Showing posts with label ::movie::. Show all posts
Showing posts with label ::movie::. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

::Masih Adakah Peluang Ke Dua?::

::31 Mei 2011-1.45ptg::
::Selasa::

::Salam Selasa semua...semalam aku ada bg tahu kan..nak buat review mengenai movie "Nur Kasih"...Nak komen apa yer..because bagi aku ramai yang dah buat review mengenai movie ni...aku pun bukan arif sangat nak komen..kang tersalah komen ada yang tak puas hati ngan blog aku..hahha...terus kena banned!!Ok bagi aku untuk siapa yang follow drama series "Nur Kasih" ni..insyallah leh berpuas hati..dari komen2 yang aku baca..ada yang cakap tak cukup..for me ok lah..takkan nak panjang berjelar macam series kan..kira apa yang dipaprkan tu yang penting..nak di ikutkan..cerita..kalau sampai 5 jam pun takkan cukup..manusia kan tak pernah puas..huhuh..

Ok2 aku tak nak berceloteh banyak..apa yang aku boleh cakap..movie ni is the best moral story yang aku pernah tgok..aku nak tanya..masa korang tgok movie ni..korang ada pikir knapa?bagaimana?...tak kan?yang korang tgok..'ishk sian hero ni'..atau pun 'tak kena lah baju yang heroin ni pakai'..hahhaha..betul tak?kalau aku salah aku minta maaf..sebab apa yang aku sendiri nampak itu lumrah manusia ...pada aku kekuatan movie ni yang bagi impak kat aku..adalah 'Masih Adakah Peluang Ke Dua?'...Bayangkan setiap saat yang korang lalui...takder untuk ari esok..kekuatan seoarang isteri yang inginkan peluang yang ada di harungi bersama suami..kehilangan sesuatu yang mungkin tak pasti akan kembali..iyer aku nangis tgok movie ni..mungkin sebab setiap apa yang 'Nur Amina' lalui..memberi pengajaran bagi aku..hargai setiap apa yang kita ada..Allah swt bagi satu nyawa iaitu bayi yang di kandungkan..tapi dalam masa yang sama Allah swt nak tarik satu lagi nyawa...kekuatan tu yang perlu kita lihat dalam movie ni..bukan dari segi logical jalan citer..Mungkin aku terlalu emosional mengulas tentang movie ni..tapi aku cuma nak tekankan..hargai setiap peluang yang ada..aku pun bukan manusia yang sempurna..kadang2 ada masa terlepas laku dengan mydear..ngan bonda,ngan semua disekeliling..bila sedar kesilapan diri..selalu pikir 'masih ada ari esok'...hurmm..so mari kita menjadi penonton yang menonton sesuatu karya dengan mata dan hati..akal dan fikiran..dan pikirlah..segala apa yang di aturkan olehnya adalah yang terbaik...selamat beramal...xoxo..muaaah::





Thursday, May 19, 2011

::CINTA MELODI::

::19 Mei 2011-11:00pagi::
::Khamis::

::Assallamulaikum..korang layan tak citer sinetron 'CINTA MELODI'?...aku tak dapat layan sebab balik keje jer dah nak pukul 8..tapi selalu gak tengok iklan citer ni kat tv.. actually aku tak lah layan sangat..cuma sebab ada 'galang'...hahhaha..so aku nak sangat tahu jalan citer ni..heroin dia nampak biasa sangat..tapi mungkin sebab aku tak mengikuti dan menghayati watak heroin dia..so tak menarik sangatlah bagi aku..tak macam citer 'CINTA KIRANA' dulu..watak 'kirana' tu cantik kot..huhuhu..tak adil aku komen macam ni kan..ok2..kang ada peminat citer ni marah kat aku..

Sebenarnya..tujuan aku buat entry ni..sebab aku tertarik dengan lagu citer ni...so hayatilah ok..ala2 korea sikit..huhuh..xoxo..muaaaaah::

 ::ni lagu dari band ni..:)::

::ni citer ni..:)..::

Friday, April 1, 2011

::LOVELY END OF MARCH::

::01 April 2011-5:00ptg::
::Jumaat::

::Petang ni gerak balik Kuala Terengganu..bestnyer..dah lama tak balik..last raya cina ari tu..sebelum aku gerak balik meh aku share gambar2 aku semalam...hihih..jarang kan aku update gambar aku yang terbaru..bukan apa..'chomel' sangat..kang korang mesti 'terkata' bulat nyer ko skrang..hahhaha..bukan tak nak terima..aku ngaku..ngandung ko..takkan aku nak kurus keremping kot..hahahha..sian kat 'my bubble'..nak makan..

Semalam opis aku buat 4-4 gathering..memang akan buat setiap minggu terakhir setiap bulan..so aku tak budget lah ada sesuatu special untu aku..because my bufday early month k..itu pun opis mate dah celebrate makan2..tak sangka semalam ada lagi..tapi kali ni officially potong kek..hihi..dah tua wei..malu..mydear pun lum sambut lg..mydear..sayang tuntut gak hadiah..hahhahah:P..so layan gambar aku ptong kek k..kakka..show off jap..abaikan aku yang carca marba k..dah petang kot..muka memang dah tak rupa apa lah..hihi..thnkz to my big boss for celebration..

