MIAQIB KITCHEN

MIAQIB KITCHEN
OPEN ORDER : WHASSAP - 0192294252 / FREE DELIVERY KLANG AREA

Tuesday, September 6, 2011

::Mybubble a little Princess::

::5 September 2011-10:55mlm::
::Isnin::

::Assallammualaikum sahabat..3 minggu aku biarkan blog kesayangan aku ni bersawang..huhuh..maaf yer..masa aku amat terhad dengan aktiviti berpantang..alhamdulillah hari ni hari ke-23 'mybubble' with me..eh nak tukar lah..from 'mybubble' to 'my lil princess'..hihih..aku sedang alami satu fasa baru dalam hidup..be a mom..mungkin ada yang dah mengetahui yang aku sudah pun selamat melahirkan seorang bayi chomel...baby girl..hihih..macam mana nak mulakan yer..terlalu banyak cerita nak di kongsikan..pengalaman yang tak dapat aku luahkan dengan kata-kata..semacam tak percaya pun ada..ok meh aku mula dari awal...tapi sebelum tu maaf ok kalau entry aku ni panjang lebar..yerlah aku bukan nyer editor yang bleh buat ayat tu menjadi sedap..ni semua ayat2 sendiri..hihih

Jumaat/12 Ogos 2011

11:00 malam
*Waktu ni aku ngan mydear ngah layan tv..sambil makan roti..tetiba perut rasa sakit..macam sengugut nak 'period'..mula2 pikir mungkin makan banyak masa berbuka atau roti yang aku makan dah expired date..tapi aku maintain lagi..masuk dalam bilik sebab rasa tak selesa...siap boleh sms my frens tanya ni tanda2 nak deliver ker..myfrens suruh jer g hospital sebab ikut minggu dah boleh deliver..oh ya minggu tu aku baru masuk 38 minggu..

*Sakit makin kerap..tapi bukan sakit sangat pun..leh tahan lagi..panggil mydear..mydear cakap better g hospital..mak aku pun suruh g gak..yerah risau..sebab aku nak bersalin kat hospital sungai buloh so better gerak that time..perjalanan nak g hospital sana makan masa hampir 40 minit..sebelum pergi sempat minta maaf ngan mak..huhuh..hati dah makin gelisah..

12:00 tgh malam
*Aku sampai kat hospital..buat pendaftaran..setelah selesai..nurse bawa aku masuk bilik untuk check jantung baby..sebab diorg kata kemungkinan aku boleh bersalin awal..oh ya untuk pengetahuan korang..due aku lagi dua minggu..so aku di bawa ke bilik sementara tu mydear ngan adik2 aku stay kat luar..berdebar babe..yerlah takder pengalaman kan..hampir 15 minit diorg letak aku dalam bilik tu..dalam sakit aku dengar degup jantung anakku..alhamdulillah degupan jantung ok..

1:00 pagi
*Doktor datang periksa..dia kata nak check bukaan aku kat bawah..wei masa ni aku mula berdebar..tak pernah kot alami semua ni..selalu dengar kisah orang jer..doktor seluk bukaan baru 2cm..erk..dah terbuka?pergh makin berdebar..yerlah ingat sakit perut biasa rupanya this the time aku kena mula hadapi..ok cool nasya..huhuh..lepas check doc kata another 6 hour baru akan buat pemeriksaan semula mean esok paginya..so dia suruh aku cakap ngan husband datang sok pagi..yerlah time deliver puasa kan..so kesian kat mydear tinggal kat luar..so aku suruh mydear ngan adik2 balik dulu..

Sabtu/13 Ogos 2011

7:00 pagi
*Semalaman aku tak boleh tak boleh tido ok..kejap2 tahan sakit..macam2 rasa..kejap2 plak leh terlelap..nasib nurse letak aku kat dalam bilik..selesa gak baring..cuma dia orang pesan suruh mydear datang awal sebab kul 7 doc nak datang check bukaan aku..tengah menunggu nurse suruh aku pergi breakfast dulu sebab takut aku tak larat plak nanti..tapi belum sempat nak g breakfast doc dah panggil nak check bukaan..bila check doc kata bukaan dah buka 4cm..ok dah panic..doc suruh amik barang2 baby sebab nak masuk labour room..nasib mydear dah datang..kesian mydear..after sahur terpaksa berkejar g kat aku..

