Friday, September 28, 2012

Are You Ready?

:: 28 September 2012-10:00pagi::
:: Jumaat ::

:: Salam Jumaat sahabat alam maya! Budjet 2013 akan di bentangkan hari ni!Korang dah ready ker?adoi walaupun aku jadi housewife ni jangan ingat aku tak amik port semua ni yer..Sebenarnya sebagai housewife lah kita penting amik tahu segalanya..sebab kita penjaga belanjawan family so kalau kita ignore tentang belanjawan kita tak tahu nak merancang perbelanjawan keluarga kita kelak..So jangan lupa ok petang ni pukul 4 petang.aku nak focus mengenani peluang perniagaan dari sektor peniaga kecil-kecilan dengan rumah mampu milik...Please ok guys..alert and be attention for your future..so sedikit info!:-


BELANJAWAN 2013 (BAJET 2013) – 28 SEPTEMBER 2012 | Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Bajet 2013 akan dibentangkan di Parlimen pada 28 Septembernanti. Pembentangan Bajet  2013 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan dijangka menyaksikan penerusan dasar afirmatif yang beliau telah perkenalkan sejak tiga tahun lepas untuk terus meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia dan akan diadakan seperti berikut:
TARIKH: 28 September 2012
MASA: 4.00 ptg
TEMPAT: Parlimen Malaysia


SUMBER: ABGTEROR.COM: http://www.abgteror.com/belanjawan-2013-bajet-2013-28-september-2012/#ixzz27j8z9y9T



Maaf kalau entry aku kali ni serius sikit..ahahahah..bukan apa..kena tahu babe!Bayangkan ekonomi kita yang makin pesat..kita kena tahu serba sedikit pasal semua ni walaupun tak arif..yerlah sekurangnya bila ada perubahan kelak kita tak melatah sebab dah di bentangkan masa belanjawan..and the best part bila amik tahu pasal belanjawan ni kita boleh plan kewangan keluarga kemana harus di tuju dan juga masa depan keluarga kita..jangan amik mudah sebab kita tak nak melatah akan datang..bising sana sini knapa jadi begini padahal dah di usulkan masa belanjawan..so guys take this serious ok!xoxo..muaaaaaaaaaah!!



Thursday, September 27, 2012

Si Muncung Chomel!!

:: 27 September 2012-3:30ptg::
:: Khamis ::

:: Bila dah muncung tak tahu lah nak kata apa..duk diam ingat kusyuk main permainan yang dah sedia ada rupanya cari permainan baru...nak tengok apa si bam-bam ni buat?taraaaaaa :-

::ahahha..maaf seksi sikit.::

Habit terbari  my princess mia ..pantang nampak wallet..siapa jer yang kaya duk letak wallet bersepah..ha maaflah kalau anak saya cuba geledah..dan petang tu wallet ku yang tak seberapa jadi mangsa..nasib takder duit nak oi!kalau tak mau dia makan segala jenis kertas dalam tu..ahahha..diam jer buat keje...sambil muncung-muncung tak ingat..bila di panggil suh bergambar.ha tengok mata bulat dia tonjolkan..ahahahha..saja nak share entry ni di petang hari..xoxo..muaaaah::

Wednesday, September 26, 2012

Never Miss!!

:: 26 September 2012-11;30pagi ::
:: Rabu ::

:: Salam Rabu tanpa kata-kata..banyak aku nak share kat blog ni..birthday  my princess mia ...bawa  my princess mia  jalan-jalan..tapi semua tertangguh sebab gambar banyak kat camera angah a.k.a zera naim ...so dari aku melalut yang bukan-bukan baik aku share ngan korang semua my favorite drama series kan..yer rr korang suka tengok gambar dari aku melalut kat sini so better aku buat entry pasal  my princess mia  bila dah dapat gambar..hihi..ok entry kali ni pun aku takkan merapu banyak..aku tengah follow satu drama series yang kat Malaysia baru season 1 tapi kat US dah masuk season 2..Jane by Design..hihih..korang follow tak drama ni?hihi kalau ikut peringkat usia..ha aku masih boleh lagi follow drama ni even though drama ni more to teenager ..hihih...suka style drama ni...arghh..mood hari rabu malas nak taip panjang-panjang...meh aku share triller and para pelakon...hihi...


