Showing posts with label #AnakPapa. Show all posts
Showing posts with label #AnakPapa. Show all posts

Thursday, January 28, 2016

2016 Began...

:: 28.01.16 - 4:55 am::
:: Khamis::

::Assallammualaikum..lamanya tak menaip..kekangan kerja yang amat sangat.Rindu nak menaip dan berkongsi pengalaman dalam blog yang tak seberapa ni..Skema kan ayat?hahaha..Aku tengah nak warm up balik ni..nak menaip apa pun aku tak tahu..Dekat tiga bulan gak lah blog ni bersawang dan aku tak pasti lepas entry ni brapa lama lagi pulak akan bersawang balik..hahahha..Tapi hanya tuhan jer yang tahu bertapa rindunya aku dengan blog ni..sepanjang aku tak menulis dalam blog ni..aku hanya mampu singgah dan jenguk jer..lepas tu baca blog rakan alam maya aku..So kalau korang masih rindu dengan penulisan pengalaman aku dalam blog ni..Doa-doakan lah aku akan kerap menulis!Amin..

Oklah..2016 dah bermula..Permulaan yang amat mecabar bagi aku..dari segi pekerjaan..hanya tuhan jer yang tahu..betapa penatnya nak layan karenah dan permintaan manusia yang hanya tahu memberi arahan tanpa rasa simpati..Kadang aku terpikir bagaimana aku masih boleh mampu bertahan..Hampir dua tahun gak!Hurmm..Oklah tak mo cerita sedih-sedih..Dugaan hidup perlu dilalui juga..Aku selalu berdoa dengan segala apa yang aku lalui sekarang ada sinar baru untuk kami sekeluarga..Amin..

Hahha..Nampak tak permulaan 2016 penulisan aku macam orang banyak baca puisi..baik-baik jer..hahhah..Mesti korang busan kan??Bak kata aku tadi tengah warm up ni..hihih..ibarat bermulanya perjalanan 2016 aku..Alhamdulillah banyak perancangan yang bakal di buat..Tahun ni agak busy sikit untuk aku dan family..Dengan wedding dua adik ipar aku..Perancangan untuk MEEYA ..comeback untuk MIAQIBKITCHEN ..dan banyak lagi. Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga tak pernah putus..Syukur sangat..Dengan bisnes kecil-kecil untuk aku dan juga mydear..alhamdulillah..Bisnes mydear pun dah mula nampak hasil..Ha pasal bisnes mydear nanti kalau ada entry lagi aku cerita..hahhaha!!

For my adorable Princes Mia.. Tahun ni dah masuk 5 tahun..Semakin bijak dan makin banyak permintaan. Nak jadi princess la..nak bergaya ala2 korea la...Ha lately ni dah suka hindustan..Haish..Diwalle punya pasal la ni..Mia masih tak sekolah lagi..Kenapa?Nanti aku cerita next entry..hihih

For my chubby Prince Naqib..Tahun ni dah masuk 3 tahun..makin banyak akal..banyak benda dia nak explore..Peminat tegar Ultraman.Macam-macam aksi dia akan tunjuk!Fast leaner macam kakak dia juga.Suka gelak..Kalau cakap jer nak senyum..Tunjuk gigi..hihihi

Eh banyak plak aku ngomel...dah lama tak menaip kan..ni pun aku tetiba terjaga..lepas tu nak tido balik payah..so daripada aku terkulat-kulat tak buat apa..baik aku warm up balik penulisan aku dalam blog ni..hope masih ada yang sudi membaca..Ok lah korang..nak kena end off ..Esok nak kerja cari rezeki..Doakan yang terbaik ok sebab aku akan selalu doakan yang terbaik untuk korang semua dan orang sekeliling aku..Tak percaya??Cer senyum lepas baca blog aku ni..Ha!itu la doa aku..Semoga orang yang baca blog aku sentiaasa tersenyum..hihih..last but not least..aku kasi share gambar kami sekeluarga yang suka selfie!hahha..TIPU!!! bukan sekeluarga tapi aku jer yang suka selfie!!..xoxo..::


:: keluarga kecilku::








Wednesday, June 3, 2015

KIDZ PARADISE

:: 03 Jun 2015 -11:30pagi ::
:: Rabu ::
 
