Tuesday, May 21, 2013

Suami cengkam duit isteri??!!

:: 21 Mei 2013 - 8:30 pagi ::
:: Selasa ::

:: Salam semua..oleh kerana lately ni aku duk update life aku jer meh aku nak share info yang aku dapat masa aku menonton 'Wanita Hari Ini' Jumaat lepas...tajuk 'Suami Cengkam Gaji Isteri'...tapi aku tukarkan jadi command  'Suami Cengkam Duit Ister' kebetulan aku menonton bersama dengan mydear..Jumaat lepas mydear amik leave sebab letih dua tiga hari dok kejar dateline...Tetamu jemputan Lisdawati , Izyani dan Ustaz Jazlan Abdullah..Tetamu yang best aku rasa..bijak berkata-kata terutamanya ustaz jemputan..Ok aku bukan pakar pun nak borak pasal topik ni tapi ia menarik perhatian aku..Agak-agaknya ramai tak para isteri di luar sana baik yang bekerja atau pun tidak rela bila duit mereka di minta atau di ambil oleh 'en suami'? Sedangkan dalam Islam dan juga penerangan dari Ustaz Jazlan Abdullah yang pertama :

1) Dalam harta suami ada hak isteri , anak-anak dan orang yang di bawah tangunggangnya.. yang kedua..

2) Dalam harta isteri tiada harta suami...

So nampak tak dua perbezaan yan ketara..bagi 'pn isteri' yang mempunyai duit simpanan sendiri dari hasil titik peluh tak mengapa di belanjakan duit untuk diri sendiri manakala 'en suami' berhak memberi nafkah kepada 'pn isteri'...Tapi bagaimana pula 'en suami' yang sumber kewangannya kurang dari 'pn isteri'?Haruskah 'pn isteri' membantu dari segi ekonomi keluarga?bagi aku itu semua terpulang..Ada para isteri ni tak amik tahu masalah 'en suami' .sanggup membiarkan 'en suami' menggalas tanggung jawab kewangan keluarga sendirian..yang para isteri pikir mereka di beri nafkah yang cukup tanpa memikirkan payahnya 'en suami' ak menyara keluarga..Asalkan apa yang di minta oleh mereka dari 'en suami' tercapai..kadang-kadang aku sedih bila dengar ada juga pemasalahan macam ni...Tidak memikirkan kepayahan dan juga pemasalahan bersama..Aku tak arif tapi bila di pikirkan sejenak..Perkahwinan bukan satu permainan..lagi-lagi permasalahan kewangan..kita akan di duga  dalam banyak aspek terutamanya dari segi keperluan dan kehendak...
Bayankan kadang-kadang aku lihat dari sudut para isteri yang tidak memahami pemasalahan di atas sanggup membiarkan 'en suami'  bertungkus lumus mencari nafkah hanya kerana ingin memenuhi kehendak bukan keperluan..sedih rasayanya..aku tulis entry ni bukan nak condemn  kaum hawa ku  sendiri tapi realiti yang aku lalui..Sebenarnya tugas kita sebagai 'pn isteri' harus membantu pemasalahan 'en suami' .berkorbanlah kerana pengorbanan seorang 'pn isteri'sangat mulia..Ya aku akui kadang-kadang para 'pn isteri'  tak dapat nak menerima kehidupan selepas kahwin yang kadang-kadang 'indah rupa dari khabar'..Ada yang sebelum kahwin mewah dapat beli itu ini dan mengaharapkan alam kehidupan selepas kahwin lebih selesa tapi bila di duga para isteri akan merungut..tidak mahu membantu..tidak kah sedih kalau semua tu terjadi..lagi-lagi yang mempunyai anak yang ramai..akhrinya berlaku penceraian..Ya Allah..Kita pikirkanlah..Jika ini berlaku cepat-cepat sedar apa niat perkahwinan kita sebenarnya...Insyallah ada penyelesaian..Aku tahu tak semua para isteri kuat nak lalui dugaan perkahwinan terutamanya masalah 'KEWANAGAN' tapi ingat segala yang di duga oleh-Nya insyallah ada penyelesaian..
Dan begitu juga para suami..jangan pula amik kesempatan atas kebaikkan dan juga pertolongan 'pn isteri' kerana segala pertolongan terutamanya berkaitan dengan duit haruslah di pulangkan semula.Bak kata Ustaz Jazlan 'Bila si suami menggunakan atau meminjam duit isteri haruslah memulangkan atau membayarnya semula!'...tapi semua tu atas budi bicara isterilah..Ada juga segelintir 'en suami' yang membiarkan 'pn isteri' mencari nafkah untuk keluarga..'malas bekerja' , 'kaki judi' dan sebagainya..ada yang pelik lagi gaji 'pn isteri' boleh pulak menjadi haknya..adoiilah..ini dah kira parah..aku sendiri tak nampak penyelesaiannya kecuali 'en suami'  tu mempunyai keimanan yang kuat..kalau rapuh..maknanya rapuhlah bahtera perkahwinan mereka..
Eh panjang lebar pulak aku kali ni..Kesimpulan yang aku dapat dalam perbincangan tersebut..Para isteri haruslah bijak membantu dan menangani masalah kewangan kerana kita yang nampak keperluan dan kehendak keluarga..jika ada rezeki lebih apa salahnya kita kongsikan bersama dan jika ada masalah apa salahnya kita berbincangan dan membantu antara satu sama lain..Dan para suami haruslah beringat dan jangan leka bila isteri memberi bantuan..kerana salah satu penceraian yang berlaku kini adalah berpunca dari masalah 'KEWANGAN'...banyakkan berbincang..itu penting..komunikasi yang kukuh insyallah memberikan jalan kebahagiaan..Insyallah...so pada sesiapa yang terlepas 'Wanita Hari Ini' Jumaat lepas boleh tengok tonton..xoxo..muaaaah!

:: Kita tak nak jadi macam ni kan... ::


:: Kita iniginkan kebahagian macam ni ::

Jom 'en suami' & 'pn isteri' kita sama-sama alamkan doa di bawah...insyallah ada jalan dari-Nya..amin



No comments:

Post a Comment

::come to comment my blog::