Showing posts with label happening time. Show all posts
Showing posts with label happening time. Show all posts

Tuesday, August 13, 2013

SYAWAL 2013


::13 Ogos 2013 - 9:30 pagi::
:: Selasa ::

:: Salam Syawal blogger! Lama tak update..Ramadhan hingga Syawal memang busy lah untuk aku tahun ni..dengan rezeki pertama tempahan biskut Damia Semprit lagi..Persiapan untuk hari raya lagi..adoi tak menang tangan ok! Dengan persiapan untuk our second 'bubble' lagi..berdebar rasanya!
Sebenarnya tak tahu nak share apa lagi..yang pasti just nak kongsi gambar-gambar My princess mia beraya sakan tahun ni..dan kebetulan hari lahir My princess mia kena pada bulan Syawal..So excited sikit lah si kechik ni kan..Ok lah Me just nak wish Selamat Hari Raya pada semua sahabat blogger di alam maya ku ini!Mohon maaf di pinta jika ada bahasa yang kurang enak takkala aku coretkan sesuatu kat setiap kali post! Part sedih tahun ni sebab tak dapat raya ' Terengganu ' sebab dah sarat..ok lah..xoxo..muaah!

                                       
Selamat Hari Raya!
                           












Selamat Hari Lahir Safiyyah Nurdamia Bt Syarafi ....Papa & Ibu love u!


p/s : Insyallah will update the simple birthday celebration!

Wednesday, July 10, 2013

Bersyukur Untuk Peluang Kedua....

:: 10 Julai 2013 - 1:30 tgh hari ::
:: Rabu ::




:: Salam Ramadhan semua..Alhamdulillah aku berkesempatan merasai berpuasa pada kali ini ..dah lama nak kongsi dengan sahabat alam maya terutamanya sahabat 'blogger'! Jeng2! Nak share apa yer?! Ahahhahah..alhamdulillah aku di beri peluang kali kedua merasai pengalaman mengandung di bulan puasa!hihihih..Mungkin ada yang dah tahu aku sedang mengandung dan mungkin juga ada yang tak tahu..Aku di sahkan mengandung awal tahun hari tu..Alhamdulillah doa aku dan mydear termakbul..kami memang inginkan seorang lagi anak memandangkan My princess mia dah nak masuk 2 tahun..Now kandungan aku dah masuk usia 8 bulan / 32 week ! huhuhu..berdebar rasanya..Sekali lagi aku berpuasa di bulan Ramadhan...Time My princess mia dulu dapat rasa 10 hari puasa jer lepas tu bersalin  My princess mia .hihi..penat gak mengganti..Kebetulan peluang kedua kali ini pun aku berpuasa ketika mengandung..Untuk hari pertama hari ini..alhamdulillah aku masih bertahan walaupun cuaca panas..Insyallah..
Pengalaman mengandung kali kedua ni memang sangat berlainan..seawal kandungan 3 bulan memang aku lemah lah..firstime merasa muntah-muntah ketika mengandung..muntah yang sangat teruk..sampai berat aku turun mendadak..lepas 4 bulan kandungan selera aku kembali normal..tu pun berat kali ni mengandung tak naik banyak..Sepanjang tempoh nak ke 8 bulan memang aku makan pun biasa-biasa jer berbanding My princess mia dulu..tengah-tengah malam aku ajak mydear pergi mamak makan roti nan!Kali ni last makan malam dah tak rasa nak makan yang berat-berat..Percaya atau tak now berat aku baru 75kg di usia kandungan 8 bulan..time My princess mia dulu 82kg ok..ahahha..penat gak time My princess mia aku ber diet!hihihih..Mesti ada yang nak tahu gender baby aku kali ni kan?(ada ker?ahahhahah)... Alhamdulillah the latest aku check up kelmarin doktor sahkan 'my second bubble' kali ni is a boy ..alhamdulillah..syukur..Cuma aku dan mydear tak nak excited sangat dan kami syukur apa jantina pun asalkan 'our second bubble' sihat..Oklah rasanya panjang dah aku membebel kat sini..Nanti korang malas plak nak membaca dah lah puasa pertama kan..So doakan yang terbaik yer untuk aku sekeluarga..Aku doakan semoga Ramadhan kali ini memberi seribu keberkatan dan sama-sama kita kumpul amal ibadah..xoxo..muaah!