:: Assallamualaikum dunia..Korang kalau aktiviti weekend bawa anak pergi mana?Aku and Mydear selalu terpikir-pikir mana nak bawa Mia dan Naqib.Nanti aku bawa pergi mall window shopping aku jer yang happy dak dua tu termasuk Papa nyer muka monyok jer..hahahaha..kadang tu aku buat dek jer..tapi kesian pulak yer lah..paksa bebudak tu ikut aku duk belek barang..haruslah tak suka kan!
So aku and Mydear plan bawa Mia dan Naqib pergi tempat yang sedang famous tu.. 'Kids Paradise'..Tempat ala- ala playground tapi dalam shopping mall..Actually dah berapa kali kami lalu bila datang Klang Parade..Mia dan Naqib excited betul..Lalu jer dedua pergi kat cermin duk tengok kawan-kawan main pasir..main bola..main macam-macam lagi lah..Sian plak tengok..aku ni bab anak memang payah sikit..Even ada orang kata aku dan Mydear rajin manjakan anak tapi kami tak kisah pun..Memasing ada cara tersendiri untuk didik anak bukan?Bukan kerap kali mewahkan mereka cuma penat lelah kami bekerja memang untuk mengembirakan mereka..Kalau Mia dan Naqib happy aku dan Mydear rasa bersyukur sangat..Ok dah meh layan sekeping dua gambar..
 
:: Seronok sangat Mia ::
 

:: Mia paling suka main ni.::
 
:: bersungguh mengisis pasir ::

:: naqib layankan jer..::
  
:: so pada korang yang terpikir-pikir nak bawa anak-anak pergi mana time cuti sekolah ni ha bawalah tempat ni..weekend mahal sikit lah..tapi sesekali untuk anak-anak apasalahnya kan..Mydear amik pakage kira tiga kali masuk lah murah sikit..

7 Voucher = RM 150.00

So korang yang nak tahu info dan alamat meh aku share :
 




 
 
Ha cukup tak maklumat yang aku bagi ni.So ada lah idea nak bawa anak pergi mana kan..hihih..ok lah xoxo..::
 
 
 


 
 

 
 

Wednesday, May 20, 2015

Jom Belajar Berenang!

:: 20 Mei 2015 - 2:40 petang ::
:: Rabu ::

:: Mia and Naqib memang suka main air..pantang nampak kolam mau terjerit-jerit..kat rumah tu memang ada kolam kecik belikan untuk dak dua ni..sesekali layan dak dua mandi dalam kolam..suka tak ingat kadang yang tak leh kalah tu Naqib la..tak ingat kecik lagi tapi mandi macam orang besar..kena perhatikan selalu..
Ada sekali tu bawa mandi kat pool rumah adik mydear kat Gombak..suka sesangat..nasib aku tak bawa baju mandi kalau tak mau aku pun join..hahah..meh layan gambar sekeping dua..

 



 



Nasiblah adik ipar aku duk condo..boleh lah bawa dak dua ni swimming..mydear lah yang paling rajin melayan..bab melayan anak memang mydear paling hebat..tahap kesabaran pun aku tak boleh nak menang..respect!! Kasih seorang Papa! K lah next activities nanti aku share dengan korang yer..xoxo ::

Wednesday, April 15, 2015

Tranformasi 2014/2015!

:: 15 April 2015 / 4:55 pm ::
:: Rabu ::

:: Assallamualaikum DUNIA!...Lama tak update blog..rindunyaaaaaaa..kekangan kerja weiii..Alhamdulillah pejam celik sudah setahun aku bergelar ibu berkerjaya ni..Dan selama hampir setahun ni lah aku dah tinggalkan blog kesayangan..Masa tengah taip ni terpikir gak masih ada lagi ker follower blog aku yang tak seberapa ni..Entah-entah nama link aku pun diorg dah lupa..hahha..Yerla kalau dulu rajin berblog sebab nak share anything yang kita suka dengan kawan blog yang lain..bertukar pendapat..tapi sekarang dah banyak media..TWITTER , INSTAGRAM , FACEBOOK dll.Tu belum masuk komunikasi Wassap , WeeChat , Line , Telegram..bla..bla...

