Wednesday, October 9, 2013

Our Second Bubble is PRINCE

:: 9 Oktober 2013 - 10:30 pagi ::
:: Rabu ::

::Assallammualaikum sahabat..Wordless Wednesday tapi hari ni aku nak share pengalaman bersalin for my second 'bubble' ..hhihi..lama ko nak share..maaf yer kerana masa dan komitmen tak mengizinkan ..mana nak siapkan My princess mia lagi..Nak menjaga my second 'bubble' lagi..adoii lah..blog ni pun aku hanya sempat baca pada sahabat yang duk update story..nak komen pun tak sempat kata ko!ahhaha..busy tak busy aku ni..yerlah dulu time My princess mia aku stay dengan Bonda aku but now stay sendiri..semua nak kena buat sendiri..nasib mydear jenis ringan tulang..rajin tolong..Pengalaman baru aku untuk anak kedua ni dan untuk pertama kali anak lelaki..adoii lain karenah dengan kakaknya..yerlah masa My princess mia dulu..masa berpantang sampailah sudah..jenis tido nyenyak..jarang bangun tengah malam..tapi yang kali ni..dah jadi mata panda dah aku..kerap bangun tengah malam...kuat menyusu..mungkin karenah anak lelaki lain kot..huhuhu..Ok sebab musabab aku update story hari ni nak share dengan uolls semua pengalaman bersalin for 'Our Second Bubble'...Nampak tak bahasa 'mix' bm - English aku dah bertabur?maknanya urat dah putus banyak..ahhaha..Ok2 dah tak nak mengarut cuma aku tak tahu nak mula dari mana so kalau ayat aku berterabur tu paham-paham jer lah yer..ahahhah..ker uollss bukan baca pun kan???huhuhu..ok start now!

Rabu/21 Ogos 2013

10:00 pagi
*Hari ini aku seperti biasa ada check-up kat Hospital Sungai Buloh..Untuk pengetahuan semua aku ada GDM atau erti kata lain 'kencing manis' so seawal kandungan aku 9 bulan dah mula buat check-up kat sini sebab musabab aku nak bersalin sini..ahahha..bukan sebab sakit yang serius ok..so seminggu sekali jugaklah aku berulang alik buat check up kat sini..last check up 36 minggu doctor ada bagi tahu mite be aku akan kena induce 38 minggu sebab air ketuban yang banyak dan kondisi baby yang nampak besar dari jangkaan..so macam redha lah..hari ni datang pun sebab just nak tengok keadaan baby before induce next week..tapi pada masa buat pemeriksaan jantung baby ada nampak 'construction' pada bacaan tapi aku tak rasa apa lagi pun..adalah rasa sakit-sakit tapi bagi aku normal kot sebab sakit nak beranak just sakit-sakit sengal badan dan perut..so doctor pun saja nak tengok bukaan jalan bawah aku..memula aku rasa takkan kot dah terbuka..baru 37 minggu..lagi pun aku tak keluar tanda pun..tapi sebab dia kata ada petanda dah buka aku redha jerlah..dan sememangnya benar ok!aku dah buka 3cm dan ajaibnya aku tak rasa sakit nak bersalin..so apa lagi doctor suruh aku admit..adoiii..berdebar ok sebab tak ready bab fizikal..ahhaha..ohoi dah masuk anak kedua pun masih ada rasa tak ready?haruslah sebab dah dua tahun kot 'feeling' nak bersalin tu dah takder..ahhaha..aku siap tanya kat doctor..

Me : 'Saya tak rasa sakit nak bersalin..Kalau saya balik boleh?dah sakit baru saya datang..'

Tahu tak jawapan doctor apa?

Doctor : 'Tak boleh puan..saya tak nak bertanggung jawab kalau puan bersalin dalam kereta sebab air ketuban puan banyak boleh bersalin bila-bila jer ni....'

