Showing posts with label our weekend. Show all posts
Showing posts with label our weekend. Show all posts

Wednesday, May 15, 2013

Day without PAPA - Part III...

:: 15 Mei 2013 - 1:15tgh hari ::
:: Rabu ::

:: Nak taip Wordless Wednesday tapi banyak gambar nak tepek..kira Wordless more pic lah..hihihi..meh aku continue last day kami tanpa mydear/papa...malam nak tunggu mydear sampai..aku sekeluarga pergi dinner kat luar..penat punyer pikir..decide makan kat Nandos Setia City Mall!Meh layan gambar....


:: Menu time..muka kelaparan..My princess mia pun busy tengok menu! ::

:: Gambar wajib!Tak sabar nak jumpa PAPA!! ::

:: My princess mia dah mula mengunyah..fav fries! :

:: Food coming! ::

:: Anak bujang Bonda! Uncle and Paksu! ::

:: My princess mia with Mak Ngah! ::

:: My princess mia mula tunjuk ragam ::

:: Finally! Dessert for My princess mia...haish.. ::

Lepas tu kami terus gerak balik...tak larat nak window shopping!..malam tu menanti mydear/papa pulang setelah 3 hari kami di tinggalkan...huhuhu...menanti penuh sabar..pukul 5 pagi mydear sampai..xoxo..muaaah! ::

Friday, May 10, 2013

Day without PAPA - Part II...

:: 10 Mei 2013 - 10:15pagi::
:: Jumaat ::

:: Salam Jumaat semua..ok let's continue Day without PAPA - Part II plak..hihihi..bersambung-sambung plak..ok hari kedua tak banyak aktiviti kami kecuali pepagi dah kena bangun nak jalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia..call mydear pepagi..macam waktu bercinta plak..ingat nak kejutkan mydear pergi mengundi tapi mydear sekeluarga pakat pergi tengah hari..aku ni sebab ada aktiviti lain so kena pergi awal pagi..Sampai tempat mengundi Ya Ampun!Ramai kot...nasiblah aku ada 'keistimewaan'...hihihi..so dapat potong line...ahahahaha..By the way au tak amik pun gambar jari jemari yang dah kena dakwat tu..tapi kalau aku letak jari orang lain pun bukan korang tahu pun kan??ahahhahah..jeng!So meh layan gambar...


:: Aku takder gambar jari berdakwat.tapi ada gambar kenangan sebarisan saudara mara yang kebetulan datang serentak time mengundi ari tu...hihihi ::

Lepas mengundi aku dan mysis a.k.a Zera aku pergi cari makan.amik My princess mia kat rumah then Jalan-Jalan Cari Makan! Kebetulan cousin ku dan makcik ku join..tapi tak amik gambar..segan...ahahha..lepas makan aku dan mysis a.k.a Zera aku cuci mata kat Giant..cari barang dapur sikit..lepas dah settle semua teringin nak minum Cool Blog! Jom layan....


:: Aksi My princess mia menunggu..adoilah..sejak akhir-akhir ni manja sikit..nak berdukung jer ::

:: Sementara menunggu jom amik gambar dengan Duta Cool Blog! Tapi dengan patung je rr..jadilah...ahahhahaha ::

:: Yeay dah dapat! Kami order perisa baru Teh Tarik dan Markisa!..Nyummmy!!! ::


:: Gelagat My princess mia yang dah pandai minum ice!huhuh ::

So aktiviti hari tu banyak abiskan masa dengan melayan karenah My princess mia .kebetulan hujan..balik jer rumah..semua tumbang..tak larat beratur time mengundi tadi..huhuhu..ok lah..nanti kalau aku rajin sambung untuk part III plak...xoxo..muaaah ::







Thursday, May 9, 2013

Day without PAPA - Part I...

:: 9 May 2013 - 2 : 00ptg ::
:: Khamis ::

:: Day without Papa...3 hari kot berpisah kejap dengan mydear...for the firtstime..Yerlah tak pernah kot berjauhan dengan mydear .tapi kali ni terpaksa demi tangung jawab untuk negara..cewah...yerlah..demi tanggungjawab mengundi terpaksa berpisah jap..huhuh..malam tu masa nak antar mydear..sebak bukan main..lagi-lagi My princess mia tahu Papa dia nak balik kampung bukan nak pergi 'work'...sedih woo!Aku pun ikut cengeng!ahahahhah...
So selama 3 hari mydear tak ada aku dan My princess mia banyak habiskan masa ikut Bonda dan mysis a.k.a Zera pergi kenduri dan merayap..ahhaha..dengan izin mydear ok...so meh layan gambar...so nanti aku citer setiap situasi gambar tu..nak buat karangan tak mampu..Meh aku cerita hari pertama tanpa mydear..began!

