My Instagram

Wednesday, February 24, 2010

♥H.A.N.Y.A D.I.A♥

::24 february 2010-3:11ptg::
::Rabu::


♥Aku tersentuh dgr lagu ni..lagu ni aku tuju khas utk semua lelaki dlm hidup ku..utk arwah ayah..dan yang paling terkini for myluvly mydear...xder kata yang terungkap..lirik ini mewakili kata2 dari ku untuknya yang tersayang..




Ku cintainya kerana cara dia
Sungguh berbeda dari yang telah ku jumpa
Renungan dia tulus merasuk jiwa
Hingga terasa terus ke hati

Ku cintainya kerana kesungguhannya
Bukannya kata-kata semata-mata
Perwatakannya mengatakan segalanya
Buatku percayakan janjinya

*
Ku akui aku menggilainya
Ku akui aku menyintainya
Kisahku kisah dia
Cerita yang sama
Setiap detik hanya dia


**
Ku akui aku mengaguminya
Ku akui aku menyayanginya
Sungguhnya ku akui ku perlukan dia
Segalanya kuserah kepada dia

Cintai dia bersama mimpi-mimpinya
Cintai dia juga segala caranya
Cintai dia bersama keanehannya
Cintai dia hanya dia

Ulang *
Ulang **



mydear hayati lirik ini..kesemua lirik ni menjawab segala persoalan knapa ku pilih dia dlm hidup ku..dia x sehebat mana..cuma yang boleh ku katakan..dia membahagiakan ku..bkn kesempurnaan yang ku inginkan..bukan harta yang dia perolehi aku inginkan..cukuplah perlindungan dari kasih sayang darinya..kadang-kadang aku fikir balik..sesuaikah aku dengan dirinya..tp jawapan dr mydear membuatkan aku menghargai sebuah PERCINTAAN ..biarlah orang mengata ttg hubungan kami..tp yang penting kami bahagia..mydear seorang yang tidak beremosi...selalo dalam keadaan tenang..melayan karenah aku yang kadang merimaskan..tp mydear ttp tenang..terima kasih mydear..menyayangi diri ini seadanya..♥

Tuesday, February 23, 2010

::P.E.R.S.E.D.I.A.A.N::

::23 February 2010-9:54pagi::
::Selasa::

♥Soalan yang akn ku dapat di kala masa yang mencemburi ini ialah..

1)Dah siap ker semua barang2?door gift?hantaran?

2)Nak letak apa atas hantaran?beli jenama apa?

3)Dah tempah pelamin?tempah baju?

4)Siapa photography nanti?

5)Buat GRAND x?

soalan2 kat atas ni semua buat aku rasa sangat stress..bkn marah or apa..kalau membantu takper..tp skadar bertanya..aku x mengaharapkan kewangan cukuplah kalau sekadar bg satu sumbangan yang melegakan seperti idea,guideline and nasihat..hurmm..yang paling sakit soalan dari sedara mara..stress ok..nak yang terbaik..tp x membantu!!..hahhaha..pagi2 aku dah marah2..bkn apa..bila semua ni menghantui aku..kadang mengganggu relationship aku ngan mydear...aku menulis ni sekadar ingin berkongsi..bukan nak buat sesiapa terasa..aku amat menghargai segala perhatian yang di berikan untuk persiapan perkahwinan aku..mungkin pelik kan pada sesiapa yang membaca..patutnya aku buat entry kisah perjalanan persediaan wedding aku tp???dunt worry..insyallah bermula bln dpn aku akn buat entry ttg segala perjalanan persiapan wedding ku...

Kalau ikutkan aku lagi nak yang terbaik utk wedding ku nanti..nak bahagiakan semua org..tp cukuplah yang boleh kukatakan..aku ngan mydear sedang cuba untuk happykan semua org especially family..kami sedang menghaungi segala dugaan dalam persediaan perkahwinan kami..kami mahu semua org tgok kami tersenyum..biarlah segala kepahitan kami berdua harungi sendiri..

Aku x rasa ini semua adalah beban..aku dan mydear amik semuanya a GREAT MOMENT yang akn kami kenang nanti..susah payah bersama bagi melihat oarang-orang yang kami sayangi tersenyum bahagia..alhamdulillah rezeki kami masih ada..dan kami bersyukur apa yang ada seadanya..

Kepada semua yang amat mengambil berat ttg kami..doakan semuanya berjalan dengan lancar..insyallah kami akn cuba mengembirakan semua org..insyallah..♥

Monday, February 22, 2010

::WEEKEND YANG MENGEMBIRAKAN::

::22 february 2010-11:21 pagi::
::Isnin::

♥Weekend yang x diduga..ni hazlynda khushairi nyer keje..hahhaha..tp aku happy ok..first kita org g wedding kwn kita org kat cheras..dila..selamat penganti baru babe..lps tu cik lynda x abis ajak g lepak...k lah singgah kat tesco cheras..(tp maaf aku xder pic tu..ngah tunggu org upload..kamera canggih kot..huhu)borak2 gilo2 ni yang pasti tajuk utama semuanya pasal wedding..cik lynda paling excited padahal aku dulu kot..hahhaha..takper2 aku amik dr ko jer segala refrences..lps tu cik lynda ni x abis nak merayap lagi..ajaknya g jumpa seseorang..axtually aku sgt segan ok nak jumpa org yg baru nak kenal..lagi2 member blog..yerlah siapa lah saya ni...:P

Oleh kerana pernah jenguk blog beliau ni..teringin gak nak jumpa..hahhah..dah lah cilok lagu fav dia utk my wedding..takper wak..i list down jer...btw dia ni sgt best k..tp aku sgt segan lagi..mm..siapa erk dia ni???


