Showing posts with label ::bride to be::. Show all posts
Showing posts with label ::bride to be::. Show all posts

Tuesday, May 28, 2013

Perginya tak di duga...

:: 28 Mei 2013 - 10 : 30 pagi ::
:: Selasa ::

:: Salam semua...aku nak share pasal junior aku time sekolah menengah..aku tak lah kenal rapat tapi salah sorang kawan baik aku ni sepupu dengan junior aku..Pagi Jumaat lepas aku dapat info kat facebook yang junior aku ni meninggal dunia akibat komlikasi buah pinggang..ok sangat terkejut..yerlah tak dengar pun selama ni sakit..alih-alih dah meninggal dunia..aku mesej kawan baik aku nak confirmkan..selang berapa jam dia balas dan bagi tahu punca sakit dan bila sakitnya..Bila dapat tahu..Ya Allah sangat sedih ok..perginya arwah 3 bulan selepas kahwin dan sakitnya pun baru tahu lepas kahwin..imagine macam mana suami arwah hadapi..di saat sepatutnya tengah berbulan madu tapi di kejutkan dengan kehilangan isteri tersayang..kebetulan adik aku ada baca blog arwah ni..rupanya dia aktif berblog ala-ala macam aku dulu blog bride to be so aku pun bacalah tapi kebanyakkan preparation nak kahwin..pada sesiapa nak mengenali arwah ni blog beliau... :-




:: Al-Fatihah ::




Untuk pengetahuan semua arwah ni anak tauke kedai nasi lemak yang famous kat Klang..siapa orang Klang insyallah pernah cuba..Kedai family arwah dekat depan Pasar Besar Klang..nama kedai 'Sri Khas' tak silap aku..mydear dan aku rajin gak makan kat sana..takpelah siapa yang nak merasa silalah singgah..oklah..last but not least...hargai waktu yang ada bersama orang tersayang..kita tak tahu apa akan jadi hari ini...esok dan hari mendatang...sebelum aku end of entry ni..marilah kita kirimkan doa dan al-fatihah semoga arwah tenang di sana..insyallah ::

Monday, December 6, 2010

::Rindu Gue Tak?::

::06 Dis 2010-5:15 petang::
::Isnin::

::Ampun di pinta...pembuka bicara..ewah..wei sorrygilo bila aku tgok posting aku bulan NOVEMBER hanya satu..tu pun setakat berkongsi lagu favorite!!ok2.. sorry sangat..mesti korang ingat aku ni dah x aktifkan..sila tidak percaya..kerana aku masih aktif di blogger bride to be admin by farah fatiha..korang yang bride to be and link with this others confirm dah join group tu kan...sila lihat ni..+__+..::


::sila lihat ini::

korang nampak tak list nama2 bride to be yang ada kat atas ni..wei aku paling last..sob..sob...eh naper nak sedih?hahha..ni bukan senarai pertandingan yer sahabat2 semua..ni senarai all bride to be and bride yang rajin update..dan sila lihat..aku yang paling 'pemalas'..hahhaha.ampun kami semua..aku bukan pemalas ok..selagi boleh semua citer aku nak kongsi..tapi di sebabkan..OPIZ telah mem block segala website berkaitan dengan network iaitu ter masuk facebook dan juga BLOG!!

Tension wei...gilo aku kat opis bila try buka blog untuk mengupdate..tetiba semuanya kuar blank..bila tanya bahgian IT..diorg bagi tahu kena BLOCK!!ok apa korang rasa kalau sumber kehidupan korang tetiba di tarik balik!!uwaa..sangat tension ok..kepada boss ku..sila lah fahami jiwa dan raga perkerjamu yang berhemah ni..hahahaha..so bila semua tu jadi..kredit kemalasan ku mula bertambah..yer lah..sejak bergelar isteri..aku hanya mampu online di opis..dan BB kesayangan ku..bukan kat rumah x leh online..tapi kesibukkan menjadi isteri..bnyak tanggungjwab..sampai rumah dah pukul 8..sediakan makan pakai untuk si suami..temankan beliau..x kan lah tetiba balik aku nak ngadap laptop..owh memang aku mahu tp apa kan daya..bak kota bonda ku(KAMU TU BUKAN ANAK DARA LAGI!!)...tetiba huruf besar ko kenapa?kakkakaka..saja nak attract korang..kang ngantuk..wei aku citer ni bukan merungut setelah menjadi isteri kepada mydear ku k!!tidak sama skali..cuma masa sangat terhad..nak update tengah malam..katil dah memanggil-manggil..kakkaka..zzzzzzz..wei jangan tido baca aku nyer blog ni..bukan slalo aku tulis panjang2 ni..hahahha..

