Wednesday, October 31, 2012

My princess mia dah pandai baca?

:: 31 Oktober 2012 - 9:00 pagi ::
:: Rabu ::

:: My princess mia dah pandai baca? ha tak terkejut ko?ahhahaha..baru 1 tahun 2 bulan dah pandai baca..hebat tak hebat lah kan?huhuhu..maaf statement di atas adalah propa!kalau yer my princess mia dah pandai baca...sah-sah aku ibu paling kagum..mau masuk Berita Utama TV3 uolls!sebenanrnya aku tengah baca info teknik atau cara megajar anak membaca  dari peringkat awal..Sebagai ibu mestilah banyak yang kita perlu tahu untuk masa depan anak kita..so aku yang sememangnya banyak masa ni..aku duk Google lah apa yang patut..so terjumpa beberapa blog yang memberi info berguna yang boleh aku kongsi bersama..meh nak share :-

Info pertama-:

http://cpintrass.com/blog/bayi/teknik-ajar-anak-membaca-awal-usia/.html


Anak 1 tahun ke atas, boleh dilatih membaca, jika kita ibu bapa rajin mengajar anak  baca yang betul. Paling penting kita melakukan secara rutin dan berjadual. Jika ingin membuat bayi anda dapat membaca ajarlah bayi membaca dengan kesabaran. Mengajar bayi membaca dengan penuh kasih sayang dan dalam suasana yang menyenangkan secara rutin. Pada suatu ketika bayi anda akan dapat membaca dan dapat mengeja suatu bentuk kata bahkan perkataan yang ada di sekelilingnya.
Bagaimana nak mula mengajar anak kecil atau baby 1 tahun membaca. Biasanya baby 1 tahun dah mula bercakap, bagi yang belum boleh bercakap, jangan risau, kita ibubapa kena rajin bercakap dengan anak kecil kita. Ajar dia benda di sekeliling kita, dalam rumah kita. Misalnya buah, buku, meja, baju, tangan, kaki, mulut, dan sebagainya. Ajar saja anak kita, walaupun dia tak boleh cakap. Sebenarnya otak dia mampu mengingat dan faham.
Jika anak anda dah mula panggil mama atau abah, maka itu petanda ia akan pandai bercakap, maka pada usia ini, ambil peluang untuk anda ajar dia membaca dan mengenal benda atau perkara sekitar. Tunjukan dia gambar atau benda betul dan sebut pada anak, ini bola, ini tangan, ini mata, ini kaki, ini telinga dan sebagainya. Kemudian cuba tulis pada kad saiz 6″ x 8″ atau saiz 4″ x 6″ perkataan BUAH. Tunjukan pada anak yang baru mula bercakap, ajar dia ini BUAH. Ulang 3X dan minta anak pula ulang perkataan anda tulis pada kad tadi. Peringkat awal agak janggal pada anak anak, tapi jangan putus asa, lama kelamaan anak anda akan boleh membaca. Tukar pula kad lain dengan perkataan lain yang mudah, atau 2 suku kata, misalnya BOLA, MATA, NASI, MAKAN, dan sebagainya.
Selepas anda ajar, mungkin esok buat ujian, dengan tunjuk kad pada anak, panggil nama anak, tanya dia, ini apa, jika baby dah faham ia akan cakap, itu BOLA, BUAH dan sebagainya. Jika anak anda boleh sebut PERKATAAN PADA KAD, YANG ANDA TUNJUK, maka anak anda dah mula boleh membaca. Kenapa tak cuba, kerana peringkat umur 1 tahun hingga 4 tahun perkembangan otak amat besar, potensi mudah di ajar amat luas, otak anak mudah ingat. Tapi jangan ajar perkara luar kemampuan anak. Banyak bersabar dengan anak anak, mudahan usaha anda berjaya.
Boleh juga mengajar anak anak kenal huruf alquran, misalnya Alif Ba Ta dan sebagainaya, caranya anda tulis pada kad atau kertas keras, dan tunjuk pada anak, tolong sebut pada anak, apa huruf yang di tulis, dan ulang dan ulang. InsyaAllah akan membantu anak membaca AlQuran  seawal usia.

Info kedua-:

Bagaimana caranya?

