My Instagram

Saturday, April 28, 2012

SALE!SALE!SALE!

::28 April 2012-11:00mlm::
::Sabtu::

My baby business do a clearance stock..So lets grab it babe!! Mid Year Sales From Almarichantekchomel Collection!!


So anyone yang berminat dengan koleksi dari kami sila jenguk di laman facebook Almarichantekchomel :


Part of our clearance collection







So do visit our page & facebook ok!xoxo..

Friday, April 27, 2012

Bicara Hati?

:: 27 April 2012-1:00 pagi::
:: Jumaat::

:: Salam..pagi ini mood tengah layan novel.Ada beberapa novel ni masih dalam simpanan..dulu masa study kat UiTM ni lah aktiviti aku kalau tak balik cuti hujung minggu..duk melanguk baca novel..kadang sampai tak terbuat keje dek kerana nak habiskan satu novel...kira kalau duit simpanan banyak gak habis beli novel..tapi sayang sangat separuh novel aku ada gak yang ilang..yerlah pinjamkan kat orang sampai la ni ada yang tak pulang..huhuh...Antara novel favourite aku yerlah 'Bicara Hati' ...novelis Damya Hana..boleh di katakan novel ni paling kerap aku baca sampai aku dah boleh hafal setiap detik dalam novel tersebut..So kebetulan kat Astro Prima ada tayangkan cerita yang di adaptasi dari novel ni so meh aku share sipnopsis citer ni :


Info Drama Bicara Hati
Bermula 3 Januari 2012
Setiap hari Selasa
09:00 malam- 10:00 malam
Astro Prima Channel 105
26 Episod

Sinopsis Drama Bicara Hati
Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh dengan pemuda itu.

Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia kau tetapi dengan syarat, iaitu hak – hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjajian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mengingkari. Kini timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan?
Pelakon Utama Drama Bicara Hati
Sharnaaz Basir Ahmad (Tengku Syahran)
Christina Suzanne Stocktill (Zahlia)
Marsha Milan Londoh (Linda)
Josiah Hogan (Razif)
Lash Mokhtar (Adli)

___________________________________________________________________________________________



Bagi aku pemilihan watak-watak dalam citer ni ok terutama hero dan heroin citer ni..jom aku share gambar-gambar dalam citer ni dan sedikit latar belakan hero dan heroin citer ni..


"Tatkala sendirian hatiku terdengar degupan cintamu"
Damya Hanna - Bicara Hati







Heroin:-

Nama Penuh : Cristina Suzanne Stockstill aka Kris Cempaka, Kris Suzanne
Tarikh Lahir : 22 Januari 1985
Tempat Lahir : Johor. Kacukan Melayu & Jerman
Adik Beradik : Anak kedua daripada tiga beradik
Hobi : Mendaki, berkhemah dan fotografi
Kerjaya : Pramugari (2003 -2009), model dan pelakon
Drama : Kasih Najihah (TV9), Dia Bukan Maryam (TV9), Cermin Pada Bulan (TV3), Bicara Hati (Astro Prima)
Filem Indie : Kil (2011) dan My Indie Rock Darling (2006)



Hero:-

Nama penuh: Sharnaaz Basir Ahmad

Tarikh lahir: 30 Ogos 1985

Umur: 26 tahun

Asal: Georgetown, Pulau Pinang

Drama: Tari Tirana, Dottie, KumKum, Pontianak Kampung Batudan Ungunya Cinta

Filem: Seru dan Azazil

Pencapaian: Tercalon sebagaiArtis Baru Lelaki Popular diAnugerah Bintang Popular 2010




Oklah ni jer yang dapat aku share..cuma lately ni aku kurang layan drama ni..bukan sebab pelakon tapi bila jalan citer dah di tukar tak sama dengan novel..watak yang tak sepatutnya lebih menonjol dari watak dalam novel..so pada sesiapa yang berminat gak ngan novel ni..meh share ngan aku apa yang kalian rasa tentang novel ni bila dah di adaptasi ker drama...xoxo...muaah::

Friday, April 13, 2012

Ko Boleh? High Class ker?

::13 April 2012 - 9:35pagi::
::Jumaat::