So sempena esok Muharram 1, 1432 ..insyallah..blog ni akan di update dan di kemaskini..so sesiapa yang masih mengikuti blog aku yang sederhana ni..sila jangan busan dan jemu..insyallah...terlalu bnyak aku ingin kongsi kan..business baru ku almarichantekchomel dan kehidupan seharian ku selepas menjadi isteri..Wei nak bagi tahu..aku kiranya masih tergolong dalam ketegori BRIDE TO BE!! sbb majlis bertandang aku masih belum berlangsung lagi..so guys arios..aku sisipkan gambar aku n mydear yang terbaru..:)..xoxo..muaaaaaaaah::




::Selamat menyambut maal hijrah::
 

 p/s :: Jangan lupa doa yer kawan2..:)..

Wednesday, September 15, 2010

::Darah Manis...weeeeee::

::15 September 2010-3:20 ptg::
::Rabu::

::Salam Lebaran..ha dah bertukar salam rupanya..dari salam Ramadhan ke salam Lebaran..bermakna lagi beberapa hari aku akan bertukar status 'PUAN'..erk...cepat jer masa ber lalu..rasanya baru jer aku war2 kan my big day kena postponed..alih2 dah sampai dah masanya..

Ok kali ni aku nak citer pasal Darah Manis..korang pernah dengar istilah darah manis?aku rasa semua yang dah masuk fasa bertunang akan dengar ayat ni..tp zaman sekarang dah maju..budak umur 10 tahun pun dah tahu..lagi advanced dari kami yang patut tahu..mana tak nya..tgh aku bersiap nak kuar ngan mydear..cousin aku soarang ni masuk duk tgok aku bersiap..siap tanya..

"kak long nak g mana?" my little cute cousin
"kuar ngan abg p beli brg.." aku menjwb dengan penuh rasa seorg bakal ibu..hahha..perasan..
"eh mana leh kuar ngan abg p..kak long kan darah manis" my little cute cousin memberi pandangan..

Ha ko!terkedu..bdak kechik bahasakan aku balik..hahahha..hebat bdak2 sekarang..ntah dia phm ker idak darah manis tu..yang aku terkedu-kedu nak menjawab..cepat2 aku bersiap..kang semua adat resam melayu kuar..kakkaka...Tapi tu lah..kita yang moden ni selalo abaikan apa yang orang tua kita pesan..nak cakap kita melawan tu x lah..tp rasa mcm pesanan orang dulu kala terlalu bnyak larangan nya..haish..

Semalam aku mula keje..cuti raya x banyak nok!mak dah perabih kat cuti kawen..haish..so aku ngan gagahnya mula keje..Bondaku  pun sama..masing2 ngah bersiap nak mencari rezeki..ngah sibuk2 bersiap bondaku siap pesan..

"Kakak hati2 bawa kete..balik awal..jangan nak melencong..awak tu darah manis.."bonda pandang aku x berkelip..

Erk korang bayangkan pesanan tu dah sampai kat aku ntah untuk keberapa kalinya..ayark..dari budak kechik sampailah ke bonda ku..Memanglah kita patut dengar cakap org tua..time darah manis ni lah dugaan nyer sangat hebat..macam2 berlaku..time nilah di uji pelbagai dugaan..darah manis tu sekadar bahasa kiasan..tp nak buek mcm mano.dah semua urusan kami berdua kena uruskan sendiri..so keraplah jumpa..nak buat citer sedih lg..aku ni dah x ber bapa..ke x semuanya aku yang galas..=___=.. (mood sedih)..tp xderlah aku tunjuk protes..aku still dengar kata ok..yang masa leh elak jumpa mydear..kami x berjumpa..yang patut jumpa..kena lah sebab kami nak menguruskan segala benda..

