Wednesday, October 31, 2012

My princess mia dah pandai baca?

:: 31 Oktober 2012 - 9:00 pagi ::
:: Rabu ::

:: My princess mia dah pandai baca? ha tak terkejut ko?ahhahaha..baru 1 tahun 2 bulan dah pandai baca..hebat tak hebat lah kan?huhuhu..maaf statement di atas adalah propa!kalau yer my princess mia dah pandai baca...sah-sah aku ibu paling kagum..mau masuk Berita Utama TV3 uolls!sebenanrnya aku tengah baca info teknik atau cara megajar anak membaca  dari peringkat awal..Sebagai ibu mestilah banyak yang kita perlu tahu untuk masa depan anak kita..so aku yang sememangnya banyak masa ni..aku duk Google lah apa yang patut..so terjumpa beberapa blog yang memberi info berguna yang boleh aku kongsi bersama..meh nak share :-

Info pertama-:

http://cpintrass.com/blog/bayi/teknik-ajar-anak-membaca-awal-usia/.html


Anak 1 tahun ke atas, boleh dilatih membaca, jika kita ibu bapa rajin mengajar anak  baca yang betul. Paling penting kita melakukan secara rutin dan berjadual. Jika ingin membuat bayi anda dapat membaca ajarlah bayi membaca dengan kesabaran. Mengajar bayi membaca dengan penuh kasih sayang dan dalam suasana yang menyenangkan secara rutin. Pada suatu ketika bayi anda akan dapat membaca dan dapat mengeja suatu bentuk kata bahkan perkataan yang ada di sekelilingnya.
Bagaimana nak mula mengajar anak kecil atau baby 1 tahun membaca. Biasanya baby 1 tahun dah mula bercakap, bagi yang belum boleh bercakap, jangan risau, kita ibubapa kena rajin bercakap dengan anak kecil kita. Ajar dia benda di sekeliling kita, dalam rumah kita. Misalnya buah, buku, meja, baju, tangan, kaki, mulut, dan sebagainya. Ajar saja anak kita, walaupun dia tak boleh cakap. Sebenarnya otak dia mampu mengingat dan faham.
Jika anak anda dah mula panggil mama atau abah, maka itu petanda ia akan pandai bercakap, maka pada usia ini, ambil peluang untuk anda ajar dia membaca dan mengenal benda atau perkara sekitar. Tunjukan dia gambar atau benda betul dan sebut pada anak, ini bola, ini tangan, ini mata, ini kaki, ini telinga dan sebagainya. Kemudian cuba tulis pada kad saiz 6″ x 8″ atau saiz 4″ x 6″ perkataan BUAH. Tunjukan pada anak yang baru mula bercakap, ajar dia ini BUAH. Ulang 3X dan minta anak pula ulang perkataan anda tulis pada kad tadi. Peringkat awal agak janggal pada anak anak, tapi jangan putus asa, lama kelamaan anak anda akan boleh membaca. Tukar pula kad lain dengan perkataan lain yang mudah, atau 2 suku kata, misalnya BOLA, MATA, NASI, MAKAN, dan sebagainya.
Selepas anda ajar, mungkin esok buat ujian, dengan tunjuk kad pada anak, panggil nama anak, tanya dia, ini apa, jika baby dah faham ia akan cakap, itu BOLA, BUAH dan sebagainya. Jika anak anda boleh sebut PERKATAAN PADA KAD, YANG ANDA TUNJUK, maka anak anda dah mula boleh membaca. Kenapa tak cuba, kerana peringkat umur 1 tahun hingga 4 tahun perkembangan otak amat besar, potensi mudah di ajar amat luas, otak anak mudah ingat. Tapi jangan ajar perkara luar kemampuan anak. Banyak bersabar dengan anak anak, mudahan usaha anda berjaya.
Boleh juga mengajar anak anak kenal huruf alquran, misalnya Alif Ba Ta dan sebagainaya, caranya anda tulis pada kad atau kertas keras, dan tunjuk pada anak, tolong sebut pada anak, apa huruf yang di tulis, dan ulang dan ulang. InsyaAllah akan membantu anak membaca AlQuran  seawal usia.

Info kedua-:

Bagaimana caranya?

