Showing posts with label ::bride to be::::tips n info::. Show all posts
Showing posts with label ::bride to be::::tips n info::. Show all posts

Monday, April 22, 2013

Lip Balm Hunted!

:: 22 April 2012 - 9 : 15pagi ::
:: Isnin ::

:: Isnin yang ceria dengan sangsuria!Sejak akhir-akhir ni dengan cuaca yang kejap panas..kejap sejuk membuatkan kondisi kulit aku jadi tak menentu tapi yang paling nampak kulit jadi kering sangat terutamanya tang bibir..so now time to find suitable lip balm for me..by the way aku pun tak tahu lah sejak akhir-akhir ni obsess nak cari barang kecantikkan dan kesihatan...ahahahah..ayark..so aku nak minta nasihat dan pandangan dari korang semua..mana lip balm yang paling ok dan tak memudaratkan untuk 'ibu mengandung' hihihih...

So aku ada berkenan tengok lip balm ni :-





Casing chantek!aku memula berkenan masa Dr.Halina update kat blog dia..tapi tak kesempatan nak survey harga..tapi really cute!So ada tak antara pembaca blog aku ni yang dah pakai lip balm ni..boleh sharing-sharing dengan aku tak!hihihih...hope ada yang sudi share-share!xoxo.muaaaah!

Saturday, March 31, 2012

Kosong

:: 31 Mac 2012-3:00pagi::
:: Sabtu::

:: Jarang aku update entry tengah-tengah pagi ni..mata ni tak leh lelap plak.. my princess mia & mydear dah nyenyak tido..ntahlah..letely ni mata takleh nak lelap sangat..macam-macam pikir...nak update entry tapi tak tahu nak mula dari mana..otak penuh nak di isi dalam entry tapi rasa 'KOSONG' jer....macam-macam..by the way aku suka dengar lagu si penyanyi muka buku ni..mesti korang rasa taste aku ni bebudak sungguh kan..yerlah..punyalah lagu hebat-hebat orang dengar aku duk dengar lagu budak tak abis sekolah ni..dan semestinya pada sesiapa yang tangah baca entry aku ni duk kutuk-kutuk aku lah..apa lah mak budak ni..masih layan lagu-lagu macam ni..erk?salah ker?

OK!Fine!Kenapa korang tak suka si penyanyi ni?adakah di sebabkan suara dia kebudakkan or dia look like no class?mean no standard with Yuna?eh tapi Yuna pun kagum kat si penyanyi ni..so?takperlah aku taknak bertelagah pasal si penyanyi..masing-masing ada pendapat sendiri..Actually one favourite song aku ialah "KOSONG"..pertama kali dengar memang aku rasa suara dia not matured at all..tapi aku suka lirik lagu ni..makna yang mendalam dan ringkas..meh baca lirik lagu ni.:-

Lirik Lagu Kosong -Najwa Latif 


Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu


Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa


Kosong...kosong


Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku


Kosong...kosong


Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar


Kosong...kosong


Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa


Kosong .. kosong 


Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku


Kosong...kosong


Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa


Kosong...kosong


 Simple tapi bermakna..aku tak nak ulas banyak-banyak..meh buang ego korang..just dengar jer lagu ni dan hayati lirik..mungkin tak sehebat penyanyi Taylor Swift yang korang banggakan..mungkin dia masih baru untuk samakan dengan penyanyi sehebat Yuna..tapi apa salahnya kita layan lagu si penyanyi ni..beri ruang lirik lagu dia bermain kat kotak minda korang..jangan asyik nak pandang rendah kebolehan sesorang..jangan pandang music tu ada standard..yerlah..kadang manusia ni suka melabelkan sesuatu yang sepatutnya ringkas..contohnya music..bila korang rasa hebat dan ada standard..nak dengar lagu jazz,ballade dan semestinya in English..bila dengar lagu melayu nampak sangat kampung..aku tak kecam pemikiran korang but why not beri ruang pada diri sendiri sikit..sesekali berpijak pada bumi yang nyata..dengar keluhan anak bangsa...ha kan aku dah 'ter emo sikit' dalam entry ni..yerlah selalunya aku akan tulis sikit jer..tak salah rasanya aku berceloteh panjang untuk sesekali..so pada sesiapa yang sakit ati baca entry aku pagi-pagi ni..aku minta maaf..tapi apa ada hal..blog ni nama pun 'Dear Diary Nasyrah Naim' so what?huhuhu..jangan tersinggung..meh dengar lagu ni sambil hayati lirik skali k..ardios..xoxo..muaaaaaaaaaaaah::