Rasanya aku dah merepak bnyak ni..kang sok2 aku sambung lg..so pada sesiapa yang berdarah manis seperti aku..ingat!!jangan melawan cakap bonda2 kamu sekalian..kerana dugaan dtg tanpa di duga..xoxo..muaaaah::

Monday, August 30, 2010

::Dia Kah Jodoh Kamu?::

::30 Ogos 2010-1.00 ptg::
::Isnin::

Salam RAMADHAN..sekejap jer kita dah 20 hari berpuasa..insyallah minggu depan kita akan berhari raya..ok kali ni aku nak share ngan korang pasal Jodoh..korang rasa jodoh korang sekarang ni adalah yang terbaik?selesa ke korang bila di samping beliau?org yang kau terlalu sayang tapi akhirnya...setelah cinta disemai..ikatan mula di ikat kemas..tetiba di akhirnya sepatut ke arah kebahgiaan tapi terputus di tengah jalan dengan alasan..TIADA JODOH..pedih jer aku tgok ayat tu..siapa yang sanggup hadapi semua tu..lagi2 bila kata sepakat telah dia buat..kaum keluarga merai bersama..tapi akhirnya hanya perpisahan yang tercipta..sedih!ok2 aku x nak melalut banyak..bagi yang baru nak cipta hubungan ni tips aku dapat dr mr google..yg dah lama pun boleh practise kan..lihat ini sebagai motivated dalam hubungan korang..perbaiki mana yang kurang..yg penting KOMUNIKASI..please..jangan amik mudah untuk semua ni k..

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)



Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?





Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.



1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.



2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.



3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.



4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.



5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.





6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?



7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.



8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.



9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.



10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


So guys..amik ni sebagai tips k..xoxo..muaaaaah::



Thursday, August 26, 2010

::Masih Mencari Door Gift??::

::26 Ogos 2010-9:55pagi::
::Khamis::

::Salam RAMADHAN..ari ni dah masuk 16 hari kita berpuasa..alhamdulillah aku masih lagi dapat menunaikan kewajipan aku sebagai umat islam..Minggu ni aku sangat ke sibukkan..wah ayat aku sangat bersopan kan?kakakka..actually seram wei..tgok ticker sebelah tu dah nak ilang dah angka 30..mean another a month ok..sabar nasya..ok2 btw bukan pasal masa aku nak citer k..kang korang jemu..asyik2 baca entry si nasya ni duk citer pasal takut..huhu..

OK aku nak sharring kat korang pasal satu laman web ni...korang dah cr Door Gift?ha blum?ok2 aku share ngan korang laman sesawang ni..(hahha..skema giller ayat aku)..laman web ni nama Durian Kahwin  ...bukan jual Durian ok!!Unik kan nama diorg..and barang2 yang diorg jual pun sgt unik n exclusive ..Aku suka sangat..sbb aku suka Door Gift yang simple n unik..k mesti korang kata aku ni lebih2 plak promote..of coz lah..sbb aku amik Door Gift kat website ni..harga sgt reasonable ok..worth it with   the gift we buy..so untuk korang x jemu baca karangan pendek aku ni..ni aku tunjuk kan Door Gift yang mereka jual..:)..so enjoy..xoxo..muaaaah::





P/S : Sebarang pertanyaan sila hubungi owner website ni..dan jangan risau mereka sangat peramah ok..:)..ha kalau korang call atau tanya sila bg tahu dapat info dr blog aku..insyallah dapat special price..kakkakakaka::

Puan Nurul : 016-2149995


Email :  duriankahwin@gmail.com

Wednesday, August 25, 2010

::LAGI SEBULAN....::

::25 Ogos 2010-6:20 pagi::
::Rabu::

:Salam RAMADHAN ..pergh tak pernah aku buat entry di subuh hari..rajin x aku?hahhaha..haruslah tidak kan namanya..sowylah..agak ke sibukkan skrang ni..ampun kemaafan..wah sekejap jer dah 14 RAMADHAN..sekejap jer wei..macam-macam perasaan bercampur baur.. gementar+seram+penat..ntahlah..takutnya..nak citer panjang pun aku agak blur lepas sahur ni..so hayati nombor ni..hahha ceh jgn ingat aku ajak tikam no..cuma nak ingatkan diri sendiri aku nikah bila..ayark..k lah nak bersiap g kojer!!xoxo..muaaaaah..::


Thursday, August 19, 2010

Kekanda Adinda...