::Mungkin lambat aku nak cerita pasal malam ABBPH ahad lepas...tak se excited mana pun tengok majlis anugerah tu..tapi antara yang menarik aku boleh kongsikan tak sangka Lan Typewriter ni laku sungguh sampai dua "Diva Malaysia" kita 'Siti Nurhaliza' & 'Ziana Zain' nak berduet ngan dia..Berhantu gak 'Lagu Untukmu' ni..dua 'Diva' ni buat aku kagum lah..bukan dari segi vokal sahaja tapi pembawakkan diri mereka..Ok aku bukan nak bergossip..kalau nak baca gossip banyak lagi blog kalian boleh buka..Hari ni aku just nak share pasal dua perkara yang berkaitan dengan dua  'Diva' ini  iaitu 'Keberanian' & 'Keyakinan' ....Sambil aku ber youtube dua menjak ni aku ada terjumpa satu video sesi temuramah  'Siti Nurhaliza'  dalam rancangan tv berbahasa Inggeris..Ok apa yang nak aku perkatakan kat sini..nampak sangat  'Siti Nurhaliza'  ni gugup dalam menjawab soalan dari pengacara tv show tu..Duk terpikir apa yang nak di jawab, tak selancar mana...bagi yang baru mengenali penyanyi tersohor Malaysia ini mesti akan mengutuk cara jawapan beliau yang bagai tak mengerti satu patah perkataan yang dia ajukan padanya..tapi bagi aku yang tahu background education  'Siti Nurhaliza'  salute habis kot kat beliau!  Ko mampu ker berada di tahap beliau sekarang..Begitu juga dengan penyanyi 'Ziana Zain'...no high education tapi berkeyakinan bercakap dalam bahasa Inggeris even kalau boleh aku lebih rela tengok beliau berbahasa Melayu jer..Tapi aku suka keyakinan beliau.

Aku buat entry ni bukan nak memuji atau nak sanjung dua   'Diva'  ni cuma bila aku baca komen-komen dekat youtube tu..aku terpanggil nak buat entry ni..pada kalian yang memamg mampu berbahasa Inggeris dengan lancarnya...kalian sekarang di tahap mana? Pada kalian semua yang berlajar setinggi menara gading pulak mampukah kalian berbahasa Inggeris dengan yakinnya?Pengalaman aku berkerja di industri multimedia yang mermelukan kita berbahasa Inggeris dengan lancar boleh di katakan tak semua 'graduate' dia luar sana yang mampu berbahasa Inggeris se yakin dua   'Diva'  ni yang hanya berlatar belakang kan 'SPM' sahaja..yang dulu bekerja kilang dan anak jati kampung.biarlah  'Diva' ni tahu yang di jawab tu tak menjawab soalan tapi keyakinan mereka membawa mereka di tahap sekarang...Bukanlah aku nak kondem komen-komen kalian cuma bila menyuarakan pendapat tu biar kita ukur badan diri sendiri dulu..Pada yang memang mampu berbahasa Inggeris dengan sempurna...kira bonus lah bagi kalian..pergunakan kebolehan yang ada untuk membantu mereka yang tak sehebat kalian..jangan menggambil kesempatan dengan kebolehan kalian dengan menunjuk-nunjuk..Aku pun tak salah kana pada sesiapa yang ingin berbahasa Inggeris di alam maya..mungkin blog aku pun tak berbahasa Inggeris sepenuhnya..yerlah kadang-kadang aku pelik..bila isi sesebuah blog tu fully in English version mulalah banyak follower,mulalah di katakan blog high class..Eh? Mesti korang tak terpikir rupanya ada mentaliti macam ni kan..Pemikiran manusia itulah hakikat..Kadang-kadang bila ada mentaliti macam ni buat kita jadi renggang ,mempersendakan sesama sendiri..nak bagi tahu hidup kalian lagi bagus bila pandai berbahasa Inggeris dengan lancarnya...memanglah tak salah kalau kalian mampu cuma janganlah membuat level di tahap kalian sendiri..memilih kawan dengan cara begitu..

Oklah aku tak nak membebel banyak cuma kita cuba pikirkan isu ni..mungkin penulisan aku tak sehebat penulis di luar sana tapi cuba amik serius mengenai ini..jangan di sebabkan isu bahasa ini kita hilang kawan , ada tahap high class or not , jadi renggang atau sebaliknya...aku memang dah lama nak share isu bahasa ni terutamanya kita yang berblogging di alam maya ni...pesanan untuk semua dan ingatan untukku juga..jangan memperlekehkan seseorang kerana kalian mempunyai kelebihan yang tidak ada pada orang lain..ingat pada satu masa nanti kita akan sama jer di alam sana...so untuk redakan penulisan aku ni..meh aku share lagu yang hafiz ni nyanyi..suka plak aku dengar..xoxo..muaaaaaaaah::




Thursday, April 5, 2012

My Princess Kuat Makan!

