:: Pagi-pagi buka facebook adik aku a.k.a angah @ zeranaim tag status ni :
Memula aku tak faham sangat..aku ingat adik aku tu saja jer tag aku nak bagi tahu aktiviti dia kat opis..yer rr lately ni kat opis rajin nooo adik aku tu join aktiviti kesenian..so aku macam ignore lah..tapi bila belek status tu ada videoclip!Eh macam kenal yang cover lagu Dreaming with a broken heart - John Mayer ni..so apa lagi aku on pc..nak tgok kat blackberry tak puas..belek punya belek muka adik aku yang bongsu!Erk!sejak bila plak adik aku ni berani nyanyi kat youtube ni?!huhuhu..nak komen pun tak tahu..kalau korang rajin jom support diaorang ni.. jap aku upload video diorang kat youtube...layannnnnnn..xoxo..muaaaah!
:: Kan aku cakap Rabu aku tak sepi ari ni..otak banyak nak update..hihihhi...sejak pasang Streamyx kat rumah memang senang aku nak update blog dan banyak gak idea..Ada sekali tu aku nak update enrty sampai 4 tapi kang nampak sangat aku tak buat keje kat rumah..ahahha..hello even aku housewife keje banyak ok..ni pun satu isu aku nak update kat kat blog tapi agak sensitif sikit topik ni so makan masa..sebab banyak sangat pro and cons nyer di sebabkan tak nak ada yang makan hati dengan entry aku sebagai housewife ni baik aku hold dulu..
Ok now aku nak cerita pasal drama bersiri hits sekarang ni masih di tayangkan..Adam & Hawa..Aku pasti ramai blogger dah buat entry drama ni..Yupz aku seorang penggemar novel..tanyalah novel apa yang aku tak baca lagi..zaman study ni lah peneman tak kala busan hujung mingu or tak dapat balik rumah..Kebanyakkan teman rapat aku pun sekepala duk baca novel-novel cinta ni..siap boleh pass-pass bila dah baca..Kalau turun Ipoh ha apa lagi duk mencari novel dulu..hihih...Novel ni dah lama aku tinggalkan so bila tengok drama ni leh lah sikit-sikit ingat balik scene2 dalam novel tu..So far novel ni bila dah di adaptasikan...novel ni kot yang kira berjaya skali walaupun masih dalam tayangan sebab ikut plot-plot cerita tak seperti kebanyakkan novel lain..banyak dah cut out!Ok aku tak nak citer panjang...sebab kebanyyakkan korang mesti dah expert tentang jalan citer ni so apa yang aku nak kongsikan hanya lagu tema..best woooo...firstime dengan my princess mia ...siap nyanyi-nyanyi lagi si kechik tu walaupun takder nada...ahahhaha...so hayati lagu ni yer...:)..xoxo..muaaaaah! :::
Lirik Lagu Tema Muara Hati – Siti Nurhaliza & Hafiz AF7
:: Tak sangka ramai yang amik berat pasal pelakon drama 'Masihkan Ada Ramadhan' yang meninggal dunia tengah hari semalam..maaf aku buat entry tu bukan nak dapatkan populariti untuk orang ramai baca blog aku tapi sekadar ingin berkongsi sesuatu kehilangan seseorang yang berbakat dan yang sedih muda lagi..Pada sesiapa yang sudah singgah blog aku dan sudi membaca..aku harap sudi-sudilah sedekah kan Al-fatihah kepada arwah Amirul Mazlan..Sebagai renungan jangan ingat kita masih ada masa nak ber amal ibadat ..ajal tak kira umur...inalillah....
Kadang-kadang aku tertanya..sempatkah kita ni?dah lah umur makin meningkat..makin banyak dosa kita kumpul...cukup ker pahala yang kita kumpul untuk bekalan kita nanti?Sebagai seorang isteri..dah cukup ker persediaan aku untuk menjaga syurga suami ku?atau hanya sekadar status sebagai isteri sahaja..
