Tuesday, December 24, 2013

MiaQibKitchen Caramel Pudding

:: 24 Disember 2013 - 2:00ptg ::
:: Selasa ::

:: Happy 4 month my boy! Ha nampak intro aku yang takder kena mengena dengan tajuk di atas?hahhah..by the way hari ni cukup 4 bulan My Prince Naqib..sekejap jer rasanya..so sempena anak ibu dah makin besar ni dengan rajinnya ibu buat puding untuk minum petang semalam..hihih..actually sejak akhir-akhir ni memang aku memang rajin mencuba dan memasak..kiranya half of my time banyak habiskan kat dapur..kebetulan mertua ku ada kat sini nak bagi rasa air tangan aku yang tak seberapa ni..so decide buat Caramel Pudding! Ha perasan tak kenapa ada MiaQibKitchen sebelum nama puding tu?hihih..that my next project for 2014..insyallah sampai masa aku akan reveal now still in progress with logo and else..so meh aku share resepi :-

Sila ikut semua langkah-langkah di bawah ok :-

Bahan A:
  • 1/2 cawan gula atau terpulang pada kita kalau tidak suka manis sangat kurangkan kuantiti gula itu   
  • -> gula akan dicairkan dalam loyang kukus (cara cairkan gula adalah dengan panaskan pada api sederhana sehingga keperangan,campurkan 2@3 sudu air bagi mengelakan gula keras, pastikan jangan sampai hangus sebab nanti rasa boleh jadi pahit)
Bahan B:   
  • 5 keping roti (etc:gardenia)
  • 1/2 tin susu cair
  • 3 biji telur
  • 3@4 sudu gula (kalau suka manis tambah)
  • 2 cawan air
  • 1 sudu teh esen vanila (ni option kalau tak letak sedap je)
  • 1 sudu besar tepung kastard (ni option sebab akan bagi warna kekuningan pada puding roti itu nanti)

cara-cara:
  • mesin semua bahan B di dalam blender (dalam 5 saat je)
  • masukkan bancuhan ke dalam loyang kukus yang berisi gula cair tadi
  • tutup loyang
  • kukus selama 30 minit (jikalau dalam oven letak loyang diatas dulang yang telang berisi dengan air panas terlebih dahulu)
  • sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan hidangan   

Senang kan?Alhamdulillah..semalam hanya nak kongsi menu minum petang sekali ada yang berminat..Terima kasih @ruszalina87 sebab membeli..Pada sesiapa yang berminat boleh wassap or weechat saya di 019-2294252 #MiaQibKitchen #Dessert






Thursday, December 19, 2013

Donut Chomel!

:: 19 Disember 2013 - 9:30 pagi ::
:: Khamis ::

:: Mood berada di dapur!Aku sejak ada minat baru ni..ada jer benda nak di buat kat dapur..yerlah sejak berjinak-jinak dengan minat memasak ni sekaligus my upcoming plan 2014..memang ada jer resepi aku nak cuba..semalam aku cuba buat 'Donut Chomel' tu pun gara-gara duk pikir nak bagi anak dara ku makan..My princess mia sekarang makan payah..memilih..kurus sudah!nak kasi tembam..so kena buat sesuatu yang dia makan..and finally setelah berjaya google resepi!Yeay mari buat  'Donut Chomel' !Ni resepi aku jumpa..sangat mudah ok..Alhamdulillah menjadi plak tu..lembut jer..setelah di rasa oleh se isi keluarga..hahha..meh nak share!

RESEPI AKU GOOGLE!

Donut Mudah 
Sumber; : iezamel78 Donut @ MYR 
Oleh; Mamasya 

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji ) 
3 cawan tepung gandum 
1 cawan air suam kuku 
2 sudu besar mentega 
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis) 
3 sudu besar susu pekat manis 
1 paket yis (jenama mauripan) 
1 biji telur 

Cara-cara 
Cairkan mentega dan ketepikan. 
Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit. 
Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi. 
Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau. 
Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit. 
Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung. 
Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice.. 



