Showing posts with label small kitchen. Show all posts
Showing posts with label small kitchen. Show all posts

Thursday, December 19, 2013

Donut Chomel!

:: 19 Disember 2013 - 9:30 pagi ::
:: Khamis ::

:: Mood berada di dapur!Aku sejak ada minat baru ni..ada jer benda nak di buat kat dapur..yerlah sejak berjinak-jinak dengan minat memasak ni sekaligus my upcoming plan 2014..memang ada jer resepi aku nak cuba..semalam aku cuba buat 'Donut Chomel' tu pun gara-gara duk pikir nak bagi anak dara ku makan..My princess mia sekarang makan payah..memilih..kurus sudah!nak kasi tembam..so kena buat sesuatu yang dia makan..and finally setelah berjaya google resepi!Yeay mari buat  'Donut Chomel' !Ni resepi aku jumpa..sangat mudah ok..Alhamdulillah menjadi plak tu..lembut jer..setelah di rasa oleh se isi keluarga..hahha..meh nak share!

RESEPI AKU GOOGLE!

Donut Mudah 
Sumber; : iezamel78 Donut @ MYR 
Oleh; Mamasya 

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji ) 
3 cawan tepung gandum 
1 cawan air suam kuku 
2 sudu besar mentega 
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis) 
3 sudu besar susu pekat manis 
1 paket yis (jenama mauripan) 
1 biji telur 

Cara-cara 
Cairkan mentega dan ketepikan. 
Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit. 
Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi. 
Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau. 
Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit. 
Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung. 
Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice.. 



Rehatkan dalam 45 minit!
Memang nak buat donut 'ball' ni..Saja ubah selera .My princess mia..

 Hasilnya!'Donut Chomel' ku!

Next time nak salut coklat plak..Yeay percubaan pertama menjadi!Selamat mencuba yang lain..xoxo..muaaah!



Tuesday, December 10, 2013

Dapur Kecilku

:: 10 Disember 2013 - 3:00 ptg ::
:: Selasa ::

:: Setelah sekian lama baru ada masa nak update blog aku ni..sejak anak dua ni banyak masa habiskan dengan aktiviti mereka berdua..lagi-lagi My princess mia..ada jer benda baru yang dia buat..so kena banyak pantau..so short update dari aku..Sudah setahun lebih aku menyewa so bila bab nak beli barang banyak kena pikir dua kali...yerlah nak kena pikir tempat nak letak..kalau rumah sendiri leh sesuka hati renovate tempat..Jadi bila berkaitan bab dapur aku agak amik berat sikit..yerlah tempat kita nak masak untuk family kan..so aku suka tempat tu kemas dan teratur..Bila di pikirkan memang aku nak beli jer kabinet untuk simpan semua barang-barang tapi bila  pikir balik nanti dah pindah rumah sendiri mana pulak aku nak letak almari tu..yerlah sekarang trend almari build-in kang tak pasal-pasal membazir..lagipun xnaklah kos pindah kami nanti melebihi..so selagi boleh aku jimat..hahhaha..so apa lagi selama setahun google jumpa berkenan di hati..taraaaaaaa...

 Yang Penting Murah!*Tapi tak tahulah ada lagi kat IKEA

So apa lagi aku beli dua rak..meh aku tunjuk dapur kecilku dulu :-

Agak kurang tempat nak letak..sadis kan..so setelah mencari dan jumpa..ni hasil nya!

Oklah kan?!Ahahhaha..senang nak pindah..cabut-cabut leh pasang balik..hihih..

So pada sesiapa yang menyewa macam aku dan masih terpikir nak beli tempat untuk letak barang dapur meh tiru idea aku yang suka simple dan jimat!hihihi..daaaaaaa!