Tuesday, May 28, 2013

Perginya tak di duga...

:: 28 Mei 2013 - 10 : 30 pagi ::
:: Selasa ::

:: Salam semua...aku nak share pasal junior aku time sekolah menengah..aku tak lah kenal rapat tapi salah sorang kawan baik aku ni sepupu dengan junior aku..Pagi Jumaat lepas aku dapat info kat facebook yang junior aku ni meninggal dunia akibat komlikasi buah pinggang..ok sangat terkejut..yerlah tak dengar pun selama ni sakit..alih-alih dah meninggal dunia..aku mesej kawan baik aku nak confirmkan..selang berapa jam dia balas dan bagi tahu punca sakit dan bila sakitnya..Bila dapat tahu..Ya Allah sangat sedih ok..perginya arwah 3 bulan selepas kahwin dan sakitnya pun baru tahu lepas kahwin..imagine macam mana suami arwah hadapi..di saat sepatutnya tengah berbulan madu tapi di kejutkan dengan kehilangan isteri tersayang..kebetulan adik aku ada baca blog arwah ni..rupanya dia aktif berblog ala-ala macam aku dulu blog bride to be so aku pun bacalah tapi kebanyakkan preparation nak kahwin..pada sesiapa nak mengenali arwah ni blog beliau... :-




:: Al-Fatihah ::




Untuk pengetahuan semua arwah ni anak tauke kedai nasi lemak yang famous kat Klang..siapa orang Klang insyallah pernah cuba..Kedai family arwah dekat depan Pasar Besar Klang..nama kedai 'Sri Khas' tak silap aku..mydear dan aku rajin gak makan kat sana..takpelah siapa yang nak merasa silalah singgah..oklah..last but not least...hargai waktu yang ada bersama orang tersayang..kita tak tahu apa akan jadi hari ini...esok dan hari mendatang...sebelum aku end of entry ni..marilah kita kirimkan doa dan al-fatihah semoga arwah tenang di sana..insyallah ::

Friday, May 24, 2013

Jom Makan Kayu Kamat!

:: 24 Mei 2013 - 10:45 pagi ::
:: Jumaat ::

:: Cuti-cuti ni mesti korang pening nak masak apa kan..yang suri rumah jangan cakaplah..duk pening memanjang...sarapan pagi lah , makan tengah hari lah , minum petang lah , makan malam lah ha yang ada minta supper pun ada!ahahahah..mana tak pening nak sediakan makanan..tapi aku buat entry kali ni bukanlah nak bagi resepi!Ya Ampun..aku ni tak hebat lagi...kalau aku share pun resepi orang..copy and paste!ahahhaha..ok kali ni aku nak share satu jenis roti yang di perkenalkan oleh keluarga mertua ku..tu untung kawen orang negeri lain..belajar masakan dan makan baru..roti ni nama KAYU KAMAT! ahahha..ha korang pernah dengar?Aku pun first time dengar jer dah pelik lagilah tengok rupa bentuk kuih tu..Tapi aku pun tak pasti betul ker ejaan nama roti  ni...hihi..kalau salah kang aku tukar..yang bestnyer makanan ni dapat kat Terengganu jer..lebih spesifik Kuala Terengganu..pembuat roti ni beroperasi kat rumah jer..then antar kat kedai-kedai..mesti korang tak sabar nak tengok rupanya kan?meh-meh...hihihi :

:: tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!...hihih..ni lah rupanya..boleh tahan agak lama kalau simpan kat peti ais..rasa ala-ala donut cuma tak ada gula kat luar..petua mak mertua ku..lepas kuarkan dari peti ais..tunggu jap baru goreng nanti baru sedap nak kunyah!hiihh ::

:: ha oleh kerana aku ni tekak jawa..tak leh makan begitu jer..so aku buat kuah..selalu aku buat sambal or sardin..tapi kalau dah tahap malas..sos cili pun ok!hihihh ::

:: ni time aku minum petang..sesuai gak time breakfast or santai... ::

So pada yang kerap pergi Kuala Terengganu tu cari dan cuba rasanya...sedap..insyallah...hihih..xoxo...muaaaah ::

Wednesday, May 22, 2013

Bila hari panas jom minum cendol!

:: 22 Mei 2013 - 2:00 ptg ::
:: Rabu ::

:: Dua tiga minggu ni memang panas habis..rasa bahang sesangat..pakai air-cond pun belum tentu puas..nak di jadikan cerita Sabtu hari tu lepas temankan mak aku beli barang kat Shah Alam kami semua ke hausan ok..on the way balik singgah Cendol Pulut/Tapai Shah Alam yang terkenal kat Seksyan 7 berdepan dengan kilang TAMCO...ha ko siap promosi bagai..mana taknya..famous habis cendol ni sampai sanggu beratur nak merasa cendol ni..

