Monday, April 10, 2017

Chef Wan vs Chef Tipah

:: 10 April 2017 - 8:40 malam::
::Isnin::
::Jarang sis update blog memalam ni tapi sebab lama dah peram citer ni kang nanti basi plak!hahha.. Berangan ramai yang baca kan!Ok back to topic..Hot kan topic sis?hahha..By the way mcm mana nak mula yer?Sebenarnya mak sis berpeluang masak dengan chef selebriti terkenal dunia ni bermula di sebabkan oleh seorang kenalan sis kat facebook up status mencari ibu tunggal yang berjaya membesarkan anak sehingga berjaya.Masa tu sis pun saja kongsi kisah mak dan pada yang sama sis tak tahu pun siapa yang terpilih akan memasak dengan Chef Wan!

Alhamdulillah mak sis terpilih!Punya lah excited plus berdebar ok!Masak dengan Chef Wan kot!Memula masa mak sis terpilih rasa takut pun ada gak..Yeelaaa ni kali pertama deal dengan prosuction tv mana la tahu betul ker idak kan!Punya lah sis stalker Chef Wan nak tahu betul ker tak beliau tengah buat rancangan terbitan tv1 ni kan dan alhamdulillah lega sis bila nampak beliau up kat instagram tak pasal jugak lah sis follow Chef Wan...Hahhaah!

Ok sis macam banyak bebel kan!Hari di janjikan pun tiba!Ayat novel sangat kan!Mak sis punya siri yang paling akhir so bila di tayangkan kat tv nanti kami last episod..Meh lah layan gambar masa shooting tu ok!!Seharian ok!Dari pagi sampai petang punya lah penat oi!Hahaha macam mana nak jadi Fazura ni!Hhaha..mood berangan!!

                      
::Tepat pukul 10 team production set up set!Punctual diorg ni..Kagum!::


::Masa ni Chef Wan baru sampai..sesi perkenalan sambil
 tunggu set siap::

::Rancak berborak..Alhamdulillah Chef Wan sangat friendly so reda sikit
 rasa debar..hihi::

::Ok Chef Tipah in action!Hihi::

::Sesi pengambaran untuk tahu sejarah mak membesarkan kami::

::Lepas tu shoot kat meja makan!Nervous sis duk sebelah
 Chef selebriti ok!::

::Hamper Gift for humble chef from miaqibkitchen!ni pun excited 
nak cerita dengan uolls!another special project for miaqibkitchen!::

::Muka mak happy hantar Chef Wan balik!::

::Last scene!!Meriahkan!Tapi sedih gak sebab mydear tak dapat join
 sebab ada biz matter..huhu::

Dalam pukul 5 selesai shooting.Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar..Cuaca pun ok..Dalam sejarah bak kata Mak sis ok!Yerlah tak pernah kami bayangkan dapat masuk tv dan Mak dapat masak dengan chef terkenal!Ni kira hadiah teristimewa untuk mak jadikan kenangan kami sekeluarga!!Kadang kita selalu pikir apa hadiah terbaik kita nak buat ibu kita gembira kan!Hope mak sis gembira untuk semua kenangan ni!xoxo::

Tuesday, March 28, 2017

SALAM REJAB

MALAM INI MALAM MUSTAJAB DOA
Ahlan Wa Sahlan Bulan Rejab! 
InsyaAllah malam ini adalah malam yang pertama bulan Rejab.

Di antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah malam yang diistimewakan untuk di qobulkan doa.
Sabda Rasulullah s.a.w.: 
“ Lima malam doanya tidak di tolak, malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jum’at, malam Hari Raya Eidul Fitri, malam Hari Raya Eidul Adha." 
(Al Baihaqi).

Marilah kita memanfaatkan peluang dan kesempatan yang ada di hadapan kita dengan amalan-amalan saleh untuk meraih rahmat Allah SWT, semoga Allah memberi taufik kepada kita untuk beramal demi meraih rahmat-Nya.
Amin.

