Thursday, May 16, 2019

Cumi Pedas!

:16.05.19 - 2:30ptg::
::Khamis::

Assallamualaikum 

Kadang bila dah tak ada idea nak masak mula lah duk ngadap mr.Google & mr.Youtube 😅 .Kali ni mula terpengaruh dengan makanan yang paling famous di Indonesia. Cumi pedas ala kalau kat Malaysia ni Sotong masak pedas. Cumi tu sotong yer uolls. Sis memula tak tahu gak..hahha. Beza sikit or aku jer yang cakap beza kalau kat Malaysia ni Sotong sinonim dengan masak Sambal Sotong or Tomyam Seafood kan tapi lain sikit resepi kali ni. Mereka banyak menggunakan cili besar dan cili padi , cili kering sikit sahaja tapi rasa feel ok!

So ni resepi untuk uolls follow!

Menu: #cumiasinpedas  #cumipedas

Bahan:

Sotong (Elok yang size kecil dan sederhana)
Cili Besar @ Cili Hidup 
Cili Padi
Cili Kering
Bawang Merah
Bawang Putih
Garam 
Gula
Air Limau 

Cara2:

1.Cuci bersih sotong.
2.Gorengkan semua cili dan bawang sampai sedikit garing dn layu.
3.Angkat cili dan bawang yang telah di goreng untuk di tumbuk. Kat sini sis tak guna blender yer sebab rasa cili yang di tumbuk dengan lesung lagi sedap ok!
4.Setelah di tumbuk kasar jangan sampai hancur sangat yer uolls masukkan dalam kuali masakkan menggunakan minyak kuantiti yang sederhana.
5.Tumis bahan sampai naik bau.Masukkan garam dan gula ikut selera.Jangan lupa masukkan juga sedikit air limau.
6.Masukkan pula sotong tadi kedalam kuali dan gaul mesra.Kalau rasa kering tambahkan sedikit air.
7.Lepas tu angkat!Dah siap untuk di makan dengan nasi panas!!Yummy!

p/s: ada bahan yang sis olah sendiri dan tambah ikut selera.So apa lagi cubalah resepi sis ni k!



#indonesiafood #dapurkecilsis

Roti Santan

::16.05.19 - 10:30pg::
::Khamis::

Assallamualaikum 

Ramai pula yang tanya resepi Roti Santan ni. Actually ini dessert favorite arwah ayah sis. Orang dedulu kreatif nak abiskan roti. Kalau kita dah nak abis tarikh luput nak buat puding roti bagai renyah so ni resepi paling mudah! Ha siapa yang berminat cepat salin resepi!😉😁


Roti Santan

Bahan:
Roti 
Santan Kelapa ( Paling sedap pakai yang santan parut dari santan kotak)
Gula & Garam

Cara:
1. Campurkan santan dengan air suam.(Santan tak perlu di masak)
2.Masukkan gula ikut selera macam sis dalam 3 sudu besar.
3.Masukkan secubit garam.
4.Potong roti ikut kreativiti dan bekas. 
5.Masukkan roti dalam bekas santan tadi.
6.Rendam dan masukkan dalam peti sejuk.

p/s:

1.Roti tu boleh banyak pilihan.Selain roti empat segi ni boleh pakai roti beggali keras yang orang dedulu suka cicah kopi.

2.Jangan pelik kenapa sis punya tak bekuah sebab sis letak kat sejuk beku.Memadai letak kat bawah.






Selamat Mencuba!