Thursday, August 26, 2010

::Masih Mencari Door Gift??::

::26 Ogos 2010-9:55pagi::
::Khamis::

::Salam RAMADHAN..ari ni dah masuk 16 hari kita berpuasa..alhamdulillah aku masih lagi dapat menunaikan kewajipan aku sebagai umat islam..Minggu ni aku sangat ke sibukkan..wah ayat aku sangat bersopan kan?kakakka..actually seram wei..tgok ticker sebelah tu dah nak ilang dah angka 30..mean another a month ok..sabar nasya..ok2 btw bukan pasal masa aku nak citer k..kang korang jemu..asyik2 baca entry si nasya ni duk citer pasal takut..huhu..

OK aku nak sharring kat korang pasal satu laman web ni...korang dah cr Door Gift?ha blum?ok2 aku share ngan korang laman sesawang ni..(hahha..skema giller ayat aku)..laman web ni nama Durian Kahwin  ...bukan jual Durian ok!!Unik kan nama diorg..and barang2 yang diorg jual pun sgt unik n exclusive ..Aku suka sangat..sbb aku suka Door Gift yang simple n unik..k mesti korang kata aku ni lebih2 plak promote..of coz lah..sbb aku amik Door Gift kat website ni..harga sgt reasonable ok..worth it with   the gift we buy..so untuk korang x jemu baca karangan pendek aku ni..ni aku tunjuk kan Door Gift yang mereka jual..:)..so enjoy..xoxo..muaaaah::





P/S : Sebarang pertanyaan sila hubungi owner website ni..dan jangan risau mereka sangat peramah ok..:)..ha kalau korang call atau tanya sila bg tahu dapat info dr blog aku..insyallah dapat special price..kakkakakaka::

Puan Nurul : 016-2149995


Email :  duriankahwin@gmail.com

Tuesday, June 15, 2010

::T.A.K.D.I.R::

::15 June 2010 - 5:20 ptg::
::Selasa::


::Salam..sedang aku asyik duk happy2 baca blog2 kwn , dan br je lps buat entry untuk online biz aku..tetiba aku ym ngan mizz farah a.k.a my bff..borak mengenai kematian..kwnnya dalam fb meninggal..sebulan sudah..tp baru sekrang baru tahu..Innalillah..aku tgok fb kwn mizz farah ni..sedih wei..tgok muka ceria..mcm masih ader lg bersama kita sekarang.hurmm..ok aku x nak citer panjang cuma yang aku nak kongsi kan kenapa arwah meninggal..untuk info kepada semua terutamanya kaum hawa..amat penting..arwah meninggal di sebabkan sakit Fibroid iaitu sejenis sakit yang berkaitan dengan rahim kita..ok aku share sikit info ni dengan semua readers k..


KETUMBUHAN atau Fibroid lumrah bagi wanita,namun ia bukanlah penyebab kanser,ia tidak berbahaya namun mempunyai risiko tertentu terutama kepada wanita hamil.Fibroid merupakan sejenis tumor yang membesar dari otot tisu dalam rahim

Ia juga dinamakan Uterine Leiomyomas atau Myomas.Kedudukannya boleh dikesan diluar atau diantara dinding rahim malah didalam rongga rahim.Saiznya pula dari sekecil biji kacang sehingga sebesar bola keranjang.

Sekiranya fibroid atau gugusan fibroid ini membesar diluar dinding rahim,ia boleh menyebabkan rahim berada dalam kedudukan tidak normal .ia juga boleh memberi tekanan kepada pundi kencing dan usus lalu mengakibatkan kejadian kerap kencing,sakit pada bahagian pelviks ,sakit belakang atau senbelit .Fibroid juga boleh menyebabkan pengeluaran darah haid yang banyak.

Kehadiran fibroid boleh menggangu kesuburan wanita malah secara tidak langsung ia menyebabkan komplikasi sewaktu hamil.Misalnya fibroid yang membesar akan menghalang bukaan rahim ,akibatnya wanita hamil terpaksa melalui proses pembedahan untuk mengeluarkan bayinya.