:: First trip - wedding at Ampang...sampai tertido My princess mia sebab kami jalan-jalan satu Selangor..hihihi..fun! ::

:: Then pergi Mid Valley nak beli buku for My princess mia guna voucher my brother...tapi hampa..setelah sejam mencari dan setengah beratur...akhirnya semua buku tu tak beli pun..sebab??!!- MPH MId Valley demand..nak gak owner sendiri ada sekali baru terima vaoucher tu..so dengan hangat hati aku letak balik semua buku yang aku dah amik...huhuhu..pedih-pedih ::

:: Kejadian kami tengah mencari yang sesuai untuk My princess mia ..uwaa..rasa nak nangis..mengenangkan beratur yang amat panjang dan lama...tapi my brother dah promise nak pergi beli kat Setia Alam Mall jer..tak mo aku redah KL tu lg...hangat hati punya pasal...xoxo...the end for part I...hihih ::

Tuesday, April 23, 2013

Rajinnya My Princess!

:: 23 April 2013 - 10:00 pagi ::
:: Selasa ::

:: Anak dara aku ni memang aktif dan lasak..seharian aku kat rumah dengan My princess mia ni...adoi..boleh di kiralah berapa lama dia boleh duduk setempat..paling lama rekod duduk setempat bila tengok kartun kegemaran dia muncul kat tv! haish...Aktiviti weekend kami last week duduk rumah..dan seperti biasa mydear ada jer keje nak buat lagi-lagi rumput at halaman rumah yang makin panjang!Adoii..ni lah akibat kalau duduk rumah corner lot..cepat sangat rumput tu nak panjang..nak suruh bangla potong memang banyak lah yang datang serah diri sebab banyak kot diorang dapat kalau potong rumput kat rumah aku ni..tapi memandangkan tengah bulan..mydear kena racun lah dulu tapi sebelum racun mydear saja potong sikit-sikit...almaklumlah panjang dah sama tinggi ngan anak dara aku tu...hihihih...so seperti biasa kalau mydear buat keje adalah assistant serah diri..haish.meh layan gelagat  My princess mia.. xoxo..muaaah ::

:: Ingat main FarmVille ker nak oi! ::

:: Ha tengok tu..rajin tak rajin lah ::

:: Si cengeng! ::

:: Akhirnya main basikal...ahahhaha ::



Thursday, April 18, 2013

Family Wedding

:: 18 April 2013 - 12:30 tgh hari ::
:: Khamis ::

:: Sabtu lepas family mydear menerima orang baru..finally abang mydear dah bertemu jodoh..tak jauh pun..orang Klang gak..hihih..sebab aku tak berapa nak menaip sekarang ni..meh layan gambar..tak banyak tapi kira ok lah...nanti aku nak buat tajuk 'Wordless' tapi bukan hari Rabu..so korang layan je rr gambar ni... xoxo...muaah ::

:: Pengantin yang berseri...yeay dapat kakak ipar! Ni time nikah ::

:: Makan beradap...chantek baju pengantin..suka color baju...hihih..duk survey baju warna baju raya..ahaha::

:: Kami semua..abaikan aku yang makin mengembang sampai terlindung pak mertua aku...uwaaaaa ::

:: The sibling!Ramai kan..meriah...hihihi ::

:: Kami sebentar..ahahahha...dah lama tak amik gambar macam ni...hihih ::

::Haruslah ada gambar wajib ni kan?hihih..::


Thursday, April 11, 2013

BaZzArTiMe

:: 11 April 2013 - 10:15pagi ::
:: Khamis ::

:: Sabtu lepas aku ada join bazzaar for Almarichantekchomel ..Dah lama gak aku tak join bazzar-bazzar ni..so Sabtu tu kira macam test market lah..so far ok lah tapi makin sunyi plak..dulu ramai gak geng melayu yang join kali ni ramai muka baru..so agak busan lah menunggu customer yang datang berkunjung..nasib mydear sudi temankan..My princess mia datang petang sikit dengan Bonda dan adikku...Bukan tak nak bawa si kechik ni tapi tak focus aku nanti..My princess mia makin aktif now..Kebetulan hari tu adik bradik mydear pun sudi jenguk-jenguk booth aku yang tak seberapa ni..kira meriahkan keadaanlah..hihih...

