Saturday, July 21, 2012

Kami Bertiga Di Bulan Mulia...:)

:: 21 Julai 2012- 12:00tgh hari::
:: Sabtu ::

:: Salam Ramadhan aku ucapkan pada semua yang menjalani ibadah puasa..sekejap jer rasanya dah berpuasa kembali..tahun lepas aku masih ingat lagi..berpuasa dalam keadaan memboyot..adoii...masa tu tunggu masa jer nak bersalin..tup tap tup tap..dah puasa kembali tapi kali ni si kechik comel ada sama...hihih..lain feeling berpuasa tahun ni...kalau tahun lepas berdua..and berdebar nak menunggu hari..tahun ni..duk sibuk nak pikir masak apa and layan si kechik ni nak makan time semua orang berpuasa..hahhaha..dugaan..but its fun!!

Tahun kedua menjadi isteri to mylove mydear...happy sangat..ye rrr..tahun ni kami berpuasa dan berbuka sendiri..dah duk sendiri ni lain ranya..kalau tahun lepas masih ada orang leh tolong sediakan lauk pauk sahur dan berbuka..tahun ni sendiri..so duk asyik tanya mydear nak makan apa..hahhaha..nasib dapat hubby yang tak banyak karenah ko..satu je pesanan mydear...'nak masak apa pun dear tak kisah..asal jangan membazir'..aip2 chip!hahhah...aku ni kadang-kadang rambang mata..banyak dipikirkan nak makan apa..last-last tak terusik pun..adoii..nasib mydear bagi ingat awal-awal..hihi...yang seronok kami dapat berterawikh sama-sama tahun ni..alhamdulillah semalam dapat tunaikan hari pertama..dan insyallah dapat tunaikan solat terawikh sebanyak yang mungkin..insyallah...

Tahun pertama bergelar ibu..perasaan yang tak dapat di gambarkan..dengan masih menyusu badan untuk  my princess mia ..untuk hari pertama ni alhamdulillah aku masih bertahan..mungkin sebab dah practise sebelum ni mengganti puasa aku yang banyak tinggal last year sebab bersalin..untuk masa dan detik ni.. my princess mia  tak meragam pun..bangun pagi dah siapkan breakfast untuk  my princess mia ..alhamdulillah everything ok..

So rasanya untuk bulan yang mulia ni..aku nak minta maaf pada semua sahabat handai di dunia nyata dan juga alam maya..pada family..jika segala pertuturan kata..penulisan..tingkah laku ada yang membuat sesiapa tersinggung..aku doakan kita semua sama-sama mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini..insyallah..SALAM RAMADHAN dari kami sekeluarga...xoxo..muaaah::

:: SALAM RAMADHAN dari  my princess mia ..Opps sory mia mamam..::


2 comments:

  1. sya sempat gak terawih ye..lyn buat sendiri kt umah while hubby ke masjid.nk bwk si Qoid ke masjid takut pulak ganggu jemaah lain

    ReplyDelete
  2. ::dapat ari pertama aritu lyn..lepas tu x dapat..sbb mia demam..huhu..::

    ReplyDelete

::come to comment my blog::