FAKTOR LAIN YANG DIKAITKAN DENGAN FIBROID

1.Sejarah Keluarga

Genetik keluarga yang pernah disahkan mempunya ibroid membolehkan anda juga berisiko untuk mengalaminya.Sekiranya nenek atau ibu anda pernah mempunyai fibroid,anda juga berpeluang untuk mengalaminya.

2.Umur

Fibroid biasanya dialami oleh wanita dalam usia 30-an.Namun dalam kajian yang dijalankan diluar negara,wanita Afrika-Amarika mengalami dalam usia yang lebih awal dari 30-an.Biasanya fibroid akan mengecut apabila wanita itu telah melalui proses menopaus.

3.Paras hormon

Tumbesaran fibroid banyak dipengaruhi oleh hormon estrogen atau progesteron atau kedua-duanya sekali.Setengah kajian mendapati fibroid akan jadi mengecil apabila paras estrogen semakin berkurangan(iaitu apabila menghampiri saat menapous).

4.Berat badan

Sesetengah kajian yang dijalankan menyatakan obesiti memainkan peranan penting dan tumbesaran fibroid.

5.Wanita yang telah melahirkan

Kajian mendapati wanita yang telah meklahirkan bayi kurang berisiko untuk mengalami fibroid.Risikonya juga semakin berkurangan apabila wanita itu telah melahirkan lebih dari dua orang bayi.

6.Gaya hidup

Sesetengah kajian menunjukkan senaman dan pengambilan makanan yang seimbang boleh mengurangkan risiko fibroid.Kajian juga menunjukkan pengambilan alkohol boleh meningkatkan risiko mengalami fibroid.

SOALAN KALANGAN WANITA HAMIL

1.Perlukah saya mendapatkan pemeriksaan fibroid sebelum merancang untuk hamil?

Jawapan:

Bagi wanita yang berisiko untuk mengalaminya,anda dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan awal.Ujian imbasan akan dijalankan untuk mengenalpasti masalah itu.Sekiranyabanda disahkan mengalami fibroid,doktor pakar akan memberikan panduan mengenai cara-cara untuk anda berhadapan dengan masalah itu.Apatah lagi jika anda mahu meneruskan kehamilan,anda perlu tahu apakah komplikasi yang bakal berlaku sewaktu kehamilan anda itu nanti.

2.Adakah fibroid menyebabkan masalah kesuburan?.

Jawapan:

Ya,fibroid boleh mengganggu masalah kesuburan,terutama fibroid yang berada didalam rongga rahim.Ia juga boleh memesongkan bahagian dalam rahim lantas menghalang kehamilan.Fibroid yang berada didinding rahim juga mungkin juga boleh menghalang kesuburan namun ia tidak memberi kesan yang besar kepada kesuburan wanita.

Bagi wanita yang tahu keluarganya pernah mengalami fibroid ,mereka perlu mengambil langkah segera untuk hamil.Hal ini kerana ,tumor itu berpontensi untuk membesar lalu menyebabkan masalah kepada anda dikemudian hari.









P/S :info ni aku dapat dr blogger besutkito semoga info ni dapat meberi kita peringatan dan menrima T.A.K.D.I.R dari Nya..untuk keluarga arwah walaupun kita tidak mengenali antara satu sama lain tetapi sebagai umat -Nya aku kirimkan Al-Fatihah supaya dia tenang di sana..Al-Fatihah...

Friday, June 11, 2010

::S.T.E.A.M.B.O.A.T::

::11 June 2010-5:44ptg::
::Jumaat::

::Selamat sore guys..aku masih di opis ni..perut rasa lapar..nak tanya korang rasa2 area kl n selangor ni mana tempat S.T.E.A.M.B.O.A.T terbaeek?teringinlah..sila2 yer kongsi info..kalau ader yg style buffet lg power..huuh..so xoxo..muaaaaah::

Friday, May 7, 2010

::Tips Bakal Yang Ingin Membina Masjid::

::07 Mei 2010-12:05 pagi::
::Jumaat::

::Hi..aku kalau dah rajin banyak benda nak kongsi..hihih..kali ni tips bakal pengantin..untuk aku gak lah kan?hihihi..tajuk kali ni ~Melayu Suka Membazir Bila Nikah | Persediaan kahwin, adab dan adat, rukun kahwin, bakal pengantin~aku dapat ni dari website ni...RahsiaPerkahwinan ..(rasa2 ramai dah jd member fb website ni)so aku just nak share info yang aku dapat..tp bagi pendapat peribadiku..semua urusan nikah kawen..iaitu meriah atau sederhana adalah mengikut kemampuan masing2..so ni aku paparkan sedikit tips untuk kita berkongsi bersama...