:: Tengok tak putus yang datang..cuma tempat nak lepak minum and makan terhad...Kat sini selain cendol diorg sediakan laksa..so kenyang gak lah kalau setakat nak alas perut kan..hihih ::

:: Kami yang tak sabar nak minum cendol sebab dah kepanasan! ::

Ha mesti korang nak tengok hasil cendol kami yang beratur panjang ni kan..Ampunkan aku!Tak sempat nok!sebab kami tapau...masuk kete terus minum..sroot2!!habis..so nak bagi korang meleleh tengah hari yang panas ni..meh aku share gambar cendol aku amik kat blog orang!ahahahahha..xoxo..muaah ::

:: Lega x?ahhahaha ::


Tuesday, May 21, 2013

Suami cengkam duit isteri??!!

:: 21 Mei 2013 - 8:30 pagi ::
:: Selasa ::

:: Salam semua..oleh kerana lately ni aku duk update life aku jer meh aku nak share info yang aku dapat masa aku menonton 'Wanita Hari Ini' Jumaat lepas...tajuk 'Suami Cengkam Gaji Isteri'...tapi aku tukarkan jadi command  'Suami Cengkam Duit Ister' kebetulan aku menonton bersama dengan mydear..Jumaat lepas mydear amik leave sebab letih dua tiga hari dok kejar dateline...Tetamu jemputan Lisdawati , Izyani dan Ustaz Jazlan Abdullah..Tetamu yang best aku rasa..bijak berkata-kata terutamanya ustaz jemputan..Ok aku bukan pakar pun nak borak pasal topik ni tapi ia menarik perhatian aku..Agak-agaknya ramai tak para isteri di luar sana baik yang bekerja atau pun tidak rela bila duit mereka di minta atau di ambil oleh 'en suami'? Sedangkan dalam Islam dan juga penerangan dari Ustaz Jazlan Abdullah yang pertama :

1) Dalam harta suami ada hak isteri , anak-anak dan orang yang di bawah tangunggangnya.. yang kedua..

2) Dalam harta isteri tiada harta suami...

So nampak tak dua perbezaan yan ketara..bagi 'pn isteri' yang mempunyai duit simpanan sendiri dari hasil titik peluh tak mengapa di belanjakan duit untuk diri sendiri manakala 'en suami' berhak memberi nafkah kepada 'pn isteri'...Tapi bagaimana pula 'en suami' yang sumber kewangannya kurang dari 'pn isteri'?Haruskah 'pn isteri' membantu dari segi ekonomi keluarga?bagi aku itu semua terpulang..Ada para isteri ni tak amik tahu masalah 'en suami' .sanggup membiarkan 'en suami' menggalas tanggung jawab kewangan keluarga sendirian..yang para isteri pikir mereka di beri nafkah yang cukup tanpa memikirkan payahnya 'en suami' ak menyara keluarga..Asalkan apa yang di minta oleh mereka dari 'en suami' tercapai..kadang-kadang aku sedih bila dengar ada juga pemasalahan macam ni...Tidak memikirkan kepayahan dan juga pemasalahan bersama..Aku tak arif tapi bila di pikirkan sejenak..Perkahwinan bukan satu permainan..lagi-lagi permasalahan kewangan..kita akan di duga  dalam banyak aspek terutamanya dari segi keperluan dan kehendak...
Bayankan kadang-kadang aku lihat dari sudut para isteri yang tidak memahami pemasalahan di atas sanggup membiarkan 'en suami'  bertungkus lumus mencari nafkah hanya kerana ingin memenuhi kehendak bukan keperluan..sedih rasayanya..aku tulis entry ni bukan nak condemn  kaum hawa ku  sendiri tapi realiti yang aku lalui..Sebenarnya tugas kita sebagai 'pn isteri' harus membantu pemasalahan 'en suami' .berkorbanlah kerana pengorbanan seorang 'pn isteri'sangat mulia..Ya aku akui kadang-kadang para 'pn isteri'  tak dapat nak menerima kehidupan selepas kahwin yang kadang-kadang 'indah rupa dari khabar'..Ada yang sebelum kahwin mewah dapat beli itu ini dan mengaharapkan alam kehidupan selepas kahwin lebih selesa tapi bila di duga para isteri akan merungut..tidak mahu membantu..tidak kah sedih kalau semua tu terjadi..lagi-lagi yang mempunyai anak yang ramai..akhrinya berlaku penceraian..Ya Allah..Kita pikirkanlah..Jika ini berlaku cepat-cepat sedar apa niat perkahwinan kita sebenarnya...Insyallah ada penyelesaian..Aku tahu tak semua para isteri kuat nak lalui dugaan perkahwinan terutamanya masalah 'KEWANAGAN' tapi ingat segala yang di duga oleh-Nya insyallah ada penyelesaian..
Dan begitu juga para suami..jangan pula amik kesempatan atas kebaikkan dan juga pertolongan 'pn isteri' kerana segala pertolongan terutamanya berkaitan dengan duit haruslah di pulangkan semula.Bak kata Ustaz Jazlan 'Bila si suami menggunakan atau meminjam duit isteri haruslah memulangkan atau membayarnya semula!'...tapi semua tu atas budi bicara isterilah..Ada juga segelintir 'en suami' yang membiarkan 'pn isteri' mencari nafkah untuk keluarga..'malas bekerja' , 'kaki judi' dan sebagainya..ada yang pelik lagi gaji 'pn isteri' boleh pulak menjadi haknya..adoiilah..ini dah kira parah..aku sendiri tak nampak penyelesaiannya kecuali 'en suami'  tu mempunyai keimanan yang kuat..kalau rapuh..maknanya rapuhlah bahtera perkahwinan mereka..
Eh panjang lebar pulak aku kali ni..Kesimpulan yang aku dapat dalam perbincangan tersebut..Para isteri haruslah bijak membantu dan menangani masalah kewangan kerana kita yang nampak keperluan dan kehendak keluarga..jika ada rezeki lebih apa salahnya kita kongsikan bersama dan jika ada masalah apa salahnya kita berbincangan dan membantu antara satu sama lain..Dan para suami haruslah beringat dan jangan leka bila isteri memberi bantuan..kerana salah satu penceraian yang berlaku kini adalah berpunca dari masalah 'KEWANGAN'...banyakkan berbincang..itu penting..komunikasi yang kukuh insyallah memberikan jalan kebahagiaan..Insyallah...so pada sesiapa yang terlepas 'Wanita Hari Ini' Jumaat lepas boleh tengok tonton..xoxo..muaaaah!