1. Tanam minat membaca sejak lahir lagi melalui:

1.1. Penggunaan bahasa yang baik
Anak-anak yang baru lahir memang lumrahnya mula melihat sekelilingnya dengan penuh minat.
Antara perkara utama yang dipelajarinya ialah bahasa dan ucapan orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu ibu bapa haruslah bercakap dengan anak-anak mereka! Dalam satu kajian yang dibuat di Kuala Lumpur beberapa tahun yang lalu, ibu bapa di KL hanya bercakap dengan anak-anak mereka selama 7 minit seminggu! Bayangkan. Oleh sebab itulah kanak-kanak yang lambat dapat bercakap berpunca, di antaranya, daripada kurangnya komunikasi di antara ibu bapa dengan mereka pada usia kecil. Kesannya, anak-anak ini akan belajar berbahasa dengan bahasa rakan mereka atau bahasa yang dipertontonkan melalui program-program TV yang berupa karton dan sebagainya. Bahasa rojak ini tidak membantu membina kemahiran berbahasa mereka dan akan menyebabkan mereka kurang keyakinan apabila berbahasa atau apabila belajar membaca nanti. Oleh itu bercakaplah dengan anak-anak menggunakan bahasa yang baik, jelas dan santun.
1.2. Bercerita
Kanak-kanak sangat sukakan cerita. Mendengar cerita adalah antara aktiviti di rumah yang dapat menanam minat kepada buku. Saya masih teringat bagaimana seorang nenek membacakan sebuah buku cerita kepada cucunya yang baru berusia 6 bulan di atas keretapi bawah tanah di Toronto. Walaupun anak kecil itu masih belum dapat duduk dengan baik, dia sudah dibacakan buku cerita. Kanak-kanak seawal usia 12 tahun, apabila mereka mula memahami bahasa dan dapat bercakap, mula meminati aktiviti bercerita. Melalui aktiviti bercerita secara lisan, sebelum tidur terutamanya, sehingga membaca buku-buku cerita bergambar, minat membaca anak-anak dapat dipupuk. Mulalah dengan bercerita menggunakan buku-buku cerita yang cantik dan menarik lukisannya. Sambil bercerita, pastikan jari kita menunjuk kepada tulisan yang dibaca walaupun mata anak kita hanya melekat pada gambar-gambar di buku. Satu hari nanti dia akan sedar bahawa tulisan pada buku cerita itu sangat penting dalam menceritakan gambar yang dilihatnya. Melalui bercerita jugalah minat untuk membaca dapat dipupuk. Oleh itu tidak hairanlah kanak-kanak yang dirangsang dengan baik mempunyai minat untuk belajar membaca seawal usia 3 tahun lagi.

2. Memberi rangsangan yang sesuai

2.1. Bermain permainan yang mendidik
Ibu bapa yang penyayang sering membelikan bermacam-macam permainan kepada anak-anak mereka. Bagaimanapun, tidak ramai yang membelikan anak-anak mereka permainan-permainan yang sesuai dan membina kematangan berfikir dan psikomotor mereka. Biasanya , pistol dan senapang sahaja yang dibelikan kepada anak lelakinya ataupun anak patung sahaja yang dihadiahkan kepada anak perempuannya. Jarang sekali ibu bapa yang prihatin membeli permainan yang merangsang minda atau permainan yang melatih koordinasi mata dan tangannya. Sebenarnya permainan seperti Lasy, lego, atau permainan membina blok sangat penting untuk melatih koordinasi mata tangan dan melatih memberi tumpuan. Bahkan bermain sambut bola atau menangkap bola yang sedang bergerak juga amat berguna. Dua kemahiran ini, koordinasi mata-tangan dan memberi tumpuan, sangat berguna apabila anak kecil anda belajar membaca nanti.
2.2. Mewujudkan budaya membaca di rumah
Budaya yang baik di rumah sebenarnya dapat merangsang minat membaca. Pastikan setiap ahli keluarga mempunyai masa untuk membaca bersama, selain membaca al-Quran, supaya anak kecil anda dapat menghayati suasana tersebut. Ada sesetengah keluarga mewujudkan perpustakaan mini di rumah di mana-mana sudut tertentu. Selain membaca surat khabar , majalah dan buku-buku, ibu bapa haruslah bercerita dan berbual mengenai apa yang dibaca atau dilihatnya. Ini akan menarik minat anak-anak untuk mengetahui apa yang berlaku dan secara tidak langsung menimbulkan perasaan ingin membaca apa yang ditulis mengenai gambar atau tajuk berita.

