My Instagram

Monday, May 7, 2012

Kau Untukku??

:: 7 Mei 2012-1:30ptg::
:: Isnin ::

:: Aku baru habis baca sebuah lagi novel favourite aku yang ntah brapa kali aku ulang baca..bila baca mula berangan...hahhahah..tapi tu dulu lah..now dah kawen mood baca ala2 jer feeling nyer...hihih...'Kau Untukku' hasil karya dari novelis Aisya Sofea..Ahmad Fuad & Nurul Umairah..watak utama yang bagi aku kuat karekternya..'Kau Untukku' juga salah sebuah novel yang telah di telemoviekan ..for me seperti ulasan untuk novel 'Bicara Hati'...aku suka dengan pemilihan pelakonnya..so masa layan  telemovie  ni kat Astro Box Office aku tak banyak ngomel cuma yang agak kecewa bila jalan citernyer boleh dikatakan 60% dah di potong..aduyaii..jadi x feeling..ramai gak aku baca komen yang kecewa dengan jalan cerita yang banyak lompat-lompat..ntahlah mungkin tak cukup budget kot..so pada yang kecewa aku suggest beli novel dan hayati sendiri jalan cerita sebenar...mungkin yang tak baca novel bagi komen merepek sebab tak faham..ok meh aku share sipnosis dan juga hero dan heroin yang melakonkan watak Ahmad Fuad & Nurul Umairah...so gtg..xoxo::


Sinopsis
Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.

Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.

Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka.

Kau Untukku; indah, Romantis dan membuai perasaan. Sentuhan terbaru Aisya Sofea setelah Jauh dan Jendela Hati.






2 comments:

  1. best cite ni... kaksu suke.. kaksu ade gak cite ni.. wat koleksi .. hehehe.. tapi sume kat kg.. baca mas blk kg jer.. kat sini mase smpt nk baca pn..

    ReplyDelete
  2. :: nas pun suka baca...sampai skrang still baca..hihih ::

    ReplyDelete

::come to comment my blog::