My Instagram

Tuesday, April 23, 2013

Rajinnya My Princess!

:: 23 April 2013 - 10:00 pagi ::
:: Selasa ::

:: Anak dara aku ni memang aktif dan lasak..seharian aku kat rumah dengan My princess mia ni...adoi..boleh di kiralah berapa lama dia boleh duduk setempat..paling lama rekod duduk setempat bila tengok kartun kegemaran dia muncul kat tv! haish...Aktiviti weekend kami last week duduk rumah..dan seperti biasa mydear ada jer keje nak buat lagi-lagi rumput at halaman rumah yang makin panjang!Adoii..ni lah akibat kalau duduk rumah corner lot..cepat sangat rumput tu nak panjang..nak suruh bangla potong memang banyak lah yang datang serah diri sebab banyak kot diorang dapat kalau potong rumput kat rumah aku ni..tapi memandangkan tengah bulan..mydear kena racun lah dulu tapi sebelum racun mydear saja potong sikit-sikit...almaklumlah panjang dah sama tinggi ngan anak dara aku tu...hihihih...so seperti biasa kalau mydear buat keje adalah assistant serah diri..haish.meh layan gelagat  My princess mia.. xoxo..muaaah ::

:: Ingat main FarmVille ker nak oi! ::

:: Ha tengok tu..rajin tak rajin lah ::

:: Si cengeng! ::

:: Akhirnya main basikal...ahahhaha ::



Monday, April 22, 2013

Lip Balm Hunted!

:: 22 April 2012 - 9 : 15pagi ::
:: Isnin ::

:: Isnin yang ceria dengan sangsuria!Sejak akhir-akhir ni dengan cuaca yang kejap panas..kejap sejuk membuatkan kondisi kulit aku jadi tak menentu tapi yang paling nampak kulit jadi kering sangat terutamanya tang bibir..so now time to find suitable lip balm for me..by the way aku pun tak tahu lah sejak akhir-akhir ni obsess nak cari barang kecantikkan dan kesihatan...ahahahah..ayark..so aku nak minta nasihat dan pandangan dari korang semua..mana lip balm yang paling ok dan tak memudaratkan untuk 'ibu mengandung' hihihih...

So aku ada berkenan tengok lip balm ni :-





Casing chantek!aku memula berkenan masa Dr.Halina update kat blog dia..tapi tak kesempatan nak survey harga..tapi really cute!So ada tak antara pembaca blog aku ni yang dah pakai lip balm ni..boleh sharing-sharing dengan aku tak!hihihih...hope ada yang sudi share-share!xoxo.muaaaah!

Thursday, April 18, 2013

Family Wedding

:: 18 April 2013 - 12:30 tgh hari ::
:: Khamis ::

:: Sabtu lepas family mydear menerima orang baru..finally abang mydear dah bertemu jodoh..tak jauh pun..orang Klang gak..hihih..sebab aku tak berapa nak menaip sekarang ni..meh layan gambar..tak banyak tapi kira ok lah...nanti aku nak buat tajuk 'Wordless' tapi bukan hari Rabu..so korang layan je rr gambar ni... xoxo...muaah ::

:: Pengantin yang berseri...yeay dapat kakak ipar! Ni time nikah ::

:: Makan beradap...chantek baju pengantin..suka color baju...hihih..duk survey baju warna baju raya..ahaha::

:: Kami semua..abaikan aku yang makin mengembang sampai terlindung pak mertua aku...uwaaaaa ::

:: The sibling!Ramai kan..meriah...hihihi ::

:: Kami sebentar..ahahahha...dah lama tak amik gambar macam ni...hihih ::

::Haruslah ada gambar wajib ni kan?hihih..::


Tuesday, April 16, 2013

Happy Face!