Bagi aku info ni berguna..yerlah dari peringkat awal lah kita harus didik anak..so mari kita mulakan bersama-sama..didikan awal yang berguna..xoxo..muaah..



Tuesday, October 30, 2012

Mia with buddies!

:: 30 Oktober 2012 - 12:30tgh hari ::
:: Selasa ::

:: Rasa macam semalam rasa sakit bersalin kan my princess mia tup tup dah ada kawan main ok!dah lah my princess mia jer yang paling kechik..tapi lagak macam orang besar..owh anakku..Yang sedia maklum aku dah dekat 4 bulan duk sendiri..menyewa perumahan dekat area Meru gak..dulu plan nak sewa apartment or flat sebab nak duduk sekejap jer kan and murah kalau sewa tapi dalam cari mencari semua mahal....rate dalam 700 ke atas!adush out of budget!!Tapi kebetulan cousin aku duk sederet dengan rumah aku sekarang ni kata ada rumah kosong..apa lagi.kami tengok..dan yang best nyer..rumah teres corner lot..and sewa dalam 500..tipu aku and mydear tak nak kan.terus kami amik..satu yang kami suka..sebab perumahan tu 100%  orang Melayu..so tak lah kekok aku nak berjiran kan...hiih..ok back to my point!!Sejak duduk sini aku rajin lah bawa my princess mia duduk kat luar..sebab ramai sangat yang nak berkawan dengan my princess mia ni...ahahaha.konon famous!!meh tengok aktiviti my princess mia dengan kawan-kawan dia...:-

:: Tengok my princess mia yang paling kechik ok..tapi lagak...adush! ::

:: Nak main basikal besar dari dia..huhuh ::

:: Tengoklah lagak my princess mia...huhuhu ::

:: Tepi rumah budak-budak taman main bola..siap buat tiang gol sendiri..punya kreatif budak-budak sekarang ::

:: Ni lah hasilnya..habis nak kena sental muka sebab kena minyak basikal...hohoho ::

Tapi aku seronoklah tengok karenah my princess mia ni..sebab dari situ kita tahu dia belajar benda baru..nanti aku share lagi aktiviti my princess mia ok..xoxo..muaaaaah ::

Monday, October 29, 2012

Our Free Weekend!!

:: 29 Oktober 2012 - 2:00ptg ::
:: Isnin ::

:: Monday blues?!ahhahaha..always for me..bukan hanya untuk yang bekerja jer ok..aku ni lagi lah..tiap kali permulaan minggu mesti hadapi rutin yang sama...so Monday blues ni dah macam sebati dalam hidup aku setakat ni..huhuh..ok lah ignore pasal life aku yang membosankan untuk di baca..meh aku nak share hujung minggu aku bersama keluarga..Korang yang dah bekeluarga mesti ada jer plan untuk hujung minggu kan..yerlah time tu jer dapat spend time ngan family..weekdays sangat terhad masanya..bagi aku yang sememangnya surirumah yang berjaya ni..weekend lah setiap kali aku nantikan..kadang-kadang otak duk pikir plan apa lah nak buat supaya tak sia-siakan masa yang ada...punya kuat otak aku bekerja..ahhahah..
Apa makna hujung minggu bagi korang?Mesti plan nak pergi jauh-jauh kan..nak ada kualiti masa yang indah nak di simpankan jadi kenangan..Ada yang belanjakan duit yang banyak sebab nak happykan orang-orang tersayang..yang tak berduit..hanyak pikir duk rumah lagi bagus...aduyai...tu yang salah..bukan salah duk rumah yer tapi makna duduk rumah tu...jangan pikir sebab tak ada duit tak boleh abiskan masa dengan family..bila di rumah buat hal masing-masing..kan sia-sia jer hujug minggu yang ada..hurmm..ntahlah..pada sesiapa yang berpikiran begitu..tolong tukar pandangan hidup anda..spend time lah dengan family anda selagi ada masanya..jangan sebab tak berduit..masing-masing buat hal sendiri..hurmm..
Oklah terpanjang lebar plak aku menaip pandangan aku mengenai hujung minggu pada hal aku nak citer pasal hujung minggu aku jer..ahahha...maaflah yer..ok ni aku nak citer..tak selalunya kami menghabiska hujung minggu dengan pergi tempat-tempat yang memerlukan duit yang banyak...dan aku bernasib baik sebab mydear jenis suka berjalan walaupun kami budget..ahahhaha...macam mana kami spend time weekend kami?hihih..selalunya pergi jalan-jalan kat dataran shah alam atau yang terbaru bawa my princess mia  main kat playground kat Setia Alam Mall...kami tak kisah pun pergi mana..walaupun tempat tu selalu pergi asalkan dapat spend time sama-sama..bagi aku sebagai isteri..perlulah bijak nak habiskan masa bersama..tak perlu merungut nak minta mydear bawa tempat mewah-mewah..selagi dapat bersama-sama menghabiskan hujung minggu selagi tu aku rasa happy...so meh layan gambar-gambar kami di hujung minggu..xoxo..muaaah ::

