::T.A.K.D.I.R::

::15 June 2010 - 5:20 ptg::
::Selasa::


::Salam..sedang aku asyik duk happy2 baca blog2 kwn , dan br je lps buat entry untuk online biz aku..tetiba aku ym ngan mizz farah a.k.a my bff..borak mengenai kematian..kwnnya dalam fb meninggal..sebulan sudah..tp baru sekrang baru tahu..Innalillah..aku tgok fb kwn mizz farah ni..sedih wei..tgok muka ceria..mcm masih ader lg bersama kita sekarang.hurmm..ok aku x nak citer panjang cuma yang aku nak kongsi kan kenapa arwah meninggal..untuk info kepada semua terutamanya kaum hawa..amat penting..arwah meninggal di sebabkan sakit Fibroid iaitu sejenis sakit yang berkaitan dengan rahim kita..ok aku share sikit info ni dengan semua readers k..


KETUMBUHAN atau Fibroid lumrah bagi wanita,namun ia bukanlah penyebab kanser,ia tidak berbahaya namun mempunyai risiko tertentu terutama kepada wanita hamil.Fibroid merupakan sejenis tumor yang membesar dari otot tisu dalam rahim

Ia juga dinamakan Uterine Leiomyomas atau Myomas.Kedudukannya boleh dikesan diluar atau diantara dinding rahim malah didalam rongga rahim.Saiznya pula dari sekecil biji kacang sehingga sebesar bola keranjang.

Sekiranya fibroid atau gugusan fibroid ini membesar diluar dinding rahim,ia boleh menyebabkan rahim berada dalam kedudukan tidak normal .ia juga boleh memberi tekanan kepada pundi kencing dan usus lalu mengakibatkan kejadian kerap kencing,sakit pada bahagian pelviks ,sakit belakang atau senbelit .Fibroid juga boleh menyebabkan pengeluaran darah haid yang banyak.

Kehadiran fibroid boleh menggangu kesuburan wanita malah secara tidak langsung ia menyebabkan komplikasi sewaktu hamil.Misalnya fibroid yang membesar akan menghalang bukaan rahim ,akibatnya wanita hamil terpaksa melalui proses pembedahan untuk mengeluarkan bayinya.

FAKTOR LAIN YANG DIKAITKAN DENGAN FIBROID

1.Sejarah Keluarga

Genetik keluarga yang pernah disahkan mempunya ibroid membolehkan anda juga berisiko untuk mengalaminya.Sekiranya nenek atau ibu anda pernah mempunyai fibroid,anda juga berpeluang untuk mengalaminya.

2.Umur

Fibroid biasanya dialami oleh wanita dalam usia 30-an.Namun dalam kajian yang dijalankan diluar negara,wanita Afrika-Amarika mengalami dalam usia yang lebih awal dari 30-an.Biasanya fibroid akan mengecut apabila wanita itu telah melalui proses menopaus.

3.Paras hormon

Tumbesaran fibroid banyak dipengaruhi oleh hormon estrogen atau progesteron atau kedua-duanya sekali.Setengah kajian mendapati fibroid akan jadi mengecil apabila paras estrogen semakin berkurangan(iaitu apabila menghampiri saat menapous).

4.Berat badan

Sesetengah kajian yang dijalankan menyatakan obesiti memainkan peranan penting dan tumbesaran fibroid.

5.Wanita yang telah melahirkan

Kajian mendapati wanita yang telah meklahirkan bayi kurang berisiko untuk mengalami fibroid.Risikonya juga semakin berkurangan apabila wanita itu telah melahirkan lebih dari dua orang bayi.

6.Gaya hidup

Sesetengah kajian menunjukkan senaman dan pengambilan makanan yang seimbang boleh mengurangkan risiko fibroid.Kajian juga menunjukkan pengambilan alkohol boleh meningkatkan risiko mengalami fibroid.

SOALAN KALANGAN WANITA HAMIL

1.Perlukah saya mendapatkan pemeriksaan fibroid sebelum merancang untuk hamil?

Jawapan:

Bagi wanita yang berisiko untuk mengalaminya,anda dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan awal.Ujian imbasan akan dijalankan untuk mengenalpasti masalah itu.Sekiranyabanda disahkan mengalami fibroid,doktor pakar akan memberikan panduan mengenai cara-cara untuk anda berhadapan dengan masalah itu.Apatah lagi jika anda mahu meneruskan kehamilan,anda perlu tahu apakah komplikasi yang bakal berlaku sewaktu kehamilan anda itu nanti.

2.Adakah fibroid menyebabkan masalah kesuburan?.

Jawapan:

Ya,fibroid boleh mengganggu masalah kesuburan,terutama fibroid yang berada didalam rongga rahim.Ia juga boleh memesongkan bahagian dalam rahim lantas menghalang kehamilan.Fibroid yang berada didinding rahim juga mungkin juga boleh menghalang kesuburan namun ia tidak memberi kesan yang besar kepada kesuburan wanita.

Bagi wanita yang tahu keluarganya pernah mengalami fibroid ,mereka perlu mengambil langkah segera untuk hamil.Hal ini kerana ,tumor itu berpontensi untuk membesar lalu menyebabkan masalah kepada anda dikemudian hari.









P/S :info ni aku dapat dr blogger besutkito semoga info ni dapat meberi kita peringatan dan menrima T.A.K.D.I.R dari Nya..untuk keluarga arwah walaupun kita tidak mengenali antara satu sama lain tetapi sebagai umat -Nya aku kirimkan Al-Fatihah supaya dia tenang di sana..Al-Fatihah...

Comments

  1. kita penah bc kt FB pakar sakit puan DR Hamid Arsat, dia ckp kalau selalu segugut time peot pun kena take care takut ada fibroid.

    ReplyDelete
  2. elya pernah buat entry pasal fibroid ni gak..gerun kan...bahaya kann sakit ni...datang tanpa diundangg....
    cuber pakai premium beautiful yang elya dok promote kat blog elya tu sya...InsyaAllah elok untuk dalaman wanita...Tak salah kiter usahakan....:)

    ReplyDelete
  3. al fatihah.

    elok jugak ek info mcm ni utk kite orang pempuan. atleast leh berjage from now.

    cian kawan ila tu babe. adakah kekawan dr uitm atau outsiders?

    ReplyDelete
  4. ::ainul-kan..takut so take care..

    elya-huhu..baek mem..

    lyna-babe..kwn outsider..so kita kena jaga semua nya babe..dr mkn minum n kesihatan::

    ReplyDelete
  5. ok takut skrg!!!
    kalu g cek die scan je ke
    membe aku dh pegnent br pasan menda tu ade
    die doc kate 50-50 baby mybe xdpt dislmatkan.

    ReplyDelete
  6. ::ejan-x tahu lah babe..hope kwn ko ok..yg arwah ni pun sama..time ngandung br dapat detect..hurmm::

    ReplyDelete
  7. ::kan ieda..so kita kena jaga dr awal..:)::

    ReplyDelete

Post a Comment

::come to comment my blog::

Popular Posts