak menulis pun dah rasa kekok, lama sangat tak update story mory kat dalam blog ni.Actually banyak benda yang aku nak share ngan uolls semua tapi itulah alasan masa tu paling ringkas aku boleh berikan...hihihi..ampun!Pejam celik hampir 10 tahun kewujudan blog ni di alam maya.Kejap jer rasanya.Macam semalam jer merangkak blajar nak buat blog.Dulu niat aku nak wujudkan blog ni di sebabkan suka nak share tentang aktiviti yang aku suka buat,suka makan apa..suka pergi mana dan apa yang aku akan lalui kini dan akan datang.Boleh di katakan BANYAK!!!

Dari blog ni juga aku bertambah kenalan..sahabat..ada yang sampai sekarang masih keep in touch.Dan paling yang aku paling suka bila menulis blog ni ialah dapat share info yang kebetulan ramai yang sedang cari..Contoh paling nampak masa preparation perkahwinan.Banyak info yang aku dapat share dan aku juga dapat melalui kenalan blog.Tapi lama-lama dah makin slow bertambah slow bila dah bekerja kembali..Lagilah..hanya mampu membaca blog kengkawan jer..Rindunyaaaaaaaaaaaaa!!Banyak post aku terpaksa di tapis oleh mydear..hahahha..yerlah jenayah cyber sangat berleluasa so kena berhati-hati..TApi bila tengok sahabat handai yang masih curi masa nak menulis dalam blog ni..aku rasa aku kena gak cari masa untuk back on track macam dulu balik.

So aku dah tanam azam..sekurangnya seminggu satu entry utk share dengan korang semua..doakan aku yer..hahahha..tak pasal..xoxo..muaah!::

                                                                              QUOTES OF THE DAY







Friday, May 13, 2016

Half Year Journey MEEYA & MIAQIBKITHCHEN ...

:: 13.05.16/12:01pagi::
::Jumaat::



::CHAPTER I::

::Salam Jumaat semua, separuh tahun sudah berlalu dan alhamdulillah aku dapat lalui dengan tenang meskipun tahun ni agak sibuk dengan segala perancangan. Permulaan tahun untuk MEEYA dan MIAQIBKITCHEN . Banyak yang perlu di baiki dari segala macam terutamanya akaun. Uuuwaaaaaaa..rasa nak nangis bila nak merangkak buat keduadua akaun bisnes kecilku. Alhamdulillah ada sahabat yang sudi membantu. Thank you izma for your help babe!Now dah ok sikit walaupun kadang aku duk pening bila belek akaun..hihihi..takper  semua orang perlubelajar so aku masih lagi belajar. Merangkak dalam dunia bisnes yang terlalu banyak saingan.Aku bersyukur walaupun agak slow permulaan kedua bisnes aku ni tapi still lagi maintain.Hope by next year dah dapat rentak sikit.Banyak planning dalam kepala, bagaimana nak kembangkan kedua bisnes ni.Aku dah niat, insyallah kalau diizinkan lagi dua tahun aku nak buat part time bisnes aku ni jadi fulltime bisnes.Masa tu MyMia dah darjah satu so perlukan perhatian secukupnya.

MEEYA dah mula mendapat perhatian. Setelah re branding nama baru ni 
penerimaan orang ramai sangat positive. Kami lebih fokus pada permintaan 
orang ramai terutamanya yang bersaiz sederhana hinggalah saiz besar.Kami
akan cuba memenuhi permintaan pembeli dan cuba memberi koleksi yang 
exclusive. So pada yang masih belum menjadi sebahagian dari kami jom follow:

Instagram : MEEYA_CO

Facebook : meeya_cloth


:: Do visit us::


                       Meh aku share sebahagian gambar koleksi kami.

:: Blouse Collection ::

:: Meeya Shawl::

Bagaimana?Cantikkan?Hahahhaha..kalau bukan aku yang puji siapa lagi kan!

Meh aku share sebahagian customer review:



Ok lah next aku akan cerita pasal MIAQIBKITCHEN.Tak mo citer sekali dekat sininanti korang tak fokus nak add MEEYA kat instagram dan facebook..So stay tuned for next chapter ok!xoxo..muaaaah!!!

Thursday, January 28, 2016

2016 Began...

:: 28.01.16 - 4:55 am::
:: Khamis::

::Assallammualaikum..lamanya tak menaip..kekangan kerja yang amat sangat.Rindu nak menaip dan berkongsi pengalaman dalam blog yang tak seberapa ni..Skema kan ayat?hahaha..Aku tengah nak warm up balik ni..nak menaip apa pun aku tak tahu..Dekat tiga bulan gak lah blog ni bersawang dan aku tak pasti lepas entry ni brapa lama lagi pulak akan bersawang balik..hahahha..Tapi hanya tuhan jer yang tahu bertapa rindunya aku dengan blog ni..sepanjang aku tak menulis dalam blog ni..aku hanya mampu singgah dan jenguk jer..lepas tu baca blog rakan alam maya aku..So kalau korang masih rindu dengan penulisan pengalaman aku dalam blog ni..Doa-doakan lah aku akan kerap menulis!Amin..