:: ibu and my princess mia di pagi hari... ::

:: bawa pergi giant..saving..mainan ni tak perlu bayar...huhu..budget-budget..asalkan my princess mia happy ::

:: lepak tengok orang main kereta kat shah alam..sebab mydear suka tengok ...my princess mia happy jer...hihih::

:: happy family ::


:: kat space U8..saja jalan cuci mata...my princess mia happy tengok air pancut...:) ::

:: Us..ibu my princess mia and papa ::

p/s : pesanan ku..hargai masa yang ada..jangan di sebabkan kan tak berduit semuanya tak menjadi.:)..this OUR FREE WEEKEND!


Thursday, October 25, 2012

Pergi konvo lagi..saya nak konvo gak lah!

:: 25 Oktober 2012 - 1:30ptg ::
:: Khamis ::

:: Salam semua..sok dah Raya Haji..sekejap jer rasanya..tahun ni tak balik raya kat Terengganu..sebab cuti mydear pun dah tak der so memang raya kat Klang..Tapi tak sedih sangat tak dapat raya kat Terengganu sebab last week family in law aku dari Terengganu datang..kebetulan adik ipar aku plak konvo so stay kat rumah aku..wow memang meriah k..slalo kami bertiga jer..kadang-kadang family aku datang tapi kali ni super meriah sebab family mydear besar..hihihi...Citer pasal konvo...ohoiii..pandai-pandai sungguh adik bradik ipar aku ni..last two weekend pergi Johor sebab kak ngoh konvo..'MASTER' ok..kali ni..cik lala ..also 'MASTER'...aduyaiii...hebat-hebat..terasa kerdil plak...ahahha..takper rezeki masing-masing...Kali ni kami semua berkumpul ramai-ramai pergi UKM..hihih..seronok my princess mia jalan-jalan..sampai sana my in law dah ready nak pergi dulu so kami adik bradik stay kat rumah sewa cik lala sebelum datang petang tu..Part sedih sebab cik lala konvo time hujan..aduyaii..memang kebasahan lah kami kan..takper demi cik lala masing-masing sanggup meredah hujan.. so meh layan gambar.:-

:: my princess mia anak ibu ::

:: my princess mia anak papa ::

:: Gambar di atas kami berposing dalam hujan sambil tunggu cik lala abis konvo :: 

:: Congrat cik lala!! We always support and proud of you cik lala ::

:: Cik lala with tok abah and tok mi ::

So masa amat mencemburi kami..lepas jer konvo kami bergegas terus antar tok abah , tok mi and cik kina pergi LCCT..flight pukul 7:30 malam..memang rushing abislah..lepas sesi bergambar terus pergi...dengan my princess mia kotor dek kerana hujan..apa lagi terus bertukar wajah..siap tukar baju semua rr..adoi ini lah bila ada anak kecik..serba serbi kena bawa...jangan mengharap mereka akan sentiasa bersih seharian..spare baju ok!Ha nampak di situ punya weekend aku lately ni sangat busy..tapi takper..seronok..bukan selalu..so last but not least..gambar my princess mia tengah minta upah makan malam..hihih.xoxo..muaaah ::



Friday, October 19, 2012

Tahniah Sis!!

