Friday, December 28, 2012

Fikir Dulu Sebelum Jawab..Kan Dah Kena!!

:: 28 Disember 2012 - 1:30 pagi ::
:: Jumaat ::

:: Lagi 3 hari nak tinggalkan 2012...banyak kenangan dan banyak jugalah post-post tertangguh..tapi adakah yang membacanya? hihihih....minggu ni terlalu busy untuk diri sendiri..nak update perkembangan terbaru tak ada kata nak di mulakan..so duk singgah blog orang..baca ilmu-ilmu yang mungkin boleh di kongsi bersama..dan ada satu post yang menarik hati aku sebab related sangat dengan kehidupan seharian..soalan yang wajib bila dah tak ada topik perbualan sang suami isteri..meh aku share :-

* Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?
* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana,anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abangpun adalah orang yang sediakan.

* Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita.
* Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja?

* Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
* Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org lain pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.

* Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?
* Suami : Takkan itu abang n bagi kakak & adik awak. Jadi, drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.

* Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?
* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal...

* Isteri: @#$%????!!!!!


* Suami: (Dalam hati)Alamak!!


Ha macam mana para isteri?boleh terima jawapan si suami dalam spontan?nampak tak trick kat situ telah membuat si suami terkantoi?ahahha..so bersiap sedialah kalau suka menguji suami anda semua dengan soalan-soalan di atas...renung-renungkan..xoxox..muaaaaaah::



p/s : post ni copy kat blog ni ..tq for sharing...hihih:- http://celebrationofloveaa.blogspot.com/2012/12/benda-ni-gak-la-selalu-lin-tanya-d.html

::insyallah till jannah::




Wednesday, December 19, 2012

HolidayWithLove-PortDickson

:: 19 December 2012 - 9:00pagi ::
:: Rabu ::

:: Semingu lagi kita dah nak berganjak ke tahun baru..rasa sayu nak tinggalkan 2012..banyak kenangan pahit manis..hurmm dugaan hidup..tapi kali ni aku nak share cerita gembira..awal bulan ari tu aku dan family mydear pergi bercuti kat Port Dickson..saja bawa My princess mia jalan dan planning dari bakal kakak ipar nak celebrate birthday abang ipar..hihih..so Port Dickson destinasi paling ideal sebab planning nak buat barbecue so sana ada tempat yang lapang dan selamat..eh aku cerita macam tulis karangan sekolah plak..meh lah layan gambar..memang sejak akhir-akhir ni penulisan aku merundum sikit..so layan gambar part by part..kira macam jalan jalan cerita percutian kami lah.hahhahah..layannnnnnnnn :-

Day 1!

:: muka ibu yang happy berjalan..My princess mia muka diva btul!ahahha ::

:: yeay dah sampai!! :: 

:: bekalan kami ::

:: tempat ni best..dekat area Hotel Blue Lagoon..mudah nak bawa anak-anak mandi tak crowded..kami bawa bekal dari rumah..jimat..masak sendiri lagi kenyang..sorry takkder gambar My princess mia mandi manda kat pantai sebab takder kojer nak bawa hand phone g mandi..huhuh..sedih..lepas ni nak aim camera yang boleh kena air lah..ahahhaha..wishlist 2013! Cuaca pun ok nak mandi..tak panas sangat..kami sampai dalam pukul 12 lebih..lepas makan semua apa lagi mandi manda lah..tapi mandi tak lama dalam pukul 3 dah naik..gerak g apartment yang kami sewa..kami sewa kat Tiara Beach Resort  sebab kat situ yang masih ada kosong tu pun nasib kami cepat..musim cuti sekolah kan..best hotel ni..ada theme park..lepas check in lepak jap..solat semua..My princess miaa dah tido dari dalam kete lagi..seronok mandi pantai..dalam pukul 5 kami turun g theme park..haha..gilo kan tak kira penat..sebab dalam pakej kami dapat dua ari mandi kat theme park so rugilah kalau tak mandi kan...ahahah..My princess mia kena pakai spender jer sebab tak beli lagi baju mandi..misi malam ni g cari..dan sekali lagi maaf takder gambar..haish memamg kena ada beli gak kamera ni!ahahha..best tempat ni..bagi aku reasonable lah pada sesiapa yang anak ramai..ber theme park sambil bercuti dari nak masuk Sunway Lagoon yang harganya yang sangat mahal so kat sini kira berbaloi lah...hihih..jom layan gambar malam kami plak!:-