:: 16 April 2013 - 9:30 pagi ::
:: Selasa ::

:: Geram bila tengok My princess mia ni buat memek muka..ni snap time dia makan aiskrim..Bonda belanja makan kat McDonald lunch..so seperti biasa ending beli aiskrim..memula offer kat My princess mia makan aiskrim tak nak..jual mahal..tapi bila dah masuk kete dia plak yang over...hihih..xoxo..muaaah ::

:: My princess mia tengah bersantap ::

:: Cer tengok mulut berlemuih dengan aiskrim..adoilah ::

:: Happy face My princess mia dan Ibu ::



Thursday, April 11, 2013

BaZzArTiMe

:: 11 April 2013 - 10:15pagi ::
:: Khamis ::

:: Sabtu lepas aku ada join bazzaar for Almarichantekchomel ..Dah lama gak aku tak join bazzar-bazzar ni..so Sabtu tu kira macam test market lah..so far ok lah tapi makin sunyi plak..dulu ramai gak geng melayu yang join kali ni ramai muka baru..so agak busan lah menunggu customer yang datang berkunjung..nasib mydear sudi temankan..My princess mia datang petang sikit dengan Bonda dan adikku...Bukan tak nak bawa si kechik ni tapi tak focus aku nanti..My princess mia makin aktif now..Kebetulan hari tu adik bradik mydear pun sudi jenguk-jenguk booth aku yang tak seberapa ni..kira meriahkan keadaanlah..hihih...

:: Our Booth ::

:: Hahahahaha..my sis curi-curi amik gambar..serius kot muka duk niaga ::

:: Me..My princess mia and Bonda ::

:: Peneman setia..luv u! ::

:: Kan dah cakap..papa kena jaga si kechik sebab dah mula round satu bazzar..ahahha ::

Dalam pukul 7 petang kita orang kemas-kemas barang..sampai rumah terus pengsan..adoilah..penangan dah lama tak berniaga kan..by the way aku ngah survey Bazzar baru tapi tak sure kat mana yang ok..any suggestion guys??hihi..xoxo..muaaaaaah::

Wednesday, April 10, 2013

WeDdInG tImE!!

:: 10 April 2013 - 12:30 tgh hari ::
:: Rabu ::

:: Kalau dah tengok tajuk mestilah dah tahu apa aku nak bebel kat entry kali ni kan...hihihi..kali ni aku nak share wedding junior aku time sekolah menengah dulu..aku ni kira famous rr time sekolah dulu..so kebanyakkan junior ada lah yang rajin jemput aku pergi wedding diorang...ahahaha..nampak tak aku nyer berlagak kat situ...ahahha..abaikan..sebenarnya kawan adik aku ni..so aku memang dah kenal rapat..pergi sekolah dan balik pun sama-sama...Kebetulan time wedding dia hari tu mydear ada keje kat opis so aku mengahbiskan masa pergi wedding orang...hiihih..by the way my sis Ieda you look so gorgeous! Jom layan gambar!!!

:: Us with a bride...chantekkan..dan My princess mia tido dari awal sampai lagi..huhu ::

:: Chantekkan!! Suka color baju dia..nak pilih ni untuk color baju raya rr..aci tak?hihih ::


:: Semoga berbahagia ::

:: Ibu yang masih mengendong anak yang lena di ulit intan walaupun panas...huhuh ::



:: Dan yang pelik My princess mia cergas bila masuk kereta..adoilah ::


:: Aksi nakal My princess mia ::



:: Aksi bodek ibu from My princess mia ::


:: Finally!! last not least!!Sesekali letak gambar sendiri..tak salah kan...ahahhaha::

Ha ko banyak gambar aku edit..so se u next entry....xoxo...abaikan aku yang makin berisi..
'orang dalam be nice ok..hihihi'...xoxox...muaaaaaah!!::




Monday, April 8, 2013

Monday Sharing For Pregnant Mommy!

:: 8 April 2013 - 12:00tgh hari ::
:: Isnin ::

:: Short entry for today...nak share denga semua para ibu yang nak beri para suami faham keadaan mereka di awal kehamilan..mana yang di anggap isteri sangat manja dan mengada ketika awal kehamilan oleh para suami..Ye lah di awal kehamilan ni lah tahap kesabaran para suami di uji..so meh sama-sama kita share yer..terima kasih my cousin yang duk jauh kat Qatar kasi share soalan ni..hihih...xoxo..muaaaah ::


Tuesday, April 2, 2013

Kisah Klasik Untuk Masa Depan

:: 2 April 2013 - 8 :00pagi ::
:: Selasa ::

:: Sejak aku update entry siang tadi..ramai yang baca dan bagi silent komen..alhamdulillah ramai alert tentang seriusnya penyakit KANSER ni...Dalam aku baca segala komen aku terpikir-pikir sendiri..Adakah kisah yang akan di kenangkan untuk masa depan nanti..Tetiba aku teringat lirik ni..tak tahu apa kaitannya tapi sedih bila hayati lirik lagu ni...

