Showing posts with label raya kami. Show all posts
Showing posts with label raya kami. Show all posts

Tuesday, September 17, 2013

Mia turn 2!

:: 17 September 2013 - 4:30 ptg ::
:: Selasa ::

:: Salam blogger..mesti uolls ingat aku nak update pasal pengalaman bersalin kan..yerlah setelah sekian lama tak update blog..mestilah kalau muncul-muncul entry baru adalah cerita baru kan?Maaf yer kali ni aku nak share story yang dah agak basi..huhuh..yerlah tak sempat babe nak update story ni sebelum bersalin..bila nak update jer ada jer hal..kena pergi check up lah..itu lah..ini lah..ternyata aku ibu yang sangat busy sebelum bersalin..dan juga sesudah bersalin..tu yang baru sempat nak update ni....huhu..amboi panjang lebarkan explanation aku?ahahhah..lantak rr dah kata diary aku kan..hihih..ok2 tengok title dah tahu aku nak update kisah siapa kan?Yerlah bagi can My princess mia nyer cerita masuk..nanti bila dah bercerita pasal adik dia..langsung takder peluang My princess mia nak menyelit...tak caya tengok facebook dan instagram aku sekarang semuanya pasala adik dia..ahhahah...sian My princess mia...nak mula dari mana yer?Ok kita mula first small celebration untuk My princess mia .Just a small dinner..buy a slice of cake and dinner at Papa Johns!So layan gambar k!

'Kami di sini!'

'Bufday girl tido ok so kena tunggu dia bangun dulu..huhuh'

'Ibu & Papa pose dulu sebelum bufday girl bangun!ahhaha '

'Dah bangun! Anak Papa!'



'Happy birthday My princess mia ...next year kita sambut berempat plak yer..hihihi '


By the way kami bukan sambut bertiga..ada angah n bonda tapi diorg tak nak gambar ada dalam ni huhuh..next time katanya..ahhaha...ok kali ni aku nak share another picture My princess mia dapat hadiah dari makcik n pakcik dia time aku buat makan-makan kecil-kecilan time hari raya ari tu..hihh..layyann...

'Yeay mia dapat hadiah motor! TQ cik La & cik Da'

'Lepas tu tukar baju sebab cik Wa belikan '

'Last harus ada gambar My princess mia dengan ibu & papa..eh tu kasut cik Kina bagi..'

Ha ok abis sudah cerita pasal My princess mia 2 tahun..Alhamdulillah My princess mia sihat dan semakin bijak..lagi-lagi bila dah jadi kakak ni..huhuh..so kalau korang sudi tunggulah next entry aku yer..xoxo..muaaah!




Tuesday, September 11, 2012

Kami Di Pagi Raya

:: 11 September 2012-1:15tgh hari ::
:: Selasa ::

:: Syawal yang happenig bagi aku untuk pertama kali sebab bersama keluarga yang paling besar ok..mydear ada 11 orang adik bradik..yang dah berkahwin 3 termasuk mydear...cucu semua ada 9 orang..bayangkan di pagi raya macam mana...meriah ok..dengan nak bersiapnya..nak siapkan meja makan lagi..tu belum part berebut nak iron baju dan berebut nak mandi...hahhaahah...kenangan..for me this is the first time in my life nak uruskan mydear dan my princess mia...last year kami bersiap ala kadar jer..sebab tak pergi kemana pun..and that time my princess mia pun tido jer keje nya...now dah kena pergi collect duit raya..hahhaha..money!!money!!kaching!kaching!$$$$$....
Tema pagi raya kami 'orange color'....saja nak bagi kelainan..selalunya aku akan pilih color play safe sikit tapi tahu ni nak nampak berbeza..tapi ramai gak yang pakai color ni..hihihi..so pagi raya biasalah bermaafan dan makan sedap-sedap..my sis in law buat nasi arab..terbaik ok!Banyak ngomel plak..layan lah beberapa keping gambar kami sekeluarga di pagi raya..ni semua dari hand-phone Blackberry aku so  tak banyak lah boleh share..selebihnya kat sis and bro in law..nak minta segan..hahhahaha :