Tuesday, March 7, 2017

MEEYA 2017

::07 Mac 2017 - 8:00pagi::
::Selasa::

::Finally we are launced our new collection for 2017!Asyik tertangguh jer sampai ramai tanya bila MEEYA nak kuarkan 2017 punya koleksi..Maaf yer terlalu banyak agenda sampai kami tak sempat nak reveal koleksi baju terbaru dari kami.Kali ni kebanyakkan koleksi lebih nampak elegan dan selesa.More loose shirt for muslimah.Semalam dah bagi sikit teaser.Insyallah dalam minggu ni semua koleksi kami akan kuarkan!So stay tuned ladies!!


Monday, March 6, 2017

Kerja Kahwin

::23 Feb 2017 - 10:05 pagi::
::Khamis::

::Penat tak habis lagi..Dah lama tak buat kerja kahwin..Dari pagi sampai petang duk layan tetamu..habis cramp kaki sis!!Tapi dalam masa yang sama happy lah..time ni semua berkumpul..walaupun tak sempat nak borak panjang tapi bila reramai tu feeling lain macam..big happy family..Bagi bonda sis seronok sangat lah dapat menantu perempuan..ada geng baru untuk sembang..hihi..meh sis share sekitar majlis adik lelaki sis:-

::Homemade Mini Choc Moist::

::Second time deco candy bar for wedding..first dulu untuk adik ipar..ok ker idak?::

:: Close up view::


::Ni salah satu benda sis tak jangka.. D.I.Y pelamin mini untuk si pengantin..actually kami plan nak buat untuk photo booth tapi ntah mcm mana leh jadi mini pelamin..semua buat sendiri..Thankz to all helper..kalau takder mereka kurang seri pelamin mini ni..hihi..::

Punya dah lama tak buat kerja kahwin penat dia lain macam..nak bergambar pun takde masa duk layan orang-orang datang..geram gak lah baju lawa-lawa tapi tak dapat nak gambar sakan..takper raya ada...hahha..so meh layan gambar yang ada kat sis..Tak banyak pun sikit jer..

::Kena siapkan dak kecik ni dulu..boyfriend ibu ni..hihi::

::mynyawa::

::Rasa ni jer gambar reramai yg sis ada..Gambar satu family kena tunggi officially photographer..huhu::

::Pengantin kena dera nyanyi tapi macam suka kena nyanyi jer?hihi::

::ha ada pun gambar mak pengantin..hihi::

Oklah sis tak banyak gambar tapi kalau sesiapa follow sis kat facebook & instagram boleh layan gambar sekitar majlis..Ok last but not least terima kasih pada semua yang hadir..Sis wakil mak memohon maaf sekiranya ada salah dan silap serta kekurangan pada majlis kami..xoxo::













Wednesday, February 15, 2017

My Brother Nikah Day

::15 Februari 2017 - 9:30pagi::
::Rabu::

::Assallammualaikum..minggu ni sis bz sikit..bz adik lelaki kahwin..lama tak buat kerja kawen..macam-macam lah nak kena readykan..sejak jadi surirumah ni sis jer lah yang bonda sis harapkan..teman pergi sana sini..minggu ni majlis belah family kami..lagi banyak nak kena readykan..huhu..cayok2..ok ni sis share gambar sepanjang nikah dan majlis side perempuan..

NIKAH DAY

:: steady bro a.k.a uncle::

::Family kecil sis::

::Welcome to our family sis::

::Lovely couple..Congrate both of u::


SANDING DAY

:: Sibling::

::Pengantin::

::Gambar last saja jer nak share famiy kecik sis::

Rasanya dah tak ramai nak share macam nibkat blog sebab dah banyak medium internet tapi sis jiwa klasik..kalau ada yang sudi baca welcome to my simple blog..tapi kalau ada yang rasa sis dah out of date takperlah sis ok..janji semua bahagia..xoxo..muaah..



