Monday, October 1, 2012

Masih Sempatkah Kita?

:: 1 October 2012-2:00 ptg ::
:: Isnin ::

:: Tak sangka ramai yang amik berat pasal pelakon drama 'Masihkan Ada Ramadhan' yang meninggal dunia tengah hari semalam..maaf aku buat entry tu bukan nak dapatkan populariti untuk orang ramai baca blog aku tapi sekadar ingin berkongsi sesuatu kehilangan seseorang yang berbakat dan yang sedih muda lagi..Pada sesiapa yang sudah singgah blog aku dan sudi membaca..aku harap sudi-sudilah sedekah kan Al-fatihah kepada arwah Amirul Mazlan..Sebagai renungan jangan ingat kita masih ada masa nak ber amal ibadat ..ajal tak kira umur...inalillah....
Kadang-kadang aku tertanya..sempatkah kita ni?dah lah umur makin meningkat..makin banyak dosa kita kumpul...cukup ker pahala yang kita kumpul untuk bekalan kita nanti?Sebagai seorang isteri..dah cukup ker persediaan aku untuk menjaga syurga suami ku?atau hanya sekadar status sebagai isteri sahaja..
Isteri..berat rupanya tangungjawab sebagai isteri ni..nak menjaga syurga suami..kadang-kadang aku ingat aku dah cukup sempurna menjalankan tanggungjawab?Bila suami tiada di rumah jauh mencari rezeki ..terjaga tak maruah kita sebagai isteri untuk si suami?Aku tak nafikan di zaman yang terlalu moden ni macam-macam boleh berlaku..ada suami isteri yang bergaduh di sebabkan teknologi yang semakin hebat ni..Jadi terpelihara ker kebaikkan kita selama ini?Dosa dan pahala amat takut untuk aku bincangkan dalam blog aku ni..cuma aku hanya mampu berkongsi..ialah aku tak cakap aku sempurna sebab aku masih lagi blajar dan bila aku kata aku masih belajar ia membuatkan aku takut...Masih sempatkah aku?
Kenapa kematian pelakon ni memberi impak kepada penulisan aku?bukan sebab dia asal kampung mydear tapi di sebabkan lakonan beliau yang membuatkan kita sedar yang berlaku juga realiti dalam kehidupan kita..yang berbeza..dalam lakonan arwah tahun jangka hayat beliau tak lama..tapi realiti?Ya Allah.kita yang hidup dalam realiti ni?dah cukup ker persediaan?Masih sempat ker?Entah esok lusa tiada...so aku pun nak amik kesempatan mohon ampun dan maaf pada sesiapa yang mengenali aku dan juga yang membaca blog aku ni..kiranya penulisan aku ni ada yang membuatkan sesiapa tersinggung..dengan rendah hati aku pohon kemaafan..ingatlah wahai sahabat..jangka hayat kita tak tahu bilanya..buatlah amal selagi boleh...wa'allahhualam...

:: insyallah di makbulkan doa kita..amin...::



::hayati lagu ini sebagai perkongsian kita semua..::



No comments:

Post a Comment

::come to comment my blog::