:: 19 Oktober 2012 - 4:30ptg ::
:: Jumaat ::

:: Happy graduation my sis in law...hihih..Master babe!ko mampu?aku?ahahhaha..dunno lah..nak kata tak mampu kang tetiba niat plak nak sambung blajar..macam mana?hihihi..insyallah..Last weekend aku and family mydear g JB sebab kak ngoh konvo..best rr kan dapat jalan..lagi pun memang takder plan minggu tu so alang-alang bawa my princess mia jalan-jalan jauh sikit jumpa sepupu..aku tau petang-petang ni korang mesti malas nak baca penulisan aku ni...mesti duk aim aku letak gambar jer kan..tau dah...lagi-lagi hujan kan?ahahah...aku paham sangat pembaca tegar aku ni..so meh layan gambar -gambar kami kat johor yang sikit bangat sebab tak leh nak jalan mana..hujan memanjang..plan nak g LEGOLAND pun hancus!!aduyaii..wrong timing..so meh layan.. :-






So minggu ni adik ipar lagi sorang konvo and master gak!adoi pandai2 ni..so insyallah another weekend duk tgok orang konvo..hihi..happy weekend guys!..:)





Amalan Seharian Bersama Si Kechik

:: 19 Okotber 2012-1:00tgh hari ::
:: Jumaat ::

:: Salam Jumaat semua....short entry from me..just want to share  with you guys amalan seharian yang kita boleh buat bersama anak...saja google ilmu nak besarkan anak ni..yerlah dari kechiklah kita kena didik dan asuh dengan baik..so ni aku share sikit..segala ilmu yang aku dapat ni..aku amik dari banyak sumber so pada sesiapa yang lebih banyak ilmu yang boleh di kongsi..meh share ngan aku...jangan segan-segan nak komen..:) :

Sumber pertama :-

http://myibrah.com/didik-anak-sebelum-selepas-tidur

1. Bersihkan diri sebelum tidur.

i. Gosok gigi dan mengambil wuduk.
ii. Ingatkan anak supaya membaca doa dan ayat-ayat Al-Qur’an sebelum tidur.
iii. Baca doa sebelum tidur.
iv. Baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas.
( Sapu ke seluruh tubuh hingga ke bawah ).
2. Cium ubun-ubunnya sebelum tidur dan hembuskan doa-doa terbaik untuk kebaikan si anak. Diantara doa-doanya ialah :
Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.
Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; dia memberi rezki kepada yang di kehendaki-Nya dan dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.”

KAEDAH MENGEJUT ANAK BANGUN DARI TIDUR
Ibu-Ibu, bapa-bapa serta saudara-saudari seislamku,
Ingatlah,
Setiap Insan pasti mahu memulakan harinya dengan ceria dan bersemangat. Jika bangun pagi sudah dimulai dengan perkara kurang baik, ditakuti ia akan merosakkan mood sepanjang hari.
Sebelum tidur, pasti kebanyakan individu menyimpan cita-cita untuk masa depan, mengenangkan peristiwa lalu serta memikirkan perkara yang akan dilakukan pada keesokkan harinya.
Ingatlah wahai saudara-saudariku…
Cuba kita ingat dan kenang kembali bagaimana ibu mengejutkan kita bangun pagi setiap hari untuk ke sekolah serta hari-hari cuti. Namun apabila besar dan mula ke sekolah menengah kita sudah pandai mengunci jam sendiri untuk bangun pagi ke sekolah dan sebagainya.
Sedang kita lena enak dibuai mimpi, tiba-tiba kita dikejutkan dengan kasar atau perkataan yang menyakitkan telinga yang mendengar serta menyakitkan hati, sudah pasti hati berasa sangat marah. Apabila sudah dewasa dan berkeluarga, bagaimana pula kita mengejutkan anak-anak bangun dari tidur..?
Kadang-kala ibu berasa letih dan marah apabila anak yang dikejut berkali-kali tidak juga bangun dari tidurnya. Sudah digerakkan supaya bangun, tetapi masih juga mengalihkan tubuhnya ke posisi lain untuk menyambung tidurnya. Apabila dikejutkan sekali lagi, ia mendengus kerana marah diganggu.
Ibu dan bapa yang dirahmati Allah sekalian…,
Kejutlah anak kita dengan penuh kasih-sayang, bukan menjerit dan menggegarkan tubuh si anak dengan kasar.Ini akan membuatkan si anak bertambah malas untuk bangun daripada tidur akibat sikap ibu yang suka menjerit atau menggunakan kekerasan semasa mengejut si anak.
Biasanya kita menyuruh si anak segera bangun daripada tidur, sedangkan ada masanya anak mahu bermalas-malasan seketika sebelum bangun daripada tidur.
Sesungguhnya,kata-kata yang baik akan membuat si anak berasa bersemangat untuk bangun daripada tidur.
Jika si anak jenis yang liat bangun tidur, maka usahakanlah membelainya dengan kata-kata lembut dan mengusapnya. Dia akan merasa bahagia dan tahu dirinya disayangi .
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Ingat..!
jangan lupa baca doa bangun daripada tidur.
Jika tidak berjaya mengejutkan anak dengan belaian dan kata-kata lembut, cubalah gerakkan tangan dan kakinya seolah-olah sedang bersenam. Anak yang masih mengantuk juga akan cepat tersedar apabila ibu atau bapa mengejutkannya dengan cara membuat kelakar atau bergurau. Ketika masih mengantuk,dia mungkin akan ketawa apabila mendengar gurauan ibu bapanya , dan akan memulakan paginya dengan perasaan ceria dan bahagia.
Sebaliknya ,cara kekerasan seperti meleteri,merentap kain selimut dan menarik telinga si anak untuk mengejutkannya daripada tidur, hanya akan menyebabkan si anak merasa malas dan tertekan bangun daripada tidur.
Tidak kira samada anak tidur pada waktu pagi, tengahari atau malam, seharusnya ibu dan bapa menggunakan pendekatan baik untuk mengejutkan anak. Perkataan kasar atau kesat akan menyebabkan anak merasa jauh hatinya.
Jika cara kekerasan di gunakan dalam mengejutkan anak daripada tidur, bimbang ia akan merosakkan personaliti si anak. Emosi anak juga akan terganggu dan tidak menentu serta merasakan suatu seksaan untuk bangun daripada tidur setiap hari.
Tidak dinafikan, ada si anak yang mempunyai tabiat bangun pagi dengan merengek atau sering saja buat hal, Namun seharusnya kasih sayang dimanfaatkan bagi memujuk si kecil bangun daripada tidur.