Sebuah Kisah Klasik Untuk Masa Depan

Jabat tanganku, mungkin untuk yang terakhir kaliKita berbincang tentang memori di masa ituPeluk tubuhku usapkan juga air matakuKita terharu seakan tidak bertemu lagi

Bersenang-senanglahKar'na hari ini yang 'kan kita rindukanDi hari nanti sebuah kisah klasik untuk masa depanBersenang-senanglahKar'na waktu ini yang 'kan kita banggakan di hari tua

Reff:Sampai jumpa kawankuS'moga kita selaluMenjadi sebuah kisah klasik untuk masa depanSampai jumpa kawankuS'moga kita selaluMenjadi sebuah kisah klasik untuk masa depan

Bersenang-senanglahKar'na hari ini yang 'kan kita rindukanDi hari nanti...

Ke: Reff

Mungkin diriku masih ingin bersama kalianMungkin jiwaku masih haus sanjungan kalian
Masih sempatkah kita nak mengenang kisah kita di masa depan nanti...Jika dapat di kenang apa yang dapat kita kenang?Indah ker kenangan kita masa lalu untuk di kenang?Renung-renungkan lah..xoxo..muaaaaaaaah::


Hamil Anggur?

:: 2 April 2013 - 11:00pagi ::
:: Selasa ::

::Salam semua..kali ini aku nak share something yang serius sikit yang mana ilmu ni aku baru perolehi...Baru-baru ini aku melawat makcik ku a.k.a adik Bondaku kat Hospital Klang...Adik Bondaku admit di sebabkan Kanser Rahim..Ya Allah berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya..Simpati aku tengok..Nasib makcikku ramai anak yang menjaga..Dah lama makcikku menghidap kanser ni..tapi kali ni tahap kritikal..nafas pendek...makan tak lalu..Ya Allah semangat makcikku kuat..Yerlah bayangkan bila kita di tempatnya..nak mendengar perkataan KANSER pun aku dah takut...
Ok sebenarnya aku ada kisah lain lagi nak di ceritakan di sini..Masa aku melawat makcikku ni..aku ingat kan dia ditempatkan kad wad yang sama dengan pesakit lain sebab aku ada nampak seorang gadis muda sebaris katil dengan makcikku..So aku tak lah amik pusing sangat tapi bila dah borak-borak rupanya semua yang sama bilik dengan makcikku adalah penyakit KANSER ..Adalah dalam 5 orang...ramai kuantiti bagi ku..Kuatnya mereka..So aku terpanggil nak berborak dengan gadis muda yang aku tak sangka dia salah seorang pesakit KANSER yang kita tahu penyakit yang amat sukar nak sembuh..Gadis ni berusia 20 tahun dan mempunyai anak seusia My princess mia .Kawen muda..Nak di pendekkan cerita..Baru-baru ini dia di sahkan hamil anak kedua so seperti biasa bila usia kandungan dalam 4 bulan dah di bolehkan buat 'Buku Merah' kat klinik kerajaan..Excitedkan ibu muda ni..tapi dalam kegembiraan datangnya duka apabila sewaktu sesi scan untuk melihat keadaan baby tetiba doktor beritahu kandungannya mengalami masalah..Bayangkan tiada sakit..tiada alahan bila masanya doktor sahkan dia HAMIL ANGGUR..terkejut aku mendengarnya..di usia muda yang tiada keturunan sakit KANSER tertiba di sahkan..Tapi mujur masih awal dan boleh di rawat..Dia tak perlu buang rahim hanya perlu cuci dah buat kimo tahap kecik..aku pun tak pasti macam mana proses perubatanya..Tapi alhamdulillah aku nampak dia ceria dan sihat..So lepas tu aku balik terus google apa itu HAMIL ANGGUR! Oleh kerana aku ni taklah pakar mana nak share ilmu dengan korang meh aku share petikan yang aku jumpa..