7:30 pagi-12:00 tgh hari
*Aku dah siap masuk dalam labour room..seoarang nurse pelatih dan tiga oarang doctor bergilir jaga aku..dan kebetulan ada lagi dua doctor pelatih dari UiTM minta izin nak lihat aku deliver..sepanjang dari pukul 7:30 pagi hinggalah pukul 12:00 tgh hari..aku menahan sakit..segala doa aku baca..terutama doa Nabi Yunus..perasaan bercampur..rasa gementar,takut termasuklah menahan kesakitan..mydear tak dapat masuk lagi..huhu..time ni rasa nak mydear ada kat sebelah jer..nasiblah sebelum masuk labour room dah minta maaf kat mydear..yerlah orang kata saat bersalin ni ibarat berjihad..saat aku alami kesakitan selama 4 jam ni..alhamdulillah nurse dan doctor pelatih tak henti2 bagi aku kata semangat..tahan sakit sambil pegang tangan aku..terasa bersyukur sangat sekurangnya aku tak keseorangan and feel like deliver kat private plak..hihih..

12:00 tgh hari-12:52 tgh hari
*Contraction dah mula sakit 5 minit..doc datang review..bukaan dah 8cm..so doc nak pecahkan air ketuban..ok tipu aku tak rasa takut...but follow the flow...aku dapat rasakan macam air suam bila air ketuban aku di pecahkan..masa tu perut dah rasa sakit sangat..that time doc dah suruh nurse panggilkan mydear masuk..masa nampak mydear aku rasa happy sangat..yerlah that time nak mydear ada kat sisi..lepas air ketuban aku dah pecah aku dah rasa sakit nak 'terberak'...that time nurse dah suruh aku push..ok aku memang tak tahu mcm mana nak push tapi nurse kata cara aku push dah betul cuma tak panjang..aku push sekerat-sekerat..20 minits ok aku meneran..mydear kat sebelah tak henti2 bagi kata semangat sambil baca doa untuk aku..masa tu aku dah takder tenaga sangat..dalam hati hanya tuhan jer tahu..lepas 20 minit baby still tak kuar..nurse n mydear kata dah nampak kepala cuma aku kena lagi kuat meneran untuk bagi baby kuar..and yang buat aku lagi seram bila nurse kata dia bagi aku lagi 10 minit kalau tak diorang akan vakum or forceps 'mybubble'..aku lagi nervous..that time aku dah tak pikir apa..sekuat tenaga aku perjuangkan..mydear kat sebelah setia menemani..after 5 minit push kepala 'mybubble'dah kuar..aku ingat dah selamat semuanya..rupanya tak..badan tersangkut..that time aku dengar nurse dah jerit panggil doc..ok panic..rupanya 'mybubble' hampir nak lemas..doctor pakar turun..that time doc minta aku push kali terakhir..aku dengan mingikut arahan push sambil terasa badan 'mybubble' di pusing and ditarik..bila dah kuar terasa semua kesakitan ilang serta merta..alhamdulillah pukul 12:52 tgh hari 'my lil princess' selamat dlahirkan..doc letak kat atas badan aku..to make sure aku tahu gender baby..ya allah..chomel kurniaan dari-nya..aku dah tak ingat segala kesakitan yang selama berjam-jam aku alami..aku menangis bila dengar tangisan 'my lil princes'...sebab doc kata kalau aku lama lagi tadi kemungkinan anak aku boleh lemas dan tak menangis..ya allah aku terima dugaan dari mu..alhamdulillah semuanya selamat...'my lil princess' di bawa ke bilik untuk di bersihkan..mydear pun dah selamat azankan our 'lil princess'..selepas dah di bersihkan dan di azankan..barulah aku dapat melihat 'my lil princess' 'Saffiyah Nurdamia Binti Syarafi'...

 ::Safiyyah Nurdamia binti Syarafi::

 ::Our Lil Princess::

::My sweet moment with 'my lil princess'::




Alhamdulillah semuanya sudah selamat..pesanan dari ku untuk para bakal ibu..bersedia dari segi fizikal dan mental..pengalaman kita semua tak kan sama..hayati setiap detik dari mula hingga selamat semuanya..amalkan segala doa yang memudahkan ketika bersalin nanti..ok lah..Mia dah bangun..next entry bout hari raya..so tungguuuuuuuuuuu..xoxo..muaaaaaaah!!::

♥ TRULY FROM DIARY ♥

DeAr DiArY nAsYraH nAiM

Like us on Facebook




Popular Posts