Monday, April 11, 2011

::Panduan Ibu Hamil Berpuasa::

::11 April 2011-5.00ptg::
::Isnin::

::Assallammulaikum sahabat...mendung jer aku petang ni semendung cuaca kat luar..hihi..mata dah nak tunjuk tanda-tanda Zzzzzz..rasa nak g surau lepak tido boleh?hahhahha..ok untuk aku ngelak daripada tido..meh aku share tips2 khas untuk ibu hamil seperti aku ni..:D..niat hati minggu ni aku nak mula ganti puasa..yerlah..kalau ikut due bersalin aku betul-betul dalam bulan puasa..so akibatnya..aku kena ganti puasa cepat..hahha..motif?ada kena mengena ker?hahha..tapi tu lah..sok nak jumpa doktor..maybe after check up..ada yang khuatir aku nak ganti puasa..yer lah larat ker?sedangkan sekarang asyik ngunyah and minum jer..tapi ganti tetap ganti..so aku google artikel panduan dan tips untuk ibu hamil berpuasa..maybe artikel ni dapat memberi sedikit info ok..

*ni artikel aku dapat dari website ni.: http://paramedik.bbfr.net/t1567-panduan-ibu-hamil-berpuasa




Dr. Adilah Ahmad. 






KEHAMILAN merupakan suatu perubahan fisiologi wanita yang berlaku untuk tempoh sembilan bulan dan disusuli dengan tempoh berpantang. 
Kebetulan masuk bulan Ramadan, wanita yang hamil juga ada kalanya ingin menjalani ibadah tersebut. 

Namun, terdapat beberapa aspek perlu difahami mengenai amalan berpuasa di kalangan wanita yang sedang hamil.

Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) Dr. Adilah Ahmad manusia normal juga ‘berpuasa’ pada setiap malam sewaktu tidur.

“Bezanya sewaktu tidur kita tidak melakukan aktiviti lain. Tidur malam secara purata iaitu lapan jam berterusan juga tanpa disedari menyebabkan kita berpuasa dalam tempoh tersebut.

“Penyesuaian pengambilan pemakanan yang mencukupi dalam tempoh terhad ini secara prinsipnya tidak mendatangkan masalah besar. 

“Bagaimanapun, jika berpuasa dikhuatiri akan menjejaskan kehamilan, maka seseorang bolehlah untuk tidak berpuasa,” ujarnya.

Berkongsi panduan bagaimana ibu hamil yang ingin berpuasa, Dr. Adilah memberikan beberapa panduan berguna.

“Sebaik-baiknya sebelum ibu hamil mengambil keputusan untuk berpuasa, mereka perlu mendapatkan nasihat doktor masing-masing sama ada boleh berpuasa atau sebaliknya. 

“Wanita yang mempunyai masalah seperti kencing manis kronik, darah tinggi, masalah ulser, sistem pencernaan dan sebagainya, mungkin dinasihatkan doktor agar tidak berpuasa,’’ katanya.

Selain itu, beliau menasihatkan ibu hamil mengambil makanan dan minuman yang mengandungi keperluan zat makanan yang diperlukan seeloknya dalam kuantiti mencukupi, sama seperti sewaktu beliau tidak berpuasa.
“Cara pengambilannya sahaja yang diubah kepada tempoh sewaktu berbuka puasa sehingga waktu bersahur sahaja. 

“Ini sangat penting. Penambahan berat badan yang sepatutnya juga perlu dipastikan sekitar setengah kilogram setiap minggu apabila melepasi bulan keempat.

“Seterusnya, pastikan mengambil kalori (kcal) makanan yang sihat iaitu berjumlah sekitar 25 hingga 30 kcal bagi satu kilogram berat badan individu (secara purata di antara 1,800-2,000 kcal setiap hari).

“Keperluan zat makanan pula hendaklah seimbang mengikut piramid makanan yang disarankan dengan pengambilan karbohidrat sebanyak 50 peratus, protein 30 peratus dan lemak 10 hingga 20 peratus.

“Sama ada berpuasa atau tidak, pemakanan sihat sangat mempengaruhi perkembangan janin dan bayi yang bakal dilahirkan,’’ ujarnya.

Beliau turut memberitahu, ibu hamil memerlukan air yang mencukupi, sekurang-kurangnya dua liter setiap hari (bersaiz empat botol kecil air mineral atau lapan hingga 10 gelas) bagi membantu mengurangkan dehidrasi atau kekeringan,” katanya.