INFO - http://happiestmummy.blogspot.com/2009/02/bahaya-kandungan-anggur.html


BAHAYA KANDUNGAN ANGGUR

Bahaya kandungan anggurOleh Dr. Suraya Arshad A.M.ZPakar Perunding Obatetrik & Ginekologi

MUNGKIN tidak ramai wanita yang tahu apa itu kandungan anggur atau molar pregnancy. Bagi yang tidak tahu mungkin mereka akan mengatakan ia tidak wujud. Ia dipanggil kandungan anggur kerana kandungan tersebut kelihatan seperti gugusan buah anggur.Insiden sebenar kandungan anggur tidak di ketahui. Tetapi kes-kesnya dipercayai lebih tinggi di Asia berbanding Eropah. Contohnya, kadar kandungan anggur di United Kingdom dan Amerika Syarikat ialah antara 1:2000 kandungan sehingga 1:1000 kandungan.Berbanding di Filipina, di negara itu insidennya ialah 1:200 hingga 1:150 bagi setiap kehamilan.

Kandungan anggur ini sering terjadi di kalangan wanita yang hamil pada usia kurang 20 tahun dan 45 tahun ke atas.Mungkinkah ia berlaku kerana wanita Asia mempunyai kadar kelahiran yang lebih tinggi berbanding wanita kulit putih?Atau mungkinkah wanita Asia biasanya akan memulakan hidup berkeluarga pada usia yang jauh lebih muda dan terus melahirkan anak sehingga usia meningkat.Atau apakah faktor pemakanan juga memainkan peranan?

Ini adalah sebahagian daripada pandangan para penyelidik tentang kandungan anggur.
Jenis kandungan anggur-
Complete hydatiform mole Jenis ini terjadi akibat persenyawaan berlaku antara benih lelaki (sperm) dengan benih wanita (ovum) yang kosong iaitu ovum yang tiada nucleus. Akibatnya cuma kromosom sperma yang akan berganda. Corak kromosomnya ialah 46XX iaitu kesemuanya berasal dari benih lelaki. Ini adalah jenis kandungan molar yang selalu terjadi-

Partial mole
Jenis ini jarang berlakuTisu embrio atau tisu janin akan kelihatan pada jenis ini. Ia juga berasal dari benih lelaki sahaja. Janin yang terbentuk biasanya akan mati apabila mencecah usia 10 minggu. Jarang janin ini menjangkau sehingga usia matang.Sekalipun ia hidup, biasanya bayi itu akan mempunyai pelbagai kecacatan (multiple anomalies).

Tisu kandungan molar sememangnya kelihatan seperti gugusan buah anggur kerana tisu janin iaitu chorionic villi dan trophoblast telah menjadi hyperplastic.