Rehatkan dalam 45 minit!
Memang nak buat donut 'ball' ni..Saja ubah selera .My princess mia..

 Hasilnya!'Donut Chomel' ku!

Next time nak salut coklat plak..Yeay percubaan pertama menjadi!Selamat mencuba yang lain..xoxo..muaaah!



Tuesday, December 17, 2013

Wardrobe Baru Untuk Mia & Naqib!

:: 17 Disember 2013 - 3:30ptg ::
:: Selasa ::

:: Salam semua..ha kalau dah rajin update setiap hari akan ada entry baru kat blog aku ni..kalau tak bersawang lah gamaknya..hihi..ok hari ini aku nak share Wardrobe Baru Untuk Mia & Naqib!Dah lama sebenarnya plan nak beli almari untuk mereka ni..dari time Mia seorang lagi..ni dah sampai ada Naqib masih tercari-cari almari untuk simpan baju..Aku ni cerewet sikit bab beli barang macam aku survey nak cari barang-barang untuk dapur tu..Sekali baru ni aku pergi TESCO offer apa lagi bila dah bincang dengan mydear terus kami plan nak beli..ok meh aku share keadaan tempat aku simpan baju anak-anak aku tu..

Adoii kesian kan..setiap kali habuk banyak kot..huhuhu..

Akhirnya berjaya kami beli untuk Mia & Naqib !

Papa dan Pokde gigih pasang untuk Mia & Naqib!
TQ Papa & Pokde!



Tadaaaaa!Pinky n Greeny! Kami memang cari yang plain sebab senang nak match dengan mana-mana perabot dan boleh guna sampai besar..Kalau ada kartun-kartun payah nak match..huhu..

Dah kata anak dua kena beli dua..yerlah kalau sama jantina ok sikit boleh sharing dah kalau sorang perempuan sorang lelaki tak ke pening gak bila tengok budget! Masa beli ni memang kami pikir habis sebab harga asal satu almari RM129.00 so kalau dua mau dekat RM260.00 tapi TESCO buat diskaun satu jatuh sampai dapat harga RM69.00 beza RM60.00 tu..Memula nak amik untuk Mia jer sebab budget kan tapi bila pikir balik amik jer dua-dua yerlah takut lepas ni tak dapat harga yang sama macam ni..So semestinya Pink untuk Mia dan hijau untuk Naqib..Budget dalam RM140.00..Huhuh demi mu anak..Tapi orang kata nak rezeki kan..Masa nak bayar yang hijau tu harga offer jatuh sampai RM22.00..uit terkejut gak aku dan mydear masa nak bayar..siap tanya banyak kali tapi yerlah dah kata rezeki anak kan..So total dua ni tak sampai pun seratus..Papa senang hati bayar..Yeay!Rasanya masih ada lagi offer untuk almari ni..so pada sesiapa yang masih pening nak cari almari untuk anak rerajinlah pergi TESCO..hihihi..xoxo..muaaah!

Monday, December 16, 2013

Tip Untuk Anak Kita..

:: 16 Disember 2013 - 10:05 pagi ::
:: Isnin ::

:: Salam..kali ni nak share berkaitan dengan anak-anak..mungkin ada beberapa blogger dah update tips ni..kat facebook pun melambak orang share kat timeline tapi tak salah rasanya aku pun share tips yang amat berguna untuk anak-anak kita..Dengan kehidupan yang makin mencabar ni kita selalu berlumba-lumba nak memberikan yang terbaik untuk anak kita sampai kita lupa baik buruk setiap pemberian kita itu kepada mereka.Aku pun bukanlah bagus sangat bab jaga anak ni tapi aku suka baca dan kebetulan my sis in law share info yang amat berguna ni..so why not aku share dengan korang semua kan..ok make it short..meh aku share 10 tips dari Child Psychiatrist :-

1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin. 