'Our seocnd bubble' 8 bulan / 32 week ! 

:: Insyallah ::


:: My princess mia dah ready jadi kakak..hihihi ::

:: Us yang tak sabar..amik mood pegang baby lagi..teringat time My princess mia dulu..hihih ::





Friday, June 7, 2013

Mia Vs Mei Mei

:: 7 Jun 2013 - 4:00ptg ::
:: Jumaat ::

:: Saja nak share  My princess mia ber 'Cheongsam' masa majlis kenduri kahwin belah Terengganu...mula-mula nak pakaikan My princess mia baju kurung atau dress tapi bila pulak nak pakai baju cina ni kan..unty lala belikan kat China tu..hihih...meh cuci mata korang yang nak tido petang-petang Jumaat ni ok.. xoxo..muaaah!

:: posing tak ingat..adoiiilah ::

:: buat memek muka plak...huhuhuh ::

and last but not least!!..

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

:: ahhahahah..sama tak?!lallalalala..::


Wednesday, May 15, 2013

Day without PAPA - Part III...

:: 15 Mei 2013 - 1:15tgh hari ::
:: Rabu ::

:: Nak taip Wordless Wednesday tapi banyak gambar nak tepek..kira Wordless more pic lah..hihihi..meh aku continue last day kami tanpa mydear/papa...malam nak tunggu mydear sampai..aku sekeluarga pergi dinner kat luar..penat punyer pikir..decide makan kat Nandos Setia City Mall!Meh layan gambar....


:: Menu time..muka kelaparan..My princess mia pun busy tengok menu! ::

:: Gambar wajib!Tak sabar nak jumpa PAPA!! ::

:: My princess mia dah mula mengunyah..fav fries! :

:: Food coming! ::

:: Anak bujang Bonda! Uncle and Paksu! ::

:: My princess mia with Mak Ngah! ::

:: My princess mia mula tunjuk ragam ::

:: Finally! Dessert for My princess mia...haish.. ::

Lepas tu kami terus gerak balik...tak larat nak window shopping!..malam tu menanti mydear/papa pulang setelah 3 hari kami di tinggalkan...huhuhu...menanti penuh sabar..pukul 5 pagi mydear sampai..xoxo..muaaah! ::

Tuesday, April 23, 2013

Rajinnya My Princess!

:: 23 April 2013 - 10:00 pagi ::
:: Selasa ::

:: Anak dara aku ni memang aktif dan lasak..seharian aku kat rumah dengan My princess mia ni...adoi..boleh di kiralah berapa lama dia boleh duduk setempat..paling lama rekod duduk setempat bila tengok kartun kegemaran dia muncul kat tv! haish...Aktiviti weekend kami last week duduk rumah..dan seperti biasa mydear ada jer keje nak buat lagi-lagi rumput at halaman rumah yang makin panjang!Adoii..ni lah akibat kalau duduk rumah corner lot..cepat sangat rumput tu nak panjang..nak suruh bangla potong memang banyak lah yang datang serah diri sebab banyak kot diorang dapat kalau potong rumput kat rumah aku ni..tapi memandangkan tengah bulan..mydear kena racun lah dulu tapi sebelum racun mydear saja potong sikit-sikit...almaklumlah panjang dah sama tinggi ngan anak dara aku tu...hihihih...so seperti biasa kalau mydear buat keje adalah assistant serah diri..haish.meh layan gelagat  My princess mia.. xoxo..muaaah ::

:: Ingat main FarmVille ker nak oi! ::

:: Ha tengok tu..rajin tak rajin lah ::

:: Si cengeng! ::

:: Akhirnya main basikal...ahahhaha ::