Tambahnya, elakkan membeli-belah atau berjalan-jalan terutamanya di tengah panas supaya kekal segar dan tidak berlaku dehidrasi.

“Sebaiknya ambil makanan tambahan seperti pil vitamin dan kalsium pada waktu malam dan bukannya sewaktu bersahur bagi mengurangkan kesan sampingan akibat ubat seperti loya dan pening kepala. 

“Ibu hamil juga disyorkan melambatkan waktu bersahur kepada jam terakhir sebelum imsak serta tidak melambat-lambatkan berbuka apabila sampai waktunya bagi membantu mengurangkan tempoh berpuasa kepada hanya perlu sahaja,” katanya.

Menurut Dr. Adilah lagi, sesetengah ibu hamil yang berpuasa mengalami ketosis iaitu masalah yang berlaku dalam keadaan kelaparan yang lazimnya terjadi apabila berpuasa melebihi 16 jam terutamanya bagi wanita yang mempunyai penyakit kencing manis ataupun penyakit kurang zat makanan.
Situasi tersebut akan menghasilkan bahan ketone yang mungkin boleh memberi kesan negatif kepada wanita dan perkembangan janin dikandungnya. 

Tambah Dr. Adilah lagi, wanita hamil juga perlu mengenalpasti isyarat tubuh sendiri. 

“Jika ibu yang hamil sedar, mereka sememangnya tidak mengambil keperluan pemakanan yang mencukupi dan tidak bermaya, atau mengalami simptom-simptom hipoglisemia iaitu kekurangan gula dalam darah dan pening kepala, berpeluh-peluh dan sebagainya, mereka dinasihatkan berbuka puasa,” pesannya.

Perubahan kehamilan untuk menyesuaikan diri ketika berpuasa.

* Trimester pertama (tiga bulan pertama kehamilan).
Petanda-petanda morning sickness seperti tekak loya, pening kepala dan tidak berselera makan.
Pilih makanan bersesuaian dan kurang mengambil makanan berminyak serta gandakan meminum banyak air. 
Pengambilan pil asid folik pula pada sebelah malam dan bukannya sewaktu bersahur supaya kesan sampingan seperti berasa loya dan bau ketika sendawa.

* Trimester kedua (bulan ke-4, 5 dan 6 kehamilan)
Pada waktu ini morning sickness dijangka telahpun reda, namun berlaku penurunan tekanan darah dari paras biasa menyebabkan ada yang mudah pitam terutamanya jika berdiri untuk tempoh yang lama. Minum air yang mencukupi selepas berbuka puasa serta tidak berdiri lama dapat mengurangkan masalah ini.

* Trimester ketiga (bulan ke -7 hingga kelahiran) 
Wanita lebih mudah penat apabila bergerak akibat saiz kandungan yang semakin besar. Banyakkan berehat dapat membantu.




So aku harap info ni berguna pada semua para bakal ibu..boleh di amalkan ketika bulan Ramdhan dan juga ketika kita nak berpuasa ganti..nanti aku cari tips2 nya plak erk..so sharing is caring..xoxo from me n 'mybubble'..muaah::

6 comments:

  1. hye dear..,u prgnen rpenya..hihi lmbat tawu plak..bgus info ni..i nk gnti pose pn x gnti2 lg,1st trimester ni la time nk gnti,nt dh sarat x lrat plak nk pose...ermm..

    ReplyDelete
  2. ::thnkz babe..tu rr..I pun nak ganti puasa ni..sharing is caring rite?take care of u too..:)..::

    ReplyDelete
  3. waa.. nice info.... arini ai pose.. teringat tetibe kalau waktu ai pregnant nanti macamane ngan puase ai.. sangat kebetulan...:) ai dah bookmark n3 ni.. thanks yer dear..:)

    ReplyDelete
  4. i suka puasa masa pregnant sebab Alhamdullillah boleh puasa penuh. :)

    It so happen, bulan puasa jatuh masa i 35 weeks. Mungkin penat sikit masa the first few days, tapi lepas tu dah ok. :) Good luck.

    ReplyDelete
  5. hi dear :) selalu follow blog akak...apa kata akak share petanda atau mcm mana akak tahu akak pregnant...msti best kalau share blh dijdkan ilmu tambahan :)

    ReplyDelete
  6. ::aty-for future plan kan..bila dapat info mcm ni senang nak prepared..:)

    miss interpreter -thnkz dear

    nadz-insyallah dear..thnkz follow me..:)..::

    ReplyDelete

::come to comment my blog::