Kalau boleh biar anak kita menyentuh menggunakan tangan dan kaki supaya dia boleh merasai texture pasir , rumput , buih dan sebagainya.Ia boleh merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak kita.


Masa nilah dia merasai dunia kanak-kanak mereka

2. Don't expose to too much things in a box. 
Ha yang ni nak explain pun tak arif sangat taip ini petikan dari blogger tersebut yang sudi share bout this : -

"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!
Scary nak mampos hoiii.
Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan.
Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau. T_T

Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku.
Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak. 
Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik. 
Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan?
Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7! Hamik kau.
Aku dengar pon macam nak baling lesung batu je kat mak dia. ;D

So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan.
Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?

Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu.
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat,
"No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"

Gitu.
Takut aku. :D

Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni.
Sebab aku pon selalu je tengok Boboiboy dengan Haikal kat ipad. Hehehehe.
So ini jawapan Dr.Sherine,
"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."
"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."
"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."

Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:
Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.
Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.
So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation.
So lama-lama pandangan anak tu tak luas.
So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif.
So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How?
Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes.
Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.
Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.
Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.
Pastu flash huruf B kat bawah pulak.
Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.
Dan sebagainya.
Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement.
 So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu,
saraf mata dirangsang dengan baik. 
So brain development pon berlaku dengan baik.
Gitu.
Aku rasa cukup mudah penjelasan yang Dr. Sherine bagi tu.
Terutama untuk orang vangang macam aku ni nak faham.
Maafkan saya, saya bukan Doktor. Dulu SPM Biologi B3 je. T_T


Hope korang faham apa ygang blogger ni nak cuba explain..yerlah dalam dunia yang more to IT ni..aku tak nafikan aku pun kadang kala biarkan My princess mia terdedah dengan semua ni..sebab bagi aku itu salah satu pembelajaran tapi kalau kesan begini yang akan memudaratkan selepas ini akan cuba aku kurangkan..

Insyallah akan cuba kurangkan masa pembelajarannya..hihihih


3) Stimulate their imitation skills.

Imitation skill adalah kebolehan mengikut atau meniru apa saja yang berada di sekekliling anak kita .Selalunya ia akan berlaku bersama orang yang terdekat..Setiap perilaku dan tindak tanduk anda akan dipelajari oleh anak anda.Contohnya kalau anda tepuk tangan didepannya secara automatik ia meransang anak anda untuk berbuat perkara yang sama..So sebagai ibu bapa anda semua harus memberikan kerjasama bagi memberi anak anda pendedahan dalam segi pembelajaran kerana cara berfikir ,sikap, bahasa dan pertutran juga adalah kemahiran tiruan..Sebagai ibu bapa di galakkan membuat kaedah seperti ini bersama dengan anak-anak anda seperti 'Say a word' and ask your child repeat what you said just now..Ini kerana dari situ kita boleh melihat perkembangan anak anda.Mimik muka seperti nangis,senyum ,gelak ,marah juga membantu anak anda belajar sesuatu yang baru.Dari situ otak mereka bergerak dan belajar.Muzik juga membantu pembesaran anak anda..suruh mereka menari mengikut alunan muzik dan juga menyanyi..Jika anak anda berjaya mengikut semua ini maknanya dia mula belajar dan mudah menerima segala yang kita ajar.Otak mereka mula bekerja dengan baik dan berkembang.Pergerakkan merangkak ialah sangat bagus sebab melibatkan seluruh anggota badan dari kepala hingga ke hujung kaki.Dan mengikut kajian baby yang mengalami fasa merangkak yang lama di katakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung bermaksud baby yang terus berjalan.