Monday, February 6, 2017

Salam 2017

::06.02.17 - 8:45pagi::
::Isnin::

::Assallamualaikum..Kejap.dah masuk.bulan 2 2017!Rindu wei nak mengomel kat blog yang bersawang..hahaha..ayat sama jer kan bila lama tak update..Kadang terpikir gak masih relevan ker blog ni?tapi tu rr..minat kan..macam mana lama tinggalkan dunia penulisan alam maya ni..mesti akan datang rindu..dari sini bermulanya pelbagai perkongsian ilmu..minat dan juga kisah hidup.Tahun ni sis kembali menjadi 'fulltime housewife'..alhamdulillah..kali ni lebih tenang dan harap dipermudahkan setiap perancangan dan langkah..bukan senang nak senang kan!Ok tak nak serius sangat..ni saja cuba update thru hp..malas nak buka laptopt lagi..so pada pembaca baru selamat berkenalan..yang masih lagi sudi membaca terima kasih..keep in touch ok!Doakan sis 'rajin' update blog ok!xoxo..::


Saturday, August 27, 2016

Ladies Day Out!

::27.08.2016 - 9:11pagi::
::Sabtu::

:: Hai ladies!!Kena dengan tajuk kan!!Baru ni facebook kasi ingat memory setahun yang lepas.First dating setelah sekian lama kita orang jadi bini orang..Hoi setahun ok..Lepas tu memasing jumpa masa berbuka puasa baru ni..Tu pun tak banyak borak masa berbuka sebab masa terhad..So bila memory tu muncul kat facebook apa lagi terus set nak jumpa lagi.Tapi kali ni dating ibu-ibu jer..hihih..Semalam dapat dating jap dengan my ladies..Alhamdulillah semua jenis dapat suami yang memahami.....hihih..so bila semua dah dapat keizinan apa lagi set time and tempat.Masa whatsap semua duk pikir masa mana yang sesuai..yerlah memasing kena pikir anak suami so kita orang plan curi masa sikit Jumaat petang.Memasing nak lepak borak so cari tempat yang agak santai..So pikir punya pikir kami pilih tempat yang mudah nak pergi. #ChemistryLab seksyen 7.Actually first date Me , Izma dan Ecah.Lepas tu saja roger Nad sebab pikir time tu dia on the way balik rumah so mana tau dia boleh join.Bila call dia on!Yeay sorang lagi join..Zalida tak dapat join..masalah kesihatan..Get well soon babe!

::Moment setahun yang lalu::

Semalam punya cerita banyak gelak ok!Lama dah tak macam ni.Bercerita memacam tapi macam i jer yang banyak ngomel.Hahahha..Thank you uolls sudi dengar cerita i yang berjela-jela yer.Hahahha..Meh layan gambar chomel weolls!













Ha..Lama tak update terus belanja banyak gambar!Haahhaha..Ok doakan iolss rajin lagi nak share dengan korang ok!By the way iolss tak pandai nak review bab makan tapi yang boleh comment tempat best nak lepak dengan kengkawan sbb suasana tenang..yang lain korang layan gambar yer..Sebab iolss rasa ramai dah bagi review cafe ni..hihihi..for my bestfriend..really hope kita dapat teruskan aktiviti ni ok!xoxo..muaaah!!!

Tuesday, August 16, 2016

Half Year..

::16.08.16::
::3.34pm::
::Selasa::

:: Salam semua..nak menulis pun dah rasa kekok, lama sangat tak update story mory kat dalam blog ni.Actually banyak benda yang aku nak share ngan uolls semua tapi itulah alasan masa tu paling ringkas aku boleh berikan...hihihi..ampun!Pejam celik hampir 10 tahun kewujudan blog ni di alam maya.Kejap jer rasanya.Macam semalam jer merangkak blajar nak buat blog.Dulu niat aku nak wujudkan blog ni di sebabkan suka nak share tentang aktiviti yang aku suka buat,suka makan apa..suka pergi mana dan apa yang aku akan lalui kini dan akan datang.Boleh di katakan BANYAK!!!