::19 Ogos 2010-10.20pagi::
::Khamis::
::Salam RAMADHAN..dengan rasa happynya aku nak share ngan korang one of my short list song for wedding day..cewah..TAPI SANGAT BERHARAP SOMEONE NYANYIKAN LAGU NI DI HARI BAHAGIA KU..ha kan aku dah highlight..plzzz sahabat2 ku yg hebat2 main muzik ni..or my lil bro nazri..adik..nyanyikan lagu ni untuk along plz!!find ur partner n practice now..:P...suka lagu ni..chomel sgt..first suka lirik dia..so now mydear..kalau kita nak berdebat guna ayat2 mcm ni ok..hahhaha...:P..lirik sungguh puitis n give motivated for new marriage n long marriage..jangan cepat naik angin..bnyak dah kisah aku baca lately ni..especially kes dera suami kepada isteri..haish..kaum adam..sila hargai sang hawa..mereka anugerah terindah yang harus di jaga..bukan nak membebel pagi2 ni..dan aku pun x nak spoil mood ceria aku pagi ni.. cuma peringatan untuk kita semua terutama to my luvly bride to be frens..kita yg akan mengalami fasa baru ni..amik semua jadikan pengajaran..punya la susah nak dirikan masjid untuk sepanjang hayat..tapi dek kerana amarah yang x dapat di kawal..dek cemburu buta yang x leh nak di celikkan..masjid terbina musnah mcm tu..bak kata lirik lagu ni..
"Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransiKekanda Adinda"
cubalah wahai sahabat2 ku semua..comunicattion its important..aku x ckp aku the perfect couple..sometimes dtg angin nya..ribut taufan skali dtg bantu..tapi for a while kita org pikir balik..should us destroy everything we build together..so mydear mr syarafi..kita sama2 hayati lirik ni k.. cuma kita perlu tukar lirk ni jer..part ni..
"Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan"
kena tukar
"Kanda polar kutub timur

Dinda kutub barat"..:P
hahha..sebab mydear org timur..syg barat..kakkaka..so my luvly reader..enjoy my entry..xoxo..muaah::
Oh Kekanda
Jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda
Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata
Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi
Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya
Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Oh bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?
Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi
Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka
Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya
P/S : SILA KLIK NEXT PADA SONG LIST AKU KAT TEPI TU KALAU NAK DENGAR LAGU NI..:p

Tuesday, August 17, 2010

::Nak Post Apa??::

::17 Ogos 2010-11:30 pagi::
::Selasa::

::Salam RAMADHAN..Pelikkan tajuk aku?ha aku lg pelik..axtually aku tahu nak tulis entry apa..hahha boleh mcm tu?aku kalau tgok list B2B(bride to be) yang lain..ha setiap sejam ader jer yg bertukar post..kadang2 aku sanggup baca dr menulis..hahha..sbb B2B yang lain dah bg info yg berguna..tapi nanti bersawang plak blog aku ni..haish..

Ni dah separuh menaip aku dah blank..nak citer apa?nak citer buke apa smlm?hahha..gerenti korang busan..nak update pasal preparation..minggu depan br fitiing n cr brg segala..hahha..gilo x aku..org yg seminggu awal dr tarikh aku semua dah setel..siap tunggu masa jer..aku?mau terkejar-kejar..ngan masa yg suntuk..keje opis lg..ayark..bnyak penat...tapi aku masih bersyukur mempunyai family yg sgt memahami..so diorg bnyak bantu aku ok..kalau aku sorang..confirm korang dtg wedding aku nanti(korang dtg ker?) carca merba jadinya..hahhaha..

Ok aku xnak korang jd giller baca entry aku kali ni..nanti jap2 lg kalau ader y menarik..aku share ngan korang k..xoxo..muaaaah..::

Monday, August 16, 2010

::Angka 40 akan hilang..Erk!!::

::16 Ogos 2010-10:37pagi::
::Isnin::

::Salam RAMADHAN..short entry from me..aku dok belek aku nyer blog aku ni..skali aku tgok ticker kat sbalah ni dah mem perlihat kan ini..:-


weiiiiiiiiii..dah nak tinggalkan angka 40 tu..makin berdebar ni..makin hampir..uwaaaaaa persiapan x cbrapa nak complete ni..rileks nasya..tenang..hadapi dengan senyuman..hhahaha..ok tu jer entry aku kali ni..kang aku rajin up entry baru..xoxo..muaaaa..:P..::

Sunday, August 15, 2010

::BUnga PahaR::

::15 Ogos 2010-11:00 pagi::
::Ahad::