#rotisantan #roti #resepiberbuka#berbukapuasa #dessert

Monday, October 1, 2018

SMEG Brand

::1.10.18 - 9:30pg::
::Isnin::

Assallamualaikum 


:: Hi readers! Korang pernah pasang impian?Kalau tanya Sis banyak sangat impian.Kdang rasanya macam tak mungkin nak capai tapi tak salah kan kalau kita pasang impian dan berangan!Mana tau Allah izinkan apa yang kita impikan tu tercapai.Impian paing besar yang Sis nak sangat capai adalah membeli sebuah rumah yang selesa.Kenapa rumah?Yerlah mostly perempuan ni tak lari dengan impian berkaitan kecantikan , penampilan , kereta maybe or else.Tapi mungkin ikut minat masing - masing.Kalau Sis more to dream house yang selesa..yang boleh deco interior dalaman rumah yang cantik - cantik.Beli barangan perabot , eletrik and all deco item.So selalunya kalau buka instagram suka tengok orang renovation rumah , deco rumah dan beli barang kelengkapan rumah.The latest barangan rumah yang Sis berkenan habis adalah brand SMEG! Sis tak check lagi brand ni dah ada kat Malaysia ke belum sebab bila search di Instagram takder pula yang #SMEGMalaysia mostly oversea.Brand ni punya design so vintage and classy.Warna setiap barang macam match jer kalau korang letak di rumah.Nak cerita banyak pun Sis tak reti sangat sebab baru berjinak-jinak dengan produk ni.Mungkin kalau aada yang baca blog Sis boleh share macam mana nak dapatkan setiap barang yang di keluarkan oleh SMEG! Bagi Sis pada sesiapa yang suka decoration rumah akan suka apa yang Sis share ni sebab sangat cute , elegance , vintage and classy setiap item. Yang Sis tahu setakat ni item keluaran SMEG ni ada blender , toaster bread , fridge , mixing and etc. Actually brand ni dah lama cuma Sis yang baru sangat tahu.So ini pun salah satu dalam list Sis.Doakan setiap list yang Sis impikan tercapai!So meh Sis bagi korang cuci mata apa yang ada dengan SMEG brand ni. Hope one day Sis dapat miliki setiap barang dari SMEG!





p/s: Pic credit to google!


xoxo!!
Thank you readers!

Thursday, September 6, 2018

Miraie Kimono

::6.09.18 - 3:00ptg::
::Khamis::

Assallamualaikum 

Alhamdulillah tahun ni masuk tahun ke-4 my baby biz Meeya_Co! Sempena tahun ke-4 ni Sis and team akan keluarkan koleksi Vintage dan yang paling menarik kali ni more to Japanese style.Sis decide nak keluarkan Kimono cardigan coz now really in trend to stylista especially hijabista .So pada sesiapa yang masih mencari koleksi yang cantik dan classy jangan miss bila kami update ok! Kami ada 50 design yang berlainan! Excited kan bila tahu..hihih..Sis and team lagi excited.Tak sabar nak launch sebab semua design cantik and classy.Ada dua jenis cardigan long and short so korang boleh pilih!

Agak kuno Sis update kat sini kan! Yerlah blog now days more to people find story not shopping but hey why not kan Sis kekalkan mana yang klasik. Mungkin antara sejuta yang baca blog Sis ni ada yang tengah mencari koleksi terbaru (hahahha..sejuta tu..mood berangan please!)

Pada yang masih belum follow Meeya_Co kat instagram cepat2lah klik button follow! Sis bukan jenis beli follower sebab tu follower Meeya_Co tak seramai follower biz yang lain sebab kami percaya pada sesiapa yang pernah berurusan dengan kami akan seikhlas hati follow kami kat instagram.Tapi pada sesiapa yang berminat nak mengenali jenama Meeya_Co terutamanya koleksi kami yang cantik dan classy mehlah jadi sebahagian family Meeya_Co. Rasanya macam banyak ayat berulang..hahhahah..Pada hal nak suruh korang follow Meeya_Co jer!Hahahaha..Last but not least please ok follow us kat instagram! Sis dah try hard ni..hahhahahah!


Instagram: Meeya_Co

::Soon!::



Thank you readers!