:: cute kan? ::


Actually drama ni kiranya bagi aku semangat lah nak terus maju dalam bisnes fashion & art...yang yang paling aku suka ialah semangat persahabatan...ala malas nak citer sipnosis..pada siapa yang ada Star World kat rumah layan rr drama ni..setiap hari Selasa pukul 9 malam..hihih..

Ok lagi satu drama reality ialah Kardashian Family's ...ntah kenapa aku suka sangat tengok family ni..even ada yang bagi komen yang diorg ni tak boleh di beri contoh yang baik pun..for me is ok..tengok jer jangan aplikasikan dalam kehidupan seharian kita sebab cara hidup kita berlainan dengan mereka yang dah tentu-tentu bebas..cuma yang aku paling suka pasal family ni..keakraban mereka dan cara mereka treat dia own business untuk lebih maju..mereka berbincang,bergaduh dan akhirnya still one family..eh ntahlah sussah nak explain why sebab nanti bila aku puji lebih-lebih family ni ada yang tak suka so pendapat and minat masing-masing aku cuma nak share nama pun blog kan...xoxo..muaaaaaaah!!









Monday, September 24, 2012

Cerai Dalam Masa Tiga Hari?

::24 September 2012-11:00pagi::
:: Isnin ::

::Salam semua sahabat di alam maya...Cerai Dalam Masa Tiga Hari? Hurmm.agak payah bila kita kena hadapi..dan aku pasti banyak terjadi sebenarnya dalam zaman serba moden ini..makin moden pemikiran kita makin ceteklah pandangan kita mengenai agama Islam..Isu kahwin cerai bagai agenda permainan biasa masyarakat sekarang..bagi aku yang juga sudah alami alam perkahwinan..isu ini amat sensitif dan takut untuk di bicangkan..oh my korang imagine bila ter lafaz atau terjatuhnya talak..hurmm..tak ker musnah mahligah yang kita susah payah bina selama ini..
Ok straight to the point aku menulis entry kali ni bukan sebab aku ada masalah mengenai topik ni dalam perkahwinan ku cuma aku tertarik bila terbaca satu artikel dalam blogger hiburan terkenal 'beautifulnara' mengenai isu filem Untuk Tiga Hari ..personally aku suka baca hasil nukilan 'Ahadiat Akasyah' ni tapi bila dah di adaptasikan dalam filem seakan tidak tertarik untuk menonton..dan apa lagi isu kali ni pula mengenai para pelakon iaitu salah satu pasangan adalah suami isteri..hurmm..payah nak ungkapkan..bila suami isteri berganding berlakon bersama dan menjadikan isu penceraian dalam filem ini sebagai dialog mereka berdua..rasanya tak manis untuk di tonton kerana memberi kesan mendalam pada pasangan suami isteri..sebenarnya tidak ada salah nya filem ini di pertontonkan cuma gandingan yang dipilih itu seakan tidak sesuai dan tidak sensitif kerana mereka adalah pasangan suami isteri di alam maya.Seharusnya kena peka semasa pemilihan para pelakon di pilih..Bukan hanya peka keserasian ataupun cantik dan kacak tapi perlu sensitif dari isu 'Agama'....bukankah ramai lagi pasangan yang hebat boleh di gandingkan?Tidak sensitif ker para pembikin filem tentang agama dan isu cerai?
Masa aku tonton preview filem ni aku dah agak akan ada pandangan-pandangan negatidf mengenai filem ini..terutama bila gandingan pelakon yang melakonkan watak tersebut..aku ingat aku seorang jer sensitif mengenai isu gandingan suami isteri ini rupanya ramai yang amik berat..alhamdulillah sekurang-kurangnya kita  pandang dari terlepas pandangan dek kerana nak hiburkan hati..so bagi aku..buat sesuatu jangan pikirkan untuk keuntungan tapi pikirkan tentang hukum agama..aku pun tak berapa layak nak bercerita mengenai isu perkahwinan ini lagi-lagi isu kahwin cerai so aku share artikel dari blogger 'beautifulnara' yang juga ada ulama memberi pandangan terhadap pasangan suami isteri ni..for Vee and Rashidi...amik ini sebagai teguran ikhlas..bagi peminat filem ini..aku hanya memberi pandangan..maaf jika ada yang tidak menyukai nya dan jangan salah sangka aku suka cerita ini cuma gandingan pelakon buat aku janggal nak menonton..hope yang dah tonton filem ini dan yang suka filem ini faham kenapa aku menulis entry ini..xoxo..muaaaaaah::