Ada sekeping jer dalam simpanan aku gambar anak sedara chomel yang dah pandai bergaya ni..hihih..kami ada amik gambar satu family cuma takder dalam simpanan aku..
Satu syawal ni kena dengan hari jadi bonda ku..adush sedih kot tak dapat nak raikan...just call and wish jer..dengar suara bonda sedih jer...takper raya keempat dah berangkat pulang..sambung raya di Klang pula..hihih..xoxo..muaaaaaaah::

p/s : pada sis and bro in law yang ada simpan gambar kami sekeluarga..sudi-sudikanlah email pada kami..;)

Kisah Raya Kami

:: 11 September 2012-2:05pagi::
:: Selasa ::

:: Salam sahabat alam maya dan semua sahabat yang sudi membaca blog yang kengkadang bersawang tahap gaban...huhuh..rasanya belum terlewat kot aku nak wish 'Selama Hari Raya' walaupun kan...ahahaha..maaf lah mood nak menaip sangat slow bila lepas raya ni..dengan banyak aktiviti raya..apa ntah lagi dengan jemputan sana sini..pada yang menjemput aku ucapkan berbanyak terima kasih..pada yang aku tak dapat hadir..kami sekeluarga minta maaflah..insyallah kalau sudi jemput kami tahun depan akan cuba di penuhi jemputan anda semua..ok sebelum semua mula busan ngan penulisan aku ni..meh aku nak share kenangan raya pertama ku pada tahun ni..Yang sedia maklum tahun lepas raya pertama kami sebagai suami isteri sambut kat sebelah aku di Klang..yerlah beraya dalam pantang kan..so this year turn raya kat kampung mydear di Kuala Terengganu..hihi merasa gak aku beraya jauh..yerlah sebelum ni takde kampung..so excited sangat dapat rasa balik raya..tapi sedih gak sebab ni kali pertama beraya berjauhan dengan family..dah lah family aku kecik jer..takperlah fitrah bila sudah berkeluarga..Perjalanan kami sangat lancar..Actually kami decide balik pagi Sabtu sebab mydear tak larat nak drive memalam..aku plak bila drive malam agak tak confident so untuk tidak jadi apa-apa mydear ajak balik pagi..Actually aku and mydear terkejut gak perjalanan pulang kami pagi tu sangat lancar..Kami gerak dalam pukul 9 pagi dan sampai hampir pukul 6 petang...yerlah sebab ramai dah gerak malam tadi..sampai my sis in law mesej tersekat dalam jem lamanya..nasib kami tak join sekali mau haru dengan jalan tak bergerak..nak uruskan  my princess mia  lagi..adoii..hihihi..so ni adegan kami nak balik beraya..:-




Hahahaha..banyakkan ekpresi muka  my princess mia ...dari tidur sampai bangun tido..ibu n papa jer maintain..hahhaha..nasib lah  my princess mia  jenis tak banyak ragam..yerlah perjalanan jauh..balik siang hari pulak tu..panas..walaupun kereta ada aircond tapi bahang matahari ya ampun..tak nampak my sungglass gedabak duk cover mata takut tak chantek di pagi raya..ahaha..ngada jer statement...aku bergilir-gilir gak drive ngan mydear..yerlah kesian ok..dah lah memasing puasa.nasib aku wife yang memahami..cewaah..oklah..entry ni akan bersambung..next entry kisah kami di pagi raya..pada yang sudi nak tunggu...silakan..hihih...xoxo..muaaaaah::

p/s : pesanan perantau..sila pastikan segala mengenai kenderaan anda untuk berjalan jauh di periksa secukupnya baik di waktu perayaan atau pun tidak dan juga ikut gerak hati bila timing yang elok untuk bergerak ke destinasi supaya tidak tersekat didalam jem...;)