Oklah..2016 dah bermula..Permulaan yang amat mecabar bagi aku..dari segi pekerjaan..hanya tuhan jer yang tahu..betapa penatnya nak layan karenah dan permintaan manusia yang hanya tahu memberi arahan tanpa rasa simpati..Kadang aku terpikir bagaimana aku masih boleh mampu bertahan..Hampir dua tahun gak!Hurmm..Oklah tak mo cerita sedih-sedih..Dugaan hidup perlu dilalui juga..Aku selalu berdoa dengan segala apa yang aku lalui sekarang ada sinar baru untuk kami sekeluarga..Amin..

Hahha..Nampak tak permulaan 2016 penulisan aku macam orang banyak baca puisi..baik-baik jer..hahhah..Mesti korang busan kan??Bak kata aku tadi tengah warm up ni..hihih..ibarat bermulanya perjalanan 2016 aku..Alhamdulillah banyak perancangan yang bakal di buat..Tahun ni agak busy sikit untuk aku dan family..Dengan wedding dua adik ipar aku..Perancangan untuk MEEYA ..comeback untuk MIAQIBKITCHEN ..dan banyak lagi. Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga tak pernah putus..Syukur sangat..Dengan bisnes kecil-kecil untuk aku dan juga mydear..alhamdulillah..Bisnes mydear pun dah mula nampak hasil..Ha pasal bisnes mydear nanti kalau ada entry lagi aku cerita..hahhaha!!

For my adorable Princes Mia.. Tahun ni dah masuk 5 tahun..Semakin bijak dan makin banyak permintaan. Nak jadi princess la..nak bergaya ala2 korea la...Ha lately ni dah suka hindustan..Haish..Diwalle punya pasal la ni..Mia masih tak sekolah lagi..Kenapa?Nanti aku cerita next entry..hihih

For my chubby Prince Naqib..Tahun ni dah masuk 3 tahun..makin banyak akal..banyak benda dia nak explore..Peminat tegar Ultraman.Macam-macam aksi dia akan tunjuk!Fast leaner macam kakak dia juga.Suka gelak..Kalau cakap jer nak senyum..Tunjuk gigi..hihihi

Eh banyak plak aku ngomel...dah lama tak menaip kan..ni pun aku tetiba terjaga..lepas tu nak tido balik payah..so daripada aku terkulat-kulat tak buat apa..baik aku warm up balik penulisan aku dalam blog ni..hope masih ada yang sudi membaca..Ok lah korang..nak kena end off ..Esok nak kerja cari rezeki..Doakan yang terbaik ok sebab aku akan selalu doakan yang terbaik untuk korang semua dan orang sekeliling aku..Tak percaya??Cer senyum lepas baca blog aku ni..Ha!itu la doa aku..Semoga orang yang baca blog aku sentiaasa tersenyum..hihih..last but not least..aku kasi share gambar kami sekeluarga yang suka selfie!hahha..TIPU!!! bukan sekeluarga tapi aku jer yang suka selfie!!..xoxo..::


:: keluarga kecilku::








Monday, October 5, 2015

Introduce MEEYA!!

::05 Oktober 2015 - 11:30 pagi::
::Isnin::

::Alhamdulillah..The product is finally launching ..lama sangat berehat..so now its time back on track..Actually rasa gementar sebenarnya..yerlah..masih ada follower lagi tak?dengan kami dah rebranding Almarichantekchomel kepada MEEYA!Wei penat pikir nama baru ni..even simple pakai nama MEEYA tapi nak kena tengok spelling bagi unik sikit..nak nampak kelainan..nak nampak tersendiri..dengan pelbagai idea yang bercanggah..adoiii payah rupanya nak set up balik semua dari bawah..huhuh..hope brand baru ni membuka rezeki baru kami untuk tahun 2016!!So meh aku share logo baru kami..so bila jumpa logo ni kat instagram / facebook cecepat follow!!xoxo..:)::

 
 
Instagram : meeya.co
 
 
Facebook page : meeya
 
 
 
 






Friday, August 28, 2015

MISI SEPTEMBER

:: 28 Ogos 2015 - 4:00 ptg::
::Jumaat:

Salam Jumaat sahabat alam maya.Pejam celik 7 tahun aku dah menjadi seorang blogger.Cuma setahun dua ni makin tak aktif plak..Rindunya nak aktif macam dulu lagi.Ada jer cerita nak kongsi dengan rakan blogger yang lain.Bertukar pendapat dak info lagi - lagi masa persediaan nak kahwin dulu sampai ada yang dah jadi kawan.Tapi sekarang ni baru nak mula menaip sikit dah simpan dalam draft.Kang berbulan lah bersarang dalam draft tu.Otak jadi beku.Kat opis ni kang ada masa sikit nak taip tertiba jadi terbantut..Yerlah suasana opis ni lain sikit..pantang buat keje lain sikit ada jer mata-mata.Lagi lah keje macam aku ni..Macam aku pernah bagi tahu dulu lah..keje designer tapi kang dengar aku menaip bagai nak rak lain pulak isu nya..hurmm....abaikanla...........

Ok now back on topic!Aku nak share sikit MISI SEPTEMBER aku dan angah.Permulaan yang lama sangat tertangguh..Nanti dah aktif sekejap lepas tu sunyi balik sebab memasing tak ada masa.Aku rasa korang yang pernah baca tahu aku ada online bisnes..dan banyak kali gak lah aku ngomel asyik tertangguh jer misi kami ni..But now we want to back on track even look slow..ha ko speaking sudah.Now for a start kami tengah cuba rebranding balik "ALMARICHANTEKCHOMELL" punya nama dan logo.Persaingan makin kuat..Online bisnes sekarang lebih demand tak macam dulu.Now berlambak online bisnes so kena pasang strategi.Banyak kami kena pikirkan..adoii.....Eh tak baik mengeluh.huhu..Dek kerana dedua kerja yang sangat busy so kami kena cepat cari masa dan bisnes plan kena bagus..Kang datang penat bekerja mau berbulan kami tangguhkan..Kali ni kena nekad!!

Oklah hope korang doakan MISI SEPTEMBER aku ni dipermudahkan..Sebelum tu aku nak wish SALAM MERDEKA!!! xoxo..muaaaah!!




Wednesday, June 3, 2015

KIDZ PARADISE

:: 03 Jun 2015 -11:30pagi ::
:: Rabu ::
 
:: Assallamualaikum dunia..Korang kalau aktiviti weekend bawa anak pergi mana?Aku and Mydear selalu terpikir-pikir mana nak bawa Mia dan Naqib.Nanti aku bawa pergi mall window shopping aku jer yang happy dak dua tu termasuk Papa nyer muka monyok jer..hahahaha..kadang tu aku buat dek jer..tapi kesian pulak yer lah..paksa bebudak tu ikut aku duk belek barang..haruslah tak suka kan!
So aku and Mydear plan bawa Mia dan Naqib pergi tempat yang sedang famous tu.. 'Kids Paradise'..Tempat ala- ala playground tapi dalam shopping mall..Actually dah berapa kali kami lalu bila datang Klang Parade..Mia dan Naqib excited betul..Lalu jer dedua pergi kat cermin duk tengok kawan-kawan main pasir..main bola..main macam-macam lagi lah..Sian plak tengok..aku ni bab anak memang payah sikit..Even ada orang kata aku dan Mydear rajin manjakan anak tapi kami tak kisah pun..Memasing ada cara tersendiri untuk didik anak bukan?Bukan kerap kali mewahkan mereka cuma penat lelah kami bekerja memang untuk mengembirakan mereka..Kalau Mia dan Naqib happy aku dan Mydear rasa bersyukur sangat..Ok dah meh layan sekeping dua gambar..
 
:: Seronok sangat Mia ::
 

:: Mia paling suka main ni.::
 
:: bersungguh mengisis pasir ::

:: naqib layankan jer..::
  
:: so pada korang yang terpikir-pikir nak bawa anak-anak pergi mana time cuti sekolah ni ha bawalah tempat ni..weekend mahal sikit lah..tapi sesekali untuk anak-anak apasalahnya kan..Mydear amik pakage kira tiga kali masuk lah murah sikit..

7 Voucher = RM 150.00

So korang yang nak tahu info dan alamat meh aku share :
 




 
 
Ha cukup tak maklumat yang aku bagi ni.So ada lah idea nak bawa anak pergi mana kan..hihih..ok lah xoxo..::
 
 
 


 
 

 
 

Friday, May 22, 2015

Almarichantekchomell Kembali!!

:: 22 Mei 2015 - 12:00 tgh hari ::
:: Jumaat ::

:: Jumaat yang tenang..Hari ni aku nak promote kembali online bisnes yang dah lama aku tinggalkan.Hampir satu tahu setengah aku tak aktif dengan ALMARICHANTEKCHOMELL ..
Sayang rasanya kalau biarkan terkubur..Ialah ini ada bisnes online pertama aku ceburi..susah senang aku bawa nama ALMARICHANTEKCHOMELL ni..Duk usung pergi bazar..Haish..So berhenti mengeluh!Now time to coming back on track!