Kat twitter kalau kita tanya kan sesuatu atau kongsi seusatu jer cepat dapat respon.Kalau blog sekarang mungkin orang hanya baca.Nak komen mungkin tidak..(Aku cakap mungkin yer) Pada yang rajin komen..aku suka ok..sebab menambah kenalan dan pengalaman...hahha ayat!!

Kalau dulu orang baca blog mesti nak suruh tempek skali gambar sambil bercerita itu ini pasal gambar tu..tapi now dah ada Instagram..boleh membebel panjang kat caption untuk gambar tu..so apa fungsi blog?Hurmm

Tapi aku sayang blog ni..nak tutup pikir banyak kali gak..kalau tak tutup masih ada pembaca ker?So korang rasa bagaimana?hahahhah..Korang peduli apa kan..sob..sob..

Kenangan..kongsi suka duka..yang paling best tentang blog ni..esok kalau aku dah takder..Mia dan Naqib boleh baca apa yang Ibu dia duk bercerita dalam blog.Bercerita dari dak dua ni lahir sampai lah satu tahap aku tak larat nak menaip pasal mereka berdua..Pasal Papa mereka..Bagaimana dari aku mula kenal sampai lah dah ada kehidupan bersama.Ha ko!

BANYAK KENANGAN!!

akan bersambung....



Wednesday, August 13, 2014

Selamat Ulang Tahun MyMia!

:: 13 Ogos 2014 - 4:11ptg ::
:: Rabu ::

:: Selamat ulang tahun MyMia...She turn 3 today!! kawan bebel..kawan tolong ibu lipat baju..kemas rumah..masak jer blum lagi...hihi...Semoga anak ibu sentiasa sihat..dengar kata ibu and papa..nak bagi ucapan memacam kang bukan MyMia faham pun kan..huhuhuh..Sentiasa menjadi kakak yang penyayang untuk MyNaqib...Last but not least..Kami semua sayang Mia..


#MyNyawa #AnakIbu #Love
(credit to cik da for the picture)
 
 
 
p/s : Kek dan hadiah postponed yer KakMia..LOVE U!!!MUAAH!!

 
 
 
 
 
 



Monday, August 11, 2014

1 Syawal

:: 11 Ogos 2014 - 11:00pagi ::
:: Isnin ::

:: Alkisah hari raya pertama..Ni tahun kedua aku beraya side mydear..bila dah tahun kedua..anak pun dah dua..so kalau tahun ketiga?anak tiga?..hihih..By the way agak lewat aku update entry sekarang ni..busy keje babe..tu nasib lately ni aku dah mula rajin..kalau dak! berbulan lah bersarang..hihihih..ok2 back to topic..Pagi raya macam biasa duk siapkan mydear , mymia and mynaqib..dan selalulah aku yang paling last siap!huhuh..Pepagi gak dah tolong apa yang patut kat dapur sebab mak mertuaku tak berapa sihat so kena lagi rajin lah kat dapur..hihi..this year pagi raya kami jamu orang datang dengan Soto and the best dish i ever had 'Kuzi Ayam'...Kuzi ni orang pantai timur yang tahu..ia macam gulai lah..ke kari?hahha..maaf aku ni jenis tak dapat bezakan kari dengan gulai..bagi aku kalau dah guna serbu kari tu aku panggil kari jer....Tapi memang sedap lah..favourite kot!setiap kali masak mak mertua aku mesti ajar dan setiap kali tu lah aku akan lupa..hahha..sebenarnya nak minta manja mak mertua aku masakkan..lain rasanya kalau sendiri masak..hihi..ok aku tahu korang yang baca blos aku ni jenis malas nak membaca kan so meh aku blanja gambar kami pagi raya yang happening!

:: MyNaqib & Mydear ::

:: MySis In Law ::

:: Ibu and MyNaqib ::




 
:: Crazzyyy!!..hihihi ::

:: #MyNyawa #Mylove ::


:: Kami...abaikan MyNaqib...ni jer gambar yang close up ok sikit..hahhah::
 
 
:: #MyLove ::
 

 Ha skali skala aku update banyak giller aku blanja korang gambar..hihihih..so dari aku sekeluarga pada semua sahabat alam maya aku yang sudi baca blog aku yang serba sederhana ni..Sempena Hari Raya kali ni mungkin tak terlewat aku nak minta maaf dari segi pengkosian aku dan cara penulisan aku dalam blog ni..maaf jika ada yang tidak senang atau tidak suka cara aku ber blogging..Pada yang sudi lagi follow apa yang aku kongsi kan selama ni dan akan datang terima kasih..hope kita masih kekal bersahabat dan berkongsi...SALAM SYAWAL!

