::Pantang Larang Bakal Pengantin??::

::29 Mac 2010-3:30ptg::
::Isnin::


::Ha dalam sejarah ari ni..aku buat 3 entry skali..dengan informasi yang berlainan..dr tgh mlm td sampa la ni..hahhaha..saja jer buat korang sudi jenguk blog aku yang cute miut ni..hahaha..ok2 aku nak share ngan korang..pantang larang ni..huhu..naskah ni ader kawan aku yg bg..thnkz miss m..huhu k aku share ngan korang erk..

Kpd kengkawan yg bakal menjadi pengantin tk lama lg and yg merancang
untuk kawin tk lama lg....untuk renungan bersama.... 44 pantang larang bakal pengantin

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang
larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk
kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah
menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul
utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga
nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg
mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik
pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri
dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya
dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi
dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing
manis,lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah
adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut ke rana ia mengandungi
banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah
berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan
damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak
berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat
kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak
stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia
bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau
ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia
akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti
kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak
segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh
pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain
bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana
dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang
manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan
menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi
menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu se lalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat..


::aku lukis ni khas tu kengkawan semua..::
xoxo..muaaaaah::

Comments

  1. beb. number 30 tak tahan. haha. tapi apsal takleh lak. dah sah kan .

    banyak gile tips ko tak larat aku nak baca hhaa

    ReplyDelete
  2. nasyaaa.bnyk nye pantangggggggggg...ha3bleh ingat keee tuuuu

    ReplyDelete
  3. ::nawal-amik masa baca k..ko lama lagi..hayati sehari satu..hahahha

    elya-elmo chomel..hahhaha..sure lah x ingat..hahahhaha::

    ReplyDelete
  4. byknya pantang larang..omg...ni mana u dpt ni nasya?

    ReplyDelete
  5. ::anil-bdak opiz bg..hahhaha..ni ngah nak memahamilah ni..=____=..::

    ReplyDelete
  6. hi there.bnyknye info pantang larang ni.baru tau la.huhuhu.boleh amalkan dh ni.

    ReplyDelete
  7. byk nyer pantang larang dulu nurul redah jer brutal sikit

    ReplyDelete
  8. ::reyna-jom2 baca..timba ilmu...

    nurul-ni pun nak radah gak..saja kongsi info::

    ReplyDelete
  9. gile byk.muntah pelangi weyh

    ReplyDelete
  10. ::ejan..mmg aku saja bg ko baca bnyak2..lallala::

    ReplyDelete
  11. pasal pantang ni nasya, ntahlaaaaaaaaaaaaa.. hehe..

    ReplyDelete
  12. gilak byk tul pantangnye nasya!!
    jenuh lel aku nak ingat 1-1.
    aduyai~

    weh, aku pon tak tahan #30 tuh.
    sah ape................. hehe =p

    utk #37 ditujukan utk Nawal.
    KAhkAhkAHkAHkhAkHKAH =p
    nok, ko dgr tu, meh sini katil ko
    buh kat bilik aku, kasi aku test dulu =p

    ReplyDelete
  13. ::huda-hahha..nasya pun x brapa ingat sgt..tp layan..

    bet-hahhaha..nawal tu yg kena baca btul2..sbb dia suka yg no 30 tu
    hahhaha::

    ReplyDelete
  14. hye nasya.. very de interesting tips. anyway thanks for de pantang larang. i will follow.he3...

    ReplyDelete
  15. Adoi...x larat nakk baca Nasya... Sangatlah banyakkkk.... Nak kena ikut ke ni? Huhuhu

    ReplyDelete
  16. ::nuzul-huhu..nasya mmg suka share..

    yanie..hahha..nasya pun br hafal sampai tips 3..hahaha..mcm mana ni::

    ReplyDelete

Post a Comment

::come to comment my blog::

Popular Posts