p/s: kredit to blogger 'beatifulnara'
Mufti Perak memberikan pandangan ini merujuk kepada dialog di bawah yang diungkapkan oleh Rashidi Ishak kepada Vanidah Imran.
Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga, kita minta cerai
Berikut ialah ulasan daripada Tan Sri Harussani Zakaria:-
Ia umpama menjadikan sebuah perkahwinan itu seperti kahwin muta’ah. Justeru saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera. Umat Islam tidak haru mempermainkan hukum-hakam meskipun dalam soal lakonan. Jangan menggambarkan seolah-olah pernikahan itu satu permainan. Tidak betul untuk kita menjadikan tindakan-tindakan seumpama itu sebagai budaya meskipun dalam lakonan kerana ia akan menggalakkan perpecahan dalam rumahtangga.







Thursday, September 20, 2012

Baby Girl Quotes!

:: 20 September 2012-2:15ptg::
::Khamis::

::Salam...just want to share::






we like a best friend..forever and ever!!





Wednesday, September 19, 2012

Can Give Me An Idea?

:: 19 September 2012-12:00 tgh hari::
:: Rabu ::

:: Salam semua..mesti ramai buat entry 'Wordless Wednesday' kan?hihihi...faham-faham..bila idea menulis tak datang tu yang akan kuar entry 'Rabu tanpa kata'sebab aku pun akan jadi macam korang semua...Actually entry aku kali ni nak minta pendapat berkait dengan business kecil-kecilan ku..Ramai yang dah suggest supaya aku daftarkan nama company secepat mungkin..Ye lah senang bila nak kembang kan perniagaan bila dah maju nanti...insyallah..Dan yang paling penting bila dah berdaftar nama company tak akan ada yang nak copy..for safety..so aku dalam dilemma...antara nak kekal kan nama 'AlmariChantekChomel' or bertukar nama...hurmm..payah gak ni..so lately ni aku ada follow one drama series...'Jane By Design'...its all about fashion..so aku ada gak terniat nak tukar nama 'Nasya by Design' ? so how?ok ker?Ker aku patut kekalkan nama 'AlmariChantekChomel'  sebagai nama company aku..by the way aku suka gak nama 'AlmariChantekChomel' ni sebab nampak unik walau pun ada yang kata terlalu panjang..adoii..nama 'AlmariChantekChomel'  ni dah established dan dah ramai follower..so kalau aku tukar plak..rasa apa plak kan..so please anyone all my friends help me out to suggest what u like ?xoxo..muaaah::

Stick with this?


'copy from Google'


Tuesday, September 11, 2012

Kami Di Pagi Raya

:: 11 September 2012-1:15tgh hari ::
:: Selasa ::

:: Syawal yang happenig bagi aku untuk pertama kali sebab bersama keluarga yang paling besar ok..mydear ada 11 orang adik bradik..yang dah berkahwin 3 termasuk mydear...cucu semua ada 9 orang..bayangkan di pagi raya macam mana...meriah ok..dengan nak bersiapnya..nak siapkan meja makan lagi..tu belum part berebut nak iron baju dan berebut nak mandi...hahhaahah...kenangan..for me this is the first time in my life nak uruskan mydear dan my princess mia...last year kami bersiap ala kadar jer..sebab tak pergi kemana pun..and that time my princess mia pun tido jer keje nya...now dah kena pergi collect duit raya..hahhaha..money!!money!!kaching!kaching!$$$$$....
Tema pagi raya kami 'orange color'....saja nak bagi kelainan..selalunya aku akan pilih color play safe sikit tapi tahu ni nak nampak berbeza..tapi ramai gak yang pakai color ni..hihihi..so pagi raya biasalah bermaafan dan makan sedap-sedap..my sis in law buat nasi arab..terbaik ok!Banyak ngomel plak..layan lah beberapa keping gambar kami sekeluarga di pagi raya..ni semua dari hand-phone Blackberry aku so  tak banyak lah boleh share..selebihnya kat sis and bro in law..nak minta segan..hahhahaha :