 
Ha Pada siapa yang suka tengok gambar meh visit my IG :
 
 
http://instagram.com/p/rUcXyGyUtV/#




Wednesday, July 23, 2014

Masih Indahkah Syawal?

:: 23 Julai 2014 - 9:12 pagi ::
:: Rabu ::

::Worldless Wednesday...Sayu jer hati aku sejak kebelakangan ni tragedi yang menimpa Malaysia..yang pasti sudah ramai yang update pasal tragedi yang mengejutkan kita semua ni..bagi aku dugaan paling besar untuk seluruh keluarga mangsa..dengan Syawal yang bakal tiba...tak terkata rasanya..hanya ucapan takziah aku mampu sampaikan..
Masih Indahkah Syawal?Insyallah semua yang terjadi ada hikmahnya..pada yang kehilangan..tabahkan hati mu..kita semua akan lalui saat kehilangan hanya tidak tahu bila akan tiba masanya..ini semua sudah di atur oleh Allah swt..kita harus redha dengan ketentuannya..memang mudah aku memberikan kata-kata..aku tahu berat untuk mereka terima tapi percayalah pada takdirNya..Sedang menulis ni aku teringat satu lagu yang pernah aku kongsikan di sini dulu..mungkin lirik ni agak sedih..lagi-lagi insan yang bergelar 'Ibu'..Yelah tak menjangka insan yang bergelar anak pergi dulu dari dirinya..Ya Allah aku pun tak tahu aku mampu tak hadapinya..Meh aku share lagi lirik lagu ni.. :-

 
ARJUNA BETA
 
 
 
takkanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur,
datang petir menyambar--
jengking dan ular–-
 
bonda takkan berundur.

nyamanlah arjuna beta,
mimpikan yang indah saja,
nanti bila kau buka mata,
semua tak serupa.

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi,
jalan betul, anakanda, tak jelas mata–-
ambil yang sarat duri.

hiduplah arjuna beta,
biarkan jasad yang luka,
selama tuhanmu ada,
takkan engkau tercela.

ngeri tak terbayang mata,
bonda takkan ada sentiasa,
nanti moga kau tak lupa,
bonda memujukmu, anakanda.

hiduplah arjuna beta,
biarkan jasad yang luka,
selama tuhanmu ada,
takkan engkau tercela.

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Ya Allah bayangkan lirik ini sangat menyentuh perasaan..hanya berkongsi..Salam Takziah..::
 

 
 

:: Anak Ibu nak jadi pilot? Ibu doakan yang baik-baik jer nak..insyallah ::

 
 
 

 
 
 


Monday, June 30, 2014

Salam Ramadhan

:: 30 Jun 2014 - 1:50ptg ::
:: Isnin ::

:: Salam ramadhan..rasa beza tahun ni..sebab dah lama tak berkerja di bulan puasa..so badan ni tengah nak suaikan diri dengan keadaan sekeliling dan cuaca..Alhamdulillah syukur pada-Nya sebab masih di beri kesempatan berpuasa..Hari ni masuk hari kedua berpuasa..dan yang paling happy tahun ni makin meriah adanya Naqib..dan kakak Mia yang dah banyak mulut..semalam nak berbuka pun dah buat drama..hahahha..tergelak aku di buatnya..macam-macam ragam.
Bila di ingatkan baru jer rasanya menyambut Ramadhan tahun lepas..dah muncul kembali tahun ni..Tahun lepas tengah mengandungkan Naqib..rasanya dah 7 bulan macam tu tapi gagahkan diri kesana kesini..buat tempahan kuih..kira larat gak lah aku dengan berbadan dua..tu tak kira lagi aku gagahkan diri puasa walaupun boleh excuse skip puasa..hihi..kenangan..tapi tahun ni..even duk opis..perah otak jer..penat lain macam..dengan cuaca panas..lemah jer rasanya..siap ada yang tanya kat aku "tahun ni buka tempahan semperit tak?"..insyallah kengkawan semua..dalam minggu ni saya akan buka order..pada yang minta sample semperit tu..insyallah kalau sempat yer..sebab dengan cuaca panas ni..Naqib dan Mia kerap tak sihat so tak menang tangan aku nak uruskan banyak perkara..takper esok atau lusa aku akan cuba update tempahan Damia Semprit ..So pada sesiapa yang dah follow MIAQIBKITCHEN tu tq for support so just wait for update k.. ok lah nak sambung kerja yang melambak ni..Insyallah nantikan esok ok.xoxo..muaaah..btw SALAM RAMADHAN dari kami sekeluarga! ::