♥nilah si dia..yg kiri cyk lynda,tgh tu lah si dia..cik nawal n me yg cute..hahhaha(kredit to nawal grab pic dr dia plak..tq..♥


♥dan inilah gadischantekchomel yang suka berposing..cik sue,cik lynda,cik nawal,cik merah n me..cik nasya♥

memula segan gak ngan cik nawal ni..tp oleh kerana dia kepala ok nyer..ha apa lagi bersembang sakan..siap tunjuk pic tunang..owesome..suka tgok pic tunang dia..huhu..so lps ni sesiapa kwn bloger yg ingin ketemu..ayuh..for all b2b..come share ur interest..btw i'm so happy with my weekend..thnkz gurlzzzz♥

Friday, February 19, 2010

♥M.O.T.H.E.R...IN..LAW..♥

::19 February 2010-10:47pagi::
::Jumaat::

♥Morning..segarnyer pagi ni walaupun bekerja di kala smua org masih bercuti..ader aku kisah?lallalal..hahhah..entry kali ni berkaitan ngan "Mother in Law"..huhu..seramkan bila lihat status tu..kalau tanya pada bakal2 pengantin inila yang paling dirisaukan..tipu kalau ader yang berlagak ok..tp kemungkinan pun ader..mungkin sebahagian bakal pengantin dapat bakal ibu mertua yang baik hati n sama kepala ngan mereka..

Aku sekadar ingin berkongsi pendapat dan pengalaman..banyak cerita dari sahabat aku yang sudah berkahwin mengenai kisah mak mertua mereka...ader yang sampai sekrang x ditrima..ader gak yang sebelum kawen bagai nak rak melayan lps kawen mcm x wujud di buatnya..ader plak lps kawen layan bagai permaisuri padahal sebelum kawen kita lah bkn menantu pilihan..haish..entry aku kali ni bkn utk menakutkan..cuma pengajaran..kadang2 aku terpikir..memang sudah lumrah hidup..yang paling di geruni adalah "Mak Mertua"..Knapa kita x takut dengan "Bapa Mertua"?hahhaha..bnyak hukum alam yang mengajar aku..

Tp bagi aku..selagi seseorg itu bergelar mak@ibu walaupun hanya dibezakann dengan status "Mertua"..aku tetap anggap beliau seperti ibu ku..mungkin didikan dari kecik telah bnyak mengajar ku..hormati mereka..sayangi mereka..sekejam mana mereka terhadap kamu..mereka tetap seorg ibu di mata kamu..Kadang-kadang bila aku dengar masalah kawan2 ku..rasa takut pun ader..tp apa yang aku perlu ingat..dugaan semua org x sama..mungkin Allah swt nak menguji sekuat mana iman kita melayan karenah seorang yang bergelar ibu..

Kadang aku tertanya..knapa terlalu berat dugaan yang di beri oleh-Nya untuk insan bergelar ibu..mungkin mengajar kita erti tabah..sabar..Aku respect pada yang siapa yang sanggup harungi dugaan bila bakal ibu mertua mereka x suka ngan mereka..sanggup berdepan dengan semua duagaan..mana lagi nak meghadapi dugaan sebagai isteri..inikan pula menantu..nak di ceritakan mmg bnyak kisah tp cukuplah yang ku katakan aku respect bonda ku..mengharungi dugaan..biarlah ia menjadi kisah hidup kami..sifat bonda bnyak mengajar aku ttp erti kehidupan..bak kata bonda..tiada bezanya ibu mertua dan ibu sendiri..yang kita perlu beri kasih sayang yang ikhlas..keihklasan kita utk menjadi anak itulah yang akan kita perolehi kelak..

Bagi aku..alhamdulillah..aku mendpat bakal "Ibu Mertua" yang sangat baik..malah sanggup menghadapi dugaan yang sgt hebat..Aku sangat menghormati beliau..Pada semua sahabat2 ku..laluing nya dengan tenang dan sabar..mungkin stiap duaggan yang dilalui mempunyai 1000 hikmah..amin♥

Thursday, February 18, 2010

::Pilihan Hidup::

::18 februari 2010-1:54 ptg::
::Khamis::

♥Pernah x korang dengar istilah ni..'Berchinta ngan org lain..berkahwin ngan org lain'..pelik ker?bagi aku x?mungkin semua ketetntuan darinya..kadang2 kita rasa dah jumpa ngan orang yg tepat..tp masih lagi ader rasa keraguan..sejak akhir2 ni terlalu banyak cerita yg aku baca mengenai perkahwinan yang x menjadi..yg peliknya..bkn cerita selepas perkahwinan..tapi sebeblum perkahwinan..mula lah kes saman menyaman..bak kata org tua..dah x der jodoh terimalah seadanya..sedihkan..bila hubungan dah melibatkan keluarga terutamanya ibu dan ayah..mcm aku...pengalaman banya mengajar..kadang buat semua hati jadi hancur bila hubungan x menjadi..