Ada sekeping jer dalam simpanan aku gambar anak sedara chomel yang dah pandai bergaya ni..hihih..kami ada amik gambar satu family cuma takder dalam simpanan aku..
Satu syawal ni kena dengan hari jadi bonda ku..adush sedih kot tak dapat nak raikan...just call and wish jer..dengar suara bonda sedih jer...takper raya keempat dah berangkat pulang..sambung raya di Klang pula..hihih..xoxo..muaaaaaaah::

p/s : pada sis and bro in law yang ada simpan gambar kami sekeluarga..sudi-sudikanlah email pada kami..;)

Kisah Raya Kami

:: 11 September 2012-2:05pagi::
:: Selasa ::

:: Salam sahabat alam maya dan semua sahabat yang sudi membaca blog yang kengkadang bersawang tahap gaban...huhuh..rasanya belum terlewat kot aku nak wish 'Selama Hari Raya' walaupun kan...ahahaha..maaf lah mood nak menaip sangat slow bila lepas raya ni..dengan banyak aktiviti raya..apa ntah lagi dengan jemputan sana sini..pada yang menjemput aku ucapkan berbanyak terima kasih..pada yang aku tak dapat hadir..kami sekeluarga minta maaflah..insyallah kalau sudi jemput kami tahun depan akan cuba di penuhi jemputan anda semua..ok sebelum semua mula busan ngan penulisan aku ni..meh aku nak share kenangan raya pertama ku pada tahun ni..Yang sedia maklum tahun lepas raya pertama kami sebagai suami isteri sambut kat sebelah aku di Klang..yerlah beraya dalam pantang kan..so this year turn raya kat kampung mydear di Kuala Terengganu..hihi merasa gak aku beraya jauh..yerlah sebelum ni takde kampung..so excited sangat dapat rasa balik raya..tapi sedih gak sebab ni kali pertama beraya berjauhan dengan family..dah lah family aku kecik jer..takperlah fitrah bila sudah berkeluarga..Perjalanan kami sangat lancar..Actually kami decide balik pagi Sabtu sebab mydear tak larat nak drive memalam..aku plak bila drive malam agak tak confident so untuk tidak jadi apa-apa mydear ajak balik pagi..Actually aku and mydear terkejut gak perjalanan pulang kami pagi tu sangat lancar..Kami gerak dalam pukul 9 pagi dan sampai hampir pukul 6 petang...yerlah sebab ramai dah gerak malam tadi..sampai my sis in law mesej tersekat dalam jem lamanya..nasib kami tak join sekali mau haru dengan jalan tak bergerak..nak uruskan  my princess mia  lagi..adoii..hihihi..so ni adegan kami nak balik beraya..:-




Hahahaha..banyakkan ekpresi muka  my princess mia ...dari tidur sampai bangun tido..ibu n papa jer maintain..hahhaha..nasib lah  my princess mia  jenis tak banyak ragam..yerlah perjalanan jauh..balik siang hari pulak tu..panas..walaupun kereta ada aircond tapi bahang matahari ya ampun..tak nampak my sungglass gedabak duk cover mata takut tak chantek di pagi raya..ahaha..ngada jer statement...aku bergilir-gilir gak drive ngan mydear..yerlah kesian ok..dah lah memasing puasa.nasib aku wife yang memahami..cewaah..oklah..entry ni akan bersambung..next entry kisah kami di pagi raya..pada yang sudi nak tunggu...silakan..hihih...xoxo..muaaaaah::

p/s : pesanan perantau..sila pastikan segala mengenai kenderaan anda untuk berjalan jauh di periksa secukupnya baik di waktu perayaan atau pun tidak dan juga ikut gerak hati bila timing yang elok untuk bergerak ke destinasi supaya tidak tersekat didalam jem...;)