:: Kita tak nak jadi macam ni kan... ::


:: Kita iniginkan kebahagian macam ni ::

Jom 'en suami' & 'pn isteri' kita sama-sama alamkan doa di bawah...insyallah ada jalan dari-Nya..amin



Wednesday, May 15, 2013

Day without PAPA - Part III...

:: 15 Mei 2013 - 1:15tgh hari ::
:: Rabu ::

:: Nak taip Wordless Wednesday tapi banyak gambar nak tepek..kira Wordless more pic lah..hihihi..meh aku continue last day kami tanpa mydear/papa...malam nak tunggu mydear sampai..aku sekeluarga pergi dinner kat luar..penat punyer pikir..decide makan kat Nandos Setia City Mall!Meh layan gambar....


:: Menu time..muka kelaparan..My princess mia pun busy tengok menu! ::

:: Gambar wajib!Tak sabar nak jumpa PAPA!! ::

:: My princess mia dah mula mengunyah..fav fries! :

:: Food coming! ::

:: Anak bujang Bonda! Uncle and Paksu! ::

:: My princess mia with Mak Ngah! ::

:: My princess mia mula tunjuk ragam ::

:: Finally! Dessert for My princess mia...haish.. ::

Lepas tu kami terus gerak balik...tak larat nak window shopping!..malam tu menanti mydear/papa pulang setelah 3 hari kami di tinggalkan...huhuhu...menanti penuh sabar..pukul 5 pagi mydear sampai..xoxo..muaaah! ::

Saturday, May 11, 2013

Di Luar Kemampuan Ku

:: 11 Mei 2013 - 1:30 pagi ::
:: Sabtu ::

:: Tetiba malam ni tak boleh nak tido...layan lagu JIWANG jap...lagu kenangan dengan mydear...layan..xoxo..muaah ::



Di Luar Kemampuanku - Ukays


Tika senja melabuhkan layarnya
Terpancarlah warna keemasan
Dapat aku bayangkan jika engkau ada
Pasti suasana kan lebih bermakna

Sayangnya terputus tali janji
Suatu waktu kukuh termetri
Kata mu kasih sayang tak bererti
Tidak menjanjikan untuk esok hari

(Korus)
Ku cermin diri ini
Terteralah kedaifan
Yang tak engkau inginkan
Ku melepas keluhan
Yang panjang
Menyesali kemiskinan ku ini

Ku mampu petik bintang di langit
Ku mampu bina jambatan pelangi
Ku mampu pertahankan mu
Walau pun lawan ku seribu

Itu hanya bisa ku laksanakan
Bila mimpi mengundang kala malam
Hakikatnya yang ku ada satu jasad
Satu nyawa satu cinta

(Ulang Korus)
Tidak ku salahkan dirimu
Kau berhak tentukan nasib mu
Kini aku mengenggam satu azam
Melempar khayalan
Bentuk kehidupan

Friday, May 10, 2013

Day without PAPA - Part II...

