::Tips Bakal Yang Ingin Membina Masjid::

::07 Mei 2010-12:05 pagi::
::Jumaat::

::Hi..aku kalau dah rajin banyak benda nak kongsi..hihih..kali ni tips bakal pengantin..untuk aku gak lah kan?hihihi..tajuk kali ni ~Melayu Suka Membazir Bila Nikah | Persediaan kahwin, adab dan adat, rukun kahwin, bakal pengantin~aku dapat ni dari website ni...RahsiaPerkahwinan ..(rasa2 ramai dah jd member fb website ni)so aku just nak share info yang aku dapat..tp bagi pendapat peribadiku..semua urusan nikah kawen..iaitu meriah atau sederhana adalah mengikut kemampuan masing2..so ni aku paparkan sedikit tips untuk kita berkongsi bersama...


Melayu Suka Membazir Bila Nikah | Persediaan kahwin, adab dan adat, rukun kahwin, bakal pengantin

Kata seorang ustaz, antara calon isteri yang baik ialah yang murah mas kahwinnya. Hal ini termasuklah wang hantarannya, tidaklah terlalu mengada-ngada seperti orang sekarang, hendakkan RM11,111.11 atau RM22,222.22 atau RM33,333.33 atau RM44,444.44. Hidup biarlah berpada-pada, janganlah nak riak, nak menunjuk-nunjuk. Semuanya akan membawa kehancuran. Sia-sia saja amal perbuatan sedangkan kita hendakkan keredaan Allah SWT.


Ada akan jadi dengan masyarakat jika keadaan ini berlaku? Mampukah anak-anak muda yang baru bekerja atau keluar dari universiti menyediakan jumlah wang sebegini besar sedangkan keinginan mereka untuk kahwin sudah memuncak.


Bagi kebanyakan anak muda, pada usia 25-30 tahun, mereka sudah 'gatal' untuk kahwin. Tapi wang tiada. Disebabkan oleh 'segolongan manusia' yang gila glamour dan sebagainya, ibu bapa 'buah hati' mereka akan tetapkan wang hantaran melampau seperti RM10,000, RM20,000 atau RM30,000. Cuba bayangkan bagaimana anak muda kita hendak 'cekau' duit sebegitu banyak bagi membolehkan mereka kahwin?


Bagi pendapat peribadiku-:
Bukanlah untuk menunjuk brapa jumlah yang kita terima tapi ia sgt berpatutan dengan keadaan ekonomi kita skrang..dengan harga barang naik..minyak naik..dan mcm2 lagi..tapi tidaklah aku sokong yang sanggup meletakkan syarat untuk meletakkan duit hantaran mereka terlalu tinggi sekadar untuk menunjuk..fikirlah keadaan semua pihak terutama 'bakal suami'.. Pertamanya ia dikhuatiri akan menjadi contoh kepada masyarakat dan yang kedua perkahwinan gah begini akan mengecilkan hati orang miskin dan tidak mampu.


Masyarakat Melayu perlu hentikan segera sifat boros, membazir


Akhbar tempatan sebelum ini mendedahkan berita perkahwinan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit dan terbaru sebuah lagi perkahwinan yang mendapat liputan utama akhbar tempatan turut menelan belanja berjuta ringgit.

Perkahwinan sememangnya satu perkara yang baik bahkan dituntut oleh agama Islam sendiri tetapi apa yang dipersoalkan di sini ialah kenapa berita ini yang digembar-gemburkan oleh media serta menjadi lebih penting daripada berita yang lain sehingga mendapat liputan muka depan.

Apakah tidak ada lagi isu-isu lain yang lebih penting daripadanya sedangkan masih banyak isu-isu lain yang perlu diutamakan.

Teras kesal dengan apa yang digembar-gemburkan oleh akhbar-akhbar tempatan kita yang begitu mengutamakan berita perkahwinan ini memandangkan ia menggambarkan kepada umum bahawa masyarakat Melayu lebih mengutamakan budaya pembaziran, kemegahan, hiburan dan turut memalukan bangsa.



Bagi pendapat peribadiku-:
Tidak perlu lah menghebohkan jumlah perbelanjaan yang telah di hitung..ia akan membuat fitnah sesama kita..dan bila menelan perbelanjaan yang sgt besar ia adalah mengikut kemampuan seseorang..:)::

.
::So bagi aku segala ilmu yang kita perolehi...pengalaman sahabat-sahabat yang telah mendirikan rumah tangga..haruslah kita manfaatkan dan buat kan sebagai pengajaran...xoxo..muaaaaah::

Comments

  1. btl tu.... kalu hantaran yg menjadi ukuran, hantaran tinggi2 pn xde guna gak kalu lps kawen hutang situ sini... btl x.. kita kawen tuk mendapat keredhaanNya...

    tapi kalu belah2 kelantan, hantaran x menjadi soal sbb nye duit hantaran adalah duit tuk si isteri apabila sah bergelar isteri. terpulang la kpd isteri untuk membelanjakan ke arah mana skali pn. tapi lain plak negeri2 lain. setahu kaksu, duit hantaran ni la tuk wat belanja majlis kenduri kawen. so, x jadi isu la hantarn tinggi ke rendah. sbb brg2 skang ni sume mahal2. xpe.. at least ade lagi mas kawen tuk simpan si isteri k.. :D

    p/s : rajin2 la mencari tips kat tenet... :D.. byk perlu tau sblm bergelar isteri nih..

    ReplyDelete
  2. ::huhu tgh cr pengalaman dan info2 yang menarik ni kak sue..kak sue kalau ader share2 k...hihih::

    ReplyDelete
  3. share info bule.. share duit hantaran, mintak maap la.. hehhehe...

    ReplyDelete
  4. ::HAHHA..kak sue..tp kalau nak derma sikit leh jer..lalalla..hihi..kiss kan ashraf dr unty nas::

    ReplyDelete

Post a Comment

::come to comment my blog::

Popular Posts