:: Yeay time for barbecue!! papa kena layan My princess mia mamam..now memamg kalau nak mamam suka kat papa..dunno why..manja sangat ngan papa.. ::

:: us ..happy holiday! ::

:: My princess mia with ibu! ::

:: My princess mia yang behave!good girl..dengar kata..lepas ni kita leh buat barbecue lagi.. ::

:: papa & powe bertungkus lumus nak idupkan api!hihih ::

Dalam pukul 8 lebih kami gerak ke destinasi nak berbabcue!Yeay makan lagi..bahan dan barang-barang bawa dari rumah so tinggal cari tempat jer..nyummy!!!Tempat ni memang aku suggest pada sesiapa nak barbecue sebab lapang dan selesa..tak crowded even ramai gak yang buat barbecue kat sekitar situ..ni kat area Pantai Teluk Kemang ..kami cari port menarik...siap bakar makan!nasib My princess mia tak meragam apa..behave jer..senang..time makan My princess mia makan..time menunggu dia buat hal dia jer..hihihih..kami lepak makan dalam pukul 11 gerak balik..penat woo...satu ari aktiviti tak berhenti..sok pagi-pagi kena bangun..sebab tempat kami stay tu ada provide breakfast dalam pakej...

Day 2!


:: time to breakfast! for me makanan ok lah..three star!hihihi ::

:: time to fun! yeay My princess mia dah ada swimming suit! ::

:: finally kami dapat bergambar time mandi manda..hihih...tq cik wa sanggup naik atas amik hand phone nak amik gambar kami..ok skali lagi,,serius...kena makbulkan wishlist 2013..camera please!!!..hihih..insyallah ::

:: mandi tak ingat..habis gelap muka..takper sedapkan hati...kulit cantik apa..ahahah ::

Dah seronok mandi manda dalam pukul 12 kami naik nak check out!kemas semua barang gerak balik..tapi singgah kat Bagan Lalang for lunch..My princess mia dah selamat tido dalam kete..perjalanan amik masa 1 jam gak lah..aku yang jadi co-pilot pun tumbang...huhuhu..lepak sana dalam sejam dua..makan semua..dalam pukul 5 kami gerak balik..sampai rumah dekat pukul 7.

:: muka bangun tido..lepas makan powe beli layang-layang..happy mood again...ok skali lagi gambar tak banyak..hand phone ku abis bateri...huhuhu.. ::

:: My princess mia with papa ::

:: ok My princess mia sengih tunjuk gigi!::

Ohoiiii..panjang lebar entry aku kali ni..nampak tak kemalasan aku nak update entry part by part..sekali harung aku bagi...hihih..kesimpulan..percutian yang menyeronokkan!ardios..xoxox..muaaaaaah::


Friday, December 14, 2012

ADoRaBlE mY pRiNcEsS mIa!!

:: 14 Disember 2012 - 12 : 00 tgh hari ::
:: Jumaat ::