Thursday, August 16, 2018

Setahun

::16.08.18 - 2:40ptg::
::Khamis::

Assallamualaikum 

Setahun sudah blog ni sepi tanpa cerita..Tak tahu kenapa hari ni terdetik nak menulis lagi.Rasa dah berkarat idea nak menulis tapi tulah ayat yang sama Sis akan share adalah sayang!Sayang nak tutup blog ni walaupun takde pembaca..hahahhaha!Rindunya masa memula berblog.Masa tu aktif sangat dan dari situlah dapat ramai kawan.Tapi masa tu kebanyakkan reader Sis semuanya bride to be sebab banyak share bout wedding.Yerlaha masa tu medium blog nilah yang boleh kita dapat info segala mak nenek selain facebook.Tapi sekarang dah banyak sangat medium yang boleh cari dan share especially INSTAGRAM!

Oklah tak nak repeat story ni banyak kali.Now pun tengah takder idea sangat nak menulis.Cuma update terbaru dari Sis adalah bertambah lagi seorang ahli keluarga Sis.Alhamdulillah 24.04.18 Sis selamat melahirkan anak ketiga setelah 5 tahun berehat.Gementar sebenarnya sebab lama sangat berehat kan?Dah lupa macam mana nak meneran.hahhahah!Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dengan adanya En Suami di sisi. Mungkin agak lapuk untuk kenalkan anak teruna baru Sis dalam blog sbb nowdays orang dah guna Instagram..hahhaha..Tapi tu lah jiwa Sis ni agak kekunoan.Nak gak share kat dalam ni sebab dah nama pun nama blog Sis Dear Diary Nasyrah Naim so angaplah korang tengah curi-curi baca diari orang lama ni..hahhahah..


Cute kan?Syukur dengan pemberian dari Nya.Oklah untuk sekian kali nya Sis hope korang doakan Sis kerap-keraplah menulis ok!xoxo muah!

Thursday, August 17, 2017

♥ME TIME♥

::17.08.17-4:09ptg::
::Khamis::

Assallamualaikum 

::Hari ni Sis shared di Facebook mengenai 'ME TIME'.Ramai yang tertarik dengan perkongsian Sis terutama para isteri tak kira lah yang fulltime housewife ataupun bekerja.Dalam perkongsian artikel tu adalah mengenai pentingnya 'ME TIME' pada  seorang ibu@isteri. Alhamduillah selama hampir 7 tahun berkahwin Sis ada ruang masa untuk diri sendiri.Ini bukan bersifat pentingkan diri sendiri tapi ini seperti reward dari Encik Suami pada para isteri.Ini bukan bermaksud Encik Suami kita ni tak pandai jaga bini yer bagi kebebasan kepada para isteri untuk berhibur atau menenangkan diri.Pada para Encik Suami yang memahami akan cuba cari masa untuk berikan kepada isteri mereka ruang waktu untuk berehat.Ok Sis nak cerita panjang takut salah fakta so Sis shared salah satu petikan dalam article tu.


Apakah itu “Me Time”?
Daripada awal pagi, sebaik sahaja bangun, anda pasti sudah memulakan tugas sebagai seorang ibu. Mengejutkan anak, menyiapkannya pakaian, sarapan, dan membawanya pergi ke sekolah.

–– ADVERTISEMENT ––

Kemudian, mulalah rutin mengemas rumah, membasuh baju, dan masak tengah hari. Seterusnya, anda perlu pula mengambil anak dari sekolah, menghantar ke kelas tuisyen, menyediakan makan malam….mendengar senarai ini sahaja sudah membuatkan kita penat, kan?

Source: Amomsjourney81.wordpress.com
Jadi, percayalah wahai ibu-ibu sekalian, anda memerlukan “me time”. Ia adalah masa berehat dan masa bersendirian – bebas daripada anak-anak dan suami – yang anda patut nikmati dari masa ke semasa untuk seketika.
Tidak kiralah sama ada anda mengambil sesi “me time” di luar rumah atau di dalam rumah sekalipun, asalkan ia memberikan sedikit waktu rehat, bebas dari bebanan kerja rumah dan tugas menjaga anak, ia sudah mencukupi!

Apa Pentingnya Mengambil Masa Bersendirian dan Berehat?