Dari blog ni juga aku bertambah kenalan..sahabat..ada yang sampai sekarang masih keep in touch.Dan paling yang aku paling suka bila menulis blog ni ialah dapat share info yang kebetulan ramai yang sedang cari..Contoh paling nampak masa preparation perkahwinan.Banyak info yang aku dapat share dan aku juga dapat melalui kenalan blog.Tapi lama-lama dah makin slow bertambah slow bila dah bekerja kembali..Lagilah..hanya mampu membaca blog kengkawan jer..Rindunyaaaaaaaaaaaaa!!Banyak post aku terpaksa di tapis oleh mydear..hahahha..yerlah jenayah cyber sangat berleluasa so kena berhati-hati..TApi bila tengok sahabat handai yang masih curi masa nak menulis dalam blog ni..aku rasa aku kena gak cari masa untuk back on track macam dulu balik.

So aku dah tanam azam..sekurangnya seminggu satu entry utk share dengan korang semua..doakan aku yer..hahahha..tak pasal..xoxo..muaah!::

                                                                              QUOTES OF THE DAY







Friday, May 13, 2016

Half Year Journey MEEYA & MIAQIBKITHCHEN ...

:: 13.05.16/12:01pagi::
::Jumaat::



::CHAPTER I::

::Salam Jumaat semua, separuh tahun sudah berlalu dan alhamdulillah aku dapat lalui dengan tenang meskipun tahun ni agak sibuk dengan segala perancangan. Permulaan tahun untuk MEEYA dan MIAQIBKITCHEN . Banyak yang perlu di baiki dari segala macam terutamanya akaun. Uuuwaaaaaaa..rasa nak nangis bila nak merangkak buat keduadua akaun bisnes kecilku. Alhamdulillah ada sahabat yang sudi membantu. Thank you izma for your help babe!Now dah ok sikit walaupun kadang aku duk pening bila belek akaun..hihihi..takper  semua orang perlubelajar so aku masih lagi belajar. Merangkak dalam dunia bisnes yang terlalu banyak saingan.Aku bersyukur walaupun agak slow permulaan kedua bisnes aku ni tapi still lagi maintain.Hope by next year dah dapat rentak sikit.Banyak planning dalam kepala, bagaimana nak kembangkan kedua bisnes ni.Aku dah niat, insyallah kalau diizinkan lagi dua tahun aku nak buat part time bisnes aku ni jadi fulltime bisnes.Masa tu MyMia dah darjah satu so perlukan perhatian secukupnya.

MEEYA dah mula mendapat perhatian. Setelah re branding nama baru ni 
penerimaan orang ramai sangat positive. Kami lebih fokus pada permintaan 
orang ramai terutamanya yang bersaiz sederhana hinggalah saiz besar.Kami
akan cuba memenuhi permintaan pembeli dan cuba memberi koleksi yang 
exclusive. So pada yang masih belum menjadi sebahagian dari kami jom follow:

Instagram : MEEYA_CO

Facebook : meeya_cloth


:: Do visit us::


                       Meh aku share sebahagian gambar koleksi kami.

:: Blouse Collection ::

:: Meeya Shawl::

Bagaimana?Cantikkan?Hahahhaha..kalau bukan aku yang puji siapa lagi kan!

Meh aku share sebahagian customer review:



Ok lah next aku akan cerita pasal MIAQIBKITCHEN.Tak mo citer sekali dekat sininanti korang tak fokus nak add MEEYA kat instagram dan facebook..So stay tuned for next chapter ok!xoxo..muaaaah!!!

Thursday, January 28, 2016

2016 Began...

:: 28.01.16 - 4:55 am::
:: Khamis::

::Assallammualaikum..lamanya tak menaip..kekangan kerja yang amat sangat.Rindu nak menaip dan berkongsi pengalaman dalam blog yang tak seberapa ni..Skema kan ayat?hahaha..Aku tengah nak warm up balik ni..nak menaip apa pun aku tak tahu..Dekat tiga bulan gak lah blog ni bersawang dan aku tak pasti lepas entry ni brapa lama lagi pulak akan bersawang balik..hahahha..Tapi hanya tuhan jer yang tahu bertapa rindunya aku dengan blog ni..sepanjang aku tak menulis dalam blog ni..aku hanya mampu singgah dan jenguk jer..lepas tu baca blog rakan alam maya aku..So kalau korang masih rindu dengan penulisan pengalaman aku dalam blog ni..Doa-doakan lah aku akan kerap menulis!Amin..