Mengesan kandungan anggur
Biasanya doktor akan mengesyaki wanita itu mengandung kandungan molar jika wanita tersebut mempunyai gejala atau komplikasi seperti:-
-Saiz rahim lebih besar dari usia kandungan
-Alahan yang teruk (Hyperemesis Gravidarum)
Pendarahan faraj
Ia merupakan gejala yang sering terjadi sehingga 90 peratus.Biasanya pendarahan yang bermula akan terus berdarah. Ini ialah tanda yang menunjukkan kandungan anggur tersebut akan mula gugur. Dalam keadaan ini, jika tiada tindakan cepat wanita itu akan kehilangan banyak darah dan mungkin akan membawa maut-
-Pre eklampsia.
Tekanan darah boleh jadi terlalu tinggi. Jika tidak dikawal boleh mengakibatkan sawan atau eklampsia. Komplikasi ini juga berbahaya.-
- Hipertiroidism.
Adakalanya wanita boleh mengalami gejala seperti penyakit thyrotxicosis iaitu keadaan di mana kelenjar thyroid menjadi hiperaktif. Mengapa keadaan ini boleh terjadi tidak begitu di ketahui. Ada yang berpendapat paras hormon B HCG (beta human chorionic gonadotrophin) yang terlalu tinggi pada wanita yang mengandung kandungan molar boleh merangsangkan kelenjar tiroid. Jika komplikasi ini berlaku maka keadaan hipertiroid harus dikawal sebelum rawatan diberi.
- Pulmonari emboli.
Ini juga merupakan satu situasi dan komplikasi berbahaya yang boleh menyebabkan kematian.Disebabkan gejala seperti alahan dan pendarahan juga boleh berlaku pada wanita yang mengandung normal, satu cara yang mudah dan cepat bagi doktor untuk membezakan kandungan normal atau tidak ialah melalui pemeriksaan ultrasound. Pada masa kini pemeriksaan ultrasound mudah didapati dan tidak invasif. Ia merupakan pemeriksaan rutin yang dilakukan kepada semua ibu mengandung. Dalam kandungan molar, struktur janin (fetus) tidak kelihatan melalui pemeriksaan ultrasound. Apa yang dilihat cuma snow storm appearance. Selain itu, pemeriksaan X-ray juga boleh dilakukan. Pemeriksaan darah untuk hormon B HCG juga perlu dibuat.Biasanya paras hormon tersebut jauh lebih tinggi bagi wanita yang mengandung kandungan anggur.

RawatanRawatan yang perlu dilakukan ialah mengeluarkan kandungan anggur tersebut seboleh-bolehnya sebelum pendarahan atau keguguran berlaku.
Kaedah yang biasa dilakukan ialah suction & currettage. Dalam kes-kes tertentu adakalanya prosedur tersebut terpaksa diulang akibat pengeluaran kandungan molar tidak dikeluarkan sepenuhnya. 

Bagaimanapun, rawatan bukanlah berakhir setakat itu sahaja.Apa yang amat ditakuti ialah kandungan anggur boleh menyebabkan kanser choriocarcinomaHampir 20 peratus daripada kandungan molar boleh menyebabkan kanser tersebut.Namun, ini tidak bermakna wanita yang mengandung kandungan normal, mengalami keguguran atau kandungan luar rahim terkecuali daripada kanser tersebut

Risiko kanser ini adalah lebih tinggi selepas kandungan molar.
Sehubungan itu, wanita yang telah menjalani rawatan suction & curettage biasanya akan menerima rawatan susulan selama dua tahun atau lebih. Ujian seperti X-ray dada dan pemeriksaan darah akan dilakukan selain pemantauan paras hormon B HCG.Pada peringkat pemulaan, paras hormon akan dipantau setiap dua minggu sehingga paras hormon turun.Pemantauan selanjutnya akan dilakukan setiap tiga bulan dan enam bulan seterusnya. Paras hormon B HCG akan menurun selepas kandungan molar dikeluarkan dalam tempoh antara 12 hingga 14 minggu.Jika paras hormon menjadi lebih tinggi, tidak berubah atau mengambil masa yang lama untuk hilang, ini menunjukkan berkemungkinan tanda-tanda kanser akan timbul. Rawatan kemoterapi akan dimulakan untuk mengelakkan kanser terjadi.

Berbanding dengan jenis kanser lain, peluang untuk kanser ini sembuh adalah 100 peratus. Disebabkan pengesanan awal, rawatan yang cepat dan disusuli dengan rawatan susulan, bilangan kes-kes kanser choriocarcinima jarang dikesan.Oleh kerana kandungan molar boleh terjadi pada setiap wanita yang mengandung, ada baiknya juga kita tahu tentang kandungan yang tidak normal seperti kandungan molar agar rawatan dan kepentingan rawatan susulan dapat difahami bersama.




Aku tak dapat nak share semua info..berharap korang alert dengan KANSER ni sebab aku pun sebelum ni tak pernah dengar ada jenis penyakit sebegini..Pada semua ibu-ibu jika hadapi semua ini sila tabah dan pastikan kesihatan para ibu terjaga..xoxo..muaah::