Sebenarnya, apabila anda mengambil masa untuk memanjakan diri sendiri, ia memberikan banyak kebaikan kepada anda dan juga orang di sekeliling.
  • Ia bagus untuk mengurangkan tekanan – Menjadi ibu itu memang seronok, tetapi ada masa-masanya kita juga tertekan dengan segala bebanan dan isu dalam urusan rumah tangga. Ambillah masa untuk berehat, anda pasti akan berasa segar apabila kembali ke tugas seorang ibu nanti!
  • Berjauhan dapat mengeratkan kasih sayang – Orang tua-tua kata, jauh di mata tetapi dekat di hati. Katakanlah anda bercuti seketika secara bersendirian atau dengan rakan rapat, anda pasti akan berasa rindu. Anak-anak dan suami juga berasa yang sama. Apabila kembali, pasti lebih mesra dan erat kasih sayang!
  • Anda dapat mencari diri sendiri – Apabila kita berada di tempat yang menyeronokkan, sudah pasti anda dapat menenangkan fikiran. Anda dapat berhubung semula dengan diri sendiri, setelah sekian lama mengabdikan diri sebagai seorang ibu atau isteri.
  • Anda akan menjadi lebih gembira – Anda pernah tak mendengar kata-kata yang menyebut “kamu tidak dapat memberikan kebahagiaan jika kamu sendiri tidak bahagia.” Apabila anda berasa tertekan dan tidak lagi gembira di rumah, ambillah sedikit masa untuk berehat dan bersendirian. Anda pasti akan pulang sebagai seorang isteri dan ibu yang lebih tenang dan gembira!

Cadangan “Me Time” yang Boleh Anda Cuba

Jadi, setelah anda yakin bahawa sesi bersendirian dan berehat itu penting untuk anda sebagai seorang ibu, jom kita tengok beberapa cadangan aktiviti “me time” yang boleh anda cuba.

1.     Sesi Melakukan Hobi di Rumah Sendiri

Jika anda sememangnya tidak sanggup langsung untuk berjauhan dengan suami dan anak-anak, anda masih mengambil masa untuk berehat dan bersendiri di ruang rumah anda. Luangkan masa untuk hobi anda.
Contohnya, beritahu kepada ahli keluarga anda yang setiap pagi sabtu, anda mahu meluangkan masa membaca buku, berkebun, menonton TV atau keluar minum pagi di kafe tanpa sebarang gangguan – sokongan suami amat diperlukan di sini!

2.     Percutian Bersama Rakan-Rakan Wanita


Source: Lynnlly.com
Jika dahulu anda mempunyai ‘girl group’ atau rakan wanita yang rapat, ambil masa untuk pergi bercuti, mungkin beberapa kali setahun.
Pastikan anda tidak membawa anak atau suami untuk percutian khas ini. Hati anda pasti rindu tetapi percayalah, ia bagus untuk dilakukan sekali sekala.
Apabila kembali, pasti berlari-lari si anak untuk mendakap anda. Pada waktu itu, anda juga sudah bersedia sepenuhnya untuk kembali menjadi seorang supermom!

3.     Sesi Gim atau Kelas Meningkatkan Kemahiran Diri

Walaupun kita boleh dikatakan sudah bersenam atau meningkatkan kemahiran diri apabila mengemas rumah dan mendidik anak, namun mempunyai sesi khas untuk bersenam dan mengikuti kelas secara formal juga ada banyak kebaikannya.
Ambil beberapa jam dalam seminggu dengan meluangkan masa untuk diri sendiri. Jika anda suka bersenam, jangan rasa bersalah untuk bersenam selama sejam atau dua jam di gim tanpa membawa anak-anak.
Luangkan juga masa untuk meningkatkan potensi diri dengan menyertai sebarang kelas mengikut minat anda. Mungkin anda boleh mengikuti kelas masakan yang anda sudah lama teringin itu. Ataupun, daftar kelas fardhu ‘ain atau kelas perniagaan yang anda inginkan.
Ingat bahawa selain daripada mendidik anak dengan ilmu bermanfaat, anda juga perlu melakukan perkara yang sama untuk diri sendiri. Orang bijak pandai ada berkata, menuntut ilmu itu kan sehingga ke liang lahat?