:: Korang pernah rasa stress tak?tipu kalau tak!ahahha..aku ni even duk rumah atau lebih manis dengan gelaran suri rumah berjaya tak boleh lari dengan rasa tertekan..yerlah dunia jadi berbeza ok..dulu dunia berkerjaya tekanannya lain berbanding dengan dunia yang kini aku lebih realiti iaitu 24 hours duk rumah..ishk bukan tekanan dengan mydear tapi tekanan sekeliling..ialah seiap pagi bila bangun pagi kena pikir apa nak kena buat hari ni selain tanggungjawab seharian..Tak akan nak duk diam jer..nak tonton tv memang leh naik muntah lah..aku rasa aku boleh hafal setiap jadual rancangan tv..Part time job tak selalunya ada orang tempah so banyak masa aku terluang..tak pun luangkan masa dengan blog aku ni..duk layan twitter..itulah seharian idup aku..hope for the next year will be better life..insyallah..dan setiap kali aku tengah hadapi tekanan..yang akan sejukkan hati..si kecik ku chomel!!ADoRaBlE mY pRiNcEsS mIa!!Aku sangat bersyukur memiliki seorang puteri yang chomel dan bijak..
Malam tadi tajuk rancangan agama favorite aku 'Semanis Kurma' "Perempuan Tanpa Rahim"...ya allah tajuk yang amat bagus di kongsi..banyak info yang aku dapat dan dalam aku mengikuti rancangan ni..dalam hati sangat bersyukur dapat merasa nikmat mempunyai zuriat sendiri..dan aku aat simpati pada yang masih menanti..bagi aku rezeki datang dari Allah swt..berdoalah padanya..aku suka ayat yang sahabat aku update kat twitter - :

"Kalau ikut kata ProfDrMuhaya : kenapa nak anak? Kalau setakat nak sambung keturunan,cermin diri keturunan kita elok tak? Tapi perlu set dlm diri anak itu untuk pencen kubur,untku menjadi pembela serta askar Allah swt menegakkan Islam,InsyaAllah akan dtg kurniaan cahayamata itu - PerempuanTanpaRahim#semaniskurma"

Bagi aku semua ini rezeki..berdoalah selagi boleh..padaNya kita meminta..insyallah..jika ada rezekinya akan kita perolehi..Dan pada yang sudah memiliki jagalah anugerah yang kita miliki dengan penuh kasih sayang dan bentuklah dengan setiap didikan ilmu yang ada.Di kala waktu yang semakin uzur ni jom kita sama-sama mencari ilmu yang masih kurang untuk bekalan kita akan datang..insyallah..::

:: my best friends for ever..alhamdulillah ::

Thursday, December 13, 2012

Mia nak tolong Papa!

:: 13 Disember 2012 - 8:00pagi ::
:: Khamis ::

:: Mesti semalam ramai yang update blog sebab no chantek 12.12.12..hihih..aku plak semalam busy bebenor..My princess mia tak berapa sihat..nak tumbuh gigi geraham so jadi tak keruan lah..nak sentiasa aku ada..sian My princess mia .My princess mia ni seorang yang aktif..kadang-kadang gaya mengalahkan baby boy..semua apa yang papa dia buat semua nak ikut..anak papa kan..pantang papa dia nak buat something kat luar rumah..ha mulalah dia nak ikut sama..bila di kurung menangis macam kena dera..tapi bila bagi lepas..aduyaii..semua keje papa dia nak di buat..alhamdulillah..My princess mia ni cerdik..cepat belajar..so aku sebagai ibu kena tahan segala karenah dan bagi input yang baik..oklah My princess mia nak 'num-num'..ahahha.ayat dia nak minta susu..ardios!xoxox...muaaaaaah::


Friday, December 7, 2012

Share on Friday with LOVE

:: 7 Disember 2012 - 12:30 tgh hari ::
:: Jumaat ::