::Salam RAMADHAN..cewah..mentang2 bulan RAMADHAN ..pembuka kata semua kena ada ayat RAMADHAN..hihih..ok2..kali ni back to track..aku ngah cr bunga  untuk BUnga Pahar aku ni..knapa x D.I.Y?haha..cukuplah beberapa barang aku D.I.Y..a larat babe..keje opis yang berlambak..ngan kesuntukkan masa..ayark..kalau leh mmg aku nak sgt D.I.Y so boleh ader kenangan kan..tapi dek kan masa terpaksa beli..so aku sgt berminat bunga kat SSF HOME DECO..last year aku g..ntah ader lg ker x..cantik sgt..plan nak g next week ngan bonda..nak g nilai jauh bebenor..kang dtg2 xder yang berkenan..dapat penat aderlah..so nak minta tlg pada sahabat2 blogger ku skalian..korang rasa mana tempat2 yang ader jual bunga2 pahar yg cantik..korang mesti hebat google dr aku sbb korang lg bnyak entry B2B dr aku.hihih..so sahabat handai tolonglah yer..xoxo..muaaaah::




::Sweet kan dua2 gambar atas ni..thnkz mr google::

Thursday, July 15, 2010

::Style Tudung Ku...::

::15 Julai 2010-11:55 pagi::
::Khamis::

::Nak pakai tudung mcm mana yer time nikah n sanding nanti?haish..pandai ker mak andam aku nak gayakan..hurm..kalau silap pakai haru gaya nya..mau xmo tgok gambar wedding sendiri..hahhahah..so dgn gigih mencari cth2 ni..susah gak jd muka bulat ni..nanti pakai ikut style sgt dikatakan org gemuk..nak manis ayat chubby..haish..mau aku pakai tudung biasa jer ni nanti..hahhaha..k2 ni gaya yang aku paling suka n mungkin akan ku tiru..:)

::kontra color tudung..nice..coz on my day pun akn pakai putih..so nice idea::

::yang ni simple jer..pun suka..tudung tu pink kan brooch bg nampak menarik..x kosong::

::ni pun simple..anak tudung berkerawang tp sesuai ke ngan muka bulat ni?haish::

::nabila ni kemas jer..tudung masuk dalam..ok gak but kena make sure baju aku bnyak design lah..kalau x nampak kosong nanti::

::yang ni so simple ok..xder awning2..nice jer..tp muka aku bulat..huhuh..di ulangi bulat..uwaaaaaa::

::aku rasa ni yang ok lah for my chubby face..:P::

::ni cth terbaik..hahhaha..sbb muka siti pun bulat mcm aku..:P::

so semua tu cth2 yang aku gigihkan kumpul untuk rujukan mak andam..rajin x aku?hahhahah..last but not least   ..leh x time nikah aku nak pakai mcm ni?ala2 AYAT-AYAT CINTA..taaaaaaaaaaa

::hahhaha..ngada jer kan aku..mau tok kadi duk x senang duduk nak tgok muka aku nanti..hahha:P::

k lah sharing its caring so xoxo..muaaaaaaah::

Wednesday, July 7, 2010

::Officially Photographer a.k.a OP::

::7 Julai 2010-4:18 ptg::
::Rabu::

::Ok wahai sekalian sahabat handai..di petang yang ceria ni..setelah dua minggu berturut-turut aku mengejar 'dateline'..akhirnya hari ini semuanya selesai.so kali ni aku nak share ngan korang my Officially Photographer..setelah sekian lama mencari..akhirnya aku jumpa yang amat sesuai untuk majlis ku nanti..so untuk tidak bercerita panjang..tatap lah hasil keje mereka..setelah habis menatap akan ku beri tahu siapa my Officially Photographer...

::hope gambar aku dapat semua angle mcm ni..suke2::


::suka angle ni..::

::clean jer gambar ni..::

::nice shoot::

::lighting  yang amat cantik::

huhuh..suka x ngan pilihan aku?:p..nice angle n nice shoot..n yang paling penting semasa aku memlih my OP yerlah senang nak bw bincang n harga sangat reasonable..ceh promote habis ni..so pada sesiapa yang masih tercari2 siapa gerangan yang akan mengambik gambar di hari bersejarah korang..aku bg details k..::



so guys..sebarang pertanyaan sila bertanya mereka..dan jangan bimbang..mereka sangat sporting..n aku pun x sabar menanti tibanya hari ku..hope dapat yang terbaik dari mereka..xoxo..muaaah::


Tuesday, June 29, 2010

::my baby for u all::

::29 June 2010-11:20mlm::
::Selasa::