:: My design - Kira e-card ni wakil aku and family lah..hiihi ::


Wednesday, April 2, 2014

Selfie with Naqib!

:: 02 April 2014 - 1:30 ptg ::
:: Rabu ::

:: Wordless Wednesday ::
 
:: Ibu selfie with Naqib..hihi - #SyabilNaqib #AnakIbu #AnakPapa ::


Monday, March 31, 2014

Your children is your best friend?

:: 31 March 2014 - 2:30ptg ::
:: Isnin ::

:: Bagaimana hubungan korang dengan anak-anak?ok?ker ada gap antara korang?yerlah korang dah buat border hubungan korang dengan anak sendiri..Kalau tanya aku? aku selalu mengharapkan ada hubungan positif antara aku dan anak-anak..begitu juga dengan mydear..setiap kali ada perubahan  kepada anak-anak mesti kami berbincang dan mencari apa puncanya..lagi-lagi nak membesarkan anak di zaman yang penuh dengan IT..Macam MyMia , tahun ni masuk 3tahun MyNaqib pula nak masuk 1tahun so satu cabaran bagi aku dan mydear..MyMia dah mula belajar erti memberontak..dari seorang kanak-kanak yang tak banyak karenah tetiba menjadi seorang yang mesti dipenuhi kehendaknya..Bayangkan bagaimana kami nak menghadapi..Kadangkala kesabaran aku dan mydear teruji juga..tapi bila berbalik pada asal..kami buat kajian..So kami berpendapat..rapatkan diri korang dengan anak-anak..Jadikan mereka teman paling rapat..bagi nasihat bukan memarahi..kerana bila korang dengan sahabat korang..takkala korang marah..korang tak mungkin tengking dan memarahi meraka kan?sebab korang sayangkan sahabat korang kan?..Mesti korang akan berjaga-jaga dengan kata-kata untuk disampaikan kan?Supaya sahabat anda menerima teguran dari korang dengan ikhlas dan gembira..Begitu juga dengan anak-anak korang..Cuba pratikkan ini semua dengan anak-anak korang..Jadikan mereka sahabat korang..Selalu ajak mereka berborak apa saja topik yang korang rasa sesuai..Aku juga masih belajar..belajar menjadi Ibu yang baik dari sebelumnya..Insyallah..segala yang aku kongsikan sikit ni boleh membuka minda kita bersama...

:: #Selfreminder ::


Wednesday, March 26, 2014

#PrayForMH370

:: 26 Mac 2014 - 4:18ptg ::
:: Rabu ::

:: Wordless Wednesday..Sejak Isnin hari tu semua rakyat Malaysia terkelu bile menerima pekhabaran buruk yang selama ini dinantikan..aku tak berani nak bercerita mengenai topik hangat seluruh dunia ni.terlalu banyak spekulasi...hanya mampu berdoa segalanya kembali sediakala..PAda keluarga terlibat iringan doa dari kami sekeluarga dan ucapan takziah..Al-Fatihah..


:: Hasil seni MyMia #PrayForMH370 ::


Monday, March 3, 2014

Arjuna Beta

:: 03 Mac 2014 - 5:15ptg ::
:: Isnin ::
 
 
:: Gloomy Monday....hari ni minggu kedua bergelar ibu bekerjaya..dan hari ini hari pertama my mia dan my naqib hantar ker nursery..Adoii jangan tanyalah apa perasaan aku masa hantar mereka pagi tadi..sampai tak lalu aku nak lunch hari ni..tak sabar nak amik dak dua orang tu jap lagi..k lah layan lagu ni..rasa nak nangis dengar lagu ni...uwaa..rindu mereka berdua ni! ::
 
 
 