STAY TUNED!!!

Wednesday, May 20, 2015

Jom Belajar Berenang!

:: 20 Mei 2015 - 2:40 petang ::
:: Rabu ::

:: Mia and Naqib memang suka main air..pantang nampak kolam mau terjerit-jerit..kat rumah tu memang ada kolam kecik belikan untuk dak dua ni..sesekali layan dak dua mandi dalam kolam..suka tak ingat kadang yang tak leh kalah tu Naqib la..tak ingat kecik lagi tapi mandi macam orang besar..kena perhatikan selalu..
Ada sekali tu bawa mandi kat pool rumah adik mydear kat Gombak..suka sesangat..nasib aku tak bawa baju mandi kalau tak mau aku pun join..hahah..meh layan gambar sekeping dua..

 



 



Nasiblah adik ipar aku duk condo..boleh lah bawa dak dua ni swimming..mydear lah yang paling rajin melayan..bab melayan anak memang mydear paling hebat..tahap kesabaran pun aku tak boleh nak menang..respect!! Kasih seorang Papa! K lah next activities nanti aku share dengan korang yer..xoxo ::

Monday, April 27, 2015

Sharing being a wife and mother ...

:: 27 April 2015 / 11:30 Pagi ::
:: Isnin ::

:: Monday bluess...Tajuk orang putih sangat!!..hahah..Umur dah mencecah 31 tahun..makin banyak umur makin mencabar laluan kehidupan aku..Perancangan demi perancangan aku dan Mydear buat untuk family kami.Kadang jadi panic sebab banyak lagi yang belum kami kecapi..yerlah Mia dan Naqib makin besar.Perlukan perhatian dan perancangan secukupnya.So aku sebagai ibu dan isteri kena banyak membantu Mydear dari segala aspek..Ishk panic-panic...Dulu-dulu tengok mak aku uruskan family..nak besarkan aku dan adik-adik..now my turn..Mana nak pikir kewangan keluarga..mana duit mengalir..apa yang perlu di beli dulu..apa yang perlu di simpan..Untuk masa depan lagi...Tapi aku bersyukur Mydear banyak membantu..boleh di katakan setiap hari aku dan Mydear akan berbincang walhal dah banyak kali bincang..hahhaha..

Ok cukup bebelan aku..pagi ni nak minta pendapat uolls..bagaimana uolls sebagai seorang isteri membantu para suami..dari segala aspek..mehlah share mana tahu uolls punya pendapat dan pengalaman boleh membantu..hihih..

xoxo..wasallam.



Thursday, September 11, 2014

Silent Reader!!

:: 11 September 2014 - 8:34 pagi ::
:: Khamis ::

:: Assallammualaikum semua pembaca tegar blogku..cewah macam lah beribu yang baca blog ni..Aku ni sejak berkerjaya memang payah nak update blog walaupun hati ini meronta-ronta nak menaip...hahaha itu tipu..yerlah macam mana aku nak menaip..kerja sebagai Graphic Designer ni busy memanjang...padan muka aku kan..nak keje ni sangat..so agak terabaila blog ni..lagi pun kerja aku banyak pegang mouse..kang aku banyak menaip pelik lah partner aku ni..dah tukar tugas Secetary ker?..ni pun aku menaip sorok-sorok..hahaha..ok aku dah mula merepek!
Ok..kali ini aku nak share satu blog ni..aku dalam busy ni active jadi Silent Reader...so dalam klik-klik link..aku terbaca satu blog ni...http://ellyinwonderland.blogspot.com/.......Aku suka baca blog ni..bukan blogger ni suruh aku promote yer..aku kalau berminat dengan satu blog dari mula penulis ni menulis sampai kesudah aku baca..tu memang habbit aku...Ok back to this blog kenapa aku suka baca...sebab aku suka baca life family penulis ni..happy and hardworking..Even sometimes nampak penulisan dia macam show off tapi aku suka..sekurangnya bagi semangat pada diri ini nak berjaya macam family penulis ni..Lagi satu penulis ni banyak berkongsi about family..tu yang paling aku berminat nak membaca..bagaimana dia luangkan masa dengan family..bagaimana dia manage life dia dengan family dan kawan-kawan..bagaimana dia manage kewangan and percutian family...so banyak bagi info yang menarik dan penulisan dia pun santai jer..so pada sesiapa yang suka menjadi Silent Reader try la baca blog ni..mana tau ada info yang menarik..ok lah boss dah jeling-jeling ni..bersungguh aku menaip padahal keje pegang mouse jer..xoxo..muaaaaaah::