Oklah..2016 dah bermula..Permulaan yang amat mecabar bagi aku..dari segi pekerjaan..hanya tuhan jer yang tahu..betapa penatnya nak layan karenah dan permintaan manusia yang hanya tahu memberi arahan tanpa rasa simpati..Kadang aku terpikir bagaimana aku masih boleh mampu bertahan..Hampir dua tahun gak!Hurmm..Oklah tak mo cerita sedih-sedih..Dugaan hidup perlu dilalui juga..Aku selalu berdoa dengan segala apa yang aku lalui sekarang ada sinar baru untuk kami sekeluarga..Amin..

Hahha..Nampak tak permulaan 2016 penulisan aku macam orang banyak baca puisi..baik-baik jer..hahhah..Mesti korang busan kan??Bak kata aku tadi tengah warm up ni..hihih..ibarat bermulanya perjalanan 2016 aku..Alhamdulillah banyak perancangan yang bakal di buat..Tahun ni agak busy sikit untuk aku dan family..Dengan wedding dua adik ipar aku..Perancangan untuk MEEYA ..comeback untuk MIAQIBKITCHEN ..dan banyak lagi. Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga tak pernah putus..Syukur sangat..Dengan bisnes kecil-kecil untuk aku dan juga mydear..alhamdulillah..Bisnes mydear pun dah mula nampak hasil..Ha pasal bisnes mydear nanti kalau ada entry lagi aku cerita..hahhaha!!

For my adorable Princes Mia.. Tahun ni dah masuk 5 tahun..Semakin bijak dan makin banyak permintaan. Nak jadi princess la..nak bergaya ala2 korea la...Ha lately ni dah suka hindustan..Haish..Diwalle punya pasal la ni..Mia masih tak sekolah lagi..Kenapa?Nanti aku cerita next entry..hihih

For my chubby Prince Naqib..Tahun ni dah masuk 3 tahun..makin banyak akal..banyak benda dia nak explore..Peminat tegar Ultraman.Macam-macam aksi dia akan tunjuk!Fast leaner macam kakak dia juga.Suka gelak..Kalau cakap jer nak senyum..Tunjuk gigi..hihihi

Eh banyak plak aku ngomel...dah lama tak menaip kan..ni pun aku tetiba terjaga..lepas tu nak tido balik payah..so daripada aku terkulat-kulat tak buat apa..baik aku warm up balik penulisan aku dalam blog ni..hope masih ada yang sudi membaca..Ok lah korang..nak kena end off ..Esok nak kerja cari rezeki..Doakan yang terbaik ok sebab aku akan selalu doakan yang terbaik untuk korang semua dan orang sekeliling aku..Tak percaya??Cer senyum lepas baca blog aku ni..Ha!itu la doa aku..Semoga orang yang baca blog aku sentiaasa tersenyum..hihih..last but not least..aku kasi share gambar kami sekeluarga yang suka selfie!hahha..TIPU!!! bukan sekeluarga tapi aku jer yang suka selfie!!..xoxo..::


:: keluarga kecilku::








Monday, October 5, 2015

Introduce MEEYA!!

::05 Oktober 2015 - 11:30 pagi::
::Isnin::

::Alhamdulillah..The product is finally launching ..lama sangat berehat..so now its time back on track..Actually rasa gementar sebenarnya..yerlah..masih ada follower lagi tak?dengan kami dah rebranding Almarichantekchomel kepada MEEYA!Wei penat pikir nama baru ni..even simple pakai nama MEEYA tapi nak kena tengok spelling bagi unik sikit..nak nampak kelainan..nak nampak tersendiri..dengan pelbagai idea yang bercanggah..adoiii payah rupanya nak set up balik semua dari bawah..huhuh..hope brand baru ni membuka rezeki baru kami untuk tahun 2016!!So meh aku share logo baru kami..so bila jumpa logo ni kat instagram / facebook cecepat follow!!xoxo..:)::

 
 
Instagram : meeya.co
 
 
Facebook page : meeya