Friday, April 13, 2012

Ko Boleh? High Class ker?

::13 April 2012 - 9:35pagi::
::Jumaat::

::Mungkin lambat aku nak cerita pasal malam ABBPH ahad lepas...tak se excited mana pun tengok majlis anugerah tu..tapi antara yang menarik aku boleh kongsikan tak sangka Lan Typewriter ni laku sungguh sampai dua "Diva Malaysia" kita 'Siti Nurhaliza' & 'Ziana Zain' nak berduet ngan dia..Berhantu gak 'Lagu Untukmu' ni..dua 'Diva' ni buat aku kagum lah..bukan dari segi vokal sahaja tapi pembawakkan diri mereka..Ok aku bukan nak bergossip..kalau nak baca gossip banyak lagi blog kalian boleh buka..Hari ni aku just nak share pasal dua perkara yang berkaitan dengan dua  'Diva' ini  iaitu 'Keberanian' & 'Keyakinan' ....Sambil aku ber youtube dua menjak ni aku ada terjumpa satu video sesi temuramah  'Siti Nurhaliza'  dalam rancangan tv berbahasa Inggeris..Ok apa yang nak aku perkatakan kat sini..nampak sangat  'Siti Nurhaliza'  ni gugup dalam menjawab soalan dari pengacara tv show tu..Duk terpikir apa yang nak di jawab, tak selancar mana...bagi yang baru mengenali penyanyi tersohor Malaysia ini mesti akan mengutuk cara jawapan beliau yang bagai tak mengerti satu patah perkataan yang dia ajukan padanya..tapi bagi aku yang tahu background education  'Siti Nurhaliza'  salute habis kot kat beliau!  Ko mampu ker berada di tahap beliau sekarang..Begitu juga dengan penyanyi 'Ziana Zain'...no high education tapi berkeyakinan bercakap dalam bahasa Inggeris even kalau boleh aku lebih rela tengok beliau berbahasa Melayu jer..Tapi aku suka keyakinan beliau.

Aku buat entry ni bukan nak memuji atau nak sanjung dua   'Diva'  ni cuma bila aku baca komen-komen dekat youtube tu..aku terpanggil nak buat entry ni..pada kalian yang memamg mampu berbahasa Inggeris dengan lancarnya...kalian sekarang di tahap mana? Pada kalian semua yang berlajar setinggi menara gading pulak mampukah kalian berbahasa Inggeris dengan yakinnya?Pengalaman aku berkerja di industri multimedia yang mermelukan kita berbahasa Inggeris dengan lancar boleh di katakan tak semua 'graduate' dia luar sana yang mampu berbahasa Inggeris se yakin dua   'Diva'  ni yang hanya berlatar belakang kan 'SPM' sahaja..yang dulu bekerja kilang dan anak jati kampung.biarlah  'Diva' ni tahu yang di jawab tu tak menjawab soalan tapi keyakinan mereka membawa mereka di tahap sekarang...Bukanlah aku nak kondem komen-komen kalian cuma bila menyuarakan pendapat tu biar kita ukur badan diri sendiri dulu..Pada yang memang mampu berbahasa Inggeris dengan sempurna...kira bonus lah bagi kalian..pergunakan kebolehan yang ada untuk membantu mereka yang tak sehebat kalian..jangan menggambil kesempatan dengan kebolehan kalian dengan menunjuk-nunjuk..Aku pun tak salah kana pada sesiapa yang ingin berbahasa Inggeris di alam maya..mungkin blog aku pun tak berbahasa Inggeris sepenuhnya..yerlah kadang-kadang aku pelik..bila isi sesebuah blog tu fully in English version mulalah banyak follower,mulalah di katakan blog high class..Eh? Mesti korang tak terpikir rupanya ada mentaliti macam ni kan..Pemikiran manusia itulah hakikat..Kadang-kadang bila ada mentaliti macam ni buat kita jadi renggang ,mempersendakan sesama sendiri..nak bagi tahu hidup kalian lagi bagus bila pandai berbahasa Inggeris dengan lancarnya...memanglah tak salah kalau kalian mampu cuma janganlah membuat level di tahap kalian sendiri..memilih kawan dengan cara begitu..

Oklah aku tak nak membebel banyak cuma kita cuba pikirkan isu ni..mungkin penulisan aku tak sehebat penulis di luar sana tapi cuba amik serius mengenai ini..jangan di sebabkan isu bahasa ini kita hilang kawan , ada tahap high class or not , jadi renggang atau sebaliknya...aku memang dah lama nak share isu bahasa ni terutamanya kita yang berblogging di alam maya ni...pesanan untuk semua dan ingatan untukku juga..jangan memperlekehkan seseorang kerana kalian mempunyai kelebihan yang tidak ada pada orang lain..ingat pada satu masa nanti kita akan sama jer di alam sana...so untuk redakan penulisan aku ni..meh aku share lagu yang hafiz ni nyanyi..suka plak aku dengar..xoxo..muaaaaaaaah::




6 comments:

  1. yerla.siti tak pandai english pon dah jutawan hehehe.rezeki Allah swt bkn terletak pada org yg pandai or kurang pandai. =)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Bila ada org ckp pasal english dan bhs kebangsaan, aku pun bersemangat nak bg pendapat.. haha..
    Pernah sekali keluar artikel kat berita harian.. aku tak ingat sapa penulisnya, tapi orang tuh somebody jugaklah... Penulis tuh cakap, kalo tidak tau ckp english, tak semestinya lemah dalam berfikir.. means, kebolehan dlm subjek lain..

    Kat malaysia nih, kalo yg tak terer english dianggap mcm bodoh/ tak berpelajaran.. Aku tgk rakyat negara lain takde mslh pon nak komen dlm bhs masing2 kat youtube atau any forums.. Tapi bila ada org malaysia yg ckp bhs melayu, ada org lain akan tego.. 'this is international website, please speak in english'.. Yang tego tuh, org malaysia jugak.. huhu.. Nih la akibatnya kalo bhs kebangsaan dah jadi bhs kedua..

    Actually aku pon penah terpikir nak buat satu entry psl bahasa nih, tapi sbb ko dah sebut dulu.. so aku bgtau sket2 pointnya.. Point yg lain aku akan bebel panjang2 kat blog aku satu hari nanti.. hahaha..

    ReplyDelete
  4. ::nurul-kan?macam2 ragam..

    dila-kan babe..rezeki manusia bukan terletak pada bahasa::

    ReplyDelete
  5. ::is-tu rr babe..aku paling pantang bila diorg sesuka hati labelkan blog seseorang tu ikut standard yang diorg sendiri tetapkan..konon kalau blog tu di tulis dalam bahasa inggeris nampa gah..mana perginya bahasa kita..bagi aku tak salah cuma pemikiran diorg tu buat sesetengah blogger rasa terpinggir...dunia2::

    ReplyDelete

::come to comment my blog::