Perginya tak di duga...

:: 28 Mei 2013 - 10 : 30 pagi ::
:: Selasa ::

:: Salam semua...aku nak share pasal junior aku time sekolah menengah..aku tak lah kenal rapat tapi salah sorang kawan baik aku ni sepupu dengan junior aku..Pagi Jumaat lepas aku dapat info kat facebook yang junior aku ni meninggal dunia akibat komlikasi buah pinggang..ok sangat terkejut..yerlah tak dengar pun selama ni sakit..alih-alih dah meninggal dunia..aku mesej kawan baik aku nak confirmkan..selang berapa jam dia balas dan bagi tahu punca sakit dan bila sakitnya..Bila dapat tahu..Ya Allah sangat sedih ok..perginya arwah 3 bulan selepas kahwin dan sakitnya pun baru tahu lepas kahwin..imagine macam mana suami arwah hadapi..di saat sepatutnya tengah berbulan madu tapi di kejutkan dengan kehilangan isteri tersayang..kebetulan adik aku ada baca blog arwah ni..rupanya dia aktif berblog ala-ala macam aku dulu blog bride to be so aku pun bacalah tapi kebanyakkan preparation nak kahwin..pada sesiapa nak mengenali arwah ni blog beliau... :-




:: Al-Fatihah ::




Untuk pengetahuan semua arwah ni anak tauke kedai nasi lemak yang famous kat Klang..siapa orang Klang insyallah pernah cuba..Kedai family arwah dekat depan Pasar Besar Klang..nama kedai 'Sri Khas' tak silap aku..mydear dan aku rajin gak makan kat sana..takpelah siapa yang nak merasa silalah singgah..oklah..last but not least...hargai waktu yang ada bersama orang tersayang..kita tak tahu apa akan jadi hari ini...esok dan hari mendatang...sebelum aku end of entry ni..marilah kita kirimkan doa dan al-fatihah semoga arwah tenang di sana..insyallah ::

Comments

  1. al-fatihah :'(

    cantik orangnye..moga ditempatkan dikalangan orang2 beriman..

    ReplyDelete
  2. al fatihah..br tau pagi td sya..then sya pula update..pada Dia kita pasti kembali

    ReplyDelete
  3. Alfatihah :(
    Moga suaminya tabah

    ReplyDelete
  4. al-fatihah...
    Allah lebih Menyayangi dia...

    ReplyDelete

Post a Comment

::come to comment my blog::

Popular Posts