:: Salam Jumaat minggu pertama bulan terakhir 2012..sekejap rasanya dah nak melangkah ke tahun baru..banyak kenangan 2012 ni..suka duka..segala ujian yang di beri oleh-Nya..alhamdulillah aku dan mydear hadapi dengan tenang walaupun kadangkala menguji kesabaran dan kekuatan untuk teruskan hidup..Tak kala nak meneruskan kehidupan yang penuh dengan ujian dari-Nya..mydear selalu berpesan carilah ilmu kehidupan untuk bekalan di sana....iya aku tak lah se arif mana bila di kaitkan mengenai agama dan kehidupan..masih terlalu banyak untuk di pelajari..dari segi kehidupan pun begitu..bagaimana mahu menjadi isteri yang terbaik dan solehah..menjadi ibu yang terbaik mendidik My princess mia .dan bagaimana nak menjadi anak serta menantu yang baik di mata ibu dan mentua ku...
Baru-baru ni aku menonton satu slot rancangan kat Astro Oasis..Selami Jiwa bersama Dr Fadhilah Kamsah...Bagi aku rancangan ni sangat memberi ilmu kepada ku..terutama tajuk pada Isnin lepas..membicara isu 'Berkahwin Di Usia Muda'..Selama setengah jam aku menonton..part yang paling aku sangat suka bila tetamu jemputan 'Prof Dr Muhaya'...bila beliau bercerita kisah seorang hamba Allah yang beliau rawat..ketika dalam sesi rawatan tersebut..'Prof Dr Muhaya' ada berpesan pada pesakitnya yang 'takmo garang dengan anak' 'takmo kasar dengan mentua'...adush..cukup berkesan teguran tu walaupun tak tuju kat aku..terngiang-ngiang bila teringat ayat 'takmo garang dengan anak'.honestly aku seoarang ibu yang tegas dengan My princess mia .mungkin di sebabkan didikan aku dulu..takder manja-manja..so aku cuba adaptasikan dekat My princess mia .bagi aku mungkin ia berkesan supaya anak aku takkan leka or mengada..tapi bila dengar apa yang 'Prof Dr Muhaya' katakan..Ya Allah..aku rasa aku belum cukup menjadi ibu yang terbaik untuk My princess mia .salah rupanya cara aku selama ni...bersyukur sangat aku dapat ilmu dari apa yang 'Prof Dr Muhaya' katakan..sebenarnya aku tak pandai nak berkata-kata bab ni..cuma aku cuba nak kongsi dengan semua.Dan apa yang aku cuba sampaikan tak salah kita mencari ilmu..jangan ego bila menerima ilmu atau teguran..mungkin selama ini kita pikir cara kita semuanya betul..mungkin dengan menonton rancangan ilmiah ini dapat membantu kita menjadi isteri , ibu dan menantu yang terbaik..mungkin cara penyampaian aku tak kesampaian tapi aku cuba nak berkongsi..kalau korang rajin tengoklah segala rancangan yang berkait dengan ilmu agama..aku dah cuba cari kat youtube episod di mana 'Prof Dr Muhaya' menjadi tetamu undangan tapi yang jumpa promo jer ker mungkin aku tak pandai nak cari..tapi mungkin dari sedutan yang dapat dari promo ni korang semua dapat agak apa yang aku cuba sampaikan..marilah kita cuba jadi insan yang terbaik..insyallah...xoxo..muaah ::


Tuesday, December 4, 2012

Wedding Kawan Lama...

:: 04 December 2012 - 2:30ptg ::
:: Selasa ::

:: Rasa agak lama menyepi di laman blog ni..cewahh..ayat nak hebat...hahahha..update kali ni pasal wedding kawan lama ku..time sekolah rendah gitu..wei lama kot tak jumpa kawan aku ni..last jumpa sekolah rendah..lepas tu terserempak sekali time nikah member..dan sejak adanya facebook senang sikit berhubung..now her turn to get married...happy for her..dapat jemputan terus blok date wedding dia..nasib salah seorang kawan lama aku pun dapat jemputan..tak keseorangan lah kat sana..meh layan gambar sebab aku takder ayat nak tulis..hahahah..

:: anak papa ::

:: anak ibu ::

:: sebelum pergi..possing jap..hihih ::

:: ahahhaha..muka ibu jer penuh..papaMy princess mia sikit jer... ::

:: us..love u! ::

:: the bride - Wan Fazrina Wan aziz ..cantik!! ::

Cantikkan pengantin...muka Wan tak banyak berubah..so senang nak cam dia ..dan yang pasti muka kau pun ok sebab mak Wan pun boleh cam aku walaupun sekian lama tak jumpa.mana taknya..muka ni selalu bertandang kat rumah Wan dulu kalau ada Kokurikulum kat sekolah..owh rindunya saat tu..by the way banyak entry tertangguh so jangan pelik kalau carca marba entry aku akan datang..hihih..xoxo..muaaaah::