Thursday, December 8, 2011

:: Bubur Candilku Berwarna Warni ::

:: 8 Dec 2011-4:22pagi ::
:: Khamis ::

Ibu Mia @ Kitchen 

::Ari ni nak share ngan blogger semua resepi bubur aku @ ibu mia  blajar ngan mak aku..pengetahuan umum aku adalah keturunan jawa..resepi orang jawa..yang aku tahu lah kan...dunno lah kalau ada negeri lain cakap ni resepi korang..tapi takper jangan gaduh..aku just nak share cara2 nak buat..meh aku bg simple bahan2 yang di perlukan :

Bahan-bahan

100 gram tepung beras
100 gram gula pasir(ni ikut manis koranglah)
500 ml santan
2 helai daun pandan
Sedikit pewarna(terpulang brapa warna yang korang suka)

Cara-cara

1.Ulikan tepung beras tadi dengan sedikit air sehingga menjadi doh.Nak senang bahgikan tepung beras tadi kepada beberapa bahagian mengikut berapa warna yang anda inginkan.

2.Bentuk doh tadi menjadi bulat2 kecik.Jangan terlalu besar sebab nanti ia mengembang.

3.Selepas itu masak air sehingga mendidih(air juga mengikut kadar kuah yang korang suka).

4.Setelah mendidih masukkan gula pasir , daun pandan dan juga santan(pastikan santan jangan pecah)

5.Masukkan pula aduna doh bebola tadi kedalam air mendidih.Pada sesiapa yang ingin tambahan,boleh letakkan sagu kedalam.

6.Renih dengan api yang perlahan hingga mendidih.

7.Selamat Mencuba!!

Ni aku share gambar2 behind the scene nak buat bubur candil from Ibu Mia @ Kitchen 













4 comments:

::come to comment my blog::