Dan bermulalah episod aku kena tahan 4 hari 3 malam di hospital..berkampung aku dengan mydear..aku ok lagi ada sediakan katil dan nyenyak tido tapi kesian kat mydear lah..terpaksa tido kat tempat menunggu..nak balik tido rumah tak sedap hati sebab aku leh bersalin bila-bila masa jer ni..huhuh..Oklah nak cerita detail aku tiga hari kat hospital kang panjang lebar jadinya yang boleh aku cakap..selama 4 hari aku menunggu nak bersalin bukaan aku hanya buka sikit demi sikit..ingat cepat tapi lama..dan yang pasti aku tak rasa sakit langsung sampailah Jumaat malam..tu pun kuar tanda sikit lendir macam My princess mia dulu..takder kuar tanda darah pun..dan kerap kali juga doctor seluk nak tolong bukaan aku jadi besar sehingga pagi Sabtu tu bukaan buka 6cm..bayangkan lamanya aku berkampung kat tempat menunggu hanya nak tunggu bukaan buka besar..Pengalaman pertama bagi aku..adoii..banyak kenangan ok masa menunggu..nak cerita kat post ni kang korang busan..so aku simpan jadi kenangan lah..tapi yang pasti kenangan terindah bagi aku!hihihihi..so meh aku cerita hari kejadian sebenar..

Sabtu/24 Ogos 2013

9:00 pagi - 12:00 tenagh hari
*Dah tolak dalam labour room..aku panik sebenarnya yerlah sebab tak rasa sakit sangat..pengalaman aku bila dah duduk dalam labour room takleh nak gerak ,  makan dan minum..baring menahan sakit..adoi walaupun tak rasa sakit lagi ni..tiga orang nurse pelatih dan seorang nurse terlatih bergilir jaga aku..dalam pukul 9:30 pagi datang doktor pakar pecahkan air ketuban aku dan bermula lagi episod aku menahan kesakitan yang amat..sepanjang dari pukul 9:30 pagi hinggalah pukul 12:00 tgh hari..aku menahan sakit..segala doa aku baca..terutama doa Nabi Yunus..perasaan bercampur..rasa gementar,takut termasuklah menahan kesakitan..mydear tak dapat masuk lagi..huhu..time ni rasa nak mydear ada kat sebelah jer..nasiblah sebelum masuk labour room dah minta maaf kat mydear..yerlah orang kata saat bersalin ni ibarat berjihad..saat aku alami kesakitan selama 4 jam ni..alhamdulillah nurse yang menjaga aku tak henti2 bagi aku kata semangat..tahan sakit sambil pegang tangan aku..terasa bersyukur sangat sekurangnya aku tak keseorangan and feel like deliver kat private plak..hihih..


12:00 tgh hari-12:33 tgh hari
*Contraction dah mula sakit 5 minit..doc datang review..bukaan dah 8cm..that time nurse terlatih dah suruh panggilkan mydear masuk..sebab aku dah rasa nak terberanak..dan pada yang sama aku mula rasa mamai yang amat ok sebab masa aku menahan sakit nurse ada cucuk aku ubat supaya take a rest..memang rasa ngantuk sangat ubat tu....masa nak meneran pun aku macam sedar tak sedar jer..mydear pegang tangan aku suruh push pun aku rasa macam mimpi jer..punyalah kuat penangan ubat tu..dan alhamdulillah 3 kali push aku selamat melahirkan putera ku yang pertama..Syabil Naqib B Syarafi..huhuhu macam tak percaya kuasa Allah swt alhamdulillah dipermudahkan aku untuk bersalin kali ni walaupun penantian menunggu selama 4 hari..dan satu cerita aku nak kongsi lagi..hari dan masa aku bersalin kedua-dua anak aku adalah sama.. 

Safiyyah Nurdamia Bt Syarafi - 13 Ogos 2011(Sabtu) / 12:55 tengah hari

Syabil Naqib B Syarafi - 24 Ogos 2013(Sabtu) / 12:35 tengah hari

Kebetulan kan? Kuasa yang Maha Esa..aku bersyukur..dan buat aku bertambah gembira dah sedikit terharu bila anak aku yang kedua ni sama tarikh lahir dengan arwah ayah aku..bayangkan setelah 18 tahun kehilangan seorang ayah..dilahirkan cucu yang sama lahir dengan arwah atuknya..syukur..oklah aku rasa dah panjang sangat aku share..meh layan gambar aku sebelum dan selepas bersalin..:)..xoxo..::





Syabil Naqib B Syarafi
24 Ogos 2013(Sabtu) / 12:35 tengah hari




4 comments:

  1. Subahanallah... congrats sis.. berdebar2 baca citer sis nie... semoga syabil menjadi anak yang soleh ^_^

    ReplyDelete
  2. hihih..tq farhana effa..insyallah..doa semua ibu nak anak menjadi seorang yang soleh..:)

    ReplyDelete
  3. huhu..senang wlu memula susah..kali ni lyn nak try normal..doakan..hihi

    ReplyDelete

::come to comment my blog::