::5 April 2012-2:00pagi::
::Khamis::

::Mood nak menaip datang hari ni..meh nak share mengenai pemakanan my princess mia...Alhamdulillah my princess mia  dah nak masuk 8 bulan 13hb April ni...cepat jer masa berlalu..rasa baru jer lahirkan si kechik chomel ni..yerlah masa berlalu begi tu pantas..ok meh aku citer pemakanan  my princess mia  ni .. masuk 5 bulan aku dah mula bagi  my princess mia  makan sesuatu..dan seperti ibu bapa yang lain..mydear ku sangat prihatin mengenai perkembangan puteri kesayangannya..dari segi pemakaian,penjagaan dan paling utama pemakanannya..apa yang perlu..apa yang tidak perlu..apa yang tak boleh..apa yang boleh..sampai aku gelar mydear ku mr. Google ..yerlah mana tak nya..sebelum bagi apa-apa dia akan pastikan fakta yang dia baca kat mr. Google tu sama ngan  cara pemakanan yang aku bagi..ayark!hihihih..so setelah kata putus..salam permulaan bagi  my princess mia  ialah biskut..biskut baby yang kami pilih ialah :-

Heinz Farley's Rusks 


Kenapa kami pilih biskut ni? Sebab khasiat dalam bisut ni..dan kami akan bagi 3 kali sehari..cairkan dulu sebelum bagi..aku tak kan bagi direct even biskut ni mudah cair sebab risau,kadang-kadang kita tak sedar ketulan yang belum cair and my princess mia  terus telan..untuk langkah berjaga-jaga aku cairkan jer senang..meh baca kandungan yang terdapat dalam biskut ni :-

Description:

Heinz Farley's Rusks 

a. Source of Iron & Calcium
b. 5 added vitamins
c. No artificial colours, preservatives or flavours
d. Very low salt
e. No GM ingredients

Heinz Farley's Rusks Original are a great way to gradually introduce your baby to solid foods. Tried and tested by mums for generations our unique recipe contains 7 vitamins and minerals like vitamin D and calcium which work together to help build strong bones and teeth.


So di sebabkan khasiat tersebut me and mydear beri  my princess mia  makanan sampingan tersebut..yerlah  my princess mia  dah makin lasak masa tu so dengan bergantung pada breast feed mungkin tak cukup baginya pada masa tu..oh ya aku masih breast feed  my princess mia  until now k..next entry aku cerita pengalaman breast feed  my princess mia  plak..

Ok masuk 6 bulan dan sampai sekarang kami dah mula bagi my princess mia  makanan tambahan yang agak berat..tu pun setelah mendapat nasihat nurse dan doktor..dalam usia 6 bulan ke atas my princess mia  mermelukan makanan tambahan untuk memberi tenaga padanya yang memang dah makin lasak..so kami memilih Neslac sebagai sampingan..nurse ada juga cadangkan bagi jer bubur nasi home-made tapi mydear ku beli yang instant jer sebab tak ready nak bagi direct nasi bubur lagi..hihih..bukan malas erk..but why not we try yang dah ready made..yer dok!ok kang aku melalut plak..so ni first stage for our princess :-

Nestle Cerelac rice & milk 


NESTLÉ® CERELAC® Infant Cereal Rice & Milk help your child move from a milk-only diet to one that includes solid food with the least discomfort. Now even better with BL Bifidus® and the combination of Iron, Zinc, Vitamin A & Vitamin C nutrients which help strengthen your little one's natural defenses.


Ni for first stage...campuran susu dan beras..dalam sehari 3 kali sehari sebelum aku breast feed  my princess mia ..oleh kerana nak siapkannya sangat mudah so jimat masa saya yang sememangnya banyak masa ni..hihi..hanya perlu guna air suam sahaja..so dalam sebulan setengah jugak lah  my princess mia  makan campuran susu dan beras ni..masuk bulan 7 tu pun dah pertengahan..kami tukarkan yang berperisa..sebab  my princess mia  cepat muak dengan beras n susu sahaja..yerlah..bila breast feed pun susu..makanan tambahan pun susu gak..so kami belikan perisa sayuran dan buahan untuk second stage..oh ya..bukan sesaja kami tukar ok..itu pun kami ikut secara berperingkat..kat bawah tin or kotak ada label every stage kita harus beli so takderlah hentam jer nak bagi my princess mia  makan..

Nestle cerelac rice & mixed fruit



After learning how to take solid food, your child is ready to explore new tastes. NESTLÉ® CERELAC® Infant Cereal Rice & Mixed Fruits not only introduces the yummy tastes of apples, bananas and oranges to your child but also provides the fibre that he needs. Now even better with BL Bifidus® to help improve a beneficial intestinal micro flora.

&

Nestle cerelac rice & mixed vegetable





Interesting new tastes with good nutrition for your child – NESTLÉ® CERELAC® Infant Cereal Rice & Mixed Vegetables contains spinach, pumpkin and carrots for your child to discover. Now even better with BL Bifidus® to help improve a beneficial intestinal micro flora.

