Friday, November 16, 2012

Gaza earth is crying...


:: 16 November 20120 - 1:00pagi ::
:: Jumaat ::

:: Pagi Jumaat yang hening..sunyi jer..semua sedang tido nyenyak dan yang pasti aku masih berjaga.Dua tiga malam ni memang aku kerap tido lewat sebab my princess mia payah nak tido awal..hari ni datang ragamnya sampai satu hari tak mahu tido..tak penat pulak tu..main +  makan + main + makan...dan seterusnya..mak aku kata nak alih bulan dan budak nak membesar biasalah.so aku sebagai ibu hanya mampu melayan dengan sabar..nasib mydear pun sama..yerlah anakkan..siapa lagi yang nak layan kalau bukan kita sebagai ibu dan papa..
Pagi ni aku terniat nak buat entri pasal kesedihan di bumi 'GAZA'...entah apa terpanggil nak buat entry pasal ni..terbaca beberapa blog dan status kat facebook..aduh merintih hati ni..yerlah bayangkan kita di sini terlalu bersyukur...boleh tido nyenyak tanpa pikirkan keadaan sekeliling..tak yah nak pikir bila bom nak datang serang..nak sediakan alatan keselamatan..hurmm..sedihnya..yang paling sedih part anak-anak di bumi 'GAZA' tu...
Bayangkan..di saat ini..bumi 'GAZA' sedang di serang oleh pengkhianat yahudi israel..ketika kita sedang menanam azam baru untuk perubahan diri di tahun baru Maal Hijrah di ketika ini juga lah bumi Palestin telah di serang hebat..Oleh itu marilah kita berdoa semoga di tahun baru ini..berlakunya keajaiban supaya saudara se Islam kita di sana di lindungi daripada segala malapetaka..insyallah...::

:: Tentera Israel memulakan serangan..Ya Allah bertapa hibanya melihat butiran bom yang jatuh di bumi Palestin ni..:( ::

:: Keadaan selepas setiap butiran bom jatuh di bumi Palestin ini..Ya Allah mari kita berdoa semoga semuanya berakhir..Hope have a miracle one day..insyallah...let's pray together... ::



p/s : kredit to blogger anak pahang...

Wednesday, November 14, 2012

Mulakan Niat Dan Azam Yang Baru

:: 14 November 2012 - 1:00ptg ::
:: Rabu ::

:: Rabu tanpa kata-kata tapi kita mulakan dengan niat dan azam yang baru dengan kehadiran 1434 Hijrah yang bakal menjelma.. Perbetulkan segala niat dan tingkah laku..perbanyakkan doa untuk diri sendiri dan juga semua terutama orang yang tersayang...insyallah ::


kredit kepada sahabat baik saya yang sudi berkongsi ilmu ini...tq babe @LyndaCheLah

Tuesday, November 13, 2012

Colorful Diwali!!

:: 13 November 2012 - 2:00ptg ::
:: Selasa ::

:: 'Happy Diwali' for all my Hindu friends! Mesti happening raya dia orang ni..dengan maruku..wadei!aduyai...siapa orang Klang yang berbangsa India yang teringin nak jemput aku makan-makan?hahhah..jangan segan wei meh ajak aku ni..teringin bangat nak makanan time raya Deepavali ni!hihihi..Eh korang cuti buat apa?Aku seperti biasa menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu...memulakan rutin harian seperti biasa lepas tu ada masa hadap kerja-kerja craft aku tu..hihih..pada customer yang suka dengan hasil kerja aku..sangat aku hargai dan terharu..hihihihi...
Oklah aku nak update entry ni pun sebab nak wish 'Happy Diwali' jer..lepas tu aku nak main 'FarmVille'!Nak kutip hasil tanaman...ahahaha..ni semua pengaruh rakan sebaya lah ni..tak pasal-pasal game ni masuk dalam jadual seharian aku!ahahaha..tapi ok gak..boleh asah skill menanam bila real nanti! wowowoowow..hahhaha..oklah aku tinggalkan dengan sekeping gambar dua beranak yang suka bergambar tak kisah apa segala jenis benda yang boleh capture muka kami..ardios..xoxo..muaaaaah! ::




Tuesday, November 6, 2012

Me a busy WOMAN + MOTHER = STRUGGLE!!

:: 6 November 2012 - 10:00 pagi ::
:: Selasa ::

:: What a busy day!banyak benda nak kena buat..ingat nak update lah sikit tapi macam tak sempat dengan masalah return back thing lagi..huhuhu..nanti lah story mory pasal our weekend lagi..by the way thanks pada siapa yang sudi jenguk blog saya ni...insyallah tomorrow will be on track again!!wikiwicki!!xoxo..muaaaaah::

::macam membanting tulang jer aku!ahahah::


:: I really need this to help me..huhu..dear hubby can you hear me?hihihi ::



Friday, November 2, 2012

Hijab for Fashion or Fashion for Hijab?

:: 2 November 2012 - 9:30 pagi ::
:: Jumaat ::

:: Salam Jumaat wahai sahabat..hari ni nak minta pendapat korang semua..Hijab for Fashion or Fashion for Hijab? ...now terlalu banyak tudung-tudung yang di jual di pasaran terutamanya online..pelbagai bentuk dan corak..kadangkala aku pun terpengaruh dengan jualan mereka..tapi bila pikir balik jarang kuar rumah..lainlah bekerja..so aku pendamkan...ahahaha..tengok gaya mereka yang menjual..kadang-kadang jauh dari matlamat..nak menjual tudung tapi lebih kepada fashion diri sendiri..aduyaiii...so apa matlamat kita menjual tudung?again i ask Hijab for Fashion or Fashion for Hijab?so mari kia renungkan di pagi Jumaat yang indah ni..:)..jom share pendapat dengan saya..xoxo..:-

:: amati mesej di atas...insyallah aku pun akan kearah ini..sama-sama kita belajar ::

:: insyallah ::