Lirik Lagu Arjuna Beta - Fynn Jamal

Verse 1

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

verse 2

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

chorus

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
 




Wednesday, January 29, 2014

Our Weekend

:: 29 Januari 2014 - 11:30 pagi ::
:: Rabu ::

:: Wordless Wednesday...nak share aktiviti weekend aku kalau tak kemana..selalunya aku dan mydear habiskan masa kat rumah dengan lepak tengok movie..ubah suai perabot rumah..hahhaha..rajin tak?nak deco rumah lebih-lebih duk rumah sewa so hanya mampu alih-alih barang dalam rumah je..Insyallah azam tahun baru nak beli rumah..doakan yer..Aktiviti yang paling mydear suka basuh kete..nasib lah dapat suami yang rajin bab-bab membasuh kete ni..kalau aku hantar kedai lah gamaknya..hahhah..seperti biasa kalau mydear membasuh kete akan ada pembantu setia..ha siapa lagi mymia lah..jom layan lagak anak dara tolong papa basuh kete..

anak papa...

Gaya kena ada..haishlah...

Thursday, January 16, 2014

My Mia Cook For Lunch!

:: 16 January 2014 - 10 : 30pagi ::
:: Khamis ::

:: Salam Maulidul Rasul..rasanya tak terlambat aku nak ucapkan pada semua sahabat alam maya yang sudi baca blog aku ni..Hari ni nak share aktiviti anak dara aku sorang ni..yolah dengan status ku 'housewife' ni jangan ingat hanya menjalankan tugas sebagai isteri jer..melayan karenah anak dah sememangnya akan masuk dalam skop job aku selain tugasan harian di rumah..hihihi..so kebetulan hari tu aku ada masa layan mymia main masak-masak..apa lagi seronok lah dia.beria bermain..dahlah kalau main masak-masak dapur tu aku dengar 24 jam lah berbunyi..bila di jenguk dia duk main benda lain dapur duk terpasang jer..busan lah tu main sorang....so now time for 'My Mia Cook For Lunch!'..Jom layan gambar : -

Chef Mia mula beraksi..siap ada apron ok!
Pada sesiapa nak belikan anak dara korang apron ni ada kat DAISO -RM5..saja bagi semangat kat diorang masuk dapur..hahha..tq for makngah ZERA for this apron!


Ok dah mula beraksi..hihihi

Busy masak ok!

Lastly posing!Hahhahah...










Wednesday, January 8, 2014

Jom Belajar Solat versi My Mia

:: 8 Januari 2014 - 8 :00 pagi ::
:: Rabu ::

:: Salam semua..aku ni bukanlah ibu yang terbaik..masih lagi banyak yang perlu di pelajari..nak ajar anak untuk segala ilmu..alhamdulillah aku di berikan suami yang terbaik untuk sama-sama mendidik anak kami..Lagi-lagi yang berkaitan bab agama..ilmu paling penting yang perlu di terapkan pada anak-anak kami..Betulah apa kata pakar keluarga,ibu dan bapa adalah contoh paling dekat dan terbaik untuk anak-anak belajar..So bercerita mengenai mymia..dia jenis yang cepat belajar..so apa yang saja tingkah laku yang aku dan mydear buat mymia akan perhatikan lagi-lagi lah orang sekelilingnya..Kadang-kadang kami tak ajar pun tapi mymia belajar dari apa yang dia lihat terutamanya bab solat!Selalu juga mymia ikut kami solat..dari situ dia belajar setiap pegerakkan dalam solat..aku bersyukur anak seusia 2 tahun cepat tangkap apa yang di ajar..kali ni pertama kali aku nak share video dengan korang semua..ok first niat nak berkongsi bukan nak menunjuk..mana tahu apa yang aku kongsi ni dapat memberikan manfaat pada korang semua..hihihi..



Chomelkan bila lihat anak membesar depan mata kita..cepat belajar apa yang perlu kita ajar..bila tengok video ni..dah besar dah mymia ni..walaupun pegerakkan tak selengkap pegerakkan dalam solat tapi dia tahu apa yang perlu kita buat dalam solat..takper anak ibu..belajar perlaha-lahan yer..nanti ibu and papa belikan telekung chomel untuk mymia..yang penting keinginan untuk belajar tu ada..dah besar dah anak ibu...xoxo..muaaah..love!

self reminder!