Sumber: http://www.halaqah.net/
Sumber kedua :-
Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak.... 
  • Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,
  • Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.
  • Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.
  • Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.


Read more: http://www.whiteymommy.com/2012/04/amalan-ketika-anak-sedang-tidur.html#ixzz29ijvxq83

So mari kita sama-sama beramal..adaptasikan dari sekarang insyallah di berkati...so sebelum tu aku nak wish beberapa blogger dan juga sahabat handaiku yang baru menikmati gelaran seorang ibu...semoga menjadi ibu terbaik dan berjaya mendidik anak..:)..sharing is caring..xoxo..muaaaaaaaah ::



Thursday, October 11, 2012

Meet My Kimora Lee Simons...

:: 11 Oktober 2012 - 8:30pagi ::
:: Khamis ::

:: Salam Khamis sahabat...Ha tengok tajuk gila lah kan aku dapat jumpa In Person ngan Kimora Lee Simons!Ahahahha..harusla..My Kimora tak perlu nak berebut-rebut ok nak bergambar..siap pegang my princess mia lagi and warna sedondon..kau ada?ahahhaha...Dah-dah kang aku merapu banyak...Hebat sangat lah aku dapat jumpa Kimora..Actually aku pergi wedding kawan baik aku time UiTM dulu..Erna Azura kamal a.k.a Enot...hihih..sebab apa aku samakan dengan Kimora?Sebab muka diorang hampir sama!!Tak caya?Meh aku tunjuk :-

::sama tak?sama kan?::

Kan aku dah cakap...dari zaman study lagi aku suka usik Enot ni..

Me : 'Babe muka ko macam model!'

Enot : 'Siapa?'

Me : 'Kimora Lee Simons!!'

Enot : *Bushing!!!*

Macam tu rr setiap kali aku jumpa dia kat bilik..dulu bilik kami bertentangan jer..giller duk lepak sama memanjang..hiihih...Alhamdulillah tahun ni sampai dah seru dia nak berumah tangga..aku doakan semoga Enot dapat menjalani bahtera perkahwinan dengan matang dan bahagia..Dan ada anak chomel macam kamu k!Enot...mia nak kawan cepat..hihih..meh layan gambar aku time ada kat wedding Enot..kredit to Kechik my senior time blajar dulu..suka gambar kami..yang tak best tak sempat jumpa kawan-kawan yang lain..takper next event!!.xoxo..muaah::

:: Biar Gambar Berkata-kata.. ::






Tuesday, October 9, 2012

Mana Nak Letak Ni???

