:: Jumaat::
:: Salam..pagi ini mood tengah layan novel.Ada beberapa novel ni masih dalam simpanan..dulu masa study kat UiTM ni lah aktiviti aku kalau tak balik cuti hujung minggu..duk melanguk baca novel..kadang sampai tak terbuat keje dek kerana nak habiskan satu novel...kira kalau duit simpanan banyak gak habis beli novel..tapi sayang sangat separuh novel aku ada gak yang ilang..yerlah pinjamkan kat orang sampai la ni ada yang tak pulang..huhuh...Antara novel favourite aku yerlah 'Bicara Hati' ...novelis Damya Hana..boleh di katakan novel ni paling kerap aku baca sampai aku dah boleh hafal setiap detik dalam novel tersebut..So kebetulan kat Astro Prima ada tayangkan cerita yang di adaptasi dari novel ni so meh aku share sipnopsis citer ni :
Info Drama Bicara Hati
Bermula 3 Januari 2012
Setiap hari Selasa
09:00 malam- 10:00 malam
Astro Prima Channel 105
26 Episod
Sinopsis Drama Bicara Hati
Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.
Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh dengan pemuda itu.
Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia kau tetapi dengan syarat, iaitu hak – hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.
Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjajian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mengingkari. Kini timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan?
Pelakon Utama Drama Bicara Hati
Sharnaaz Basir Ahmad (Tengku Syahran)
Christina Suzanne Stocktill (Zahlia)
Marsha Milan Londoh (Linda)
Josiah Hogan (Razif)
Lash Mokhtar (Adli)
___________________________________________________________________________________________
Bagi aku pemilihan watak-watak dalam citer ni ok terutama hero dan heroin citer ni..jom aku share gambar-gambar dalam citer ni dan sedikit latar belakan hero dan heroin citer ni..
"Tatkala sendirian hatiku terdengar degupan cintamu"
Damya Hanna - Bicara Hati
Heroin:-
Nama Penuh : Cristina Suzanne Stockstill aka Kris Cempaka, Kris Suzanne
Tarikh Lahir : 22 Januari 1985
Tempat Lahir : Johor. Kacukan Melayu & Jerman
Adik Beradik : Anak kedua daripada tiga beradik
Hobi : Mendaki, berkhemah dan fotografi
Kerjaya : Pramugari (2003 -2009), model dan pelakon
Drama : Kasih Najihah (TV9), Dia Bukan Maryam (TV9), Cermin Pada Bulan (TV3), Bicara Hati (Astro Prima)
Filem Indie : Kil (2011) dan My Indie Rock Darling (2006)
Tarikh Lahir : 22 Januari 1985
Tempat Lahir : Johor. Kacukan Melayu & Jerman
Adik Beradik : Anak kedua daripada tiga beradik
Hobi : Mendaki, berkhemah dan fotografi
Kerjaya : Pramugari (2003 -2009), model dan pelakon
Drama : Kasih Najihah (TV9), Dia Bukan Maryam (TV9), Cermin Pada Bulan (TV3), Bicara Hati (Astro Prima)
Filem Indie : Kil (2011) dan My Indie Rock Darling (2006)
Hero:-
Nama penuh: Sharnaaz Basir Ahmad
Tarikh lahir: 30 Ogos 1985
Umur: 26 tahun
Asal: Georgetown, Pulau Pinang
Drama: Tari Tirana, Dottie, KumKum, Pontianak Kampung Batudan Ungunya Cinta
Filem: Seru dan Azazil
Pencapaian: Tercalon sebagaiArtis Baru Lelaki Popular diAnugerah Bintang Popular 2010
Tarikh lahir: 30 Ogos 1985
Umur: 26 tahun
Asal: Georgetown, Pulau Pinang
Drama: Tari Tirana, Dottie, KumKum, Pontianak Kampung Batudan Ungunya Cinta
Filem: Seru dan Azazil
Pencapaian: Tercalon sebagaiArtis Baru Lelaki Popular diAnugerah Bintang Popular 2010
Oklah ni jer yang dapat aku share..cuma lately ni aku kurang layan drama ni..bukan sebab pelakon tapi bila jalan citer dah di tukar tak sama dengan novel..watak yang tak sepatutnya lebih menonjol dari watak dalam novel..so pada sesiapa yang berminat gak ngan novel ni..meh share ngan aku apa yang kalian rasa tentang novel ni bila dah di adaptasi ker drama...xoxo...muaah::
haah lah sya..sgt suka baca novel ni..so..bila diadaptasikan ke drama adalah sgt excited mau tgk..tapi bila citer dia tak sama..dan mula mengarut terutama bab razif tu..malas pulak nak layan..patut bila buat drama bolehlah kan exactly like novel tu kan..dah tak tgk..klu tgk pun ulangan je..hehe
ReplyDeletelame gile aku tak bace novel. HAHA.
ReplyDeleteada satu hari aku beli, dah 9bulan beranak, tak abis2 lagi. HAHA
::lynda-tu lah babe.bila dah excited nak tgok di adaptasi ke drama..jadi x best bila ubah2..
ReplyDeletebalkidz-hahhaha..wei aku ada lima lagi novel x baca...gilller berchinta skrang nak habiskan satu novel..::