My Instagram

Friday, December 7, 2012

Share on Friday with LOVE

:: 7 Disember 2012 - 12:30 tgh hari ::
:: Jumaat ::

:: Salam Jumaat minggu pertama bulan terakhir 2012..sekejap rasanya dah nak melangkah ke tahun baru..banyak kenangan 2012 ni..suka duka..segala ujian yang di beri oleh-Nya..alhamdulillah aku dan mydear hadapi dengan tenang walaupun kadangkala menguji kesabaran dan kekuatan untuk teruskan hidup..Tak kala nak meneruskan kehidupan yang penuh dengan ujian dari-Nya..mydear selalu berpesan carilah ilmu kehidupan untuk bekalan di sana....iya aku tak lah se arif mana bila di kaitkan mengenai agama dan kehidupan..masih terlalu banyak untuk di pelajari..dari segi kehidupan pun begitu..bagaimana mahu menjadi isteri yang terbaik dan solehah..menjadi ibu yang terbaik mendidik My princess mia .dan bagaimana nak menjadi anak serta menantu yang baik di mata ibu dan mentua ku...
Baru-baru ni aku menonton satu slot rancangan kat Astro Oasis..Selami Jiwa bersama Dr Fadhilah Kamsah...Bagi aku rancangan ni sangat memberi ilmu kepada ku..terutama tajuk pada Isnin lepas..membicara isu 'Berkahwin Di Usia Muda'..Selama setengah jam aku menonton..part yang paling aku sangat suka bila tetamu jemputan 'Prof Dr Muhaya'...bila beliau bercerita kisah seorang hamba Allah yang beliau rawat..ketika dalam sesi rawatan tersebut..'Prof Dr Muhaya' ada berpesan pada pesakitnya yang 'takmo garang dengan anak' 'takmo kasar dengan mentua'...adush..cukup berkesan teguran tu walaupun tak tuju kat aku..terngiang-ngiang bila teringat ayat 'takmo garang dengan anak'.honestly aku seoarang ibu yang tegas dengan My princess mia .mungkin di sebabkan didikan aku dulu..takder manja-manja..so aku cuba adaptasikan dekat My princess mia .bagi aku mungkin ia berkesan supaya anak aku takkan leka or mengada..tapi bila dengar apa yang 'Prof Dr Muhaya' katakan..Ya Allah..aku rasa aku belum cukup menjadi ibu yang terbaik untuk My princess mia .salah rupanya cara aku selama ni...bersyukur sangat aku dapat ilmu dari apa yang 'Prof Dr Muhaya' katakan..sebenarnya aku tak pandai nak berkata-kata bab ni..cuma aku cuba nak kongsi dengan semua.Dan apa yang aku cuba sampaikan tak salah kita mencari ilmu..jangan ego bila menerima ilmu atau teguran..mungkin selama ini kita pikir cara kita semuanya betul..mungkin dengan menonton rancangan ilmiah ini dapat membantu kita menjadi isteri , ibu dan menantu yang terbaik..mungkin cara penyampaian aku tak kesampaian tapi aku cuba nak berkongsi..kalau korang rajin tengoklah segala rancangan yang berkait dengan ilmu agama..aku dah cuba cari kat youtube episod di mana 'Prof Dr Muhaya' menjadi tetamu undangan tapi yang jumpa promo jer ker mungkin aku tak pandai nak cari..tapi mungkin dari sedutan yang dapat dari promo ni korang semua dapat agak apa yang aku cuba sampaikan..marilah kita cuba jadi insan yang terbaik..insyallah...xoxo..muaah ::


No comments:

Post a Comment

::come to comment my blog::