::lama gilo kot aku x update..bz sikit lately ni..tp aku still dalam misi aku for my wedding preparation..so far semua nyer still under control..nak di jadikan citer..semuanya aku nak buat sendiri..termasuk my wedding card..'my baby for u all'..tp x dapat lah kan aku nak letak awal2..bg korang tertunggu-tunggu..huhuhu..tunggukah?lallalala..tp untuk tidak menghampakan korang aku bg intro for my luvly baby card k..k lah nanti aku update lg perkembangan persiapan wedding ku ini..n nantikan my Officially Photograper untuk my luvly wedding..daaaaa..xoxo..muaaaaah!!::

::my baby card::

Monday, May 24, 2010

::Sudah ader kata persetujuan...::

::24 Mei 2010-4:20ptg::
::Isnin::

::Berdebar bila dah ader tarikh...hhahaha..ngokngek aku ni..bila xder tarikh risau..bila dah ader tarikh mula dah gelabah..nak buat mcm mana kan..harus tempuh..(mood gatal) hahhahahha..btw dalam kegembiraan aku dapat tarikh yg telah di persetujui oleh kedua family..last saturday family tunang aku dtg untuk memtuskan tarikh kami.. dua benda yg aku terpaksa lupakan..iaitu my favorite meke up Tiar Zainal  n photographer Kamerakahwin...uwaa..sedih kot..lama kot book Tiar Zainal n adore him so much..alih2 xdpt gak khidmat dia..sedih sgt sebab clash ngan schedule dia..but redha..n hope Sofi can make more miracle...tentang photographer pun begitu..aku rasa dar first aku mencari diorg ni lah yg paling reasonable harga dia..haish sedih wei..tp nak buat mcm mana..maybe ader hikmah...

Yang pasti now aku mampu tersenyum kembali..tp masa agak suntuk untuk kami prepared everything..nasib dah ader yg kami dah mula..wah bila pikir2 balik dah penat wei..now my misi nak cr photographer lg..ayark..haish google..mesti korang tertanya-tanya bila date aku kan..insyallah..lps kad dah siap n dan hanya tunggu di edarkan..aku akan bagi tahu kelak..so guys..xoxo..muaaah...smile::

Friday, May 7, 2010

::Gorgeous Award::

::07 Mei 2010-10:03pagi::
::Jumaat::


::Weeeeeee...xoxo..gossip girl..hahhaha..apa kena mengenanya...btw dengan senang hati aku telah menerima Gorgeous Award dari Elya Chomel...gorgeous ker blog aku ni..hahhahah..thnkz dear..sangat menghargainya...btw kalau boleh mmg aku nak bg semua so kali ni aku xnak list down nama2 yang aku nak bg award...hahah..(tiru elya)..aku bg semua wanita terchantek yang mempunyai blog yang sgt gorgeous!!!


*
*
*
*
*
*
*
******

Anda semua disamping Gorgeous Award ni..aku sertakan satu lirik indah untuk wanita yang sgt gorgeous di mataku....::


Warisan Wanita Terakhir 

Bila kita dalam salam perpisahan
Namun aku tetap bersamamu
Ku rasa bagai satu sentuhan
Dalam mimpi ku terbayang wajahmu

Dalam dirimu penuh kelembutan
Semakin hari namun semakin rindu
Tapak tanganmu akan ku genggam
Akan ku sentuh ketika sayu

Untukmu akan ku semaikan
Cinta yang sejati tiada bandingan
Dalam kerinduan ku sendiri
Dalam kesyahduan kita hadapi

( korus )
Warisan wanita terakhir
Jiwa raga ku serah
Kau ingin milik segalanya
Di mana kasihmu tiada kau memberi
Apa yang ku perlu hanya kau dapat memberi
Hanya satu yang ku pinta kasih
Kau warisan wanita yang terakhir

Dalam dirimu penuh kelembutan
Semakin hari namun semakin rindu
Tapak tanganmu akan ku genggam
Akan ku sentuh ketika sayu

Untukmu akan ku semaikan
Cinta yang sejati tiada bandingan
Dalam kerinduan ku sendiri
Dalam kesyahduan kita hadapi

( korus )
Warisan wanita terakhir
Jiwa raga ku serah
Kau ingin milik segalanya
Di mana kasihmu tiada kau memberi
Apa yang ku perlu hanya kau dapat memberi
Hanya satu yang ku pinta kasih
Kau warisan wanita yang terakhir

Hati sucimu ingin ku miliki
Hanya satu yang ku pinta... Kasih...
Kau warisan wanita ynag terakhir
Kau warisan wanita... Yang terakhir... 