So naqib merangkak lama-lama yer..hihihih..Kakak dah terlebih lama tu yang kreatif semacam so follow your sister!hahhaha

4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.
Concept toys ini seperti ABC , 123 blocks , Lego , Animals , Shapes Blocks , Vehicles , Color dan sebagainya.Ini kerana semua permainan ni menambahkan vocab anak anda tambahan belajar sambil bermain adalah paling menyeronokkan untuk mereka.Elakkan membeli permainan yang tidak realistik seperti barbie dolls , superheroes , monster dan sebagainya sebab takut anak anda terlebih kepada dunia fantasi dan khayalan.

Kreatif sangat ini anak!hiihihih

5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.
Kanak-kanak ni mudah tangkap apa yang anda akan ajar tapi kalau boleh mulakan dengan yang mudah dulu..Jika nak ajar anak anda bercakap sila gunakan perkataan yang mudah seperti :

Mudah- Ini Ayam 
Susah - Ini seekor Ayam Jantan/Betina

Ha tak ker susah anak anda nak memahami..so ajar perkataan yang mudah secara berperingkat..Insyallah anak anda mudah belajar.

6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.
Ha perkara ni selalu terjadi bila kita nak kenaklan anak kita dengan seseorang yang baru kan.So dari apa yang aku baca untuk membiarkan mereka untuk biasakan diri dengan seseorang pembelajaran pertama ajar mereka untuk 'high-five' dulu supaya anak anda rasa selesa selepas tu baru kita ajar cara adab seperti bersalam.Tindakan melakukan 'high-five' adalah sangat mujarab kerana dia boleh mengubah dalam beberapa saat dari segi tindak balas pergerakkan tersebut dan anak kita mula selesa.Tapi peringatan juga waspada setiap orang yang anak kita mula kenal takut tanpa kita sedari orang yang merbahaya.



7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah.
Tips ni kadang-kadang aku pun over the limit..Sentiasa rasa nak marah bila anak-anak mula buat perangai atau buat salah.Tapi aku belajar sedikit demi sedikit cara nak hadapi situasi ni.Terangkan setiap kesalahan yang anak kita buat.Ikut pergerakan tubuh anak anda.Contoh kalau dia sedang berbabring anda pun ikut skali untuk terangkan setiap kesalahan yang mereka lakukan.Elakan tinggi suara dan marah ketika berdiri..Perkara seperti ini akan membuatkan anak anda jadi takut.Ok noted to myself gak..aku sedang belajar nak tanangi masalah ini.Everyday is a new lesson for me..

8) Overly-attached to one person is not a good sign.
Elakkan dia rapat dengan seorang jer dalam hidup mereka dalam waktu nak membesar ni.Contohnya jangan buat dia hanya rapat dengan ibu saja tapi dengan papa masa sangat terhad dan terbatas.Cuba buat kedua-duanya sangat penting bagi diri mereka.Juga pada orang sekeling..Bagi anak anda rapat dengan ahli keluarga yang lain juga..



9) Bila bermain, ikut minat mereka.
Yang ni korang jangan abaikan..kadangkala korang suka tentukan apa yang anak anda perlu main.Ini salah..biarkan mereka main ikut minat mereka.Kita hanya perlu pantau atau kalau lebih bagus bermain bersama.


10) Bagi pilihan jawapan untuk meningkatkan komunikasi anak.
Komunikasi dengan anak anda sangat penting so jangan abaikan..Setiap soalan dari  anda berikan banyak pilihan....Contohnya :-

Kenapa nangis?

Kalau masih tiada jawapan..alihkan pada soalan yang lain

Mia jatuh?
Mia sakit perut?

So jika dia bagi respon pada setiap soalan anda maknyanya otaknya mula bekerja dan itu memberikan tindakan yang baik bagi otak anak anda.Jangan mula mengalah kalau anak anda lambat memberikan respon.Sabar itu penting.