So waktu makan  my princess mia  ni masih sama masa aku bagi for first stage..3 kali sehari tapi kadar kandungan untuk sekali tu 4 sudu besar ok.. my princess mia  memang dah kuat makan..hihih..dan seperti biasa aku akan bagi sebelum aku breast feed.Sebab selalunya  my princess mia  akan tido lepas makan..hihih..nasib sejak makan ni takde lah berat badan dia naik bam-bam..just nice dengan ketinggian dia..next month masuk 9 bulan..next check up for her..oklah dah share pemakanan my princess mia  so next entry aku akan citer plak pasal breast feed plak k..xoxo..muaaaaaaaaaaah! ::

Tuesday, April 3, 2012

Bersediakah?

:: 3 April 2012-8:45pagi::
:: Selasa::

:: Dah masuk bulan April..kejap jer rasanya..dah nak masuk suku tahun..lately ni aku rajin duk baca status kawan lama aku masa sekolah...yerlah nak tahu perkembangan terbaru diorg..kat facebook jerlah boleh tahu perkembangan semasa kawan-kawan..so tetiba aku tengok one of my schoolmate masa sekolah rendah update gambar dalam album "Since U left US"...Tergamam gak aku...Berdebar gak ni nak tengok profile timeline kat facebook 'Dia'..dalam hati dah berkata-kata dan tekaan aku tepat..Suaminya baru meninggal dalam sebulan yang lalu..Aku tak ter agak-agak komen kat gambar yang 'Dia' update..bertanya khabar and nak tahu apa yang terjadi..
short conversation->

:: me - Salam babe..takziah..tak tahu pun..btw y ur hubby? ::

:: Dia -  da sebulan da meninggal u....heart attack..meninggal dlm tdo ::

:: me -  sian nyer u babe..be strong ok.. ::

So apa yang aku nak kongsi kat sini..Bersediakah kita?hurmm..mungkin entry aku kali ni boleh buat kita menghargai apa yang masih milik kita..mungkin selama ini kita rasa dah cukup dengan apa yang kita perolehi..tapi bersediakah kita kalau satu hari nanti semua tu dah tak ada disisi kita?masa aku taip entry ni pun..hati aku berkata-kata..kuatkah aku?Bayangkan orang yang kau menaruh harapan,bergantung hidup dan berkongsi kasih sayang hilang sekelip mata..tanpa kita sedar bila waktu dan masanya...Orang yang kita sayang meninggalkan kita dengan apa cara pun..aku amat simpati dengan sahabat aku ni..tak dapat bayangkan bila orang yang sangat kita sayang hilang ketika di sisi kita..ketika kita anggap dia sedang tido dengan tenang..tak kala tu kita lupa nak cium dan salam maafan sebelum tido..yang kita tahu..tido dan esok bangun seperti biasa..Ya Allah..Kuatkah aku jika di uji seperti itu..itu mungkin dugaan untuk sahabatku..tak kala suaminya tido disisi..di lihat tenang..rupanya akan meninggalkannya untuk selamanya..

Sayu aku lihat 'Dia' update gambar bersama suaminya..bagi kita yang masih ada lelaki yang bergelar  'Suami' hargailah mereka..mungkin kita kadang-kadang lupa untuk menghargai lelaki yang bergelar 'Suami'..sebab kita tak terpikir akan kehilangan nya..aku bukanlah isteri yang sempurna tapi takdir buatkan aku terbaca status sahabatku ni telah membuatkan aku sedar..selalunya kita jer pikir kita isteri yang terbaik dan sempurna..tapi adakah cukup layanan kita?rajin tak mulut kita ucapkan kata maaf bila melakukan kesalahan?rajin tak kita bersalaman ketika apa skali pun?waktu mengantar suami ke tempat kerja?ketika nak tido?pernah kita kira berapa kali kita tinggikan suara bila hasrat kita tak di tunaikan?itu belum lagi bila kita tunjuk protes bila segala permintaan di bantah oleh sang 'Suami'...Ya Allah..banyak yang kita abaikan sedangakan sang 'Suami' lah yang akan bawa kita ke syurga..

Entry aku kali ni bukan nak menakutkan tapi peringatan..peringatan pada aku juga..kita jangan menggangap esok masih ada..kita tak tahu apa yang tertulis pada kita..dunia dah makin tenat..macam-macam yang dah berlaku..Bayangkanlah semua tu hilang sekelip mata..Hidup akan jadi 'SEPI'...Aku bercerita dari pengalaman juga..melihat Bonda sehingga kini membesar kami sendirian..tanpa lelaki bergelar 'Suami'..jangan di tanya kuatkah Bonda ku?melihat pun aku tak sanggup..semua di tanggung sendiri..Jadi wahai sahabatku di alam maya..Apa yang aku cuba kongsi kan ni sekadar memberi kita kesedaran..mungkin  penulisan aku tak sebagus mana..tapi aku harap apa yang aku share ni menyedarkan kita untuk menghargai lelaki yang bergelar 'Suami'..insyallah ...xoxo..muaaaaaah::

:: ibu & mia love u papa! ::

::share luvly lirik for us::