Melayu Suka Membazir Bila Nikah | Persediaan kahwin, adab dan adat, rukun kahwin, bakal pengantin

Kata seorang ustaz, antara calon isteri yang baik ialah yang murah mas kahwinnya. Hal ini termasuklah wang hantarannya, tidaklah terlalu mengada-ngada seperti orang sekarang, hendakkan RM11,111.11 atau RM22,222.22 atau RM33,333.33 atau RM44,444.44. Hidup biarlah berpada-pada, janganlah nak riak, nak menunjuk-nunjuk. Semuanya akan membawa kehancuran. Sia-sia saja amal perbuatan sedangkan kita hendakkan keredaan Allah SWT.


Ada akan jadi dengan masyarakat jika keadaan ini berlaku? Mampukah anak-anak muda yang baru bekerja atau keluar dari universiti menyediakan jumlah wang sebegini besar sedangkan keinginan mereka untuk kahwin sudah memuncak.


Bagi kebanyakan anak muda, pada usia 25-30 tahun, mereka sudah 'gatal' untuk kahwin. Tapi wang tiada. Disebabkan oleh 'segolongan manusia' yang gila glamour dan sebagainya, ibu bapa 'buah hati' mereka akan tetapkan wang hantaran melampau seperti RM10,000, RM20,000 atau RM30,000. Cuba bayangkan bagaimana anak muda kita hendak 'cekau' duit sebegitu banyak bagi membolehkan mereka kahwin?


Bagi pendapat peribadiku-:
Bukanlah untuk menunjuk brapa jumlah yang kita terima tapi ia sgt berpatutan dengan keadaan ekonomi kita skrang..dengan harga barang naik..minyak naik..dan mcm2 lagi..tapi tidaklah aku sokong yang sanggup meletakkan syarat untuk meletakkan duit hantaran mereka terlalu tinggi sekadar untuk menunjuk..fikirlah keadaan semua pihak terutama 'bakal suami'.. Pertamanya ia dikhuatiri akan menjadi contoh kepada masyarakat dan yang kedua perkahwinan gah begini akan mengecilkan hati orang miskin dan tidak mampu.


Masyarakat Melayu perlu hentikan segera sifat boros, membazir


Akhbar tempatan sebelum ini mendedahkan berita perkahwinan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit dan terbaru sebuah lagi perkahwinan yang mendapat liputan utama akhbar tempatan turut menelan belanja berjuta ringgit.

Perkahwinan sememangnya satu perkara yang baik bahkan dituntut oleh agama Islam sendiri tetapi apa yang dipersoalkan di sini ialah kenapa berita ini yang digembar-gemburkan oleh media serta menjadi lebih penting daripada berita yang lain sehingga mendapat liputan muka depan.

Apakah tidak ada lagi isu-isu lain yang lebih penting daripadanya sedangkan masih banyak isu-isu lain yang perlu diutamakan.

Teras kesal dengan apa yang digembar-gemburkan oleh akhbar-akhbar tempatan kita yang begitu mengutamakan berita perkahwinan ini memandangkan ia menggambarkan kepada umum bahawa masyarakat Melayu lebih mengutamakan budaya pembaziran, kemegahan, hiburan dan turut memalukan bangsa.



Bagi pendapat peribadiku-:
Tidak perlu lah menghebohkan jumlah perbelanjaan yang telah di hitung..ia akan membuat fitnah sesama kita..dan bila menelan perbelanjaan yang sgt besar ia adalah mengikut kemampuan seseorang..:)::

.
::So bagi aku segala ilmu yang kita perolehi...pengalaman sahabat-sahabat yang telah mendirikan rumah tangga..haruslah kita manfaatkan dan buat kan sebagai pengajaran...xoxo..muaaaaah::