1. Tanam minat membaca sejak lahir lagi melalui:

1.1. Penggunaan bahasa yang baik
Anak-anak yang baru lahir memang lumrahnya mula melihat sekelilingnya dengan penuh minat.
Antara perkara utama yang dipelajarinya ialah bahasa dan ucapan orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu ibu bapa haruslah bercakap dengan anak-anak mereka! Dalam satu kajian yang dibuat di Kuala Lumpur beberapa tahun yang lalu, ibu bapa di KL hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama 7 minit seminggu! Bayangkan. Oleh sebab itulah kanak-kanak yang lambat dapat bercakap berpunca, di antaranya, daripada kurangnya komunikasi di antara ibu bapa dengan mereka pada usia kecil. Kesannya, anak-anak ini akan belajar berbahasa dengan bahasa rakan mereka atau bahasa yang dipertontonkan melalui program-program TV yang berupa karton dan sebagainya. Bahasa rojak ini tidak membantu membina kemahiran berbahasa mereka dan akan menyebabkan mereka kurang keyakinan apabila berbahasa atau apabila belajar membaca nanti. Oleh itu bercakaplah dengan anak-anak menggunakan bahasa yang baik, jelas dan santun.
1.2. Bercerita
Kanak-kanak sangat sukakan cerita. Mendengar cerita adalah antara aktiviti di rumah yang dapat menanam minat kepada buku. Saya masih teringat bagaimana seorang nenek membacakan sebuah buku cerita kepada cucunya yang baru berusia 6 bulan di atas keretapi bawah tanah di Toronto. Walaupun anak kecil itu masih belum dapat duduk dengan baik, dia sudah dibacakan buku cerita. Kanak-kanak seawal usia 12 tahun, apabila mereka mula memahami bahasa dan dapat bercakap, mula meminati aktiviti bercerita. Melalui aktiviti bercerita secara lisan, sebelum tidur terutamanya, sehingga membaca buku-buku cerita bergambar, minat membaca anak-anak dapat dipupuk. Mulalah dengan bercerita menggunakan buku-buku cerita yang cantik dan menarik lukisannya. Sambil bercerita, pastikan jari kita menunjuk kepada tulisan yang dibaca walaupun mata anak kita hanya melekat pada gambar-gambar di buku. Satu hari nanti dia akan sedar bahawa tulisan pada buku cerita itu sangat penting dalam menceritakan gambar yang dilihatnya. Melalui bercerita jugalah minat untuk membaca dapat dipupuk. Oleh itu tidak hairanlah kanak-kanak yang dirangsang dengan baik mempunyai minat untuk belajar membaca seawal usia 3 tahun lagi.

2. Memberi rangsangan yang sesuai

2.1. Bermain permainan yang mendidik
Ibu bapa yang penyayang sering membelikan bermacam-macam permainan kepada anak-anak mereka. Bagaimanapun, tidak ramai yang membelikan anak-anak mereka permainan-permainan yang sesuai dan membina kematangan berfikir dan psikomotor mereka. Biasanya , pistol dan senapang sahaja yang dibelikan kepada anak lelakinya ataupun anak patung sahaja yang dihadiahkan kepada anak perempuannya. Jarang sekali ibu bapa yang prihatin membeli permainan yang merangsang minda atau permainan yang melatih koordinasi mata dan tangannya. Sebenarnya permainan seperti Lasy, lego, atau permainan membina blok sangat penting untuk melatih koordinasi mata tangan dan melatih memberi tumpuan. Bahkan bermain sambut bola atau menangkap bola yang sedang bergerak juga amat berguna. Dua kemahiran ini, koordinasi mata-tangan dan memberi tumpuan, sangat berguna apabila anak kecil anda belajar membaca nanti.
2.2. Mewujudkan budaya membaca di rumah
Budaya yang baik di rumah sebenarnya dapat merangsang minat membaca. Pastikan setiap ahli keluarga mempunyai masa untuk membaca bersama, selain membaca al-Quran, supaya anak kecil anda dapat menghayati suasana tersebut. Ada sesetengah keluarga mewujudkan perpustakaan mini di rumah di mana-mana sudut tertentu. Selain membaca surat khabar , majalah dan buku-buku, ibu bapa haruslah bercerita dan berbual mengenai apa yang dibaca atau dilihatnya. Ini akan menarik minat anak-anak untuk mengetahui apa yang berlaku dan secara tidak langsung menimbulkan perasaan ingin membaca apa yang ditulis mengenai gambar atau tajuk berita.

Bagi aku info ni berguna..yerlah dari peringkat awal lah kita harus didik anak..so mari kita mulakan bersama-sama..didikan awal yang berguna..xoxo..muaah..



2 comments:

  1. yang penting kena sabar.bdk2 ni cepat boring.kita kena ikut mood dia,tak boleh paksa.
    Saya ada buat GA.Hadiahnya handmade bag. Sesuai untuk mengisi keperluan bayi,klu sudi jomlah join sekali.

    http://cthoney.blogspot.com/2012/11/handmade-bag-ct-n-honey-1st-giveaway.html

    ReplyDelete
  2. kan...try my best to guide and teach her...btw ok nanti i try ur GA..tq..:)

    ReplyDelete

::come to comment my blog::