:: Our Booth ::

:: Hahahahaha..my sis curi-curi amik gambar..serius kot muka duk niaga ::

:: Me..My princess mia and Bonda ::

:: Peneman setia..luv u! ::

:: Kan dah cakap..papa kena jaga si kechik sebab dah mula round satu bazzar..ahahha ::

Dalam pukul 7 petang kita orang kemas-kemas barang..sampai rumah terus pengsan..adoilah..penangan dah lama tak berniaga kan..by the way aku ngah survey Bazzar baru tapi tak sure kat mana yang ok..any suggestion guys??hihi..xoxo..muaaaaaah::

Wednesday, April 10, 2013

WeDdInG tImE!!

:: 10 April 2013 - 12:30 tgh hari ::
:: Rabu ::

:: Kalau dah tengok tajuk mestilah dah tahu apa aku nak bebel kat entry kali ni kan...hihihi..kali ni aku nak share wedding junior aku time sekolah menengah dulu..aku ni kira famous rr time sekolah dulu..so kebanyakkan junior ada lah yang rajin jemput aku pergi wedding diorang...ahahaha..nampak tak aku nyer berlagak kat situ...ahahha..abaikan..sebenarnya kawan adik aku ni..so aku memang dah kenal rapat..pergi sekolah dan balik pun sama-sama...Kebetulan time wedding dia hari tu mydear ada keje kat opis so aku mengahbiskan masa pergi wedding orang...hiihih..by the way my sis Ieda you look so gorgeous! Jom layan gambar!!!

:: Us with a bride...chantekkan..dan My princess mia tido dari awal sampai lagi..huhu ::

:: Chantekkan!! Suka color baju dia..nak pilih ni untuk color baju raya rr..aci tak?hihih ::


:: Semoga berbahagia ::

:: Ibu yang masih mengendong anak yang lena di ulit intan walaupun panas...huhuh ::



:: Dan yang pelik My princess mia cergas bila masuk kereta..adoilah ::


:: Aksi nakal My princess mia ::



:: Aksi bodek ibu from My princess mia ::


:: Finally!! last not least!!Sesekali letak gambar sendiri..tak salah kan...ahahhaha::

Ha ko banyak gambar aku edit..so se u next entry....xoxo...abaikan aku yang makin berisi..
'orang dalam be nice ok..hihihi'...xoxox...muaaaaaah!!::




Friday, March 29, 2013

Cuti Sekolah Mia

:: 29 Mac 2013 - 10:30 pagi ::
:: Jumaat ::

::Salam Jumaat penghulu minggu...tengok semalam last entry aku ada cakap jap-jap lagi baru aku nak update entry baru..kesudahannya..Pepagi ni aku update...ahhahaha..nampak tahap busy dan malas yang melanda diri aku sekarang?hihihih...Ok dah nampak tajuk entry aku...Cuti Sekolah Mia..ahhahha..nampak..Padahal My princess mia baru nak 2 tahun tapi dah ada cuti sekolah...ko ada?hahhaha..Sebenarnya ni aktiviti My princess mia lah dengankawan-kawan taman dia..ha ko ada?Ibu pun tak berkawan sangat kat taman ni..yerlah semua kawan-kawan Ibu keje..My princess mia nya kawan-kawan jer cuti sekolah..hihih..Selalunya aktiviti My princess mia dengan aku seharian main dalam rumah jer..Yerlah tak berani aku nak bawa dia pergi ke taman walaupun sebelah rumah aku jer ni..Kalau ada mydear baru boleh tapi di sebabkan cuti sekolah..ramai budak-budak taman petang-petang akan pergi taman..Memandangkan aku rumah pertama kat taman ni..meriah lah..Dengan yang main bola sepak , bola jaring dan playground lagi...Bila petang memang aku tak sunyi lah..hiih..ok lah..layan gambar..aku tahu korang duk tunggu gambar jer kan..xoxo..muaaaaah!