:: 10 Mei 2013 - 10:15pagi::
:: Jumaat ::

:: Salam Jumaat semua..ok let's continue Day without PAPA - Part II plak..hihihi..bersambung-sambung plak..ok hari kedua tak banyak aktiviti kami kecuali pepagi dah kena bangun nak jalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia..call mydear pepagi..macam waktu bercinta plak..ingat nak kejutkan mydear pergi mengundi tapi mydear sekeluarga pakat pergi tengah hari..aku ni sebab ada aktiviti lain so kena pergi awal pagi..Sampai tempat mengundi Ya Ampun!Ramai kot...nasiblah aku ada 'keistimewaan'...hihihi..so dapat potong line...ahahahaha..By the way au tak amik pun gambar jari jemari yang dah kena dakwat tu..tapi kalau aku letak jari orang lain pun bukan korang tahu pun kan??ahahhahah..jeng!So meh layan gambar...


:: Aku takder gambar jari berdakwat.tapi ada gambar kenangan sebarisan saudara mara yang kebetulan datang serentak time mengundi ari tu...hihihi ::

Lepas mengundi aku dan mysis a.k.a Zera aku pergi cari makan.amik My princess mia kat rumah then Jalan-Jalan Cari Makan! Kebetulan cousin ku dan makcik ku join..tapi tak amik gambar..segan...ahahha..lepas makan aku dan mysis a.k.a Zera aku cuci mata kat Giant..cari barang dapur sikit..lepas dah settle semua teringin nak minum Cool Blog! Jom layan....


:: Aksi My princess mia menunggu..adoilah..sejak akhir-akhir ni manja sikit..nak berdukung jer ::

:: Sementara menunggu jom amik gambar dengan Duta Cool Blog! Tapi dengan patung je rr..jadilah...ahahhahaha ::

:: Yeay dah dapat! Kami order perisa baru Teh Tarik dan Markisa!..Nyummmy!!! ::


:: Gelagat My princess mia yang dah pandai minum ice!huhuh ::

So aktiviti hari tu banyak abiskan masa dengan melayan karenah My princess mia .kebetulan hujan..balik jer rumah..semua tumbang..tak larat beratur time mengundi tadi..huhuhu..ok lah..nanti kalau aku rajin sambung untuk part III plak...xoxo..muaaah ::







Thursday, May 9, 2013

Day without PAPA - Part I...

:: 9 May 2013 - 2 : 00ptg ::
:: Khamis ::

:: Day without Papa...3 hari kot berpisah kejap dengan mydear...for the firtstime..Yerlah tak pernah kot berjauhan dengan mydear .tapi kali ni terpaksa demi tangung jawab untuk negara..cewah...yerlah..demi tanggungjawab mengundi terpaksa berpisah jap..huhuh..malam tu masa nak antar mydear..sebak bukan main..lagi-lagi My princess mia tahu Papa dia nak balik kampung bukan nak pergi 'work'...sedih woo!Aku pun ikut cengeng!ahahahhah...
So selama 3 hari mydear tak ada aku dan My princess mia banyak habiskan masa ikut Bonda dan mysis a.k.a Zera pergi kenduri dan merayap..ahhaha..dengan izin mydear ok...so meh layan gambar...so nanti aku citer setiap situasi gambar tu..nak buat karangan tak mampu..Meh aku cerita hari pertama tanpa mydear..began!

:: First trip - wedding at Ampang...sampai tertido My princess mia sebab kami jalan-jalan satu Selangor..hihihi..fun! ::

:: Then pergi Mid Valley nak beli buku for My princess mia guna voucher my brother...tapi hampa..setelah sejam mencari dan setengah beratur...akhirnya semua buku tu tak beli pun..sebab??!!- MPH MId Valley demand..nak gak owner sendiri ada sekali baru terima vaoucher tu..so dengan hangat hati aku letak balik semua buku yang aku dah amik...huhuhu..pedih-pedih ::

:: Kejadian kami tengah mencari yang sesuai untuk My princess mia ..uwaa..rasa nak nangis..mengenangkan beratur yang amat panjang dan lama...tapi my brother dah promise nak pergi beli kat Setia Alam Mall jer..tak mo aku redah KL tu lg...hangat hati punya pasal...xoxo...the end for part I...hihih ::