:: 09 Oktober 2012-1:30ptg::
:: Selasa ::

:: Salam semua..busy lately ni..nak siapkan tempahan Myartbubble lagi..adoii...tak menang tangan...entry aku kali ni just nak share workstation aku bila buat keje-keje craft ni..yer rr...bila buat sesuatu keje aku suka tempat yang tak diganggu terutamanya dari my princess mia ...Ye rr barang-barang nak buat semua bahaya dengan jarumnya..guntingnya..adoii kalau salah letak mau bising mydear...pernah sekali mydear terjumpa manik-manik tercicir..adoi penat gak aku nak menjawab..yer paham..teguran mydear tu betul...benda ni tak selamat  untuk my princess mia .so aku pun ada pasang angan-angan nak ada workstation sendiri.. cer tengok workstation aku sekarang...huhuh...:-

:: our new product keep in box ::

::terpaksa buat kat atas meje makan..huhuh..sedih::

::lepas siap-siap kena kemaskan sebab nak buat tempat makan..::

::nasib ada tempat letak benang so tak bersepah-sepah...::

Huhuhuh..bayangkan setiap kali aku nak buat keje..kena angkat barang-barang ni...tak leh letak satu tempat lagi..sebab takder meja yang sesuai..so sambil merungut pada diri sendiri..sambil tu berangan..kot-kot mydear baca blog aku ni..seronoknya kalau ada workstation macam ni:-




Ohoiiii..chantek kan workstation di atas..cuci mata sajo...insyallah in my list...xoxo..muaaaaaah::



Monday, October 8, 2012

Start Your Day Now!!

:: 8 Okotber 2012 - 1:00pagi ::
:: Isnin ::

:: Salam isnin..kejap jer dah masuk minggu kedua bulan Oktober...pejam celik dah nak penghujung tahun dan yang pasti terlalu banyak yang aku kecapi sebelum umur ku menjejak 30! Adush banyak kot yang perlu catch up dari segi keperluan dan kepentingan...kalau nak list kat sini memang berjela lah wishlist aku yang susahnya nak tertunai..Ada tu macam terkubur jer..ada plak macam nak tercapai tapi terpaksa lupakan...pengorbanan dalam kehidupan...kadang-kadang manis untuk di kenang tapi kadang-kadang tak sangup nak hadapi....Tapi aku bersykur mempunyai suami yang sama-sama bersabar dan berkorban demi membina sebuah keluarga yang kami idamkan..Alhamdulillah...Pernah juga terluah apa yang ada di benak hatiku pada mydear..kenapa kita kena lalui semua ni..mydear tenang jer jawab 'insyallah akan ada jalan nya...berdoa dan jangan mengeluh'...Aku tahu kuat tanggungjawab mydear pada aku dan juga my princess mia ..banyak pengorbanan yang mydear lakukan...Tak sabar nak menunggu keajaiban datang tapi bak kata mydear..insyallah da terus berdoa...amin...

So pada sesiapa yang sudah ada langkah yang teratur teruskan langkah korang..jangan sumbang...jangan tetiba korang saja nak tukar rentak langkah tu di sebabkan ego dan ketamakkan diri...Pada sesiapa yang masih mencari langkah yang teratur dan takkala ni masih berterabur rentak langkah..Kuatkan semangat..jagan mudah putus asa..berikan ruang pada diri sendiri..berfikir sejenak apa yang terlebih dan terkurang pada diri ini dan aku nasihatkan..bukan mencari kesempurnaan bagi memuaskan hati semua orang dan juga halwa nafsu...

Hihih..oklah..aku tahu lately ni aku rajin plak berkongsi cerita ke ilmuan dan nasihat..mesti ada yang busan...yerlah tak ada pun kisah my princess mia ..takder gambar semasa...insyallah akan menyusul cuma hati ni terdetik nak kongsi rasa dalam blog ni dengan anda semua...last but not least...bersyukur apa yang ada and start your day now!!xoxo..muaaaaaaaah!!








Wednesday, October 3, 2012

Aku Ada Bila Engkau Ada...

:: 3 October 2012-1:00tgh hari ::
:: Rabu ::

:: Kan aku cakap Rabu aku tak sepi ari ni..otak banyak nak update..hihihhi...sejak pasang Streamyx kat rumah memang senang aku nak update blog dan banyak gak idea..Ada sekali tu aku nak update enrty sampai 4 tapi kang nampak sangat aku tak buat keje kat rumah..ahahha..hello even aku housewife keje banyak ok..ni pun satu isu aku nak update kat kat blog tapi agak sensitif sikit topik ni so makan masa..sebab banyak sangat pro and cons nyer di sebabkan tak nak ada yang makan hati dengan entry aku sebagai housewife ni baik aku hold dulu..