::diorg macam paham2 fav kek aku from secret recipe-chocolate cheese!!::
::thnkz guys!!:: 

Lepas abis keje semalam mydear ajak tgok wayang..kan aku dah update review movie aku tgokkan..ha kali ni aku share gambar aku ngan mydear..gambar time busan kot sebab movie delay dalam 15 minit..lihatlah 'my bubbles' getting bigger..huhuh..love all the day..xoxo..muaaaaaah::


::CUN WOO!!::

::01 April 2011-1.30ptg::
::Jumaat::

::Alhamdulillah kita masih sempat lagi jumaat yang indah ini..:)...ok semalam aku and mydear dah choose nak tgok movie mana..and our choice is movie 'CUN'..ok aku ni bukan pandai sangat nak review for movie..aku rasa ni kali pertama aku buat review sejak ber blogging ni..Ok..for this time movie apa yang aku boleh katakan..menghiburkan..kira ok lah aku tak rasa menyesal OK!nak bg bintang pun aku tak reti...kalau aku untuk seisi keluarga..aku bagi 5 bintang dari 5..boleh?ker lebih?hahhaha..aku bukan apa..bak kata mydear ku..citarasa kita tak sama dengan semua orang..kadang-kadang kita suka movie ni..tapi ada plak yang tak suka..so for me better you guys watch this movie..and what i can say its worth it..:)..

Aku tak nak bagi sipnosis sebab korang leh cari sendiri sipnosis citer ni..aku hanya nak komen jer..bagi aku watak 'LUNA' yang Maya Karin pegang memang sesuai dengan karakter dia..natural..knapa aku cakap macam tu sebab kita leh nampak beza nya wanita bandar yang memang mebesar dekat Kuala Lumpur yang mempunyai 'slang' English yang kuat..hahha..btul ok...for me..kita leh nampak anak2 bandar sekarang yang terlalu kuat 'slang' untuk membezakan diorang ni dengan gadis desa..cewaah..

Bagi watak Remy Ishak pulak..aku memang suka..nampak kelelakian lelaki melayu..tak yah nak control macho..be ur self..that character Remy Ishak bring it on..kita leh mengenali tahap hati budi lelaki desa yang sangat jujur bila mengenali seseorang..simple and relax..hihih..nama Remy Ishak dalam movie ni 'ATAN' ok..so simple to remeber..hihi..

Ok serius aku tak pandai nak buat review..yang paling penting pergilah tgok citer ni..for me movie ni tak sama dengan filem komedi yang lain..yang kadang-kadang lebih merapu..kali ni..filem ni lebih menunjukkan kehidupan sebuah family yang menghiburkan..yang ada rasa kasih sayang,keagamaan,benci dan kesedihan..semua menjadi satu..kalau nak tgok seorang lelaki menangis di sebabkan maruah,cinta dan kekeluargaan..semua ada dalam movi ni..so apa lagi..g lah tgok..hihi..'CUN' woo!(yang woo tu aku yang tambah..hahhaha)xoxo..muaaaaaaaaah!!







::ni aku share ngan korang one of the movie song dalam movie ni..jangan tak tahu..remy and maya sendiri yang nyanyi k..so fun song!!::

Cun Selalu Remy Ishak dan Maya Karin (OST Cun)

Aku Suka Bila Kau Ketawa
Kau Buat Aku Senyum Ke Telinga

Aku Suka Bila Kau Tersipu
Merah Muka Hendak Sembunyi Malu

Aku Disini Dengan Kamu
Kalau Boleh Biar Selalu
Kerna Kau Kini Ada Dalam Hatiku

Hanya Kau & Aku Sentiasa
Pedulikan Apa Orang Kata
Kita Berdua Sama Saja
Hanya Ingin Cari Bahagia
Aku Jumpa Waktu Kita Bersama

Buangkan Tisu Basah Airmata
Pimpin Tanganku Untuk Selamanya

Jangan Biarkan Hati Kamu Resah
Kasih Aku Temu Percayalah

Hanya Kau & Aku Sentiasa
Pedulikan Apa Orang Kata

Kau Dalam Diri Ku Selalu }
Engkaulah Yang Aku Mahu } 2x

Hanya Ingin Bersamamu… } 4x
Hanya Ingin Bersama Kamu….

Tuesday, March 8, 2011

::Are They So Cute!!::

::08 March 2011-5.00ptg::
::Selasa::

::Salam semua..now aku macam rajin kan update status..hihi..mesti korang tak rindu ngan blog aku yang kadangkala bersawang ni..hihih..ok actually aku ngah buat research for simple promo teaser..untuk buat story board for our advert..so memang bnyaklah yang aku search sampai aku rasa busan and ngantuk..nasib ari ni boss blanja tart telur..so leh gak mulut ni ngunyah2..hihih..

Ok aku tak mo citer panjang..dalam masa aku aku buat research..aku jumpa iklan promo ni..so cute ok..rasa nak ikut diorg main roller blade skali..haish..tetiba aku imagine kalau anak aku esok macam ni..kiamat dunia..hahhaha..so untuk tidak berteka teki..meh aku share ngan korang video ni..:D..xoxo..muaaah::

::mak aii cute nyer possing..hihi::

:: gangster x gangster lah diorg ni..nampak?hahhaha::


Friday, March 4, 2011

::nur kasih::

::04 March 2011-5.30ptg::
::Jumaat::

::Salam pembukaan yang ringkas..aku ngah asyik tengok youtube..then aku terjumpa trailer movie ni..for honestly..masa citer ni tayang kat tv..aku jarang tgok..tapi time puasa tu rajin gak lps sahur duk ngadap citer ni..hahha..semua di sebabkan lagu..aku suka lagu ciptaan yasin ni..aku dengar movie ni nak kuar bulan ni..tp time aku tgok trailer ending teaser tu kuar bulan 5..so tak nak story bnyak2..aku sisipkan trailer citer ni n lagu ni..and the part interesting soundtrack movie ni..tiz zaqyah nyanyi..so enjoy..tak sabar nak tgok movie ni..coz trailer dia nampak sedih..:)..xoxo..muaaaaaah::

::ni trailler movie::

::the soundtrack..:)..::