OK cukup rasanya yang dapat aku share..thank you for blogger http://saatakukaupilih.blogspot.com sebab sudi share semua ni.So reader yang lain marilah kita mulakan benda yang baru bagi mendidik anak-anak kita..:)..sharing is caring..:





Friday, December 13, 2013

Easy Shopping With IKEA APPS!

:: 13 Disember 2013 - 1:55ptg ::
:: Jumaat ::

:: Salam Jumaat.. Sejak aku update pasal 'Dapur Kecilku' ramai yang berminat dengan rak yang aku beli kat IKEA tu..tanya material..stock available lagi ker?hhihi..nak menjawab memang lah aku failed!hahahha..Ok macam ni..bila berkaitan barang-barang yang aku beli di IKEA aku banyak tengok menggunakan IKEA application...senang dan mudah..KAdang-kadang mydear siap perli aku..berjam-jam duk belek apa yang ada dalam IKEA apps tu..macam komik katanya!Hahahahha..aku memang kalau bab beli barang survey berhabisan..yerlah nak murah memang kena banyak berkorban masa dan tenaga!cewah..ok meh aku share IKEA apps ni!
OK ini view apps IKEA..so apa lagi download la!


Setiap kategori amat mudah ..kira user friendly lah..

Setiap kali IKEA ada offer apps ni akan update so mudah untuk kita tahu!


UOlls pun boleh deco sendiri ikut minat!Interesting kan?!


Ha ni yang paling penting!Setiap barang yang korang teringin nak beli akan masuk dalam shopping list tapi kena sign dululah then setiap product akan di beritahu available atau tak so tak lah korang frust bila pergi IKEA store barang tu takder..Apps ni akan update berapa kuantiti barang tu yang tinggal..Senang kan?

Ha pada siapa yang nak kan kepuasan leh tengok catalog IKEA kat website IKEA catalog!Akan jumpa view ni :-




HA ok lah..aku rasa pada sesiapa yang bertanya hari tu dah dapat jawapannya..so korang boleh belek apps ni berhabisan macam aku!hahhaha...harap apa yang aku share ni bergunalah dengan korang..happy shopping!...xoxox..muaaaaah.. 







Tuesday, December 10, 2013

Dapur Kecilku

:: 10 Disember 2013 - 3:00 ptg ::
:: Selasa ::

:: Setelah sekian lama baru ada masa nak update blog aku ni..sejak anak dua ni banyak masa habiskan dengan aktiviti mereka berdua..lagi-lagi My princess mia..ada jer benda baru yang dia buat..so kena banyak pantau..so short update dari aku..Sudah setahun lebih aku menyewa so bila bab nak beli barang banyak kena pikir dua kali...yerlah nak kena pikir tempat nak letak..kalau rumah sendiri leh sesuka hati renovate tempat..Jadi bila berkaitan bab dapur aku agak amik berat sikit..yerlah tempat kita nak masak untuk family kan..so aku suka tempat tu kemas dan teratur..Bila di pikirkan memang aku nak beli jer kabinet untuk simpan semua barang-barang tapi bila  pikir balik nanti dah pindah rumah sendiri mana pulak aku nak letak almari tu..yerlah sekarang trend almari build-in kang tak pasal-pasal membazir..lagipun xnaklah kos pindah kami nanti melebihi..so selagi boleh aku jimat..hahhaha..so apa lagi selama setahun google jumpa berkenan di hati..taraaaaaaa...

 Yang Penting Murah!*Tapi tak tahulah ada lagi kat IKEA

So apa lagi aku beli dua rak..meh aku tunjuk dapur kecilku dulu :-

Agak kurang tempat nak letak..sadis kan..so setelah mencari dan jumpa..ni hasil nya!

Oklah kan?!Ahahhaha..senang nak pindah..cabut-cabut leh pasang balik..hihih..

So pada sesiapa yang menyewa macam aku dan masih terpikir nak beli tempat untuk letak barang dapur meh tiru idea aku yang suka simple dan jimat!hihihi..daaaaaaa!