Mesti korang pelikkan aku buat entry mcm ni..sedangkan aku patut bercerita mengenai perjalanan persiapan perkahwinanku..takper itu akn ku coretkan juga nanti..cuma nak berkongsi pendapat dan pengalaman..ntah knapa hati aku terusik nak buat entry ni..td aku ader berbual ngan sahabat baik ku..bnyak kami borakkan..terutamanya jodohnya yang x panjang ngan pilihan hidupnya..sebab apa???terlalu peribadi aku nak nyatakan tp yg pasti sedih rasnya..berchinta nak rak akhirnya xder jodoh..yg lagi pedih dgr..selang brapa bln berpisah..pilihan hatinya dulu dah mencari pengganti untuk menuju ke gerbang perkahwinan..siapa yang salah..apa yang salah dalam hubungan itu..wallah hua'lam..bagi aku semua ader hikmah..bagi pengalaman aku dulu pun..terlalu perit utk lalui..kisah perchintaan yg aku bina slama 2 tahun terkubur mcm tu jer..bnyak kenangan pahit manis..tp Allah tu maha adil..aku di temukan dengan seorang insan...kadang2 kita ingat orang itulah teman sehidup semati..tp jodoh x sampai...

Aku pernah berborak ngan kaum adam..apa yang diorg mahu dengan bakal pasangan sehidup semati diorg..rata2 yang aku dapat jawapan..keserasian..tp sampai bila kita nak mencari keserasian tu?keserasian mcm mana yang kaum adam maksudkan...mendengar dan mengikut telunjuk mereka?ntahlah tu pendapat masing2..bagi aku keserasian yang ada dalam sebuah perhubungan perlu di mulakan dengan rasa hormat..hormat antara diri masing2..barulah keserasian tu timbul..ni kalau dah hilang rasa hormat..bila gaduh mula keluar kata2 kesat..for what untuk di teruskan...Aku x salahkan pasangan yang baru putus dan terus mendapat pengganti..sebab smuanya telah tertulis..mengajar kita menjadi matang..

Hahhaha..apa yang aku repekkan..tapi yg pasti..satu jer jawaban dari aku..'Mungkin Tiada Jodoh' jika jodoh x berkekalan..ingatlah apa yg diciptakan oleh-Nya..semuanya ader sebab tertentu..insyallah jodoh yang terbaik akn hadir tanpa di sedari..for my luvly mydear..selamat hari kekasih...♥

Thursday, February 4, 2010

::my wedding theme song::

::04 februari 2010-3:33ptg::
::Khamis::

::My wish on my wedding...want someone play or sing this song..lalallala..(kredit to nawal..copy erk lagu ni dr blog awk..eeeiiiii)



sukaaaaaaaaaa sgt..mydear dgr tau..::

Wednesday, February 3, 2010

::K.E.L.U.A.R.G.A.::

::3 Februari 2010-2:14 ptg::
::Selasa::

♥Keluarga...haish dah tentu mereka ni golongan yang amat penting dalam perisiapan perkahwinan ku..bila sebut jer keluarga..pening kepala aku di buatnya..untuk pengetahuan smua..ayahku meninggal masa aku masih kecil lagi..so bayangkan bonda ku sorang jer uruskan kami..oleh kerana aku ni anak sulung n merangkap anak kesayangan..huhu..perkahwinan ku agak di beri perhatian yang lebih oleh kedua keluarga..dan memandangkan aku cucu sulung blah ayah ku..lg lah..so persiapan sememangnya agak terperinci..nak puaskan hati smua org bkn nyer senang..lagi2 yg melibatkan keluarga..

Nasiblah persiapan ngan bonda ku dah ku mulakan dengan awl..itu pun bnyak jugak percanggahan idea..hahha..tp bondaku terpaksa menuruti anak kesayangan beliau ini..aku amat hargai usaha bondaku..sgt2 ok..tanpa bonda rasanya x tahulah..so slowly aku mulakan..sumabngan dr bonda amat ku harapkan dan hargai..keluarga2 ku ader gak yg bg sumbangan..dr segi idea..tenaga..dan yang aku amat harapkan sumbangan kewangan..hahhaha..boleh ker?(x malu kan..hhahaha)..aku dah pun bertemu ngan pak andak adik ayahku ttg door gift yg aku ingin berikan..discus..n dapat..yeay!!suka sgt..sayang Pak Andak & Mak Andak..hhaha..tetiba...

Sangat berdebar sebenarnya..bila tanya bondaku bila mau discus ngan kedua blah family..bondaku kata insyallah lps raya cina..coz everything must with flow..cewahh..hahhah..so to all my family.......thnkz for everyhting..muaaaaaaaaaaah...


::bondaku::





::luv them::


::my sis::


::my bro::



::my youngest brother::