Jadi, jom ambil sedikit waktu untuk “me time”!

Sebenarnya, waktu “me time” bukan bermaksud yang anda melarikan diri daripada menggalas tugas atau bermalas-malasan.
Cumanya, anda hanya mengambil sedikit masa untuk bernafas, berehat, berfikir, dan memperbaharui diri sendiri sebelum kembali berjuang dan menghayati watak seorang ibu!
Jadi, jangan rasa bersalah untuk melakukannya, terutama jika suami anda turut menyokong dan membantu pada waktu “me time” ini. Percayalah, ia baik untuk anda dan keluarga!


Faham ke idak apa yang Sis cuba sampaikan?Mungkin agak melampau kalau kita nak buka langkah pertama untuk diri sendir terus ker perancangan yang besar.Bagi Sis cukup kalau di mulakan dengan spend time dengan memanjakan diri kita dan dari situ kita akan dapat rasa 'ME TIME' tu sangat penting.So far Sis sangat bersyukur Mydear sangat memahami.Kadang-kadang Sis yang malas nak ada diri sendiri kerana lebih suka di kelilingi anak2.Hahahha..So pada yang masih rasa para Encik Suami masih tak memhamai perlunya ada 'ME TIME' suruh baca blog sis!xoxo..!





Tuesday, June 6, 2017

Color Match!

::6 June 2017 - 8:30pagi::
::Selasa::

::Hi korang!Dah ready nak raya?Ada dua minggu lagi nak prepared segalanya untuk raya. Ok kali ni Sis update entry about 'COLOR MATCH'!Info ni Sis dapat dari pakar imej Puan Mary di Facebook. Kalau korang google nama kat Facebook mesti jumpa.Sis suka apa yang Puan Mary kongsikan. Daripada pilihan pakaian ikut majlis,penggunaan warna untuk sesetengah majlis. So kali ni Sis nak share yang sangat dekat degan wanita. Kita ni selalu takde idea kan time nak match kan warna baju dan tudung kan?So dengan apa yang Sis kongsikan ini dapat membantu ladies luar sana di pagi hari raya or maybe paling sesuai pakaian seharian kita.









So hope korang semua tak pening lagi lah kan especially pagi raya nanti!::

Friday, June 2, 2017

Jom Masak!

::1.06.17-11:40malam::
::Khamis::

::Hari ni masak lauk kesukkan Mydear. Dah berapa hari duk request 'Udang Masak Sambal + PETAI'..Hahahha..Saja jer highlight PETAI tu..Sedap wei makan..Yerlah dah lama tak makan time puasa ni teringin lain macam sikit!Kalau nak sesuatu tu mesti kena cari kalau tak dia punya ngidam tu lain macam..hahhaha..

Mesti ada yang sudi baca blog ni rasa pelik kenapa Sis nak share semua ni kat blog sedangkan banyak lagi social media yang leh share..Memang Sis ada share tapi mungkin Sis ni masih ada sifat old school..Suka sangat ber 'blogging'.Bagi Sis ni salah satu sentimental moment yang tak dapat di lupakan.Dari blog lah Sis kenal ramai kawan dan banyak perkara belajar.Mungkin dua tahun kebelakangan ni kurang masa or senang citer takder masa langsung untuk blog ni tapi insyallah lepas ni akan lebih rajin but maybe a bit slow sebab nak dapatkan tempo menaip dan mengarang tu..hahahha!Berangan lah sangat ramai yang baca!