Teacher's Pet

Thursday, May 6, 2010

::Salah blog ker?..Hihi..My New Layout::

::06 Mei 2010-3:42pm::
::Rabu::

::Salah blog ker?yer ker blog nasya ni?hihihi..Moood baru..saja nak tukar layout yang sedia ader..dr colourful kpd yg light2 jer..dr 2 columns ker 3 columns..so hope korang suka ngan new layout ni even though  not the final layout..maybe akn berubah-ubah..huhuhu..so thnkz blog walking to my blog..really appreciated.so aku bg tatapan korang tgok blog lama aku..pengubat rindu..hahhaha...xoxo..muah::

Friday, April 23, 2010

::::finally..everything its postponed..sorry guys..nothing to say..still need to recover my heart...just follow what they planned for me::

::23 April 2010-11:40mlm::
::Jumaat::

::Tenang jer malam ni kan..kalau korang tgok title aku jer dah tahu apa kan..Dugaan..lama aku buat entry ni..separuh jalan taip..lps tu aku simpan..ader kekuatan x aku nak coret entry kali ni..ntahlah..yang aku tahu seminggu aku recover balik semua yg aku rasa dan sekarang aku ok....alhamdulillah..

Tak tahu nak mula mcm mana tp yang pasti tiada 'Hari Bersejarah' yang akan berlansung pada 30 Mei 2010 nanti..segalanya telah berubah..perancangan..jadual dan juga tarikh..Dugaan yg sangat berat bg ku tp aku pasrah...now dah ceria ok..:D..Seminggu lepas aku dapat perkhabaran dr my future mother in law..supaya hari 'kami' nanti terpaksa si tunda..bukan di tunda sehari,seminguu,sebulan..tapi 4 bulan..akhirnya kata putus selepas raya..:(..sedih kan tp aku yakin semuanya ader hikmah..

Aku terima ngan redha..dan aku tahu ini semua menguji kekuatan hubungan kami..alhamdulillah kami masih bersama-sama mengharungi dugaan ini..yang aiku kagum mydear sangat tenang walaupun aku tahu seribu masalah bersarang di hati..dan aku perlu ader selalo dengannya..

Mesti bnyak persoalan kat korang..knapa boleh tunda?tinggal sebulan jer lg kan?takperlah..semuanya dah ditentukan olehnya..dah aku terima dengan redhanya..segala persoalan korang biarlah menjadi rahsia kami sekeluarga..Yang penting ramai yang bg sokongan..jutaan terima kasih ku berikan kepada sahabat2 ku,cik farah,cik dida,cik merah sebab ader masa aku perlukan..juga kepada cik suhaila,cik lynda,cik nawal dan cik elya..thnkz for ur advises..dan semua nama yang x ku sebut..aku ucapkan ribuan terima kasih..ke prihatinan korang amat aku hargai..

So aku pun x nak sedih2..smlm aku dah call Tiar ckp wedding aku di tunda lps raya..takut sgt Tiar x dpt nak mekap aku..tp dia ok..kami akn bincang tarikh yg dia dan aku ok..wah mcm artis lg ni..dan aku harapakan perbincangan kami positive..sbb aku amat megharapkan khidmat beliau..

So guys yang menatikan entry wedding aku..aku akan teruskan..dunt worry dear..entry akan datang aku akn buat entry special siapa yang buat baju wedding ku nanti..k lah..nite..xoxo..muah::


::aku suka gambar ni..sekadar nak mengubat hati yg lara..tp aku da ceria..daaaa::

Tuesday, April 13, 2010

::My Luvly Place To Spa:::

::16 April 2010-7:30 pagi::
::Jumaat::

::Wah sangat bersemangat aku bangun n buat entry ni..huhuhu..ok entry kali ni khas utk memberitahu bahawasanya aku ader tempat best untuk korang..especially all B2B..yer rr..tempat ni penting ok..ok2 x mo citer panjang..korang rajin g spa x?mesti mahal kan?k2..btw ni adalah salah satu tempat yang korang boleh cuba..harga dia sanga reasonable so apa lagi...ni ader blog aku bg korang tgok..blog ni masih baru tp dunt worry guys..perkhidmatan insyallah the best...so sesiapa yang berminat leh g tgok blog ni or email kat aku k..bila lagi kia nak relax kan..ngan harga yang sgt berpatuan...insyallah korang mampu..:p...so ni nama blog tu...