Isteri..berat rupanya tangungjawab sebagai isteri ni..nak menjaga syurga suami..kadang-kadang aku ingat aku dah cukup sempurna menjalankan tanggungjawab?Bila suami tiada di rumah jauh mencari rezeki ..terjaga tak maruah kita sebagai isteri untuk si suami?Aku tak nafikan di zaman yang terlalu moden ni macam-macam boleh berlaku..ada suami isteri yang bergaduh di sebabkan teknologi yang semakin hebat ni..Jadi terpelihara ker kebaikkan kita selama ini?Dosa dan pahala amat takut untuk aku bincangkan dalam blog aku ni..cuma aku hanya mampu berkongsi..ialah aku tak cakap aku sempurna sebab aku masih lagi blajar dan bila aku kata aku masih belajar ia membuatkan aku takut...Masih sempatkah aku?
Kenapa kematian pelakon ni memberi impak kepada penulisan aku?bukan sebab dia asal kampung mydear tapi di sebabkan lakonan beliau yang membuatkan kita sedar yang berlaku juga realiti dalam kehidupan kita..yang berbeza..dalam lakonan arwah tahun jangka hayat beliau tak lama..tapi realiti?Ya Allah.kita yang hidup dalam realiti ni?dah cukup ker persediaan?Masih sempat ker?Entah esok lusa tiada...so aku pun nak amik kesempatan mohon ampun dan maaf pada sesiapa yang mengenali aku dan juga yang membaca blog aku ni..kiranya penulisan aku ni ada yang membuatkan sesiapa tersinggung..dengan rendah hati aku pohon kemaafan..ingatlah wahai sahabat..jangka hayat kita tak tahu bilanya..buatlah amal selagi boleh...wa'allahhualam...
:: insyallah di makbulkan doa kita..amin...::
::hayati lagu ini sebagai perkongsian kita semua..::
::Salam Jumaat semua..hari ni aku nak stop for a while entry bout my journey life..nak update satu reality show kat Channel 9..Versus!! Gabungan 5 band terbaik kat Malaysia..Pelikkan aku buat antry pasal ni?hahhaha..wei aku masih muda kot..yerlah sometimes kita leh berjiwa muda!cewahh!Ok back to topic..for me aku suka reality show yang dianjurkan oleh Media Prima..ni bukan bodek yer..tapi apa yang aku cakapkan ni memang terbukti..ye rr bila tengok Versus ni..sangat fresh kot muzik yang diorang mainkan..diorang try to fresh up our industry music!Aku tak lah dapat nak follow sangat show ni..bila missed aku tengok kat youtube..giller gempak k..malam ni final penentuan..hope semua band dapat perfom yang the best..bagi orang luar tengok yang band-band kat Malaysia ini banyak yang berkualiti..aku bukan nak timbulkan spekulasi seperti Zed Zaidi..opps! Tapi bagi aku ada gak benar apa yang beliau katakan cuma ada pro and contra!Dan aku sendiri tak nafikan aku juga penggemar lagu luar especially Indonesian band tapi bila tengok show band-band kita at Versus..Wow!!tu yang boleh aku katakan..our band better than them!Aku suka band Hujan time nyanyi lagu band Sofarz..giller kemelayuan lagu tu dibuat...salute ok! Malam ni mesti lagi gempak performance diorang ni! Hope have another reality show yang very fresh idea...tak mau lah duk asyik buat competition main lagu orang..sampai yang dah professional pun masuk competition duk main lagu orang sebijik macam original singer nyanyi..no difference and quality..aku sebenarnya pun tak layak nak bercerita pasal muzik ni tapi yerlah mana tahu penulisan dari seorang insan ni dapat di baca..hihihhh.. oklah..pembuka entry aku di pagi Jumaat ni..undi band-band Malaysia ni yer sebab aku tahu rakyat Malaysia sangat kaya..hahhahahha.enjoy show malam ni ok!..xoxo..muaaaaaaaaah::