Ok back to topic 'JOM MASAK'! Actually pagi tadi Sis ada update status kat Facebook minta idea nak masak apa untuk berbuka  dan alhamdulillah ramai yang sudi share.Mostly suka masak yang ringkas yerlah time weekdays ni memang tak mampulah nak tunjuk kehandalan.Mana nak kejar masa nak balik dari opis, redah jem!Dah ada niat nak masak untuk family pun dah kira ok kan?Sis faham sebab pernah alami.Nasib dulu mak yang jaga anak-anak so alang-alang amik anak dapat lauk sekali..hahhahha.Oklah malas dah nak taip panjang-panjang..Meh Sis share gambar dan menu yang Sis masak untuk berbuka tadi.

::Sayur Campur + Tempe + Soon::
::Ikang Goreng + Tempe Goreng + Udang Goreng::
::Sambal Udang + PETAI::

::Pengat Pisang::
:: Yang ni buka Sis masak..ni Bonda yang masak..hihihi::

Oklah dah masuk 2 Jun..Esok MEEYA.CO akan keluarkan koleksi raya..Zalleha Peplum..tak sabar rasanya..nanti Sis update kat blog yer..xoxo..::




Wednesday, May 31, 2017

Biskut Raya MIAQIBKITCHEN

::31.05.2017-1:40ptg::
::Rabu::

::Hari ni dah masuk 5 Ramadhan.Sekejap jer rasanya dah nak masuk seminggu. Macam mana puasa uolls semua?Sis ok jer tapi dah mula tak menang tangan terima tempahan kuih raya.Tahun ni Sis amik dua jenis kuih raya Semperit dan Kuih Siput.Alhamdulillah dari last year dapat good respond dari pembeli dan kebetulan tahun ni Sis raya Klang so memang buka tempahan sehingga seminggu nak raya. Meh Sis share gambar bagi yang tak familiar dengan kuih raya ni:


Kuih Siput
1kg - RM35


Biskut Semperit
50biji-RM25

So pada yang teringin dan tercari-cari dari dulu dua kuih tradisi kita ni Wassap / Weechat 
011 1030 5252( PuanNasya) dan boleh singgah instagram MIAQIBKITCHEN.




Monday, May 8, 2017

Kisah Maggi Tomyam

::08.05.2017-12:15pagi::
::Isnin::

::Saja update tengah malam ni..Baru lepas tengok Mentor tadi.So far bagi sis semua finalis the best dan tahun ni takde favourite pun layan jer.Rezeki kat luar tu lagi penting.Ok stop story pasal Mentor.Tengah sedap layan Mentor mydear mengadu lapar.Adoii lah memang bercinta lah kan nak bangun masak mujur lah tengah hari tadi sis ada masak tomyam.Apa lagi rendam me maggi lepas tu panaskan tomyam..Mudah..semudah ABC!😎

 
Tadaaaaa..siap dengan air sirap lagi..nyummy..jemput makan 😋

Sis memang suka buat tomyam..sebab kalau tak nak makan dengan nasi sis suka makan dengan bihun atau mee..Jangan tanya resepi sebab sis rasa ramai yang diluar sana pandai masak tomyam.Ok selamat menjamu selera 😘::


Thursday, April 27, 2017

Haramain Backpackers

::27.04.2017-11:00pagi::
::Khamis::

::Short entry dari sis!Sejak jadi housewife ni rajin juga sis layan tv sambil2 layan pm customer MEEYA & MIAQIBKITCHEN..Ada satu to show terbitan Astro ni bertajuk "Haramain Backpackers".Memula ingat program ni sama dengan to show yang lain..pergi tempat orang dan cari tempat makan yang best..So layan kan jet lah..Tapi bila follow program show ni..Menarik!Bercerita mengenai sejarah Islam.Tempat dimana berlaku perperangan seperti Bosnia dan  lain2.Sis tak boleh nak cerita banyak sebab sis pun baru follow tapi sis nak sangat uolls luar sana sama2 tonton program TVs show ni OK!







 p/s: Program ni dah ditayangkan do Astro tapi masih ada ulangan.Tapi dunia kan dah canggih boleh tengok balik kat YouTube 😄😄