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

La Vida Butik Spa..



butik ni lokasi kat Uitm Shah Alam..so korang pun fhm kan knapa harga dia sgt reasonable..so apa lagi?!!weeeeeeee..suka2..jom2 tau..jenguk2 blog beliau n singgah2 spa beliau..

Ha lagi satu..beliau bukan saja ader spa tapi ader body massage , pedicure and manicure , shoes ,aksesori dan beg..kira kalau korang datang butik beliau ni..lengkaplah pakej..huhu..x yah g tmpat lain ok..best wei..so enjoy!!!

p/s:sesiapa yang berminat sila email aku or jengah2 blog ni k..La Vida Butik Spa...

p/s:sorry blog yg aku link ni akan di update dr masa semasa...peace::

Friday, April 9, 2010

:::MY OFFICIALLY MAKE UP DAY BOOKED:::

::10 April 2010-1:50am::
::Sabtu::

::Maaf yang teramat sgt..lama nyer aku x update blog..B2B yang lain aku tgok cepat jer update..dari kisah photographer dr lah mekap n plemain..aku??ayark..sorry sesangat..aku tersangat bz..dengan faktor kerja yang sangat tight dan pelbagai masalah yang datang..finally..alhamdulillah i'm back to track..btw aku pernah buat entry mekap yang aku suka..kalau korang x ingat g kat entry lama aku k...tu pun kalau korang rajin..:P..

Ok2 aku xnak korang busaaaan ngan penulisan aku..kali ni aku nak buat entry istimewa dlam perjalanan persiapan wedding aku..aku dah bg tahu tema warna wedding aku..tema warna utk kwn2 aku..now aku mulakan dengan siapa yang akan menyolek aku nanti..ewah ayat nak klasik..huhu..so utk tidak korang ternanti-nanti..aku story sikit perjalanan hari bahgia aku nanti..majlis aku akan diadakan tiga hari..insyallah..jumaat nikah,sabtu berinai n ahad sanding..so korang pun nampak aku sgt memerlukan khidmat solekkan yg bersama ku selama tiga hari...hahha..terasa mcm artis babe!..

Ok selama hampir setahun pencarian..aku dah putuskan dua org akn menyolek aku nanti.. dan mereka ialah:-.................huhuhu

Cik Sufi-(My junior masa blajar..dia dulu study on fashion)..so aku tunjukkan hasil beliau pada korang..apa yang aku sangat suka ngan sufi ni?Cara solekan..aku sangat suka org yg pandai main mata..suka ok..n korang pun tahu entry aku sblm ni..semua yang aku pilih lebih kepada mainan mata n Sufi its the best choice!!!And one more thing..price beliau sgt reasonable..kalau sesiapa minat dengan cara solekan beliau..email me k...hahahha..prmote k..And sufi akan solek masa nikah n malam berinai..:D


::ni masa mekap nikah(kredit to sufi frens..amik pic dr fb diorg)::


::ni masa sanding..chantekkan::


::ni lah sufi...penyolek yang sangat chantek::

Ha ok!dah citer pasal siapa yang akan menyolek wajah aku yang sgt biasa ini masa nikah n malam berinai..ha mesti korang tertanya-tanya siapa solek aku masa bersanding nanti..:D...dengan rasa suka citanya..aku dah book beliau ni..sama tarikh aku book sufi..x silap aku dua bln lps..NAK TAHU???....................................................Ni Beliau....










::Pn Anil sangat chantek..suka sgt pic ni..thnkz again n thnkz so muccch Pn Anil give me inspiration::



Encik Tiar Zainal.....weeeeeeee...alhamdulillah..beliau dapat menyolekku di hari persandingan ku nanti..Aku x lah lawa sangat..hanya nak naik seri..n harapan seri dr Pn Anil dapat tempias kat aku..huhuhuhu..

Ok now korang dah tahu siapa yang akan menyolek ku di hari bersejarah ku nanti..panjang sgt ker entry ni?maaf lah errk..aku kalau dah mula menulis..payah nak berhenti...huhuhuh..ok insyallah next entry aku akan bagi tahu siapa org kuat dalam menghasilkan baju2 untuk hari bersejarah ku..

p/s:Sorry n thnkz Pn Anil..Sufi n frens coz i amik pic2 ni buat tatapan semua..n lynda..sorry entry aku malam ni yang aku janjikan dah ker awl pagi..hahhaha...xoxo..muaaaaah::