:: Tengok gaya My princess mia...ko ada bodyguard kat playground?hahahha ::

:: Sebahagian kawan-kawan kat taman ::

:: Lagak macam dah besar My princess mia ni ...haish ::

Thursday, March 28, 2013

Anak Manja Papa

:: 28 Mac 2013 - 12:00 tgh hari ::
:: Khamis ::

:: Bila dah kata anak Papa so memang melekatlah bila Papa ada kat rumah...Apa segala aktiviti Papa semua dia nak buat sama..adoilah anak..aku ni selaku Ibu hanya mampu melihat..yerlah anak perempuan selalunya memang rapat dengan Papa .Kalau nak ikutkan pun mestilah My princess mia busan dengan aku..24 Hour duduk dengan Ibu..so bila ada Papa ha apa lagi..Papa jer lah.. meh aku share hari ni gelagat My princess mia bila dengan Papa...

:: Papa nak basuh kereta pun dia nak tolong..hihih..anak Papa ::

:: Semua nak sama gaya..huhuh ::

Boleh di katakan nak tido pun dengan Papa .bangun cari Papa .manja ni..hihih..ok lah..jap-jap lagi aku update aktiviti My princess mia cuti sekolah...ahahha..cuti sekolah sangat..xoxo..muaaah::


Friday, March 22, 2013

HaPpYBuFdAyToMe

:: 22 Mac 2013 - 3:45 ptg ::
:: Jumaat ::

:: Nampak tajuk gedik di situ...hahhaha..Detik 10 Mac 2013 yang lalu usia aku berganjak 29 tahun..Mak ai..tak lama lagi nak masuk 30 series...Oh My!!Dah tua aku ni.Oklah citer pasal usia ni memang tak kan abis..Nanti aku buka sejarah apa yang belum di hajati sehingga umur aku 29 memang nangis lah nak baca.So aku pendekkan cerita melalui gambar-gambar ni ok.Untuk tahun ni alhamdulillah aku bersyukur masih lagi di beri peluang bersama-sama insan tersayang meraikan hari istimewa ku..Ewah ayat nak best jer...hihih..

:: Bersama My princess mia potong kek batik..homemade from  my sis Zera Naim..terharu..hihih ::
:: Thank you my lovely sis for cake and Gorgeous Handbag!Love it..Eh tak lupa gak Bonda! ::

Paling terharu bila adik bradik mydear blanja dinner bufday!Hihihihi....Kak Sya sayang korang semua!!Nampak tak gedik di situ...hihih..bukan slalo kan..Dinner di Flamming Steamboat Setapak.. Alhamdulillah rezeki bufday tahun ni...hihih..Dalam aku loya-loya tu banyak gak aku hirup kuah tomyam nak bagi hilang loya.Siap ada yang nyanyikan lagu bufday..Tak sempat nak amik video..Lagi pun handphone meragam so redha..huhuh..Dan oleh kerana aku malas nak menaip meh aku copy paste jer apa aku dah wish kat status facebook aku..hihih :-

"Alhamdulillah..berakhir sudah 10 march 2013 hari yang cukup bermakna untuk saya..terima kasih tak terucap kepada semua insan di keliling saya a.k.a family , bff , frens ,fb frens & blogger..setiap ucapan dan doa amat saya hargai..terima kasih menjadi yang cukup istimewa dari mydear Syarafi Sulaiman n princess Mia ...Kepada ahli keluarga terima kasih semuanya terasa diri ini di sayangi dan di hargai...LOve n hugs!"


Hihihi..so meh layan gambar yang tak seberapa..maaf sebab ni jer yang ada dalam simpananku...hihih


:: My Nyawa...mydear...My princess mia & me ::


:: Posing sebelum makan...hihih ::

:: Dan bila dah makan..pelbagai aksi...maaf kan suami saya...huhuh ::


:: My princess mia selera tak ingat..hihih ::


:: Sebahagian...luv them..maaf Kak Sya ada gambar ni jer..huhuh ::

Oklah....dah ribuan terima kasih aku ucap..bersyukur dengan rahmatnya..Alhamdulillah...xoxo..muaaah::

p/s : tq my mum in law for lovely call and wish..love u!..:)