Ok now aku nak cerita pasal drama bersiri hits sekarang ni masih di tayangkan..Adam & Hawa..Aku pasti ramai blogger dah buat entry drama ni..Yupz aku seorang penggemar novel..tanyalah novel apa yang aku tak baca lagi..zaman study ni lah peneman tak kala busan hujung mingu or tak dapat balik rumah..Kebanyakkan teman rapat aku pun sekepala duk baca novel-novel cinta ni..siap boleh pass-pass bila dah baca..Kalau turun Ipoh ha apa lagi duk mencari novel dulu..hihih...Novel ni dah lama aku tinggalkan so bila tengok drama ni leh lah sikit-sikit ingat balik scene2 dalam novel tu..So far novel ni bila dah di adaptasikan...novel ni kot yang kira berjaya skali walaupun masih dalam tayangan sebab ikut plot-plot cerita tak seperti kebanyakkan novel lain..banyak dah cut out!Ok aku tak nak citer panjang...sebab kebanyyakkan korang mesti dah expert tentang jalan citer ni so apa yang aku nak kongsikan hanya lagu tema..best woooo...firstime dengan my princess mia ...siap nyanyi-nyanyi lagi si kechik tu walaupun takder nada...ahahhaha...so hayati lagu ni yer...:)..xoxo..muaaaaah! :::

Lirik Lagu Tema Muara Hati – Siti Nurhaliza & Hafiz AF7
Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

[Chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

[Ulang chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta




Solehah Kah Kita?

:: 03 October 2012-9:00pagi ::
:: Rabu ::

:: Salam rabu semua...pagi ni no Worldless Wednesday tapi aku nak share sesuatu ilmu yang aku dapat pagi ni...Seperti biasa setiap pagi aku akan check segala email yang aku dapat...then buka facebook...ha ni rutin yang tak leh nak ilang...kalau tak on laptop kat bb pun aku mesti check..So pagi ni aku terbaca status seorang sahabat aku yang juga rajin berblog..Lynda kawan sekolah menengah..Lynda rajin berkongsi ilmu keagamaan..Dalam banyak yang di kongsi aku tertarik dengan satu ni... 13 Perkara Yang Wanita Solehah Perlu Jaga...Bila aku baca banyak lagi yang perlu aku pelajari...masih belum terlambat rasanya bagi aku dan juga sahabat aku di alam maya ni..Jadi meh aku share sikit ilmu ni:-


13 Perkara Yang Wanita Solehah Perlu Jaga


1. Bulu kening.

Menurut Bukhari, Rasullulah s.a.w. melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng.

Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan atau melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng, sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah.


3. Wangian

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal, kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.


4. Dada.

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.


5. Gigi.

Rasullulah s.a.w. melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah s.w.t. – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan leher.

Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.

Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Muka dan Tangan.

Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah s.a.w. dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah s.a.w:

“Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja,” – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.


8. Tangan.

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata.

Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad s.a.w;

“Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram,” – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


10. Mulut (suara).

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda Rasulullah s.a.w;

“Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah SWT. akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi,” – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.


11. Kemaluan.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan menta'ati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah SWT. – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.


12. Pakaian.

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah s.w.t. akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud:

“Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya,” – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut.

“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya,” – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.



Aku ni tak lah alim dan masih lagi naif tapi niat untuk belajar dan berkongsi tu kuat...So untuk di pagi Rabu yang indah ni mari kita berkongsi ilmu..Tak nak menulis panjang-panjang...mohon hayati segala ilmu yang ada..dan jika ada yang sudi share dengan aku ilmu korang plak jangan segan yer...Ada yang kata sejak aku update entry pasal arwah pelakon Amirul Mazlan tu..berderet keluar entry ke agamaan..nak jadi Ustazah ker?Eh aku ni tak layak cuma apa yang aku mampu kongsikan kita kongsi sama-sama lagi pun apa salahnya kadang-kadang aku update mengenai agama Islam sebab ini salah satu ibadah juga....xoxo..muaaaaah::